poligami- apakah dibolehkan bercerai?


bagi menjawap permasalahan Pn.H, rasanya elok dikongsi bersama,

untuk puan, saya berharap rahmat Allah sentiasa menyelubungi kehidupan puan, bagi saya penderitaan puan amat besar, namun yakinlah, lagi besar penderitaan, kalau bersabar, maka besar jugalah ganjarannya di sisi Allah.

intipati sabda Junjungan, walau tertusuk jarumpun jari kita, maka Allah akan memberi balasan menghapuskan dosa kita atau mengangkat martabat kita andai kita bersabar.

namun, tips dari saya, fikir atau fokus kepada apa yang puan ada berbanding apa yang hilang dari nikmat puan, dan resapkan perasaan bersyukur ikhlas datang dari lubuk hati. buat seperti teknik memaafkan dalam post; “poligami-memaafkan adalah yang terbaik“, maka puan akan dapati tiba-tiba hidup puan dipenuhi dengan benda-benda yang puan syukuri tadi.

elakkan berfikir tentang apa yang puan deritai; kerana itu akan mengundang penderitaan yang lebih banyak lagi. ( ini jugalah penyebabnya, puan sentiasa dirundung malang, lepas satu-satu masalah yang berkunjung, kerana Allah itu adalah apa yang hamba-Nya fikirkan; contohnya, jika kita merasakan dalam hati kita bahawa Allah itu tidak adil, maka ketidakadilan yang asyik kita rasa atau fikir itulah yang akan menapak dalam hidup kita, hari demi hari). belajar fokus dalam kehidupan seharian kita, akan membuatkan kita juga mampu lebih khusyu’ dalam solat.

khusyu’ dalam solat pula akan membuatkan kita menjadi hamba yang jauh lebih bersyukur dan bertaqwa. menjadi hamba Allah yang bersyukur dan bertaqwa pula akan membuatkan diri kita sentiasa bahagia walau apa mehnah dan tribulasi yang kita hadapi dalam kehidupan. hati akan sentiasa bersyukur lantas menerbitkan perasaan damai dan tenang . tubuh akan jadi sihat, mental akan terawat dan tekanan hidup hilang begitu sahaja, wajah akan lambat tua dan rezeki mencurah-curah.

sesungguhnya, apa jua yang Allah takdirkan untuk kita, itulah yang terbaik. satu kebaikan yang terus nampak adalah, ujian atau masalah itu adalah untuk mendidik hati dan membuatkan kita mampu mengawal nafsu. kalau itu yang menjadi pilihan kita. kalau kita memilih untuk tidak bersabar dan merasa menderita, maka kebaikan daripada sesuatu masalah itu akan bertukar kepada penderitaan yang tidak kunjung habis. maka nikmat hasil daripada bersyukur yang saya bincangkan dalam perenggan terdahulu turut akan bertukar kepada hati yang sentiasa merintih, menangis, jiwa yang sentiasa dibaluti kesedihan, perasaan tertekan yang amat sangat, tubuh yang penuh dengan pelbagai penyakit, wajah yang nampak jauh lebih tua daripada usia sebenar dan rezeki yang tersekat.

sedangkan nabi sendiri bersabda selepas pulang dari satu peperangan besar kepada para sahabatnya, kini kita akan menghadapi satu peperangan yang jauh lebih besar dari peperangan yang baru kita tempuh. sahabat merasa hairan, apa pula peperangan lain yang jauh lebih besar daripada apa yang mereka alami di medan Badar? Rasul menyambung, peperangan menentang hawa nafsu.

mujahadahlah. kerana hawa nafsu tidak boleh sibiarkan bermaharaja lela. ia akan menjadi tunggangan syaitan, sedangkan syaitan itu musuh kta yang nyata.

namun, untuk menjawab persoalan puan, ya, kita dibenarkan bercerai andai suami gagal menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan tidak berlaku adil atau kita tidak mampu lagi taat pada suami dan perkahwinan kita itu hanya menambahkan sifat nusyuz atau menjadikan kita nusyuz. keluarlah dari perkahwinan itu dan berdoalah agar Allah mencukupkan puan dalam kehidupan yang mendatang seterusnya.

hidup berilmu. ceria selalu. pasti mentari menyinar kembali. lalu hati kembali berbunga dan hidup berkembang mekar , penuh bahagia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s