Poligami – Isteri Kedua, Hakikat berkongsi kasih.


ramai gadis di luar sana yang kesunyian hati dan jiwa nuraninya kerana masih membujang. dari segi pembangunan insan dan kemaslahatan bangsa, agama dan negara pula, sebenarnya, anak-anak gadis ini perlukan perlindungan dari lelaki; baik berupa bapa mahupun suaminya.

sebenarnya, perlindungan atau naungan dari kaum adam ini adalah fitrah kejadian hawa itu sendiri. andai mereka bersendirian, tidak berada di bawah jagaan bapa atau suami, maka wanita mudah kelam kabut, tertekan dan mengharungi kehidupan dengan sukar walaupun mereka mampu.

malangnya, betapa ramai pula lelaki yang sepatutnya memegang amanah pemimpin khalifah Allah di muka bumi ini merupakan insan yang rapuh dan tidak dapat dijadikan dahan tempat berpaut apalagi untuk bergantung.

lalu, ada masa dan ketika poligami yang dihalalkan oleh Allah menjadi jawapan kepada permasalahan ini. namun, betapa ramai juga para isteri yang cukup sensitif dengan isu ini. seolah-olah poligami adalah satu hukum Allah yang sangat zalim kepada para isteri.

memperkatakan tentang poligami dan hal-hal yang berkaitan , rasanya takkan mungkin ada kesudahan. namun, hukum Allah tetap hukum Allah. takkan mungkin boleh diubah-ubah mengikut keperluan.

salah satu sebab mengapa poligami ditentang hebat oleh para isteri adalah kerana gagalnya institusi poligami itu sendiri atas faktor-faktor tertentu. antaranya kecenderungan para suami pada isteri yang baru dinikahi hingga mengabaikan isteri sedia ada.

namun, gagalnya poligami juga kerana ketidaksediaan suami memikul tanggung jawab baru dan telah biasa dengan isteri sedia ada yang faham akan karenah serta kehendaknya tanpa perlu melalui situasi serba baru yang kekadang memenatkan.

terdapat kes yang melaporkan suami tidak berfikir panjang semasa menerima amanah baru dan menyangka yang mereka mampu menangani karenah dua isteri, malangnya, realiti keadaan tidak semudah yang disangka. lalu, peribadi suami yang tidak bersandar pada kekuatan keimanan sejak dari mula, tidak akan mendapat pertolongan spritual yang sangat diperlukan oleh para pemimpin, walaupun pemimpin pada diri sendiri apatah lagi mahu memimpin 2 bahtera.

faktor wanita pula, baik dia isteri pertama, ataupun dia isteri kedua, hakikat mahu memiliki dan menguasai suami tetap wujud. yang pertama menganggap dia berhak, kerana suami itu miliknya dan menganggap yang kedua sebagai perampas. manakala yang kedua pula menganggap dia juga berhak kerana kalau suami tidak mahu masakan dia mencari isteri kedua, mesti terdapat kekurangan pada madunya. sangkaan sangkaan yang tidak wajar seperti ini juga merupakan faktor penyumbang kepada institusi poligami yang gagal.

semua pihak, baik dia suami, isteri pertama mahupun kedua, ketiga dan keempat serta masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing.

suami perlu menyiapkan diri selengkapnya sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua rumahtangga dan perlu pula memiliki ilmu poligami andai mahu berpoligami. jangan sekali-kali melangkah masuk ke alam poligami andai ilmu dan keimanan kosong di dada. ibarat meyorong kepala untuk dijerut. bak kata pepatah, kalau tidak tahan dilambung ombak , jangan berumah di tepi pantai.

isteri pertama pula, jangan sekali-kali menganggap suami itu sebagai hak kita. kita tidak memiliki suami kita, suami adalah nikmat yang Allah anugerahkan kepada para isteri. yang melindung dan menaungi kita dengan kasih sayangnya. ketaatan kita hak suami. dan syurga kita terletak di bawah tapak kakinya. keredhaan allah, datang dari keredhaan suami. mahu allah redha, maka suami perlu redha dulu pada kita.

ingatlah pesan rasul;

‘tidak aku berdiri di hadapan pintu syurga melainkan kulihat ramai yang lemah dan fakir di dalamnya dan  tidak aku berdiri di hadapan pintu neraka melainkan kulihat ramai yang kaya dan wanita di dalamnya.’ lalu tanya para sahabat; mengapa begitu ya rasulullah, adakah kerana mereka mengabaikan suruhan allah. jawab rasul; ‘tidak, kerana mereka mengingkari nikmat suaminya.’

‘barang siapa isteri mengatakan kepada suaminya, aku tidak pernah menerima sebarang kebaikan pun darimu, maka terhapuslah 70tahun amalan mereka’

isteri kedua pula, jangan mahu memiliki suami dan menganggap diri yang terbaik. sesungguhnya tidak jatuh pandangan allah kepada orang yang sombong dan allah hanya melihat pada hati hambaNya bukan pada yang lain.

masyarakat pula tidak boleh memandang serong kepada orang yang berpoligami, adakah benar isteri pertama tidak tahu menjaga suami? adakah benar isteri kedua itu perampas kebahagiaan , adakah benar suami yang berpoligami itu gagal dan bernafsu besar?

hakikat kebenaran bukan pada kita untuk menelahnya. bimbang salah telah., Allah pulangkan qada’ dan qadar pada kita. dan jangan banyak prasangka kerana banyak prasangka itu dosa.

namun, walau poligami dihalalkan Allah, yakinlah tidak masuk ke dalamnya melainkan insan-insan terpilih. lalu, jangan sekali -kali dijadikan taqdir poligami sebagai penentu kebahagiaan. yakinlah orang berpoligami juga mampu bahagia kerana bahagia itu terletak di hati bukan pada orang, situasi dan sebagainya. hati pula milik allah.

malah, betapa ramai perkahwinan monogami menemui jalan buntu dan akhirnya perceraian juga jalan penyelesaiannya.

hakikat berkongsi kasih, walau nampak perit tetapi tukarlah keperitan itu dengan rasa bahagia. masukkan bahagia dengan kenyataan-kenyataan;

tidak Allah izinkan sesuatu melainkan itu yang terbaik untukku. mungkin aku tidak akan sedar betapa nikmat suami itu andai tidak berpoligami. aku banyak ‘take things for granted ‘ dan tidak tahu bersyukur.

betapa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan setiap qada dan qadar itu telah tertulis untukku. dan setiap qada’ dan qadar itu pula pastinya akan ada ganjarannya. kalau tidak di dunia, di akhirat yang abadi.

semoga allah menjadikan dugaan ini sebagai pahala untukku dan semoga allah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

moga dengan ilmu, hidup ceria selalu.

Advertisements

58 thoughts on “Poligami – Isteri Kedua, Hakikat berkongsi kasih.

  1. saya adalah isteri kedua. memang benar kebahagiaan itu bergantung pada hati sendiri. saya dah hampir 3 tahun hidup bermadu. pada awalnya memang makan hati kerana terpaksa mengalah dalam segala hal. tetapi setelah muhasabah diri dan kembali pada niat asal saya menerima kehadiran suami saya berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah. Sentiasa ingat Allah sentiasa bersama hambanya yang redha atas ujianNya. Saya banyakkan bersabar dengan kerenah madu dan juga suami. Banyakkan berdoa agar suami dapay menjalankan tanggungjawapnya dengan adil. Apa juga masalah yang datang saya mengadu pada Allah. Alhamdulillah bila suami tengok kita sabar dan tenang je dia akan lebih sayangkan kita kerana lebih memahami dia dari isteri pertama yang selalu memberontak.

