ketawa sbg penenang jiwa?


nabi junjungan adalah sebaik-baik manusia yang dijadikan Allah. dia adalah ikutan zaman berzaman. role model kita dalam menjalani kehidupan seharian.

indahnya Islam itu kerana kita bukannya ‘trial and error’, dalam mengharungi liku-liku hidup kita sebaliknya segalanya telah ditunjukkan oleh rasul mulia.

lalu, dalam menerajui cabaran dan ujian di dunia ini, rasul telah meninggalkan 2 pegangan yang selagi mana kita berpegang teguh dengannya maka kita tidak akan sesat buat selama-lamanya.; sunnah  rasul dan al-quran.

sehubungan itu, nabi kita tidak pernah menjadikan ketawa sebagai amalannya. malah dinyatakan dalam sirahnya bahawa junjungan mulia itu paling ‘banyak’ pun andai merasa gembira atau lucu hanya tersenyum sehingga kelihatan giginya tetapi tidak pernah ketawa apatah lagi ketawa berdekah-dekah.

lalu, pendapat sesetengah pakar motivasi mengatakan bahawa ketawa itu sebagai pengubat stress adalah tidak benar malah ketawa akan melemahkan tiroid kita dan orang yang lemah tiroidnya kekuatan karektornya tidak terserlah.

topik stress kini benar-benar menjadi serius apatah lagi statistik menunjukkan bahawa stress adalah masalah kesihatan kedua terbesar selepas jantung.

untuk mengubat stress cubalah mempraktikkan sunnah rasul dalam segala hal, daripada menjaga adab tidur, adab makan, adab pergaulan dan mengamalkan doa-doa harian. termasuklah memastikan suruhan agama dipatuhi dan larangannya dihindari. solat di awal waktu, puasa isnin dan khamis .

berpuasa contohnya adalah rawatan stress yang baik kerana berpuasa terutamanya pada hari khamis akan membantu membongkar sisa toksik tubuh yang mana dengan kehadiran toksik itu akan membuat seseorang mudah stress.

amalkan sesuatu dengan ilmu. hidup berilmu, ceria selalu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s