EFT – membuang pahit pada kenangan


kekadang apa yang berlaku ekoran daripada kegagalan diri mengawal emosi menyebabkan kesan dan akibat yang mengecewakan. kedukaan dari peristiwa itu amat mencengkam dan membuatkan kita semakin tersiksa dan selalu memikirkannya secara mendalam.

malah terdapat peristiwa pahit kehidupan membuatkan kita selalu menyalahkan orang tertentu dalam perjalanan qada dan qadar kehidupan.

isteri yang dimadukan suaminya, misalnya, amat membenci madunya dan menganggap bahawa madunya itu sebagai perampas dan kerap kali isteri yang dimadukan suami ini (malah isteri yang bermadu , juga) memikirkan pasal madunya dengan hati yang penuh dendam kesumat dan kebencian yang mendalam. walhal hal ini adalah perjanjian syaitan yang kita tanpa sedar mengizinkannya berlaku dalam diri dan berjalan melalui aliran darah. fenomena ini membuatkan hati dan jantung terbeban , seterusnya menjadi lemah dan menjadikan tubuh berpenyakit. pankreas yang mengawal pencernaan terbeban lalu turut memberi kesan pada karektor. amat dahsyat akibat dari pemikiran yang penuh emosi negatif pada tubuh kita. menjahanamkan dan membunuh kemanusiaan dalam diri.

lalu , salah satu cara (cara lain akan dibincangkan dalam post berbeza) adalah memaafkan dan membuang pahit pada kenangan dengan menggunakan teknik EFT. nantinya, apabila orang bermadu contohnya, tatkala teringat akan perbuatan suami menduakannya, hatinya dapat mengawal rasa sakit dan menawarkan pemikiran dengan ingatan bahawa inilah ujian hidup yang andainya dapat dilalui dengan sabar , tabah dan pasrah, maka pahala Allah amatlah berlipat ganda.

maka, dengan EFT, walau hidupnya bermadu tetapi ‘the moment’ hatinya merasa terluka , setiap kali teringat, contohnya, maka dengan segera dilakukan EFT, maka rasa pedih pada hakikat bahawa dirinya bermadu akan hilang, malah dia akan jadi tenang , sabar dan damai, serta mampu menerima hakikat bahawa itulah qada dan qadar Allah dan siapalah yang maha hebat dalam menentukan qada dan qadar selain Dia Yang Maha Berkuasa.

EFT yang dilakukan berulang kali terutama dengan emosi ketika itu, maka , insyaallah, akan menjadi salah satu terapi yang amat berkesan. ilmu Allah yang luas, pastinya dapat diguna pakai terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.

EFT juga turut dapat membantu pelajar untuk membuang perasaan tidak berminat pada subjek atau guru tertentu. dapat digunapakai sebagai terapi stress dan membuang rasa sakit fizikal pada tubuh.

pada yang bertanya bagaimana mahu mempelajari eft;

terdapat 2 cara.

1. persendirian atau berkumpulan

2.melalui unit latihan jabatan atau syarikat masing-masing, saya akan hantar proposal tersebut melalui saudara/i.

hubungi saya di alamat email intanrohaida@yahoo.com.

hidup berilmu, ceria selalu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s