kesenangan dan kesusahan – realiti kehidupan


.Hukama ada menyebut,

‘Dalam kehidupan ini, akan selalu kita temui susah dan senang bersilih ganti. Apabila terlepas daripada kesusahan yang satu, datang pula kesulitan lain. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan. Ada kenikmatan yang dibungkus dengan kesusahan dan ada pula kesengsaraan yang dibungkus dengan kesenangan. Di samping kesulitan itu ada kelapangan. Yang buruk itu ada faedahnya dan yang baik itu ada juga buruknya. Hanya orang yang bersifat ikhlaslah yang selalu memetik hasilnya.”

Susah dan senang adalah pakaian, seringkali manusia melihat senang sebagai kebahagiaan dan kesusahan sebagai kesengsaraan. Dan lupakah kita, bahawa setiap yang dikurniakan kepada kita, mempunyai hikmah dan kebahagiaan yang tidak terbanding, walaupun pada biasanya kita merasakan, ia adalah kesusahan.

sebenarnya, baik susah mahupun senang, kita mampu bahagia, bukankah sabda nabi?

muslim itu ajaib, apabila diberi ujian, mereka sabar dan apabila diberi nikmat , mereka syukuri…

sesungguhnya formula untuk bahagia amat mudah.. redha, ikhlas, tenang dan sabar.

redha dengan sesungguhnya akan apa jua keizinan Allah, apa jua yang berlaku dalam kehidupan, apa jua yang diizinkan berlaku oleh Allah, apa sahaja yang dilalui, redha dengan seredha-redhanya.

antara rahsia boleh redha adalah:

1.doa; mohon dengan Allah agar diri mudah redha, mudah bersyukur, menerima apa jua keputusan Allah dengan rela

2.bisikkan dalam hati bahawa Allah tidak sekali kali akan menganiaya hambaNya, apa jua keputusanNya adalah yang terbaik, contohnya; pada isteri yang meminta sesuatu pada suami, suami bilang tidak boleh, maka tanam dalam fikiran, tidak mengapa, ini keputusan Allah, melalui suamiku, akan ada hikmah disebaliknya kerana itu aku tidak dapat apa yang aku mahu, tetapi Allah itu maha Adil, Dia pasti membuat keputusan itu kerana itu yang terbaik untuk kita dan pastinya akan berlaku taqdir yang jauh lebih baik ; lalu kita redha.

bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku di belakang dan di hadapan kita dan kita hamba yang lemah tidak tahu apa-apa..

dan bukankah  ‘ tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua?’, lalu apa yang kita tidak redha?

3.tanam dalam kepala, walau apa yang kita lalui itulah yang terbaik untuk kita, walau kekadang kita benci akan perkara itu..

Firman Allah SWT :-
“dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah : 216)

apabila kita redha, maka jiwa kita akan tenang, hati kita mudah bersyukur dan natijahnya , hidup kita jauh lebih bahagia walau apa yang kita lalui; baik ia kesusahan mahupun ia kesenangan, kita tetap bahagia.

ikhlaskan hati. apabila kita seorang isteri, ikhlaskan hati menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami kita. walau siapa yang Allah izinkan menjadi suami kita itulah yang terbaik untuk kita,

ikhlaskan hati menunaikan tanggung jawab kita padanya. masukkan rasa cinta yang mendalam terhadap suami kita, berilah kepercayaan seratus peratus padanya.

jangan sekali-kali berpegang pada kenyataan; aku tidak boleh letak seratus peratus kepercayaan pada suami, kena simpan sebahagian untuk diri… kepercayaan ini  hanya akan memakan diri.

hanya orang yang bercinta sepenuhnya akan dicintai sepenuhnya juga. …we get what we gives, what goes around comes around.

hidup ceria bahagia selalu dengan ilmu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s