Dari Hawa Ke Hawa

Mac 17, 2008

senyum sokmo- apa yang patut dibuat untuk mengembalikan rasa cinta pada pasangan

Filed under: senyum sokmo — intanrohaida @ 12:48 am

hati rasa tawar? tak tahu kenapa, hati dah tak larat menanggung perasaan. cinta makin kurang, diri makin rasa keseorangan, ada suami tapi langsung tak dapat berkongsi kasih, matlamat rumah tangga telah lama lari. bukankah kita berkahwin untuk merasakan mawaddah dan rahmah yang diberi oleh Allah. tapi semua itu tidak kesampaian. sepatutnya rumahku syurgaku, tetapi rumah tangga kita penuh linangan air mata dan lemparan kata-kata yang bisa dan memedihkan, saling menyakitkan hati dan menunggu masa sahaja untuk meletup, memandang wajah suami yang sepatutnya membuatkan bertambah kasih sayang tapi hanya pandangan benci yang dapat dilemparkan setelah banyak tahun kita memendam rasa atas perbuatan dan kata-kata pedasnya, kemarahan diri telah sampai ke puncak, makin ditahan makin merana jiwa, dalam hati telah tiada lagi rasa kasih, yang ada hanya perasaan hambar dan semua perlakuan kita hanya kerana melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri,

bagaimana ya, perkahwinan yang dulunya didasarkan atas rasa saling mencintai boleh jadi begini? bukankah dulu sebelum kita berkahwin kita bercinta sakan? rasanya telah habis mengenali hati dan budi, rupanya panas yang diharapkan sampai ke petang, tidak menjadi, sebaliknya hujan pula bertandang di tengahari, ada kes pasangan , waktu pagipun hujan dah turun, lebat dan beserta ribut taufan.

rasanya, sebelum kita tahu apa yang patut dibuat, mungkin kita boleh memuhasabah diri, mengapa semua ini berlaku?

1. niat

apa niat kita untuk berkahwin? banyak perkahwinan tidak bahagia kerana niat untuk berkahwin tidak betul. segala yang kita lakukan adalah kerana Allah. kita berkahwin juga sepatutnya kerana Allah. perjalanan menuju perkahwinan juga perlu berlandaskan syariat dan menjaga segala hukum hakamNya.

2. kita bercinta sebelum berkahwin.

sepatutnya perkahwinan kita dipelihara daripada perkara-perkara haram, baik sebelum berkahwin, mahupun ketika perkahwinan berlangsung. bukankah dia lelaki yang kita mahu menjadi pembimbing kita dalam mengharungi hidup di dunia yang sangat mencabar ini? bagaimana kualiti seorang suami yang kita harapkan dapat memberi kebahagiaan kepada kita? bukankah lelaki yang takut pada Allah dan berpegang kuat pada setiap larangan dan suruhanNya. lalu, andai kita bercinta sakan tatkala belum sah perhubungan bukankah itu mengundang marah Allah. berpegang tangan pun sudah haram apatah lagi andai kita berbuat lebih daripada itu, ;

3. restu ibu bapa

bukankah restu ibu bapa itu sangat penting? kerana redha ibu bapa adalah redha Allah. bagaimana dengan kita dan pasangan kita? adakah kita mendapat restu dan redha mereka? redha kedua-dua ibu bapa pasangan adalah juga penentu kebahagiaan kita.

4. hari perkahwinan

tatkala berlangsung pula hari perkahwinan banyak perkara pula yang kita aturkan yang diluar syariat. bagi kita perkahwinan hanya sekali, tak mengapa untuk merancang pelbagai acara, dengan bersanding di hadapan bukan muhram, dengan joget lambaknya dan pelbagai lagi yang makin menjauhkan rahmah Allah dari kita. hatta, cara makan tetamu kita juga kekadang murka Allah, namun, andai telah banyak yang kita lakukan untuk mengelakkan syubhah, berlaku juga, itu bukanlah dalam kuasa kita.

5. hubungan kita dengan Allah

untuk kita mendapat layanan baik daripada hamba-hambaNya, kita juga perlu menjaga layanan kita padaNya, bagaimana kita dalam berhubungan dengan pencipta kita . dari perlakuan (wudhu’ solat, puasa dan lainnya) hinggalah hubungan hati; zikr, prasangka hati dsbnya. sekiranya solat kita pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga bagimana kita mahu diri kita dilayan baik oleh hamba-hambaNya. kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi, kebanyakan rumahtangga yang bermasalah adalah rumahtangga yang mengambil mudah tentang solat.

