hati dan mulut


kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

apa yang dikatakan di hati, lambat laun akhirnya akan dikata juga oleh mulut. kerana itu apa yang difikir di hati sangat memainkan peranan tambahan pula ia membawa serampang lain.

niat dan kata-kata di hati adalah doa berbentuk harapan atau kepercayaan kita yang sekiranya disertakan dengan emosi amat mudah dimakbulkan yang Maha Memakbulkan hajat dan harapan manusia.

kalau orang tua dulu-dulu selalu berkata, masin mulut, betul jadinya nanti. itulah sebenarnya. magnetik atau kepercayaan yang menarik peristiwa atau kejadian yang akan datang kepada kita. kepercayaan kuat yang terkesumat dalam diri tentang diri kita, maka itulah kita. kita akan menjadi sepertimana apa yang kita percaya. bagaimana mahu menjadi berlawanan, takkan mungkin kita percaya bahawa kita ni tak ada yang istimewanya, tak cantik, tak pandai, selalu susah, akhirnya akan jadi istimewa, cantik dan senang; kerana fikir aje kita tak istimewa, aura diri dah jadi negatif. hati jadi kecil, semangat jadi rendah, keyakinan hilang, lantas bagaimana akan menarik yang bertentangan. fikiran kita tak istimewa tak akan mungkin dapat menarik kenyataan kita jadi istimewa kerana range frekuensinya sudah bagai langit dengan bumi.

masalah dengan kata-kata di hati pula perlu berakar umbi dengan kepercayaan. bagaimana pula mahu menarik apa yang kita kata di hati sedang jauh di sudut hati kita percaya yang sebaliknya. kita kata di hati kita, aku istimewa, kita ucap dengan mulut kita , aku istimewa, tapi kita tak percaya. kita tak yakin, hanya sekadar kita kata di hati dan kita luahkan di mulut. juga tak akan membuahkan kejayaan kerana walau benar kita perlu fikir positif dan berlagak positif tapi hasil yang mujarab atau fantastik hanya akan kita dapat kalau kita yakin dengan apa yang kita kata di hati dan mulut itu seratus peratus.

mohonlah bantuanNya kerana kita tak mampu berseorangan untuk berubah. pintalah setulus hati agar dimudahkan usaha kita untuk berubah. banyakkan istighfar dan munajat. muga kepercayaan kita selari dengan apa yang dimulut dan di hati.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s