emosi- merawat hati yang luka 2


ucapkan pada diri, aku memaafkan suamiku (andai kelukaan hasil tindak-tanduk suami). berhenti sejenak. resapkan dalam hati dan diri, rasakan kemaafan yang tulus menjalar dalam tubuh , ia bermula di hati dan tasakan ia keluar dari hati dan pergi ke muka turun ke tangan, keseluruh bahagian tangan, menjalar ke badan dan turun ke kaki lalu naik semula ke bahagian pinggang belakang dan belikat, tengkuk kemudian rasakan kemaafan itu menyelinap masuk semula ke hati dan kekal. bayangkan wajah suami (atau siapa yang melukai hati kita) dengan jelas, pejamkan mata dan nampakkan dengan jelas suami sedang tersenyum mesra sambil berlaku lembut dan berkata-kata penuh kasih dan sayang pada kita. rasakan yang hati kita menerima perlakuannya dengan penuh kasih dan sayang yang melimpah ruah dan menyambut senyumannya dengan senyuman paling manis. ucapkan dalam hati, rasakan seikhlasnya dalam sanubari dan beritahu diri bahawa anda telah memaafkan dan mahu membuka lembaran baru. jelas terasa pada diri tiada lagi kesakitan tatkala memikirkan perkara yang terluka, pastikan dapat membayang wajah suami penuh kasih itu tanpa ragu dan boleh rasakan kasih sayang dalam hatinya dan hati kita setulusnya. apabila sampai tahap itu maka tiada lagi luka di hati, bermakna kita telah dapat menguasai nafsu amarah dan ucaplah alhamdulillah bahawa kita telah menang mengatasi tipu daya syaitan. selagi tidak dapat membayangkan wajah orang yang membuatkan kita terluka dengan senyuman dan kasih seikhlasnya selagi itu kita masih simpan rasa marah. maksudnya minda belum bersedia memaafkan. ucapkan sekali lagi pada hati dan dengarkan di telinga , rasakan pada diri “aku maafkan engkau kerana Allah”, “aku maafkan diriki kerana Allah”.

amat besar kesannya pada diri, baik secara fizikal mahupun mental andai kita tidak membiasakan diri sentiasa redha pada perjalanan taqdir yang diizinkan Allah berlaku terhadap kita. kita kena sentiasa tenang kerana ia bukan sahaja menarik rezeki, wajah awet muda, tubuh bebas penyakit tetapi yang penting ia akan menarik redha Allah dan ketahuilah apa lagi yang kita mahu sesudah itu?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s