poligami- solat penentu keupayaan


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

senario 1.

aini adalah seorang wanita yang tabah. telah 4 tahun azlan berkahwin kali kedua, untuk mengelakkan zina; itulah alasan suaminya. dia redha, kalau itu kemahuan suaminya, kerana kasih, aini menerimanya dengan baik.

namun, hatinya merintih menangis. selama 4 tahun itu jugalah, suaminya jarang-jarang sekali pulang ke rumah. masanya dihabiskan dengan arsila. kalaupun pulang, bagai cacing kepanasan, dia akan segera bergegas pulang ke rumah isteri keduanya.

Azlan memang dari dulu lagi liat mengerjakan solat. pada Aini itulah puncanya, suaminya tidak dapat berlaku adil.

senario 2.

Ustaz Hasyim mengeluh. bukan tugasnya sebagai kaunselor yang membuat dia kesal tetapi kerana meningkatnya kes-kes disiplin serius di kalangan pelajar sekolah. sampai ada yang membabitkan polis kerana terlibat dalam dadah dan kancah pelacuran. telah pelbagai usaha yang dilakukan pihak sekolah, namun tiada perubahan.

apabila diselidik, hampir 100% pelajar tersebut tidak bersolat. bila ditanya mengapa, mereka mengatakann yang ibu bapa mereka juga tidak mengerjakannya. malah 45% tidak tahu pun bacaan dalam solat dan aturan solat secara terperinci.

hmm, patutlah kes disiplin bagai cendawan tumbuh, rungut ustaz hasyim.

kedua-dua senario itu adalah dua dalam seribu. kini, kes cerai juga begitu mudah berlaku. memang punca permasalahan umat Islam adalah pengabaian mereka terhadap perintah Allah itu. anak-anak tidak dididik untuk bersolat kerana ibu bapa juga culas mengerjakannya.

lalu , bagaimana hidup mahu dirahmati Allah.

Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)

Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.

Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.

Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.

Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)

Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

bersolat dengan ilmu. khusyuk solat benteng diri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s