kehidupan – bagaimana mendapat ketenangan


1.Firman Allah swt;

‘sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang’

jelas dan nyata bahawa hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat ini hanya dapat ditenangkan dengan mengingati Allah swt. masalahnya sekiranya ketenangan tetap tak kunjung tiba walau hati cuba berzikir, maka lafazkan zikir itu sehingga dengar dek telinga. berselawat sambil berlagu atau beristighfar berirama perlahan sehingga hati rasa damai dan tenteram.

2.sekiranya merasa gelisah, atau merah atau berserabut fikiran, maka mandilah . dengan air sejuk, tambah aromaterapi, niat untuk dapat ketenangan dan mulakan dengan bahagian kanan tubuh.

3.sekiranya berdiri, duduklah berselawat sambil menarik nafas dalam-dalam.

4.pandang langit  yang membiru dan terbentang luas tanpa mengira waktu, hati akan menjadi tenang, lihat burung yang berterbangan, angin yang bertiup, dedaun yang melambai, ombak yang menghempas pantai,  kicauan burung, desiran angin dan hembusan bayu itu juga rupanya adalah nada zikrullah makhluk Allah.

5.dan bayangkan satu hari nanti, langit yang biru itu akan digulung, gunung ganang itu akan hancur menjadi debu, semuanya menjadi fatamorgana, mana diri kita saat itu?

bertenanglah, hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s