  2. Saya juga isteri ke dua seperti Mas tetapi baru 2 tahun dan tanpa pengetahuan isteri pertama. Saya juga banyak mengalah dlm segala hal. Dari apa segi pun isteri ke dua tetap di tempat yang salah. Maka saya ambil jalan untuk lebih bersabar tiada yang lebih tenang selain banyak berzikir dan mengingati Allah s.w.t. Saya juga banyakkan berdoa semuga tuhan membukakan jalan agar suami dapat berlaku adil kepada ke dua2 isterinya. Saya percaya ada hikmah di sebalik dugaan. 2 Mas email saya anisansar@yahoo.com. I wish we can be friends

  3. nampaknya saya juga senasib dengan mas dan is3.saya juga merupakan isteri ke2 seperti anda bedanya cuma saya telah berkahwin selama hampir 15 tahun yang lalu.Saya telah dikurniakan 3 orang anak,kesemuanya lelaki.memang masyarakat memandang serong kepada isteri ke2.sampai kehari ini kadang2 saya rasa terlalu merendah diri kerana status saya ini.saya seakan malu nak muncul didalam majlis keramaian terutama majlis keluarga suami.Pasti ada yang menyindir atau sengaja menyakitkan hati saya.sebenarnya perkahwinan saya dengan suami direstui kedua belah pihak..ayah saya yang mewalikan pernikahan kami.Namun telah menjadi lumrah alam orang sekeliling tetap memandang hina pada golongan seperti saya!Saya tidak lah terdesak sangat ketika berkahwin dengan suami.Bayangkan masa itu umur saya masih muda,jauh lagi nak digelar anak dara tua..rupa pun tak juga terlalu hodoh…saya juga bekerja tetap ada pendapatan sendiri,saya tahu, saya kena akur pada ketentuan ilahi..dialah jodoh yang tuhan tentukan buat saya..dialah lelaki yang tuhan tentukan untuk jadi suami saya,walaupun dia berstatus suami orang!Saya tidak pernah bermimpi untuk berkawin dengan suami orang dan bermadu!Saya terima suami seadanya.Setakat hari ini saya gembira disamping dia dan anak2, walaupun sesekali perasaan ini bercampur baur namun saya kuatkan semangat untuk terus hidup begini kerana saya tahu saya perlukan sokongan seorang suami.Saya tidak ada sebab lain untuk menolak dia justru dialah sebaik-baik lelaki untuk saya!Saya mampu memaafkan serta menghalalkan apa yang terlebih dan terkurang untuk diri saya, kerana saya sedar suami saya juga manusia biasa..yang tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan..lagipun status saya ini memang mengajar saya untuk lebih banyak berkorban dan banyak memaafkan!

    1. kagum ngan mama haziq…sy ibu tunggal..terjebak ngan suami org..merancang nk berkahwin..tapi sy sllau btanya pd diri mampukah sy??bingung sy..pd Allah tempat sy minta petunjuk skrg ni…

  4. saya istri ke 3 suami sy dan kalau di ikutkan sy yang ke 4 tp sblm bernikah dgn kami ber3 suami tlh pun bercerai dgn bekas istrinya yang terdahulu, seperti kebanyakan istri2 ke2,3@4 yg lain sy juga lebih banyak makan hati dengan karenah madu2 dan suami, berkali2 sy cuba memahami dan bertahan tp kadang2 sy kalah dengan nafsu amarah sy.. perasaan cemburu bukan perkara utama yg sebenarnya sy hanya minta keadilan dan kerjasama dari suami dan madu2, madu pertama sy ok dan pernah tinggl sebumbung serta jg anak sy. tp madu yg ke 2 yang hingga ke hr ini menganggap sy IBLIS kerana merampas kasih suami dr pd dia.. yang sy pelik tak terfikirkah kata2 itu di tujukan kepada dr dia sendr?
    sy sedaya upaya berkorban apa saja untuk keluarga sy (termasuk madu2) tp tidak pernah dihargai suami dam madu2.
    perlukah saya bertaahan lagi walaupun usia perkhawinan sy baru menjangkau ke tahun ke 3?

  5. assalamualaikum… Akhirnya, jumpa juga tapak web yg bincang isu soal+hati hidup bermadu… Tp, ramai yg komen nya, isteri kedua,ketiga@keempat…

    Sy, baru dp baby ke 2. Baru 3bln umur dia, suami tanya sama ada sy akan marah kalau dia ingin berkahwin lg bila mampu… Nak kata marah, tak juga tp lebih kepada sedih sbb kena berkongsi suami…

    Sekarang, sy selalu tertanya2 adakah bakal sy akan dpt lebih dr sy… Yer lah… Kami susah bersama… Bila suami dah senang nnt, nak tambah 1lg.. Sure isteri baru tak merasa susah hidup pengantin baru,.. Rumah ada, kereta ada… Mcmn nak bg perasaan tak puas hati hilang?

    Kwn2 yg bermadu ada tak apa2 yg perlu pesan pada sy agar sy dpt jd isteri yg terbaik dan rakan terbaik utk bakal madu saya?

    Ada tak bukuu ilmiah mengenai hidup bermadu… Ilmu utk suami dan isteri2… Kat majlis agama islam ada ke kelas utk mereka2 yg bakal bermadu dan dimadu kan?

    1. selagi belum menjadi taqdir , berdoalah agar dijauhkan Allah. mudahan doa makbul.. ingatlah hanya doa mampu merubah qada dan qadar kita. insyaallah

  6. Assalamualaikum, Nampaknya saya senasib dengan Tie. Cuma saya sudah berkahwin dengan suami 11 tahun. Dikurniakan 3 cahaya mata. Suami mengaku jatuh cinta sekali lagi pada rakan sekerja, yang juga mencintai suami saya walaupun sudah tahu status suami sy. Seperti Tie, perasaan sedih lebih mengatasi dari perasaan marah. Mungkin jg marah pada diri sendiri, sentiasa mencari di mana kelemahan diri. Lalu saya izinkan mereka bernikah. Tetapi si ‘adik’ masih belum bersedia, cuma nak berkasih2an mengenal budi masing2. Tapi yang itu saya tak izinkan.

    Suami dan cik adik mengaku tak boleh melupakan cinta yg bersemi. Suami jg menegaskan yg cintanya pada saya takkan berubah. Apa yg harus saya lakukan?

  7. Salam…saya isteri pertama dan belum bermadu…cuma masih mencarikan isteri untuk suami sy…bukan kerana kekurangan cuma mahu berkongsi nikmat Allah berikan kepada saya bersama wanita lain yang sememangnya lebih ramai dr lelaki. Nampak pelik, hakikatnya hanya Allah yang tahu…Isu poligami juga nampak pelik di Malaysia kerana ianya jarang-jarang berlaku did alam satu komuniti. tetapi tak mustahil suatu hari nanti (dengan kehendak Allah) monogami pula yang akan namapak pelik apabila ramai lelaki mengamalkan poligami(insya Allah suatu hari nanti apabila lebih ramai wanita bersikap terbuka). Dimana pun status kita, sebagai isteri pertama, kedua,ketiga atau keempat kita mempunyai tanggungjawab masing-masing kepada Allah. selagi kita kuat berpegang pada tali Allah, insya Allah perjalanan hidup kita selamat. hubungi sy, safrani123@yahoo.com.my untuk perkongsian maklumat.

