hati- apa yang difikir


lama kelamaan, apa yang kita fikirkan akan dijelmakan dalam 2 bentuk;

1. kata-kata

2. perbuatan

kerana itu kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita fikir. permasalahan yang timbul adalah, kita tidak dapat menghalang reaksi spontan minda. lalu, bagaimana cara untuk mengawal apa yang kita fikir?

tindakan semerta minda dapat kita tepis dengan segera memikirkan perkara yang positif. suami menyakitkan hati kita kerana terlupa memberi ucap selamat pada awal pagi di hari ulang tahun pertemuan pertama kita, sedang pada kita hari itu amat bermakna kerana itulah detik bersejarah permulaan hubungan kita; bisikkan di hati, aku akan kekal ceria dan akan mengingatkan dia dengan ceria akan kealpaannya.

hasilnya, suami akan memberi respon yang cukup hangat malah bersedia membawa kita meraikannya di tempat yang istimewa.

banyak yang baik apabila kita membina benteng minda. minda adalah anugerah Allah yang paling istimewa untuk makhlukNya yang bernama insan. sedang insan itu datang dari perkataan ‘sani’, manakala maksud sani adalah pelupa.

kerana itu jualah diturunkan suratul asr..’demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran’.

hidup berilmu. ceria selalu.

Advertisements

2 thoughts on “hati- apa yang difikir

  1. saya rasa happy sangat bila dapat masuk blog ni…kenapa? kerana saya memang tengah mencari “sesuatu” untuk memulih dan memotivasikan diri dengan keadaan sekeliling… jiwa saya tidak tenteram n tenang sejak kebelakangan ni…jadi dengan kata2 semangat ni saya harap dapat membantu…. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s