emosi- bagaimana mahu bersemangat


siapa ya yang tidak mahu hidup dalam kebahagiaan. bahagia dunia dan bahagia pula di akhirat sana. yang penting; bahagia jiwa dan raga. namun, hidup tidak selalunya indah. ada masa dan tika, hujan turun. kekadang lebat, ada masa renyai sahaja. tika lain ribut taufan pula melanda. ada hari, cerah, terang benderang, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, terasa nyaman, damai dan menenangkan.

begitulah manusia. yang pasti, kita akan sentiasa diuji. setiap insan , tanpa terkecuali, pasti akan diuji. itulah syaratnya, menjadi manusia. ujian tidak akan pernah bosan menjengah kehidupan insan. baik kita redha atau tidak, dia pasti bertandang. lalu, apakah reaksi kita?

fahami tujuan ujian diturunkan Allah. :- untuk menapis hamba_NYA. siapa antara kita, yang bertaqwa. siapa antara kita yang redha. siapa antara kita yang pasrah dengan setiap ketentuanNya. lalu, mahu diapakan? sama seperti dalam kehidupan, mengapa peperiksaan besar seperti SPM diadakan? bukankah untuk menapis pelajar yang berkualiti, siapa yang layak untuk dimasukkan ke universiti? manakala yang gagal dalam exams akan tertinggal. ujian dunia pula untuk menyaring hamba-hamba Allah yang beriman dengan yang tidak, untuk ditempatkan di tempat terbaik dalam kehidupan yang abadi nanti. atau dimasukkan ke dalam nerakaNya pada yang engkar. nauzubillahi min zalik.

banyak kali kita mendengar orang mengatakan, beza ujian pada manusia adalah bagaimana mereka menanganinya. ya benar, namun, persoalannya, bagaimana mahu berbeza? bagaimana mahu termasuk dalam golongan orang yang mampu menangani ujian dengan penuh redha, pasrah dan taqwa, agar redha Allah milik kita. ?.

sebenarnya, yang membezakan hamba Allah dengan lainnya adalah ilmu. yang membezakan orang yang berilmu pula adalah amalannya. yang membezakan orang berilmu yang beramal pula adalah keikhlasannya. dan yang membezakan orang yang ikhlas pula adalah keredhaan Allah padanya.

carilah ilmu. ilmu itu pelita hidup. ilmu itu jambatan dunia. ilmu itu penyuluh. ilmulah yang membuatkan seseorang keluatr dari alam jahiliah.

sabda nabi, carilah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. malah ayat pertama yang diturunkan Allah pada Junjungan kita adalah ‘bacalah’. carilah ilmu walau dari orang kafir, tapi manfaatkanlah islamicly.

hanya dengan ilmu kita dapat bergerak selangkah dalam mencari keredhaan Ilahi. hanya dengan ilmu , kita mampu menangani ujian dengan penuh redha. hanya dengan ilmu kita dapat memasukkan diri kita dalam golongan orang yang bertaqwa.

hidup penuh keceriaan; doalah selalu agar selepas Allah menguji, Dia akan menganugerahi ketenangan. berdoalah agar kita tabah dan mampu mengharunginya.

bersyukurlah dengan anugerah yang masih ada pada kita. pada telinga yang masih dapat mendengar, pada mata yang masih dapat melihat, pada lidah yang masih dapat membuatkan kita berkat-kata dan lainnya. jangan dikeluh kesah pada yang tiada.

hidup berilmu, ceria selalu. muga semua dalam rahmat dan berkatNya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s