poligami- sunnah rasul yang disalahgunakan?


tatkala wafatnya isteri tercinta, khadijah r.a, nabi junjungan yang mulia merasai kesedihan yang amat. tiada lagi isteri tempat baginda bermanja, tiada lagi dahan tempat baginda berkongsi kesenangan dan kesusahan hidup, tiada lagi insan yang memahami diri baginda . lalu ‘dihadiahi’ oleh Allah akan isteri yang cantik jelita dan masih suci dari lelaki lain; aisyah r.a. si gadis sunti yang petah berkata-kata dan kuat ingatannya inilah tempat baginda melepaskan ‘lelah’,¬† bermanja dan menghiburkan hati. keletahnya yang walau matang pada usia sepertinya tetapi masih terunsur keanak-anakan. dengannya Rasulullah berpoligami, bukan satu tetapi 9. walau dia tetap ‘beraja’ di hati baginda namun, kasih baginda pada isteri yang lain terserlah juga. cemburu mainan isteri bermadu tetap berlegar dalam rumah tangga rasul mulia namun, baginda amat bijak menangani karenah isteri-isteri baginda. amat adil dan sangat penyayang. amat lemah lembut dengan isteri-isterinya dan suami yang sangat pemurah dengan senyuman dan kata-kata baik serta ringan tulangnya dalam membantu hal-hal rumah tangga. lalu bahtera rumah tangga yang sebegitu besar, mampu baginda nahkodai hingga ke akhir hayat baginda.

malangnya, kini, walau ramai lelaki yang telah dilantik oleh Allah untuk mengetuai wanita ini, begitu menghidupi sunnah rasul yang satu ini, namun, mereka gagal mengamalkan sunnahnya yang lain walau semudah memberi senyuman kepada keluarga tersayang apatah lagi mengeluarkan kata-kata yang baik dan mesra. perbuatan sesenang itu rupanya kunci kebahagiaan, lalu jika kuncipun tidak dimiliki bagaimana mahu mendapatkan hartannya?

memang benar, poligami adalah medan jihad kaum hawa, dalam poligamilah , nafsu terdidik dan jiwa dibersihkan, namun, poligami juga adalah tambahan amanah yang besar buat kaum adam , kalau dulu, andai mereka gagal mendidik, hanya ada seorang isteri yang boleh menarik mereka terjerumus ke dalam neraka, kini mereka ada lebih. kalau dulu mungkin seorang dua anak yang akan dipersoal perlaksanaan sebagai bapa, tetapi kini mereka ada lebih. tambahan pula, andai mereka gagal adil, berat sebelah baik dari segi masa mahupun pemberian nafkah , bertambah lagilah persoalan yang bakal dihadapi, bertambah lagilah masa mereka berdiri di hadapan Allah di padang masyhar nanti.

sebenarnya, baik adam mahupun hawa, poligami adalah sesuatu yang merubah kehidupan dan tiada yang lebih atau kurang dalam soal ini, bukannya dengan berpoligami suami dapat nikmat kerana beristeri yang selalunya lebih muda dari isteri sedia ada, tetapi poligami adalah amanah yang mungkin akan bertukar menjadi beban yang akan menjadi penyebab terjerumusnya ke dalam neraka. manakala bagi hawa, poligami mungkin bukan hempedu kerana ia boleh menjadi madu yang amat manis bagi keimanan dan cahaya kepada jalan menuju syurga.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s