poligami- adakah kita yang menariknya dalam kehidupan


kalau mengikut hukum tarikan , apa yang kita fikir dan selalu bimbang itulah yang akan masuk dalam kehidupan kita, lalu bagaimana ya kerana rasanya memang kita selalu takut kalau-kalau suami memadukan kita. hati selau tertanya-tanya apakah suami kita termasuk dalam golongan yang sukakan poligami, tergamakkah dia menduakan kita, dan bermacam-macam lagi yang kita bimbangkan. kalau bercakap tentang poligami dengan rakan pula kita selalu kata eii, aku tak boleh terima kalau laki aku cari lain, sanggup aku diceraikan, biarlah dia. aduh , kalau mengikut hukum tarikan maka akan bermadulah kita satu hari nanti ya. emm, menarik ni, sedang bermadu itulah yang selalu buat kaum hawa semput nafas. tidak dapat tidak hati mesti pernah berfikir dan pastinya fikiran itu disertakan dengan emosi yang kuat. ah! sudah. lagi makbullah jawabnya. tak tahu. aa aa tak tahu.

memang fikiran yang beserta emosi adalah doa yang berbentuk harapan dan kalau dengan izinNya, maka sangat mudah dimakbulkan. persoalannya sekarang, bagaimana mahu tidak berfikir ke arah itu? agak sukar kerana kita manusia biasa. tapi rahsianya adalah, kita cepat-cepat tepis sebelum ia menarik emosi, apa jua emosi negatif .

terfikir sahaja, eh agaknya suami aku ada orang lain tak? cepat-cepat kita tepis dan bersangka baik sebelum pemikiran itu semakin menjadi-jadi dan kita pula mengiakannya dengan pelbagai sokongan pendapat lain; ialah. dia asyik diam aje kebelakangan ni dan pemikiran – pemikiran lain yang sewaktu dengannya. insyaallah, pemikiran yang tidak disertakan dengan emosi , getaran tarikan itu masih dapat dineutralkan. ohh. nasib baik. tak jadilah bermadu. hai, melepas lah pahala besar.

namun, kalau sudah terjadi, jangan sekali-kali dikesalkan, Allah Maha Mengetahui. Bukankah Dia yang menciptakan kita? maka Dialah yang lebih mengetahui tentang kita. Dan Dia bukan zalim. lalu pasti semua yang diperuntukkan untuk kita, maka itu lah yang terbaik. cumanya, carilah ilmu agar kita kekal bahagia. poligami atau monogami, hati tetap boleh bahagia.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s