zuriat – didikan


anaklah salah satu antara 3 harta yang berkekalan yang kita dapat jadikan bekal buat persiapan di akhirat sana. alangkah malangnya andai anak-anak kita baik ramai bilangannya mahupun sedikit tidak dapat kita gunakan sebagai harta yang paling bernilai kerana kesilapan kita dalam mendidik mereka.

kata saidina Ali, anak-anak dididik dalam 3 peringkat.

1.peringkat pertama

dari lahir hinggalah berumur 7 tahun, jadilah sebagaimana mereka. kita bermain dan bergurau dengan mereka sebagaimana seorang kanak-kanak. jadi seekor lembu untuk mereka tunggangi atau jadi platform untuk mereka terbang. bergurau dengan mereka, ketawa dan layanlah pertanyaan-pertanyaan yang banyak dalam diri mereka yang baru mahu mengenali dunia dengan lemah lembut dan sabar. jelaskan kepada mereka dengan gaya kanak-kanak dan gunakan bahasa mereka agar mereka mudah faham.

elakkan mengata jangan atau tidak boleh terutama tanpa menerangkan mengapa mereka tidak boleh berbuat sesuatu. kajian oleh pakar psikologi, salah satu sebab mengapa anak -anak kita tidak dapat menjadi orang yang cemerlang adalah kerana mereka menerima atau mendengar kata-kata jangan dari orang di sekeliling mereka sebnayak 180,000 kali sejak lahir hingga mereka berumur 18 tahun .

rasulullah sangat disukai oleh kanak-kanak kerana baginda amat menyukai mereka dan sentiasa berlemah lembut dengan mereka. pernah baginda tidak bangkit dari sujudnya dalam jangka waktu yang lama semata-mata untuk membiarkan hassan dan hussin, cucu baginda, bermain di tengkok baginda yang mulia. malah ketika seorang sahabat baginda melihat baginda mencium kedua cucunya itu, sahabat itu berkata, aku ada 10 anak tapi tak pernah seorang pun yang kupeluk dan kucium. sabda baginda , orang yang tidak pengasih pada orang lain, yang berada di langit juga tidak bersifat pengasih kepadanya.

2. peringkat kedua

peringkat kedua ialah peringkat umur lebih 7 tahun hingga umur 15 tahun. peringkat ini adalah peringkat penting kerana ketika inilah kita perlu bertegas dalam mendidik mereka, peringkat penerapan akhlak dan sahsiah islamiah. ketika peringkat kedua inilah penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan, solat , puasa dan sebagainya. malah perlu dirotan andai mereka engkar.

maka, disinilah timbulnya konflik andai kita tidak memainkan peranan dan tidak menunjukkan contoh teladan sebagaimana yang kita mahu terapkan dalamjiwa anak-anak. suruh mereka solat tetapi kita tidak, minta mereka berpuasa tetapi kita tidak pula mengamalkannya. anak-anak akan keliru dan akhirnya tidak menghormati kita.

kepada ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke asrama, hantarlah selepas umur peringkat kedua, iaitu tatkala anak berusia 16 tahun. tingkatan 4. bimbang kita terlepas tahap penting dalam pendidikan mereka.

sebaik-baik harta yang boleh dianugerahkan seorang bapa kepada anaknya adalah akhlak yang mulia.

3. peringkat ketiga.

ini adalah peringkat tatkala mana kita menjadi rakan dan berkongsi pendapat dengan anak-anak. peringkat umur lebih 15tahun dan ke atas adalah tahap anak sedang remaja dan menuju ke dewasa. malah pada zaman rasulullah, umur ini mereka sudahpun memikul tanggung jawab sebagai ibu atau bapa orang pula. saiditina aisyah sendiri berkahwin ketika baginda berumur 9 tahun.

jadilah sahabat terbaik untuk anak-anak agar mereka tidak beralih kepada rakan sebaya yang belum tentu sahsiah mereka.

muga dengan mengikuti panduan saidina ali dan rasulullah ini, kita mampu melahirkan generasi Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s