kehidupan- satu petikan


“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).’ (HR Al Baibaqi)

Di kegelapan yang hitam pekat ini aku menatapmu dengan mata hatiku aku datang dari jauh menuju fajar baru dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu untuk mengangkat panji Islam kembali seperti dahulu.- Abbas As-Siisiy


” Kita menghendaki dari saudara muslim yang benar agar menjadi muslim yang sejahtera aqidahnya, benar ibadahnya, teguh akhlaqnya, terdidik fikirannya, kuat badannya, yang mempunyai usaha, yang sanggup berdikari, yang sanggup berkorban untuk diri sendiri dan orang lain, sanggup memerangi hawa nafsu, yang menjaga waktu dengan sebaik-baiknya, berdisiplin dalam segala urusannya; dan lain-lain lagi nilai-nilai yang asasi dalam membentuk lelaki dakwah dan pendokong dakwah. “-al-Marhum al-Ustaz Mushtafa Masyhur : Thoriq ad-Da’wah


“Saya seringkali bertemu dengan syabab yang inginkan perubahan. Saya seringkali bertemu dengan syabab yang bersemangat bergelora. Saya seringkali bertemu dengan syabab yang berjiwa revolusioner. Saya seringkali bertemu dengan syabab yang bersuara lantang. Malah, suara-suara yang bertali-arus seringkali terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Semangat-semangat mereka yang terpancar sering mengganggu tidur saya. Jiwa-jiwa mereka yang berkobar-kobar membuatkan saya meloncat bersama-sama. Nah, saya kira inilah masanya. Masa yang terbaik untuk menterjemahkan segala keinginan kita. Masa yang paling jitu untuk menjelmakan upaya kita melalui aksi-aksi agresif kita. Masa yang paling padu untuk membentuk suatu ketumbukan yang terkepal utuh, tergenggam kukuh, untuk memberikan satu tumbukan bukan lagi tamparan yang tidak bisa dilupakan…..
Memacu kebangkitan bersuara. Memacu kebangkitan semangat. Memacu kebangkitan kesedaran. Memacu kebangkitan gerakan. Memacu kebangkitan perjuangan. Memacu kebangkitan perubahan. Memacu kebangkitan Islam. Tidak sekali-kali goyah. Jauh sekali rebah. Tidak terdetik perasaan goyah. Bagaikan panah yang rela diluncurkan ke mana sahaja. Bagaikan ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Dilempar ke laut menjadi pulau. Mencabar dan terus mencabar. Mendesak dan terus mendesak. Menggugah dan terus menggugah……
Praktikal, jangan hanya teoretikal. Laksana, jangan hanya simbolika. Bekerja, jangan hanya nostalgia. Lateral, nyahkan vertikel. Perwira, nyahkan kebaculan. Kita mestilah berminda negarawan, memiliki daya pemikiran sebuah kerajaan….”-Petikan ucaptama Presiden GAMIS, Saudara Dzulkhairi Mohd Noor pada konvesyen GAMIS 2007

Tuntutan sebuah perjuangan..

Jadilah anda seperti pohon. Orang melempari anda dengan batu, anda memberikan mereka buah-buahan yang ranum. Tidak sama orang bercakap dengan orang yang beramal. Tidak sama orang beramal dengan orang berjihad. Tidak sama orang berjihad dengan orang yang berjihad dengan kreatif dan inovatif-alBanna


Firman Allah S.W.T. ayat 155 – 157 surah al-Baqarah bermaksud:
“Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Perutusan al-Syahid al-Imam Hasan al-Banna kepada para mujahidin dalam Ikhwanul Muslimin yang percaya kepada kemuliaan dakwah mereka, yang percaya kepada kesucian fikrah mereka dan sungguh-sungguh berazam untuk sehidup dan semati dengan dakwah dan fikrah mereka)

1- Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya di dalam dirinya.
2- Bahagia hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keimanan, kebenaran dan keadilan.
3- Kemenangan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban dan kuat menahan penderitaan.
4- Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.
5- Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keduanya.
6- Belajarlah memfanakan diri demi kepentingan cita-cita dan agama.
(Usrah dan Dakwah – as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

firman Allah S.W.T. pada ayat 179 surah al-A’raaf yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama lima bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya, “Dosa apakah itu?”. Beliau menjawab, “Saya melihat seseorang sedang menangis, kemudian saya katakan, ‘Ini adalah orang yang riya’!’ ”Sesungguhnya dosa umpama tali yang mengikat manusia. Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan, istigfar, dan taubat

Sesungguhnya pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untukmengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.”(Surah Al Ankabut 1-3)

Di dalam hadith dinyatakan:الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل

“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومنسخط فله السخة

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanyamereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.

حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو اتJ


Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Di dalam buku tersebut di nyatakan 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya

ii) Orang Munafiq yang membencinya

iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya

v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat

ii) Orang yang ‘abid

iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala

iv) Orang yang berpuasa atau berkelana

v) Orang yang rukuk dan sujud

vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar

vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah SubhanahuWata’ala

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa  (yang tidak keterlaluan)kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda(yang tidak keterlaluan) kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa


“Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata…………”(Hud : 29)

” jangan difikir derita akan berpanjangan,kelak akan membawa putus asa pada Tuhan….,ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,setelah kabus berlalu pasti cerah kembali…,ujian adalah tarbiyah dari Allah..,adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?,kesenangan yang datang selepas kesusahan….,semuanya adalah nikmat dari Allah..”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s