bahagia kerana cinta


cinta yang murni adalah cinta yang ikhlas untuk mencari redha Ilahi. mana mungkin andai hati sentiasa teruja untuk memiliki redha Allah, seseorang muslimah itu akan menderita kerana cinta, malah cinta nya pada suami , pada anak-anak akan membuatkan bertambah taqwanya kepada yang menganugerhkan cinta itu.

lalu, lahirlah ketaatan tidak berbelah bagi pada suami, terhasillah peribadi unggul yang langsung tidak mementingkan diri malah segala jiwa dan raga diserahkan kepada suami lantaran sedar syurganya di bawah tapak kaki suami. redha Allah hanya akan menjadi miliknya andai suaminya redha kepadanya.

justeru, segala kegembiraan suami didahulukan , segala kebenciannya ditinggalkan selagi tidak bercanggah dengan syarak.

kesabaran menjadi teman, ketabahan menjadi nafas, munajat kepada Allah menjadi sandaran.

maka, mana mungkin hati akan menderita hatta walau suami berkahwin satu lagi. malah madunya menjadi sahabat buat berkongsi suka duka kehidupan.

untuk apa terluka hidup bermadu? kerana kasih suami  terbahagi? yakinlah keadilan Allah, Dia Yang Maha Menjadikan, tatkala undang-undang poligami diturunkan , bukankah telah dijadikan Nya kaum Adam itu mampu mengasihi wanitanya , tiada yang tidak dikasihi, cumanya mungkin keadilan dalam memberi kasih sayang.. , kerana keadilan itu bukan milik makhluk, itu milik Allah. lalu mengapa mesti iri? andai kita bukan yang paling dikasihi? kerana bukankah hati itu milik Nya. andai Dia menjadikan bukan kita yang paling dikasihi suami itu tentunya ada hikmah untuk kita yang mungkin tak terjangkau dek akal pemikiran kita .yang cetek..tetapi itulah yang terbaik. yakinlah…

mungkin sekiranya kita yang paling dicintai, kita sombong. atau merasa diri kita lebih daripada madu kita..lalu, redhalah.

letaklah kebahagian dalam jiwa, masukkanlah kebahagiaan dalam hati .. nescaya kita akan sentiasa menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur.

natijahnya, Allah akan menambah nikmat itu.

cinta itu membahagiakan. yakinlah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s