  8. Saye berumur 38 tahun mempunyai 1 orang istri n 2 orang anak dalam kehidupan rumah tangga saya cukup bahagia dan tidak ada permasalahan yang mengganggu kehidupan berumah tanggan dan saya sekarang berniat nak melakukan poligami dengan seorang wanita yang saya rasa tidak dapat dielakkan lagi kerana kami saling mencintai dan menyayangi dan takut terjerumus ke lembah zina.
    yang jadi permasalahan adalah calon istri kedua saya menetapkan syarat tidak mau menikah secara diam2 dan harus sepengetahuan istri pertama. saya rasa dia ada betulnya juga kerana kita menikah bukan untuk sehari dua sahaja.
    Mohon tips macam mana nak meyakinkan dan mendapatkan persetujuan istri pertama. ntuk makluman istri pertama saya wanita bekerja dan mempunyai gaji lebih besar dari gaji saya

  9. Assalamualaikum, sy nak kongsi sesuatu dan sy perlukan pendapat tetapi sy xboleh nak cerita kat sini kerana panjang lebar dan sy xpandai nak pendekkan cerita….. ada x sesiapa nak dengar dan kongsi juga beri pendapat pleaseeee…. sebab sy betul2 dalam dilema………… 😦

  10. salam to all..
    masalah sy pula brlainan.suami ingin berpoligami..dn sy..dengn rela hati merestuinya.dan terima seikhlas hti kerana Allah.Namun si “dia” pula tidak mahu berkongsi..betapa sedihnya hti sy tika ini.apabila suami terpaksa memilih stu antara kami.Dan pastinya “dia”lh pilihan utama.Apakh yg harus sy lakukan..bantulah sy:(masalah sy pula brlainan.suami ingin berpoligami..dn sy..dengn rela hati merestuinya.dan terima seikhlas hti kerana Allah.Namun si “dia” pula tidak mahu berkongsi..betapa sedihnya hti sy tika ini.apabila suami terpaksa memilih stu antara kami.Dan pastinya “dia”lh pilihan utama.Apakh yg harus sy lakukan..bantulah sy:(

    1. kerelaan awak untuk berpoligami 70%. bakal isteri suami tiada kerelaan , hanya 20%. kekuatan kasih suami pada awak 70%. kekuatan kasih suami pada bakal isteri 50%. kekuatan jodoh awak dengan suami 50%. jodoh terhalang 80%. jodoh terhalang kerana sihir. rawat dan hancurkan sihir , insyaallah mudahan Allah izinkan kepanjangan jodoh awak. boleh hubungi saya untuk rawatan , insyaallah

  11. Assalamualikum,
    Bagi saya dalam isu berkongsi kasih nie suami perlu tahu tanggungjawabnya dan bersikap adil…kalau dia dapat menjalankan fungsi dan tugasnya sebagai suami dengan baik sudah pasti jgk dapat membimbing para isterinya…buat isteri pertama perlu redha tapi sentiasa fikirkan cara untuk terus bahagia bersama suami, walaupun kasih suami telah terbahagi 2…tapi perlu diingat yang pertama akan tetap yang dingati dan disayangi…buat isteri yang kedua, perlu banyakkan bersabar menempuh dugaan…hidup adalah pinjaman jadi, kita harus berfikir secara positif…insyaallah pasti kebahagiaan akan ditemui..

  12. Kenapa ada perempuan yg terlalu angkuh,bsikap hipokrit bahagia bersuamikan suami penzina,rela suami berzina dr mgizinkan suami bkhwin.hina sgtkah poligami? Jatuhkah darjatnya sbagai isteri?

  13. Akhirnya jumpa juga tempat utk kongsi kisah poligami…salam semua,
    Dalam keluarga, sy anak yg bongsu dari 8 adik beradik…saya sorang ja lelaki yang lain semuanya perempuan…Masih ingat lagi 3 bulan yg lepas…saya menyatakan hasrat untuk berkahwin 1 lg(poligami) kpd keluarga..tentangan yg diterima amat hebat..smpai ugutan untuk tidak mengaku saya sebagai ahli keluarga..masa tu hya Allah sj yg th…tak sangka pula niat saya jujur dan ikhlas ini tk dapat dinilai dgn tenang(kdg2 tefikir jugak kejujuran pun boleh jadi sesuatu yg perit)…waktu itu isteri saya pun tidak dapat menerima keputusan saya ini disebabkan oleh tekanan ahli keluarga saya…namun, hari demi hari tanpa rasa jemu saya terangkan kepada isteri saya bhwasa poligami ini tidak salah di sisi Islam.. Alhamdulillah, akhirnya dia faham walaupun masih tk dapt terima sepenuhnya…buat pengetahuan semua..calon istri saya yg kedua ini adlh rakan sepejabat yg masih blum bkahwin…dengan tekad yg bsungguh2, saya telah menemui keluarga bakal isteri kedua saya..Alhamdulillah, dengan penerangan dan usaha saya yg bsungguh2 mereka dapt menerima keputusan saya walaupn ada sdikit tentangan dr pihak mereka..bg saya yg penting adlh ayah dan ibunya bersetuju..berbalik kepada kisah isteri saya..saya mencdgkan supaya dia bjmpa dgn bakal madunya(2nd wife)..pd mula katanya dia memerlukan ms…namun 1 hari isteri saya sendiri membuat keputusan unutk btemu..shingga kini..Alhamdulillah, isteri dan bakal isteri saya jdi kawan baik..pernah jugak tfikir nk kwin kat siam ja..senang..tp klu fikirkan2 baik cuba saluran yg betul dulu… so, call peguam syarie..terkejut jugak fee yg dikenakan Rm3000-RM3500…so, ambil keputusan buat sendiri…pergi mahkamah tinggi ambil borg utk mohon poligami(sebenarnya tk perlu pun..tp undang2 negeri..kena la ikut)..1st submit permohonan kena reject sbb salah buat padahal yg bg panduan pegawai diaorg sndiri…rasa down jugak..buat lagi skali dgn format yg br dpat..Alhamdulillah kali nie diterima..dan kes Permohonan saya nie akan didengarkan di mahkamah pada pertengahan bulan 8 (bulan puasa..mudah2an berkat bulan ramadhan yg mulia akan melancarkan segalanya…kena bawa isteri pertama dahulu…pada masa nie tentangan keluarga saya masih kuat..apapun saya perlu tunggu keputusan mahkamah..baru sy akan usulkan semula perkara nie kpda keluarga wlaupun sy th akibat yg akan saya hadapi..

    1. kekuatan jodoh awak utk berkahwin kali kedua adalah 60%. manakala kekuatan untuk mengendalikan hidup berpoligami 50%. baguslah awak berusaha untuk memahamkan isteri hakikat berpoligami kerana sekarang kekuatannya untuk terima poligami 60%, belum cukup kuat. boleh usahakan . atau boleh rawat rohani nya, insyaallah . awak dan dia ada saka . begitu juga bakal. merawat gangguan ini akan menyerlahkan kekuatan jatidiri dan membantu sangat dalam meningkatkan kekuatan rohani.

      1. Salam saudari intanrohaida,
        Betul ka ada saka? Jenis apa? Sblm nie pun ada jugak sorang sahabat saya kata mcm tu jugak..tapi nak percaya ngan tak sama banyak…bleh sy dapatkan alamat email saudari untuk perkongsian ilmu dan pndapat..

      2. saka jenis efrit. jenis yang kuat. saka keturunan. awak keturunan yang keempat. saka duduk di perut ke kaki.

    2. baik juga awak lakukan dengan jalan yang betul dan menurut undang2 yang ditetapkan. Biasanya kalau niat untuk berpoligami tu betul2 ikhlas dan dapat berlaku adil pasti senang untuk mendapat kebenaran untuk berkahwin. Yang penting awak mampu, isteri pertama bersetuju dan keizinan dari wali bakal isteri awak…insyallah, niat tu akan terlaksana….lebih2 lagi di bulan ramadhan yang mulia ini…

    3. Bole tolong saya yakin kan dia supaya jangan berputus asa,,,, dia nak tinggalkan sya sebab takut meminta izin dengan isteri pertama, dan takut isteri pertama meminta cerai kalau kami berkahwen senyap2,,,,,,tolong email dia tapi tolong jangan bagi tau sya yg minta awak email dia…..

      tolong lah saya,, saya tak sanggup kehilangan dia,,,,,sebab kisah awak ni lebih kurang kisah kami berdua…..

