aidilfitri- satu titik mula


kepada yang merasa menderita kerana  cabaran dan ujian hidup ini, jadikanlah aidil fitri yang mulia ini sebagai satu titik mula selepas perubahan yang dicetus semasa ramadhan lalu untuk meneruskan kehidupan yang penuh berwarna warni.

tiada apa yang lebih bernilai daripada sekeping hati yang bersih , tulus ikhlas, redha, tenang, sabar dan bahagia dalam meniti kehidupan ini.

andai masih merasa tidak memiliki hati sedemikian, angkatlah tangan dan munajatlah kepada Allah agar dimudahkan urusan dan dilembutkan hati serta minta diberi sinar keimanan agar menjadi cahaya penyuluh dalam mencari usaha menjadi insan solehah; ibu mithali dan isteri setia.

banyakkan kemaafan dan wujudkan kesabaran. ikhlaskan jiwa dan tenangkan rohani. pastikan diri sentiasa redha dan ucaplah doa selalu, baik dalam hati mahupun dilafazkan. itulah kunci kebahagian serta kesihatan fizikal, mental dan sahsiah.

limpahkan hati dengan istighfar dan banyakkan ucapan ‘inna lillah wa inna ilaihi rojiun’- itulah penawar segera hati yang cepat resah, berkeluh kesah dan mudah mengadu domba.

apa yang pasti, ingatlah selalu bahawa jalan ke syurga itu penuh ranjau dan duri manakala jalan ke neraka itu dilimpahi kesenangan dan kenikmatan duniawi. namun, pastikan hati kita sentiasa bahagia dalam menempuh ranjau dan duri dunia dengan ingatan bahawa itu semua hanyalah sementara dan ranjau dan duri yang tajam itu hanyalah sesuatu cabaran serta ujian untuk memastikan kebahagiaan hakiki yang kita miliki sesudah  itu sangat nikmat dan lazat sekali. tak terbayang dek mata , tak terdengar dek telinga dan tak terfikir dek akal kita.

apa yang perlu diketahui juga adalah hakikat bahawa tiada seorangpun di dunia ini yang terlepas dari ujian Tuhan. ehh..bukankah itu ujian saringan.sama seperti di alam persekolahan, ujian dan peperiksaan diadakan untuk menyaring pelajar masuk ke kelas pandai, sederhana atau lemah….begitulah ujian di dunia. yang membezakan kita adalah sejauh mana kita mampu menangani ujian itu atau kita kecundang.

apa yang perlu difahami adalah Tuhan memang akan menguji kita kerana tanpa ujian itu tidak dapatlah diagihkan tempat tinggal kita nanti. mana mungkin orang yang gagal ujian tinggal di tempat yang penuh kenikmatan..samalah seperti orang yang gaagal peperiksaan, mana mungkin memegang jawatan tinggi yang memerlukan kelayakan ijazah, master dan PHD.

alangkah malangnya kita andai di dunia gagal SPM dan di akhirat juga gagal menjadi penghuni syurga-Nya.

lalu, perdalami ilmu, buatlah perubahan agar semua ujian, cabaran, mehnah dan tribulasi mampu kita atasi dengan cemerlang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s