emosi- subsconcious mind dan negatives environment


untuk keen dan yang lain. muga dalam rahmat Allah selalu.

bagaimana ye mahu menolak pemikiran negatif yang memang banyak di persekitaran. malah untuk berfikir positifpun ada yang komen penat.

tips mengekalkan positif dan menolak negatif

1. adakan perisai

minda kita perlu ada penapis agar dapat menyaring apa yang datang; komen negatif dari orang sekeliling dan sebagainya. disaring dan ditepis. bina positif kembali dengan mengambil yang positif dari komen itu. nampak seorang perempuan lalu, kawan kita terus komen, eii gemuknya, kita tepis dan beri komen yang positif; -mungkin dia gemuk dari kita, tapi selalunya orang gemuk hidupnya ceria…

2. banyakkan istighfar

bertaubat kepada Allah dalam apa jua situasi membuang negatif dalam diri. istighfarlah banyak2. nabi Junjungan kita yang maksumpun beristighfar sebanyak 70kali sehari. kita?…

3.memohon dan memberi maaf

jangan sekali-kali mengamalkan konsep;..-well, I can forgive but I can’t forget. why bother give forgiveness then?, might as well just bottle up everything.

memaafkan dan memohon kemaafan bukan sahaja menarik positif dalam diri, (rezeki murah, urusan hidup mudah), malah turut membuang emosi negatif.

4. duduk berhampiran benda-benda yang positif

cara paling mudah mengambil positif adalah berada di persekitaran objek yang positif juga; bayi..sangat mudah merasa damai dan tenang apabila berada berhampiran atau apabila memegang bayi.

5. zikir

terbangnya burung di angkasa raya, kembangnya kepak mereka adalah kerana zikrullah. andai burung itu tidak berzikir, saat itu juga dia jatuh ke tanah.

alangkah bertuahnya kita andai kita juga diingatkan begitu. bukankah hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang? lalu, andai hati dalam keadaan tenang, adakah kita berfikiran negatif?

salam persaudaraan. hidup beramal dan berilmu. ceria selalu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s