  14. Saya juga merupakan isteri kedua, baru berkahwin selama 7 bulan. Akan tetap semenjak dari minggu pertama perkahwinan, isteri pertama telah dimaklumkan oleh suami mengenai perkahwinan ini. Bermula sejak itu, suami mula berubah sikap terhadap saya seakan bencikan saya dan menyesali perkahwinan ini. Sikapnya yang dingin yang seakan ingin lari dari perkahwinan amat amat buatkan saya terluka dan perit untuk lalui semua ni. Saya masih bertahan dengan sikapnya yang berubah ubah sehinggalah ke sekarang. Saya tidak tahu kenapa begitu sekali sikapnya terhadap saya sedangkan sebelum dia seorang yang baik. Terlalu perit untuk saya lalui semua ini kerana dia lebih mementingkan dan hanya ingin menjaga perasaan isterinya dalam semua perkara, sedangkan perasaan saya seperti tiada harga baginya. Bukankah dalam Islam suami sepatutnya menunjukkan sikap yang baik, pengasih dan penyayang pada semua isterinya walaupun dari segi pemberian yang lain ada terlebih kurang.

    1. ehm….awk kena banyakkan bersabar….cuba tanya pada suami mungkin dia ada masalah…tu yang menyebabkan sikapnya berubah…mungkin jugak membabitkan hal madu awak…walau bagaimana pun perbincangan adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan….kalau suami memang seorang yang bertanggungjawab pasti dia tahu tanggungjawbnya terhadap kedua2 orang isterinya….berdoa banyak2 mohon petunjuk darinya…

  15. Salam…sy x tau knp bila saya baca pengalaman tuan tuan,puan puan kat sini air mata sy mengalir…sy beusia 20-an…sy jatoh cnta pd seorg lelaki saat dia b’gelar tunang org…sy mula mencari knp sy jatoh cinta pd nya..saat tu,saya mula fhm bahawa cinta dan hati ini milik Allah..Allah berhak bg cinta pd sesiapa yg dikehendaki nya…sy fhm,sukar utk dia buat keputusan,sama ada pilih sy @ tunangnya..sy x nak gaduh2..sy x paksa dia pilih sy..sy fhm sy x da apa2..tunang nya org yg b’ilmu tggi..sedang saya hanya kelulusan spm,..sy jumpa keluarga nya 3 kali..sy ckp sy btl2 cintakan dia…tp ibu si dia tetap bekera hati nak bermenantukan tunang nya jgk..saya redha..sebagai org tua,dia pasti x nak sesuaty yg buruk tejd..sy kesian pd tunang dia..sy x paksa dia pilih sy..setiap kali mereka gaduh,sy cuba sejukkan hati si dia.. Du bulan mereka berkahwin,Tuhan saja yg tau prasaan saya…sy kuatkan diri bedoa pd Tuhan mintak kuatkan hati sy hadapi dugaan ini..baru2 ni si dia ada beterus trang dgn istrinya tentang hadirnya diri saya pd saat mereka bergelar tunang..Alhamdulillah penerimaan istrinya positif..sy syukur..tp persoalannya skrg,sy jd kesian pd isterinya..sy x tau apa harus sy lakukan..sy dah rasa mcm mana sakit kita merelakan org yg kita cinta kawin dgn org lain,jd sy x nak org lain rasa mcm apa yg dah saya lalui…saya buntu,mcm2 saya fkrkan…sy nak kehadira sy x lukakan hati sapa2..isterinya akn jd sebahagian dr hdup sy,jd bila sy gembira sy nk dia jgk turut gembira..bkn sy x cuba trima cinta baru,tp sy x dak hati..bantu saya…

    1. kena kuatkan kekuatan redho untuk berpoligami terlebih dahulu dan rawat buang sifat nuruk (60%) dalam diri , insyaallah sangat membantu. boleh hubungi saya.insyaallah

      1. boleh baca masalah sy juga..sy ni ibu tunggal…nak merancang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama walhal sy sudah diperkenalkan kepada isteri pertama yg awlnya dapat menerima sy…lama kelamaan dia merubah keputusan dia utk tidak membenarkan..masalahnya sy dh byk kali terfikir utk tinggalkan lelaki tersebut…tp sy tak mampu lakukan apabila kekasih sy itu slalu meyakinkan sy ingin peristerikan sy…dia slalu yakinkan tentang niat dia..sy jadi kalah dan tewas ngan kata2 dia…saya dh bingung terjebak ngan cinta suami orang..isterinya pula tak habis2 memerhatikan sy dan mengawasi sy…sy kdg terfikir adakah kekasih sy sudah disihir oleh isteri dia sehingga isteri dia halau keluar rumah,sepak dia,maki hamun masih mmpu bertahan….sy pernah jugak diugut oleh isterinya nk menjadikan sy gila…apalah dosa sy ..soal hati dan perasaan,,sy pun tak tau knp hati sy kuat sgt utk kekasih sy..

    2. salam sue…

      ehm! nampaknya awak dalam dilema….tapi bagi sy, jalan penyelesaian masalah ini bergantung pada diri awak sendiri. Adakah awak dah berfikir arah hubungan tu pada masa akan datang?…….sekarang ni awak rasa kesian dan tak mahu isteri kekasih 2 terluka, jadi kalau begitu tinggalkan dan lupakan saja kekasih awak 2. Tapi kalau awak sanggup menempuhi cabaran kehidupan pada masa akan dtg……boleh diteruskan. bagaimana dengan kekasih awak 2…..apa perancangannya….nak jadikan awak kekasih or nak jadikan awak second wife….jd yg kedua bukannya mudah, lebih2 lagi awal2 dah ibunya tak merestui hubungan awak dengan anaknya…

  16. Saya istri ke 2 gak, sy telah berkawin hampir 5 bulan, istri pertama pn dh tau dn dudk brdekatan dgn sy, suami sy sgt baik dn dia sedaya upaya tuk bhgia dn puaskn ht istri2 nye sehingga kadg kala dia sendiri trluka…mengutamakn istri2 dlm segala hal, sehingga dia mengabaikan kebajikan diri sendiri tp msg2 masih x puas ht…dr benda yg remeh temeh pn nk diambil kira….kekdg kesian kt suami, blik sini ke soal jwb, blik sana pn keadaan yg sama gak…kesian sgt la…seolah menganiaya org lak rasa nyer…masalah kami, apa yg x puas ht, suami jd sasaran…dia mcm org tgh lak menyampaikn masalah kami…aduhai, x sampai ht tgk suami jd cmni krn dia trlalu baik…hanya Allah saja mengetahui kebaikan dia trhadp istri2 sbb tu la istri2 seolah menggunakan dia tuk mendpt hak msg2…sy pn kekdg cuba tuk beralah tp sy ni cepat naik angin, bila melibatkn ht dn perasaan mula bt suami serba slh…sana nangis sini nangis…x tau nk bt cmne…suami selalu ckp, dia x nk diheret ke neraka dgn jln senget sebelah…tp nape la, x de perasaan belas kasihan lgsg pd dia…baik yg pertama atau yg ke2…..sush2 sgt kawin 3, habis cite…bru padan muka…x prnah brsyukur dgn pemberian Allah s.w.t.

    1. dah hidup bermadu kena saling bertolak ansur…..apa tah lagi dapat suami yang baik dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil..

