emosi- negatif dalam diri menarik lebih banyak negatif lagi


kadang-kadang kita hairan mengapa hidup kita sentiasa di rundung malang. umpama jatuh ditimpa tangga. lepas satu-satu musibah menimpa. hingga terasa ; ohhh aku dah tak tahan, mengapa begini sekali aku diuji.

mengikut hukum tarikan, kita sendiri yang menarik nasib malang itu berdasarkan kepercayaan kita yang ‘nasib kita memang malang’. apabila kita percaya, subconscious mind kita akan bergerak menarik apa yang kita fikirkan itu , lalu, memang malanglah sentiasa yang akan datang dalam kehidupan kita. kerana itu kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan.

itu penerangan logikal yang dinamakan sebagai hukum tarikan atau law of attraction bagi menjelaskan apa yang kita lalui. namun, mengikut ugama kita, sebenarnya, memang apa yang sentiasa kita fikir dan kita ucap dalam hati adalah doa yang berbentuk harapan. Allah akan bertindak sebagaimana yang kita fikirkan. – hadis Qudsi yang bermaksud- ‘Aku adalah apa yang hambaKu fikirkan’. apatah lagi fikiran yang disertai dengan emosi dan kepercayaan. lagi cepat dimakbulkan Allah.

apa yang kita fikirkan mengenai orang lain sebenarnya akan membuatkan kita menarik benda yang sama kepada kita. malah Allah melarang kita merasa seronok melihat penderitaan orang lain dan berkeluh kesah pula apabila kita ditimpa musibah.

sesiapa yang meleraikan kemelut hidup orang lain, Allah pula yang meleraikan kemelut hidupnya. sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada kesusahan , maka Allah pula yang akan melepaskan kesulitannya. sesiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah pula yang akan menutup aibnya.

pokoknya, hidup ini amat adil. malah orang yang baik adalah yang paling banyak berbuat kebaikan pada orang lain.

hidup berilmu.ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s