6. hati dan diri kita

apakah benar hati kita menarik suka orang atau pasangan pada kita. atau kita menghantar mesej benci, tak endah dan yang negatif lainnya tanpa kita sedari. sebenarnya, jika ada rasa tak puas hati dalam diri kita, ada grutch pada pasangan, rasa nak marah yang terpendam, rasa sakit hati yang tak lepas, rasa benci yang bertapak, maka subsconscious mind kita akan bergerak menarik benda- benda itu dalam diri kita, walaupun kita sentiasa bercakap positif dan berfikiran positif tetapi rupanya jauh di sudut hati, jiwa kita tidak positif. maka tetap diri kita akan menarik benda-benda yang negatif.

7. fikiran kita

kita fikir suami kita tidak bertanggungjawab, walaupun kita berfikiran positif untuk menanganinya, tak apalah, biarlah dia, nanti dia akan jawab depan Allah, tapi dalam hati kita, kita tak redha dengan sikapnya, jiwa kita terluka, rasa sakit dilayan begitu, maka suami kita tetap tidak akan berubah. sifat tanggung jawab itulah yang akan kita terima darinya sehingga kita benar-benar redha dengan ujian Allah. sehingga tiada lagi keluh kesah, sehingga hati tidak lagi sakit, sehingga jiwa tidak lagi merana, sehingga walau apa yang kita terima, kita redha dan berserah, perbuatan dan kelakuan orang kita tidak dapat merubahnya, bukan dalam bidang kuasa kita.

rasa takut mendengarnya? itulah ubat nafsu. kita kena benar-benar memujahadah. bukan calang-calang jihad, tapi jihad terbesar ; melawan hawa nafsu. lalu pengorbanan kita juga bukan calang-calang, amat besar. tapi hasilnya,jika kita berjaya? kebahagiaan sejati, kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

sesunggunhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. sabar dalam mengharungi kehidupan yang telah ditetapkan NYa.

bagaimana ya mahu megembalikan rahmah dan mawaddah yang semakin sirna ?

1. jaga solat

soaltlah ibadah yang paling utama yang akan disoal oleh Allah. usahalah untuk lakukan yang terbaik. pelajari ilmu bagaimana mahu khusyu’, pergi kursus, atau membaca dan lainnya.

2. istighfar

mungkin dulu kita bercinta sakan dan percintaan kita banyak melanggar larangan Allah dan mengabaikan suruhanNya., bertaubatlah . banyakkan istighfar dan solat taubat.

3. niat

perbetulkan niat kita. masih belum terlambat. selagi nyawa belum sampai ke halkum, segalanya belum terlambat. jangan sesekali memasang niat untuk bahagia di penghujung usia. ingatlah hanya orang yang bahagia akan bahagia di akhirat sana.

4, hubungan dengan kedua ibu bapa di kedua belah pihak.

peliharalah hubungan silaturrahim dengan ibu bapa kita dan suami. begitu juga hubungan dengan adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga serta rakan taulan. ingatlah mereka yang memelihara silaturrahim dan menyambung yang putus, kasih sayang Allah pada mereka.

5. doa

doa adalah senjata orang mukmin, berdoalah agar dimasukkan kembali kasih sayang dalam hati kita pada suami, doa sungguh-sungguh. seikhlas mungkin. doa juga agar allah jadikan kita begitu istimewa di hati suami dan agar kasih sayang suami pada kita melimpah ruah. doalah agar kita menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami kita dan suami kita menjadi yang terbaik untuk kita, doalah agar dia berlemah lembut dengan kita sebagaimana lemah lembutnya junjungan kita terhadap isteri-isterinya. doalah setiap masa dan ketika . mudah-mudahan dimakbulkan.

6. hati-hati dengan apa yang kita ucap dan apa yang kita fikir.

muga setiap impian kita jadi kenyataan. muga apa yang kita lalui dijadikan sempadan dan pengalaman bermakna.

hidup berilmu, ceria sellau.

About these ads

9 Komen »

  1. rasa sayang saya pada suami mula tawar lepas saya tgk dia suka amik kesempatan pd saya..mentang2 gaji saya lagi besar dr dia, dia suka lepas tgn dlm hal2 kewangan rumahtangga. Geramyer rasa bila tgk susu anak x dibeli dgn alasan xde duit, tp beli DVD ada plak duit dia!!!
    3 tahun kahwin, saya byk mnejeruk rasa..rasa mcm tak saggup nak teruskan perkahwinan yg dibina atas dasar cinta (kononnye!),tp bila terpandag wajah puteri tunggal saya, saya jadi sayu..dia masih memerlukan kasih sayang ayahnyer..