  17. Hari ini genaplah setahun sy berkahwin dan menjadi isteri ke-2…seblm sy mengambil keputusan bernikah di siam pd tahun lepas, sy banyak membaca pengalaman dan nasihat di ruangan ini. Rasa bimbang tetapi sy nekad dgn keputusan sy walaupun sy byk membaca dr blog ini bahawa poligami akn jd tidak membahagiakan jika suami bersikap tidak adil. Berbalik pd cerita sy,perkahwinan sy tlh didaftarkn sebaik shj blk ke Malaysia dan direstui orgtua sy cuma isteri pertama suami shj yg tdk tahu. Kalau ikutkn suami dia mmg tdk mahu isterinya tahu ttg pernikahan keduanya. Tetapi selepas 5 bulan kami bernikah rahsia ini terbongkar dan madu sy telah mendpt tahu tentang pernikahan kedua suaminya. Itu pun sy yg memberitahu perkara sebenar ini kepada madu. Sy sebenarnya ingin berbaik dgn madu sy yg sy anggap sprt kakak. Sy juga tdk sanggup melihat suami asyik berbohong dgn isterinya jika dia dtg ke rumah sy. Tetapi madu tdk dpt menerima hakikat suaminya telah berpoligami dan sgt membenci sy serta enggan bertemu sy utk berbincang dari hati ke hati. Sikap suami yg tdk menyebelahi sy dan menyalahkan sy kerana menyebabkan madu sy mengetahu perkara ini menyebabkan sy terkilan. Sudahlah dari hari pertama blk ke Malaysia selepas bernikah di Thailand suami tidak pernah tidur di rumah sy.

    Diizinkan Allah selepas dua bulan bernikah sy disahkan hamil. Seorg isteri yg hamil ank pertama tentunya perlukan sokongan suami di sisi..malangya suami sy tidak pernah bermalam di rumah sepanjang sy hamil 9 bulan. Dia hanya dtg jenguk pd waktu petang seminggu sekali dan akn blk sebelum maghrib. Kadang2 shj dia menghantar sy ke hospital utk pemeriksaan kehamilan. Sy pergi kerja, pasar, kursus, balik kg, blk berhari raya dan sebagainya sendirian dgn keadaan hamil. Memang sedih tetapi sy tabahkan hati dan Allah Maha Adil sebab sy tdk mengalami sebrg alahan semasa mengandung. Sy nyatakan pd suami yg dia harus membuat giliran sprt yg dituntut dlm Islam tambahan keadaan sy yg mengandung sy perlukan suami utk membantu. Anak2 isteri pertama semuanya dah besar-besar belaka dan yg bongsu tingkatan 4. Tetapi jika suami sy dtg menjenguk ke rumah sy dan madu tahu dia akan call suami minta belikan makanan dan sebagainya sebagai alasan supaya suami segera beredar dr rumah sy. Sy plak tak tahu memandu..tulah kepayahan sy bila nak bergerak. Menyesal juga tdk belajar memandu di saat-saat suami tidak pedulikan sy yg mengalami kesukaran nak bergerak dgn keadaan mengandung. Madu sy mempunyai sebuah kereta yg dihadiahkan suami. Rumah besar mereka juga hadiah suami. Kalau ikutkn madu sy boleh shj ke kedai beli makanan dan sebagainya dgn keretanya…suami pula berkali-kali berjanji dgn sy yg satu masa yg sesuai nanti dia akn bermlm di rumah sy tetapi dia tidak dpt berjanji utk membuat sistem penggiliran. Sy hanya menuntut 3 kali seminggu shj giliran sy memandangkan sy mengandung. Itu pun selang hari jika suami bimbang utk meninggalkan madu sy. Sy menetap di KL dan madu serta suami di Selangor. Perjlanan suami ke rumah sy mengambil masa 30 minit jika jln tdk sesak dan pejabat suami di Shah Alam.Anak tiri sy pula ada yg study di KL jadi sy rasa jika suami menghantar anknya blk ke kolej di KL mengapa dia harus blk ke rumah madu yg jauh..kan baik dia berehat dan bermlm di rumah sy memandangkan kolej ank tiri sy dekat dgn kwsn sy tinggal. Tetapi suami tdk menerima cadangan sy..

    Sy tdk pernah mengadu dgn sesiapa termasuklah orgtua ttg keadaan yg sy alami ini. Rakan-rakan lihat sy gembira shj sedangkn di hati sy Allah shj yg tahu…Tetapi naluri ibu dia tahu apa yg anknya alami dan ada memberitahu suami cubalah bermlm dan tlg tengok-tengokkan sy yg mengandung sebab apa2 perkara buruk pun boleh terjd pd sy yg sarat mengandung. Tetapi suami hanya berbohong pd ibu sy kerana sehinggalah hari sy nak melahirkan ank suami tdk pernah bermlm. Di takdirkan Allah sy melahirkan anak perempuan yg sgt diimpikan oleh suami kerana ke-4 anak-anaknya adalah lelaki. Sy bersyukur sangat pd Allah kerana mengurniakn kami dgn ank perempuan. Sepanjang 9 bulan hamil sy sentiasa berdoa pd Allah agar dgn kehadiran zuriat ini akn menjd penyeri keluarga sy dan sikap suami akn berubah menjd suami yg lbh adil dlm keluarga poligami ini. Tuhan sentiasa menduga hamba-hambaNya…sekali lg sy diuji sewaktu sakit nk melahirkn pd subuh hari. Sy call suami utk memberitahunya ttg keadaan sy. Malangnya dia dgn nada mengantuk minta sy pergi ke hospital sendiri. Alasan suami ialah adik sy ada dan adik boleh menghantar dan menjaga sy di hospital sementara dia pula tdk dpt hantar sy yg sakit dan tidak dpt dtg ke hospital utk melawat sebab dia sudah buat rancangan dgn madu utk bertolak ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan ank saudaranya. Sebenarnya suami ada berbincang dgn sy yg tarikh sy bersalin sama dgn tarikh pernikahan ank saudara lelakinya dan buntu memikirkan yg mn satu harus dipilih. Sy nyatakan pd suami yg majlis itu di pihak perempuan jadi suami boleh pergi pd majlis pihak lelaki pd minggu hadapannya. Malangnya suami tdk menerima cadangan sy….Allah Maha Adil, di saat sy sarat menunggu tarikh bersalin kebetulan adik sy yg berada di JB dtg kerana ada temujanji dgn doktornya pd hari yg sama sy melahirkn anak. Itu yg adik sy menghantar sy ke hospital untuk bersalin dan suami berterusan lepas tangan tentang kebajikan sy… hancur hati sy bila sy tahu yg suami mmg lalu depan hospital sy bersalin semasa dia dlm perjlanan ke Kuantan tetapi dia tidak mahu pun berhenti sebentar pun utk menjenguk sy yg dlm kesakitan melahirkan ank. Doktor dan jururawat ada bertanya mana suami sy, tetapi sy dgn senyuman di bibir menyatakan suami ada urusan kerja yg tdk dpt dielakkan walhal dlm hati sy menangisi perbuatan suami yg tdk memperdulikan sy yg bergelut kesakitan nak melahirkan anknya…dan plg menyayat hati ialah apabila bayi sy tidak diazankan oleh bapanya sendiri sebaliknya oleh org lain….

