zuriat- idaman yang tiada, beban bagi yang berdosa


anak, suatu amanah.

makin ramai, makin besar amanah. amanah yang terpikul di bahu kedua ibu bapa. dia harta yang berharga, dia juga penyebab ibu bapa ke dasar neraka. salah didikan besar natijahnya. hilang harapan bangsa dan negara.

anak umpama kain putih. kita, ibu bapanya lah yang mencorakkan kain itu. andai anak berbuat durjana, tempiasnya pada ibu bapa jua. kalau tidak diambil berat sedari kecil, amatlah susah membentuknya tatkala dewasa.

kerana itu pesan saidina ali,

jadilah teman sepermainan anak-anak dari kecil hingga usia 7 tahun, kemudian bertegaslah dalam didikan termasuk merotan pengajaran sehingga usianya 15tahun, lepas dari usia itu jadilah rakan dan teman bertukar pendapat. mendidik anak perlu ilmu dan kesabaran. padaNya sahajalah kita berserah diri.

namun, alangkah malangnya pada anak-anak yang dibuang, hasil daripada hubungan terlarang. membuat dosa besar demi dosa besar dalam hidup, pastinya hidup sentiasa tertekan dan bergelumang rasa bersalah yang amat. kekadang balasannya Allah tidak langsung menganugerahkan zuriat ketika mereka telah berkahwin. siapa yang mahu dipersalahkan?

zuriat; harta paling berharga buat siapa yang berjaya mendidiknya .

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s