    Komen oleh sreena — Jun 24, 2011 @ 9:31 am | Balas

    • setiap jiwa hanya dipertanggungjawabkan atas perlakuan nya semata dan bukan di atas perlakuan orang lain,.. isteri yang redho membelanjakan hartanya yang direzekikan ALLAH kepadanya , akan mendapat kemurahan rezeki yang jauh lebih besar selain daripada ganjaran pahala yang melimpah ruah dan kasih sayang ALLAH. munajatlah kepadaNYA agar suami sedar kesilapannya dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH dalam usaha kita meminta kehendak kita ..insyaallah. doa itu adalah senjata mukmin yang paling utama dan ia diredhoi allah , malah dikira sebagai ibadat. sebaliknya perbuatan kita membalas dendam agar dapat memuaskan hati sendiri dengan cara mengengkari syariat ALLAH hanya mengundang murka ALLAH. nauzubillahi min zalik

      Komen oleh intanrohaida — Jun 27, 2011 @ 1:15 pm | Balas

  2. as salam.sy berumur 22 tahun dan mempunyai seorang isteri berusia 23 tahun dan mempunyai cahayamata seorg ank perempuan berusia 3 tahun.hubungan kami sblum berkahwin melalui percintaan..tp setelah lme bercinta mulai detik hitam utk melakukan persetubuhan dan wujudlah seorg ank perempuan kami ini,perkahwinan kami ini tidak direstu oleh kedua ibubapa sy pada mulanya,setelah lahirnye ank perempuan kami,brulah ikatan hubungn kekeluargaan diwujudkan,tp walau setelah 4 tahun bersama,tidak pernah sekalipun ibubapa mertua dan ibubapa sy berjumpa.tp perjalanan hidup kami ditempoh melalui segala dugaan dan cabaran,wujudlah org ketiga,dlm pada masa itu percintaan sy dgn isteri menjadi tidak berbelah bahagi dan membuatkan sy mudah utk jatuh cinta dgn org lain,yg jauh lebih baik dr isteri…dari masa ke satu masa sy belajar utk menyedari kesilapan,bnyk mendengar nasihat org lebih arif dlm hal ini,smpaikan org ckp jgn ske org smpai lebih dr sygkan isteri,jgn bandingkan isteri dgn org lain,tp bagaimana pula utk sy menunjukan contoh supaya si isteri mendengar kata2 sy,menghormati sy sbgai seorg suami,sy menjalankan tanggungjwb sy sbgai seorg suami,bagaimana cara lgi utk sy dapatkan perasaan cinta kpd isteri sy kembali walaupun sy dh berpisah dgn isteri sy?sbb isteri ckp yg dia masih mencintai sy,tp bila sy tanye nk sy lg atau x?dia jwb xnk..tp perasaan cinta tu masih ade..kami baru berpisah dlm tempoh 5 bulan,dlm tempoh itu pula sy wujudkan org lain dlm hidup sy utk diterima sbgai seorg suami mungkin perkahwinan sy yg dlu xberjaya,tp sy cbe utk kali ini,sy rase seperti agak desperate utk dptkan seseorg,tp bukan kerana nafsu,ini kerana sy xbiase hdup tanpe teman,kawan xramai,biar laki atau perempuan,parents sy x ske sy blik pd bekas isteri,tp sy rase sunyi,mcm mane pula utk sy memikirkan jwpan utk sy buat sbgai kputusan,adakah sbb sy masih muda/?adakah sbb sy terdesak?adakah sbb sy xmatang?adakah sy rase sperti x direstu kedua ibu bapa sy’?adakah sbb ini balasan drpd Allah s.w.t?bagaimana care utk sy kembali kpd jln yg normal,kehidupan yg normal dan boleh menerima hakikat?isteri penuh dgn soalan dan mencurigakan setelah ape yg berlaku dgn hadirnye org ketiga,jd kepercayaan antara satu sama lain xpernah wujud dan rase mcm terpkse utk hidup dengannya bile sy dan dia bersua muka,sy mcm terpkse utk terima,tp sy xleh terima hakikat yg dia nk tggalkan sy,tp dia ckp dia sentiasa cintakan sy,apa maksud itu?sy hampir gile n dilema,ibubapa seolah xnk ambil tahu,biar rumah kami dgn rumah ibubapa sy dkt tp xpenah utk dia katakan utk dtg rumah ibu bapa sy,mentaliti sgt rendah smpai perlu ke ckp nape org miskin kne pergi rumah org kaya n nape org kaya mesti pergi rumah org miskin?xpenah kluarga sy membezakan taraf kehidupan,org baik kami terima,tp kalo dgn care mcm ini,xbleh nk selesaikan,bagaimana care lg utk sy buat kputusan,adakah perlu sy teruskan khidupan dgn bekas isteri atau tidak perlu?atau mencari pengganti lain,knape sy agak terdesak sbb sy nk ade org yg bleh amik tahu ttg sy,rase sperti sy disyangi semula,n npe sy xbleh utk wujudkan perasaan kasih syg pd bekas isteri sy?adakah itu tandenye xde jodoh?ataupun itu adelah tanda wajib utk ditinggalakan akibat ketelanjuran dahulu??sy harap dgn semua persoalan sy ini dpt dijawab oleh org yg prihatin,t.q