    Alhamdulillah kini ank sy sudah pun berusia 2 bulan…sikap suami tidak juga berubah..malah waktu dlm pantang sy membuat semua urusan sendirian. Bawa ank ke klinik juga sendiri ditemani oleh ibu sy. Kos bersalin dan kos utk ank sy semua sy tanggung sendiri kerana suami org berniaga dan dia belum dpt duitnya jadi sy dahulukan duit sy sebab bagi sy ini masa susah dia jd sy perlu membantunya. Niat sy membantu suami mmg ikhlas dan mudah-mudahan suami akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab, tegas dgn madu dan suami akn lebih adil pd sy dan ank yg baru lahir. Selepas bersalin dlm keadaan berpantang kalau tidak kuat iman mmg boleh meroyan mengenangkan sikap suami sy…kini suami tdk juga dpt bermlm walaupun sy ada ank kecil yg perlukan ayahnya. Sy pun tak tahu nak ckp apa lagi kerana kalau ikutkan mmg dia teringin sgt ank perempuan tetapi mengapa dia mengabaikan sy dan ank yg diidamkannya itu…sy pasrah..sy berserah pd Allah agar tunjukkan sy jln yg benar dan jika ditakdirkan jodoh sy dan suami tdk panjang sy terima kerana terlalu pahit pengalaman yg sy alami dlm perkahwinan poligami ini disebabkan sikap suami yg tidak adil. Kesimpulannya sy tidak menentang poligami malah poligami akan indah jika seorg suami yg mengamalkannya bersikap adil, tegas dan mampu membimbing anak2 dan isteri-isterinya…

    1. Ida… Saya baca kisah awk dengan terharu bersama airmata. Sy juga merupakn istri ke2. Nasib saya seperti awk juga tp lebih teruk daripada awak. Hidup bertemankn airmata….. Kehidupn kami porak peranda Dan akhirnya….. Perpisahan jalan yang ditemui…

      Sabar LA wahai Ida….

  18. salam….

    saya adalah isteri yang kedua juga… saya nak berkongsi…saya pernah berjumpa dengan isteri pertama tetapi dari saat perjumpaan itu isteri pertama pergi menyerang ke pejabat dan mengugut macam-macam kepada saya dan saya juga telah jauh dari keluarga saya(keluarga saya tidak bersetuju saya berkahwin dengan suami orang)…setiap hari isteri pertama menggangu, sedangkan hidupnya lebih baik dari saya dan dia beruntung mempunyai suami yang tahu akan agama dan tanggungjawabnya..biar pun isteri pertama seorang guru/ustazah dan mempunyai ilmu agama yg tinggi berbanding dengan saya hanya tahu solat dan berdoa..tapi yalah …dia pun manusia biasa..dan saya redha akan semua yang berlaku…saya bukan sepanjang masa dengan suami saya ..suami saya kebanyakan kepada isteri p1 mungkin tanggungjawab di sana lebih berat berbanding dengan saya …..kekadang saya kecewa juga kenapa saya terjebak dgn keadaan ini..yang dulu saya tentang habis-habisan..allah itu adil..saya tidak melawan mahupun memberontak tapi allah tahu hati saya yang hancur bila nampak kebahagiaan nya dgn istri p1, dan nampak kasih sayang suami kepada keluarganya … siapa tidak ada perasaan cemburu tapi hanya SABAR itulah yang harta paling mengutungkan dan teman ku paling rapat ialah amal dan pengawal peribadi ku adalah waspada dan diam..bahasa yang paling manis ialah senyum dan ibadah yang khusyuk….terkadang terfikir untuk berundur kerana saya seorang insan yang lemah…tapi saya tiada siapa2 lagi selain suami saya…dan dia saja lah yang dapat melembutkan,mengajar dari hidup saya seorang yang kasar menjadi yang lembut sopan santun..dan dialah yang menyelamatkan saya dari keluarga yang memukul saya…saya tidak marah atau benci pada isteri p1..tapi tolong jgn hina saya tolong jgn mahu saya tinggalkan suami saya…dan juga tolong lah jangan ganggu saya..kebahagiaan telah ku bagi untuk mu..aku korban kan masaku bersama suami ku untuk mu dan anak2 mu..juga dan bukan lah kerja kita untuk menghukum sesama manusia itu adalah kerja allah s.w.t…wasalam…

  19. Ida, bwk brsabar yer…bile sy baca komen kt sini, sy rasa sy sugguh beruntung sbb suami sgt syg kt sy…tmbahan sekrg sy sdg hamil, kasih syg yg diberikan melimpah ruah…cuma sebaga manusia biasa ada je yg x puas hati..madu sy pn sebenar nyer baik cuma dia x brpuas hati sbb masa dia suami blik kerumah sy wlupn sekejap..dlm semiggu 4 hr dgn sy dn 3 hr je dgn dia…klu suami msuk shif mlm, klu kene pd turn dia..suami blik tido umah sy tnpa pengetahuan istri prtama…tp sejk akhir2 ni, mgkn suami dh trsedar..is3 p1 selalu menangis, mata pn bengkak hr2…dia nk bt adil la…x nk blik lama2 umah sy bila turn is3 p1….sy sdih gak sbb dh biasa dgn keadaan cmni..hr2 jmpa suami..tp klu dia bleh brsabar mengapa sy x bleh…cmne la sy nk trma keadaan ni sume…bila dia x de jer, sy slalu menangis smpi sush nk tido mlm…trkenang masa dulu…mmg sush bila kita trlalu sygkn org…sush sgt nk trma keadaan ni sume…suami x nk brlaku zalim..x smpi ht tgk keadaan is3 dia cmtu..ank2 pn trabai…sy cuba la yg trbaik….bila turn kt sana, tel pn jgn…sy kene berusaha gak tuk terima hakikat yg sy sekrg hidup brmadu, wlupn pahit kene telan gak…bt masa skrg madu sy pn x tau yg sy sdg mengandung….sebenar nyer dia baik sgt cuma kekadg sy yg x phm dn suka menyakitkn ht dia…msti sy bnyk dosa kt dia….ishhkkk…fikir balik nk brsalin esk sush la plak..derhaka kt madu…sy nekad tuk beralah dn beri semula kehidupan dan kebahgiaan pd dia…sebenar nye dia is3 trbaik tp Allah lebih mengetahui dn mmberi ujian yg hebat pd dia…tp Alhamdullilah dia bleh trma seada nye…cuma sbagai wanita dia rasa kasih syg suami dia tdk seprti dulu lg….kasih trbahagi dua…

    1. suami bukan matlamat kita. cuma alat untuk mendapar redho Ilahi. dan kasih suami sebenarnya tidak terbahagi dua , tiga atau empat. sebagaimana ibu yang beranak ramai, akan kasih pada anaknya , setiap satu dengan kasih yang penuh bukan macam buah , dipotong dan seorang dapat sebahagian dan kalau seorang maka akan dapat sebiji penuh,. tak. kalau ada 3 anak, maka 3 buah betik untuk setiap seorang sebiji penuh.

      begitu juga kasih suami. dalam kes suami awak, kekuatan kasih dia pada isteri pertama sgt tinggi. 90%.

      1. assalam intanrohaida, sya isteri ke 2, dulu sya janda selama 4 thun. sya x bercinta dgn suami ni ttp lpas dia nyatakan hasrat utk meminang sya wlaupun dia suami org, sya x menolak. ibubapa sya merestui dan ayah mewalikn nikah sya d songkla.sya dh melayari hidup poligami ini bru 6 bulan.. namun isteri pertama dah masuk 5 kali minta cerai d mahkamah krna mengatakan suami x bertanggungjwb pd mereka sekeluarga. isteri1 surirumah sepenuh masa dn dah berkahwin hampir 18 tahun.. tujuan suami brkahwin dgn sya katanya kerna isteri per1 sakit puan dan x dpt melayan suami. krna suami x tahan asyik melancap brtahun2 akhirnya brtemu jodoh dgn sya maka masalah seksnya selesai. tp istri per1 pula x mahu teruskan hidup d madu walaupun suami bergilir setiap 2 malam dan x pernah abaikan nafkah pd dia dn anak2. sya punya perniagaan sendiri dan x brgantung sepenuhnya pd suami. cuma kdg2 sya rasa mcm x adil ckit bila suami x beri nafkah zahir pd sya seadilnya dn hnya tuntut batin shj. perbelanjaan sewa kereta, yuran anak2 bil2 sya selesaikan sndiri… terkadang trpk baik hidup sendiri dr mcm ni… dhla madu x dpt terima, sya pun x lah selesa dan rasa dlindungi…

      2. waalaikum salam wrt,

        Anum,

        bila sesuatu perkahwinan itu Allah izinkan berlaku, maka sesungguhnya itulah yang terbaik untuk seseorang itu,.. perkahwinan ini adalah sunnah rasulullah dan mengahwini janda juga sunnah baginda, tiada yang salah dengan perkara ini, baik poligami mahupun monogami, isteri pertama atau kedua, semuanya di bawah tanggung jawab suami,..

        suami mempunyai hak terhadap isterinya, isteri juga mempunyai hak terhadap suaminya, tanpa mengira status isteri, pertama atau seterusnya, di sisi Allah dan agama, setiap mereka sama haknya,.. dan semua hak ini akan ALLAH persoalkan kelak dan akan dipertanggungjawabkan,.. tiada suatu pun yang terlepas,..

        Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNYA dan atas itu juga kita akan dipertanggungjawabkan,..

        untuk itu baik awak mahupun suami kena jelas yang apa juga perbuatan kita adalah dalam perhatian ALLAH swt,..

        tetapi oleh kerana kita para isteri tidak bertanggung jawab atas semua perbuatan suami, bukan seperti suami yang akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH swt atas semua perbuatan isteri , maka untuk suami berubah kita perlu berdoa kepada allah dan diri kita agar kita ada kekuatan untuk redho atas semua ujian ALLAH swt.

        awak boleh juga membuat rawatan untuk kembalikan kekuatan taqwa dan merawat penyakit hati, insyaallah.

        di sini, Allah tetap memberi pilihan kepada semua hambaNYA

  20. Assalamualaikum…
    alhamdullilah saya bertemu dgn anda semua..membaca petikan-etilan di atas…membuat diri tak berasa seorang…saya adalah isteri kedua…alhamdulilah kami baru di ijab kabul 3 minggu yang lalu setelah 2 tahun berjuang mendapat persetujuan dari isteri pertama…walaupun akhirnya tak dapat juga…dan kami melangsungkan akad di songkla berwalikan ayah saya…saya hadir di antara mereka seolah2 ibarat menyelatkan jiwa suami saya..itulah yang sering suami saya utarakan pada saya…memang semua akan cakap bila suami nak cari lain dia akan cakap buruk2 pasal isteri pertama..tapi suami saya tak cakap semua tu..dia suruh saya lihat sendiri..untuk menyakinkan org tua saya awalnya sangat sulit…belum lagi mereka terpaksa melihat saya bertarung nyawa melawan gangguan sihir.saya bersyukur mak adalah bekas mahasiswa ustad haron din, jadi saya mendapatkan rawatan terus dari beliau..berkali2 mak menangis tgk saya lumpuh seketika..dan doktor buat ct scan seluruh tubuh menyatakan semua normal.ambil air tulang belakang pun normal…bagi saya suami saya cukup ikhlas…kenal..tahu latar belakang skit terus melamar dan jumpa keluarga, menyatakan status sebenarnya dan keingin menikahi saya…

    Demi Allah.. saya berterus terang ketakutan melakukan poligamy..saya mula membaca artikel dan mula mendekatkan diri padaNya..dan akhirnya saya melaksanakan umrah awal tahun ini kerana saya sgt amat buntu bagaimana lagi untuk menghalalkan hubungan kami..kerana berbicara di telefon sehingga menyatakan rasa rindu juga dpt menjadi zina..dan zina hati lama2 hati saya akan jadi kotor..sewaktu menjalankan ibadah umrah saya terus beristikharah alhamdulilah allah maha mendengar dan mengetahui..sepulangnya saya..saya yakin dengan pendirian saya, dan saya cakap pada ibu bapa dan tunang saya..ape pun rintangan nya saya tak mau was2 dengan jawapan allah..saya pun menikah di songkla..suami saya sgt baik..tapi saya buntu untuk menhadapi madu saya..dia minta setiap malam suami saya bersama dia..kalau tak dia muat rasuk hantu…pastu naik minyal..suami saya smpi tak tido malam dok baca quran..bawa gi berubat ustad bagi zikir dan air utk minum tak nak buat..suami saya seorg pakar bedah..saya juga alhamdulilah seorg doktor..isterinya juga pakar bedah..sampai suami saya tak rehat besok nak buat pembedahan besar.hati saya rasa teramat la marah disaat dia menghebahkan keburukan saya..dia telefon semua ex bf saya..termasuk ex husban saya (lupa nak ckp saya janda dah bercerai 3tahun)…seluruh keluarga dia mencaci dan menengking2 ibu bapa saya menytakan saya nak rampas harta dia,,kemudian dia pegi jumpa pengarah hospital cerita semua keburukan saya..skrg satu hospital sahu..dan seluruh pakar bedah di malaysia bercakap mengenai kami.bila meeting pakar2 bedah akan keluar cerita kami..sampai satu saat dia menggunakan pengaruhnya untuk menarik lesen saya sebagai doktor..lepastu dia segaja bergadoh dengan suami depan anak2…sampai anak2 jadi tk dpt tunpukan perhatian utk pelajaran..kalau tak dia guna anak2 dia untuk raih simpati..
    saya sedaya upaya membuat suami hati suami senang sbb saya tahu kekusutan yg dia alami…ayah dan mak saya minta saya terus bersabar..tapi dgn tekanan mcm ni..saya risau dgn suami saya…saya selalu ckp untuk isteri pergi kesyurga senang sbb hanya perlu solat 5 waktu, pusa di bulan ramadhan, taat kepada allah dan suaminya…namun kerana mulut dan nafsu perumpuan selalu menjadi penduduk neraka..dan saya sgt brazam utk menjadi isteri yg taat dan patuh….tapi saya sedih sbb suami saya bukan akan menangung dosa saya,tapi doasa isteri pertama, dan ibu serta adik2 prempuanya..ya allah..bagaimana saya nak hadapi masalah madu saya ni…walaupun suami sedang berusaha berlaku adil..namun saya dpt lihat keperitan dimuka dia…semoga ada yg dpt meng share nasehat dan pandangan dalam bentuk apa sekali pun….

  21. Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..Saya juga isteri kedua..Hanya Allah yang tahu apa yang dilalui dan apa yang dirasai.. Saya sanggup menjadi isteri kedua untuk menjaga diri dan mendekatkan diri dengan Allah sebab semasa menjadi janda, terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi..Namun poligami ternyata lebih menduga..Saya tidak pernah menganggap suami milik saya seorang ataupun saya lebih baik dari isteri pertama..Namun ujian demi ujian datang dalam hidup ini..Ujian ini saya anggap diberi kepada saya supaya saya tidak lalai dan leka..Supaya saya sedar kasih Allah abadi dan Allah saja tempat kita mengadu dan memohon pertolongan..Saya anggap semuanya adalah ketentuan dan ujian Allah.. Saya doakan agar semua yang berada di sini akan mendapat ketenangan dan diredhai Allah..Poligami mengajar saya banyak perkara dan yang paling utama di saat kita terluka..di saat kita ditinggalkan..Allah tetap bersama kita..Dia tak akan meninggalkan kita dalam apa jua keadaan seperti yang manusia boleh lakukan..Bersabarlah..Saya ingin bersahabat..Jadi boleh hubungi ya..

