poligami; satu kehidupan


sebenarnya, muhasabah diri itu penting.

baik monogami mahupun poligami, perkahwinan adalah anugerah Ilahi. di dalamnya tersirat amanah yang sarat, tersurat tangung jawab yang menggunung. bukannya mudah bagi sang suami untuk mengendalikan 2 bahtera sekaligus. andai tidak mendapat bantuan dari anak-anak kapal boleh dikatakan hampir mustahil untuk mengekalkan kapal sentiasa tenang dan tidak dilanda gelombang yang mengaramkan.

walau perkahwinan itu perkahwinan monogami, andai tidak sefahaman dan sehaluan, mana mungkin pelabuhan kejayaan dapat dilabuhi. apatah lagi yang poligami. lalu siapa yang harus bertanggung jawab dalam memastikan destinasi pelayaran dapat ditujui?

apakah bebanan hanya pada nakhoda seorang?

ya, walau benar sekalipun kata orang, tiada beban batu digalas, kalau tidak dicari manakan dapat ‘rezeki’  menambah isteri…namun, kalau sudah terjadi, itulah taqdirnya yang diizin Ilahi.

kerana tanpa izinNya, walau berusaha sekuat mana takkan berlangsung pernikahan kedua.

maka, satu perkara yang perlu diinsafi adalah bagaimana seterusnya kehidupan mahu ditempuhi?

terdapat 2 pilihan.

1. bercerai- sebenarnya tidak akan habis disini, ujian Allah akan tetap datang jua namun dalam bentuk berbeza.

2.bermadu- 🙂

hidup bermadu pula boleh terbahagi kepada 2.

1.bahagia- bahagia hidup bermadu mungkin berbeza daripada bahagia hidup rumah tangga monogami, namun, pokoknya, masih bahagia. tidak menderita.

ingatlah , hanya orang yang bahagia sahaja mampu mengucapkan syukur seikhlas hatinya. sedang syukur itu amat penting sebagai hamba Allah. hanya orang yang bersyukur sahaja yang ditambah nikmatnya.

2.menderita- ):

menderita pula mungkin berpunca dari 2 perkara;

1.diri sendiri- ramai wanita yang bermadu, menderita kerana mereka tidak membenarkan hati mereka merasa bahagia.

banyak sekali emosi negatif; sedih, merana, terluka, rasa dicurangi, ditipu, teraniaya dan sebagainya yang bersarang dalam hati dan berkesumat dalam jiwa. semua ini tidak memungkinkan bahagia bertandang. mana mungkin mahu bahagia andai hati terhalang dari sinar kebahagiaan itu sendiri?

usahkan mahu bertapak, mahu menjenguk sahaja tidak ada ruang.

prasangka bahawa suami curang, suami sudah benci, suami mahu mencari pucuk muda, (ya, kalau dapat isteri yang muda, kalau lebih tua dari yang pertama?..), suami mengamalkan pepatah; habis madu sepah dibuang; dan pelbagai prasangka buruk lainnya, yang disimpan dalam hati dan dibiaksuburkan oleh syaitan menghiasi sanubari isteri…

justeru, deritalah hasilnya.

2.menderita kerana diabaikan oleh suami- berapa banyak poligami yang diamalkan hanya melahirkan penderitaan hanya kerana suami tidak mampu adil, tapi masih mahu berpoligami. suami yang lupa bahawa setiap isteri itu adalah amanah Allah yang akan disoal akan haknya nanti di hadapan Allah.

lalu, persoalannya , bagaimana mahu tetap bahagia walau bagaimana ujian perkahwinan kita dan situasi mana kita berada?..

1. muhasabah diri

2.banyakkan istighfar

3.panjatkan munajat

4.pelihara ibadah

5.perbaiki hablu minallah (hubungan dengan ALLAH)

6.perbaiki juga hablu minannas (hubungan dengan manusia)

7.pelihara perut; kurangkan makan, banyakkan puasa

8.pelihara anggota badan lainnya

9.baiki/ rawat organ kerana organ dalaman mengawal karektor.

10.carilah ilmu

11.tanamkan azam membaiki diri setiap hari

12.banyak taubat

13.berfikiran positif

14.ceria selalu

15.laksanakan tanggung jawab dan berikan hak kepada yang berhak

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s