POLIGAMI-memaafkan yang terbaik


respon yang saya dapat berkenaan tajuk pilihan saya amat menggalakkan.poligami. ramai kaum wanita yang mengirimkan pelbagai permasalahan berkaitan dengannya. saya cuba meletakkan diri dalam keadaan mereka. mungkin dengan suami yang bersifat penyayang, bertanggung jawab dan amat mengambil berat kekadang menyukarkan keadaan. namun hati wanita mudah mengerti.

bagi saya tiada salahnya berpoligami. walau apa pun keadaan kita,baik monogami, atau dalam poligami yang adil, atau suami gagal menjalankan kewajipannya, madu yang mengada-ngada, isteri pertama yang suka menyerang dan menganggap madu sebagai perampas, atau apa jua situasi poligami kita mahupun perkahwinan monogami yang tidak bahagia , hakikatnya kita tetap perlu melaluinya.

bukankah saidina Ali pernah berkata,

alangkah ajaibnya orang mukmin itu, apabila diberi nikmat, dia mensyukurinya dan apabila diuji dia sabar.

lalu, kita tiada pilihan. bukankah jalan ke syurga itu penuh duri dan berliku manakala jalan ke neraka itu penuh keasyikan dan kelazatan?

bezanya, walau setebal mana hutan duri kita, seliku mana jalan kita, kita hadapi dengan penuh bahagia dan ceria atau kita lalui dengan berendam air mata dan penderitaan yang tak kunjung habis.

KEMAAFAN.

perkataan ini sangat magis. memaafkan. dalam kes poligami, untuk hidup bahagia, kita perlu memaafkan. maafkan diri kita, maafkan suami kita. maafkan madu kita. maafkan anak2 kita, maafkan semua yang ada di sekeliling kita. benefitsnya?

ohh banyak. hati kita otomatik jadi tenang dan aura kita yang tadinya merah akan bertukar biru. damai dan membahagiakan. wajah akan awet muda, rezeki mudah hinggap dan penyakit sukar bertandang. persoalannya, bagaimana mahu memaafkan?

1. ucapkan kuat pada diri- aku maafkan diriku, aku maafkan suamiku. aku maafkan anak2ku.sebut namanya.satu persatu. buat begini terutama pada orang yang kita ada perasaan marah.buat untuk semuanya. ambil masa? ya. tapi berbaloi.

2. rasakan kemaafan itu datang jauh dari hati. bayangkan ia sebagai satu cahaya; contohnya, kemarahan yang amat sangat, bayangkan ia sebagai satu cahaya yang hitam pekat. tarik dan lepas nafas dalam – dalam.

lalu lepaskan cahaya hitam itu apabila menghembuskan nafas keluar. masukkan cahaya putih ( visual untuk kemaafan) apabila menarik nafas. selubungi diri dengan cahaya putih dan sambil tarik nafas, bayangkan kemaafan meliputi tubuh dan menyaluti hati dan semasa hembus nafas bayangkan kemarahan pergi.

3. tarik nafas dalam-dalam dan ucapkan syukur kepada Allah kerana mengizinkan diri memaafkan orang dan munajatkan doa agar Allah melorongkan orang untuk memaafkan kita.

maafkan lah dan lupakanlah. hiduplah seadanya. ceria selalu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s