  22. assalamualaikum wbt….saya isteri kepada seorang suami yg dh mempunyai seorang isteri…sy nk kongsi pe yg saya pendam selama 3 taon saya bergelar isteri…makan hati tu dh jd kebiasaan saya….malahan giliran saya hanya dapat 4 hari sahaja dalam sebulan dan selebihnya semua dengan isteri pertama. jauh dlm sudut hati saya memang terasa sebb diperlakukan mcm tu…tp sy cuba muhasabah diri kenapa suami saya buat saya mcm tu…mana keadilan yg sottnya saya dapat? suami lebih mementingkan untuk jaga hati si isteri pertama. bila giliran saya tiba, isteri pertama selalu mogo dan ini mnyebabkan suami tidak tenteram bila bersama saya kerana memeikirkan isteri pertama beliau. saya perlukan rakan untuk saya luah isi hati saya sbb suami x pnh lngsung sudi dgr rintihan saya….saya rasa diri saya teraniaya…makin saya sabar makin kau tuha uji saya.
    saya berharap sgt semua yg ada dlm nie dpt dgr masalah saya dn sudi jd bahu untuk saya menangis selain Allah yg saya ada.

  23. saya dalam kesedihan,,,,saya mencintai suami orang….. kami berkenalan pada sept 2013,,, pada saat itu dia baru di hantar berkerja di sabah sehari selepas hari pertunangan dia….dia cakap dia mula menaruh minat dekat sya sejak kali pertama dia jumpa saya…tapi masa itu sya tak layan sebab sya tahu status dia…kmi berhubung melalui mesej kadang2,,,ad juga beberapa kali dia ajak keluar tapi sya menolak,,,,

    pada 19 july 2014,,, bersamaan 21 ramadhan…sya terbuka hati keluar dengan nya,,,kami berjumpa cuma beberapa jam sahaja…tpi perjumpaan itu memberi kesan dalam hati saya…. dari saat itu kami semakin rapat..dan rapat….hubungan kami melibatkan perasaan sayang,,,,dan pada 26 sept 2014 dia bernikah dengan tunang yang sekarang menjadi istrinya…. sya ingat hubungan kami akan berhenti sampai di sana tapi takdir allah kami masih bersama2… dan hari demi hari saya semakin mencintainya..menempuh suka dan duka bersama.. dia berniat untuk berkawen dengan sya,,sya percya dengan semua kata2nya…hubungan kami memang rapat,,sama seperti hubungan dia dan istri nya cuma berbeza 10%… dan sebab itu sya dah anggap diri ini 60% dah menjadi isterinya…

    dia banyak berkorban untuk saya,,dia banyak menghabiskan masa dengan saya,,,,tapi naluri perasaan cemburu sya menyebabkan sya buta melihat semua itu..

    seminggu yang lepas,,,dia meluahkan perasaanya untuk melepaskan sya pergi kerana dia sudah penat,,, dia ckap dia kna memilih salah seorng dan di sebabkan dia dah berkahwen,, pilihan itu sudah berat sebelah,,,,,,,sebab dia yakin istri pertama tidak akan setuju,,dan dia tak nak bercerai dengan isteri pertama dia,,,,,,saya tak pernah berniat untuk dia bercerai dengan istri pertama,,sya dah pasrah untuk berkongsi kasih……dia lah orang yang pertama tidur dengan sya,,, saya dah serahkan segala2nya sebab saya yakin dia aka berkahwen dengan saya…

    hancur hati ini,,,,musnah harapan ini,,maruah sya dah tergadai, selepas satu tahun menaruh harapan,,saya hendak di buang begitu sahaja…,,sya cuba yakin kan dia bahwa pasti ada jalan yang lebih baik dari melepaskan sya,,,,tolonglah fikir situasi sya……

    hari ini genap setahun hubungan kami…. walaupun dia masih bersama sya,,,, tpi sya bole rasa,,dia semakin dingin dengan sya,,,,,dan tugu masa yang sesuai untuk meningalkan sya,,,,,,,,

    setiap hari yang berlalu sya berendam air mata memikirkan masa depan dan maruah sya yang sudah tercemar,,,,,dan sangat takut kehilangan dia,,,saya sangat mencintai dia…….

    tak bole kah isteri atau keluarga dia menerima sya,,,, sedangakn dia ada adik perempuan,,,macam mana kalau adik dia dalam situasi saya,,,,,

    mungkin mereka akan salah kan sya kerana tak pandai menjaga diri padahal saya tahu status dia suami orang….hati dan perasaaan ini bukan bole di kawal semua terjadi di luar kawalan,,,,,,

    tolong lah doakan dia mengambil sya sebagai isteri nya,,,, sya sanggup menerima takdir hidup bermadu……….daripada kehilangan dia,,,,,,saya tiada tempat mengadu sebab semua orang membenci dan menghina saya bercinta dengan suami orang……

    1. jodoh dan pertemuan milik Allah swt. banyakkan istighfar dan munajat denganNYa mohon Allah mudahkan jodoh.

  24. saya jugak bakal jadi isteri kdua .tak pernah saya menyesali ape terjadi sebab saye percaye takdir ,qada dan qadr .cuma masyarakat atau terlalu sangat menghukum orang keadaan begini ): adakah takdir qada’ dan qadr itu boleh dielakkan ?

  25. assalamualaikum semua..
    saya membaca kisah2 anda..
    saya mempunyai situasi yg sama seperti anda..saya berkawan dgn suami org. sesuatu yg xpernah sy pinta.. sudah masuk 2 tahun.. kantoi dgn isterinya.. sblm ini sy ikhlas terima status dia. sy rasa dia melengkapi saya.. tp apabila sampai ke pengetahuan isterinya.dia jd kurang dgn sy.. bukan utk kali pertama. tp dh berkali2.. isterinya seperti mahu bersaing. aaya tahu lelaki itu tertekan.. dgn isterinya.. dgn sy.. tambah2 lagi sy kerap marah skrg ni.. mungkin sy tertekan bila dia tidak selalu dgn dia.. dia cuma mampu minta sy bersabar, perkara yg baik akan dtg.. tapi syaitan sentiasa ingin menguji.. dia selalu menghasut sy. sy seperti hilang akal. sy xmahu kehilangan nya.. sy jd xmampu utk berfikir positif. utk memenangi hatinya.. apa saja yg dia lakukan sy akn fikir bukan2. sy cuba faham dia dh berkahwin lebih dr 20 tahun.. sepatutnya sy tahu..tp hati cemburu ini tidak mampu menahan. sy geram isterinya memaki saya, tp dlm masa yg sama dia memenangi hati suaminya.. sedangkan sy hanya mampu bersabar dan berdiam.. sy dh bersedia utk menjadi isterinya tp sy tahu bukan senang utk dia lakukan.. tambah2 lagi isteri dan ank2 nya sedang mengawal pergerakannya..

  26. Assalamualaikum semua. Sy sudah pun mmbaca semua mslh tntang poligami kalian. Sy juga isteri no2, suda bernikah 2thun. skrg sy sdg hamil anak sulung. Suami dan isteri pertama suda mmpunyai 2anak. Skrg kami dduk sbmbung semuanya. Krana suda 1thun lbh sy dan suami dduk berjauhan, skrg baru dpt duduk dekat. Suami pula selalu outstation, so mmg salu tglkn sy dan madu serta anak2 dia di rumah. Mmg bahagia bila dpt tgk suami hari2, tp kdg2 ada sakit dan pdihnya apabila pasaan cmburu itu timbul. Mslh sy skrg ni psl cemburu. Madu sy baik, tidak ada busuk hati atau apa2. Pula sy hamil, emosi sgt tganggu. Mcm mana ya ntk elakkan prasaan cmburu melampau2? Mhon bantu saya

    1. bermasalah ke jika duduk asing? sunnah Rasulullah poligami menyediakan rumah yg berasingan utk para isteri baginda. sebaiknya begitu. jika bermasalah kena rawat hati. boleh col saya 0136215110

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s