    Komen oleh nik hairi — Ogos 13, 2011 @ 3:06 pm | Balas

    • waalaikum salam nik haris, sesungguhnya memang ALLAH jadikan hambaNYA berpasangan , kalau tidak tak akan doa Adam agar dirinya diberikan teman sehingga ALLAH ciptakan Hawa dari tulang rusuknya sendiri untuk dijadikan isteri serta sebagai amanah ALLAH . dijaga, dididik dan dilindungi. sebagai peneman hidup, menjadi penyeri dan penghibur. ramai lelaki yang gagal menjalankan tanggung jawab amanah ALLAH ini. ‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka ALLAH’.

      namun kasih sayang ALLAH amat luas dan tidak membezakan hambaNYA selagi mana kita bertaubat dengan taubat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh (nasuha). kasih sayang , mawaddah dan rahmah adalah milik suami isteri . jadilah suami isteri yang diredhoiNYa . ketua keluarga yang mampu membimbing ahlinya ke jalan ALLAH. belajarlah jika kurang ilmu, bawa sekali isteri.

      persoalan sekarang, nik dah tiada isteri. menurut pandangan ilmu saya , insyaallah, muga dimudahkanNYA, bisikan nik untuk rujuk dengan bekas isteri adalah bisikan yang datang dari malaikat 90%, maknanya keputusan tu benar. kekuatan kasih nik pada isteri ( kasih sejati-) 80%, maksudnya kekuatan kasih tinggi cuma kekuatan kasih semasa yang kurang, hanya 10%. kekuatan kasih sebenarnya terhalang kerana sihir (90%) kekuatan halangan. dah 4/5 tahun dalam badan. kekuatan kasih bekas isteri pula ,kasih sejati 90% kasih sekarang 20%. kasihnya juga terhalang kerana sihir. biasanya sihir percintaan atau perkahwinan ini apabila dibuang, kekuatan kasih kembali kepada sejati. insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 17, 2011 @ 12:59 pm | Balas

  3. kenapa kekasih saya tidak merasai perasaan sayang terhadap saya ? padahal kami sudah 8 bulan couple .. ap yang perlu saya buat ?

    Komen oleh yusof noor — Disember 29, 2011 @ 8:29 am | Balas

    • keikhlasan beri kasih pada orang kerana ALLAH akan menaikkan kasih orang kepada kita.. tiada nya niat kerana ALLAH menyebabkan tiada bantuan ALLAH dalam meletakkan kasih orang kepada kita. dalam kes awak ada halangan 70% dari masalah saka. rawat buang saka baru kekuatan jodoh naik, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Disember 29, 2011 @ 9:37 am | Balas

  4. apew maksud saka uh ?

    Komen oleh yusof noor — Disember 29, 2011 @ 12:43 pm | Balas

  5. salam…saya baru berkahwin pada bulan Mei yang lalu dengan kekasih saya setelah 6 tahun menyulam cinta.Kami bertunang pada bulan Disember tahun lepas.Setelah bertunang,perasaan saya padanya hilang dan kami hampir tidak jadi berkahwin.Saya kembali kepada kekasih lama saya.Tetapi disebabkan desakannya,saya terpaksa berkahwin dengannya walaupun tiada sedikit pun perasaan sayang dan cinta hanyalah simpati kepadanya.Sampai sekarang, saya cuba untuk menyayanginya tetapi entahlah perasaan saya masih tidak dapat untuk menerima kehadirannya sebagai seorang suami.Saya rasa berdosa dengan perasaan saya seperti ini.Saya telah nyatakan segala macam tentang perasaan saya terhadapnya tetapi suami tidak dapat menerima hakikat malahan beliau menuduh saya lupa diri.Saya mengalami kemurungan sejak berkahwin sampai sekarang.Tiada sudah wajah kegembiraan dan ekoran peristiwa ini saya dingin di tempat kerja dan rumah.Saya kebingungan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Semoga ruang ini dapat membantu saya dengan izin Allah.Terima kasih.
    -zura-

    Komen oleh zura — September 12, 2012 @ 10:29 pm | Balas

    • ada juga pesakit saya macam masalah zura ini tapi insyaallah boleh dirawat.

      Komen oleh intanrohaida — September 13, 2012 @ 6:30 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 212 other followers

%d bloggers like this: