andai cinta bukan milik kita


cinta.

loverose2

ketentuan Allah kekadang tidak sama. langsung tidak menepati kemahuan dan harapan kita. melihat insan lain bahagia dan indah bercinta bersama pasangan masing-masing, hati kita meruntun untuk turut merasa pahit manis dikasihi dan menyayangi, melalui onak dan duri dunia perkahwinan, mengecapi nikmat bersuami isteri dan merasa bahagia mendengar hilai tawa anak-anak.

namun, lain percaturan yang telah ditentukan Yang Maha Kuasa. Walau usia semakin meningkat, namun hingga kini tiada siapa yang boleh kita panggil  ‘teman tetapi mesra’ apatah lagi seorang suami. hati kita tertanya-tanya, apakah ketentuan Allah untuk kita sebenarnya?

dimana jodoh kita? adakah memang menjadi suratan bahawa kita hidup membujang hibgga ke akhir hayat? kekadang bukan tiada yang mahukan kita tetapi malangnya dia sendiri kepunyaan seseorang. lalu, untuk tidak mahu digelar perampas, kita mengelakkan diri.

lalu, hingga kini kita masih terus membujang walau keinginan begitu kuat untuk bergelar isteri kepada seorang suami.

sebenarnya, memang jodoh dan pertemuan bukan hak kita untuk ditentukan. namun, usaha tetap perlu ada. melalui diri, doa adalah senjata utama. bermohonlah kepadaNya akan seorang jodoh yang beriman.yang dapat membimbing dan membawa keluarga pada jalanNya. dalam zaman yang canggih ini pula, pelbagai cara dapat kita usahakan untuk mencari teman. melalui kawan-kawan yang telah berumahtangga juga boleh disuarakan.

orang tualah sebenarnya pemain peranan utama dalam mengusahakan jodoh untuk anak-anak.

usahakan terus, persiapkan diri. namun, bersedia menerima seadanya. andai tetap tiada jodohnya, lalui kehidupan setenangnya. lihatlah ke bawah.

betapa ramai ibu-ibu tunggal yang menderita kerana ditinggalkan suami yang tidak bertanggung jawab. malah hatta bergelar seorang isteri sekalipun, betapa ramai yang menderita dan tidak berbahagia. sehingga ada yang menyesali perkahwinan masing-masing.

lalu, sebenarnya, walau apapun kita, walau status apapun kita, segala ketentuan itu adalj milik Nya. dan segala sesuatu yang menjadi milikNya, itulah penagturan terbaik untuk kita.

cumanya jangan berputus harap. kerana sesungguhnya orang mukmin itu tidak pernah kecewa. cintailah Yang Maha Kuasa dan letaklah cinta kita padaNya sebagai cinta yang agung, walaupun kita kini sedang menikmati cinta sejati.

god_is_love

Advertisements

One thought on “andai cinta bukan milik kita

  1. salam

    very nice article sbb saya jua insya Allah bakal isteri kedua… tetapi, mohon saudari keluarkan grafic bertulis ‘god is love’ itu? kerana ayat tersebu datangnya daripada prinsip kristianiti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s