poligami-andai madu lebih sudu daripada kuah


dugaan hebat pada wanita memanglah bermadu, namun, andai madu pula yang tidak dapat menerima hakikat suaminya mempunyai isteri sebelum dia? alangkah malangnya, ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. bagaimana ya mahu menghadapi keadaan seperti ini?

telah saya nyatakan sebelum ini bahawa kita tidak bertanggung jawab atas apa yang dilakukan oleh orang lain kerana sebenarnya walau pernah dilemparkan dengan ayat, “tak apa aku tanggung semua dosa engkau”, hakikatnya tidak semudah itu. dosa masing-masing, sendirilah yang akan menjawab di hadapan Allah nanti.

lalu, walau apa keadaan yang timbul ekoran daripada kesan madu tidak dapat menerima bahawa dia adalah isteri kedua, maka pujuklah hati, – insan yang paling baik adalah insan yang paling banyak memberi kebaikan kepada orang lain.

lantas, hati akan terubat, lagipun setiap perbuatan walau sebesar zarah sekalipun akan di balas – NYa, baik sesiapapun yang melakukannya.

maka, wahai para wanita yang dimadukan suami, yakinlah bahawa dunia yang hanya sementara ini adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan akan kita tuai di akhirat nanti hasilnya. andai cukup baja yang ditabur, air yang disiram dan sabar pula mengawalnya daripada dimakan ulat, sayur yang kita tanam pasti tumbuh hijau subur dan berdaun cantik. bukankah enak jika dibuat sup sayur?

hiduplah seadanya. ceria selalu dan bahagia sokmo.

Advertisements

4 thoughts on “poligami-andai madu lebih sudu daripada kuah

  1. sya adalah salah seorang madu yang lebih sudu dari kuah..madu saya seorang yang baik dihadapan saya tetapi suka tikam sy dari belakang. tetapi itu bukan isu kerana adat perempuan,susah nak terima madu tetapi krn takutkan suami redha juga.

    Sebenarnya, saya tidak tahu silap siapa perkahwinan saya dengan suami. adakah silap suami kerana atau kebodohan saya sebagai seorang gadis yang yang buta dengan dunia lelaki.

    tapi, yang pasti, suami saya sudah lama bermasalah dengan madu saya, tetapi suami saya pertahankan juga kerana anak-anak dan madu saya itu anak yatim. sebelum suami saya mengenali saya, dia bercinta dengan isteri seorang perempuan yang akhirnya kahwin dengan lelaki lain..kebetulan masa itu saya ada masalah dengan boyfriend saya, dan dia kecewa kerana kekasih dia meninggalkan dia setelah mereka merancang untuk berkahwin..sebenarnya isteri suami saya tidak pernah menghalang suami saya untuk berkahwin lain dan sering mencabar suami saya. boleh dikatakan, suami saya bertahan kerana anak-anak..sebenarnya, dah berbelas tahun mereka bermasaalah dan zuriat yang lahirpon bukan kerana kasih sayang tetapi…(sukar untuk saya jelaskan).

    yang menjadi persoalan sekarang, saya rasa berdosa kerana suami saya lebihkan saya atas permintaan saya. hal ini berlaku krna saya rasa menyesal berkahwin dengan suami saya kerana hasil titik peluh saya diberikan untuk menanggung anak-anak mereka yang suka membazir. sebenarnya, faktor utama knp suami saya bermasalah dengan isterinya disebabkan beberapa bepangai isteri beliau yang suka membazir (tidak sedar diri sedag suami bertungkus lumus mencari rezeki). saya berjawatan besar dan suami saya juga berjawatan besar, tetapi duit dia tak pernah cukup sehingga saya terpaksa keluarkan duit saya untuk keperluan mereka kerana saya tak sanggup tengok suami saya pening kepala.

    Paling menyedihkan saya, setiap kali saya balik kg, saya terpaksa gadai emas pusaka emak saya untuk saya berbelanja kt kg..saya tak boleh memberitahu keluarga saya yang saya tiada duit kerana saya bergaji besar dan saya tidak mahu keluarga saya menghina suami saya. keluarga saya terima suami saya pon kerana kami dah berkahwin di Thailand. keluarga saya org berpengaruh dan saya tak boleh menjatuhkan maruah dan airmuka suami saya dihadapan mereka. walaupon sekali sekala saya terlaku bencikan suami saya kerana tidak pernah saya menderita seteruk ini sehinggalah saya berjumpa dengan suami saya..

    dipendekkan cerita,sesekali saya marahkan suami saya sbb dia tak perlu masukkan saya dalam masalah diaorang. masa saya menerima lamaran dia, saya cukup mentah dan dalam keadaan bermasalah..saya tahu suami saya terlalu sayangkan saya dan kami bahagia walaupoun masih tiada anak sebab fikirkan ekonomi keluarga masih tidak stabil. tetapi, marah saya meluat2 apabila memikirkan saya terpaksa tanggung beban yang dibuat oleh orang lain.

    usia perkahwinan saya dengan suami hampir masuk 5 tahun, sampi ke hari ini adakah perpisahan adalah terbaik untuk saya atau madu saya kerana suami saya pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan madu saya kerana suami saya tak sanggup untuk terus hidup berdosa. tetapi, bila dipikirkan,macamana dengan anak2? lebih baik saya yang berundur krn saya tidak terikat dengan anak2..

    apakah jalan yang terbaik untuk saya. sebenarnya, saya juga takut terus berdosa dengan suami saya setiap kali saya ingat penderitaan sy yang perpunca dari dia.

    paling menyedihkan saya,saya dari keluarga yang berpegang teguh pada agama dan memimpikan suami yang beriman, tetapi suami saya sukar solat. yang saya peliknya,madu tak pernah tinggal solat, tetapi dia tak pernah larang suami saya dari berbuat mungkar..selama 5 tahun suami saya berkahwin dengan saya, tabiat buruknya sudah tiada kecuali masih tak mengerjakan solat. daro situ saya rasakan, sekiranya saya tinggalkan dia,suami saya akan balik kpd perangai lama…apa yang perlu saya buat? jauh disudut hati saya, saya xnk masuk neraka dan saya xnk tengok suami saya masuk neraka. saya tak nak hidup di atas penderitaan org lain dan saya juga tak nak hidup menderita kerana orang lain..

    apakah perpisahan saya dengan suami adalah yang terbaik untuk suami saya dan anak dia?
    atau adakah perpisahan madu saya dengan suami saya adalah yang terbaik untuk saya dan suami saya?

    1. citra, kekuatan suami untuk berpoligami dan berlaku adil tinggi tetapi terhalang dengan sifat buruk yang ada dalam diri awak. malah kekuatan kasih dia pada isteri pertama juga tinggi.
      sebenarnya jarang sekali kasih suami kepada isteri kedua melebihi kekuatan kasihnya kepada isteri pertamanya, ..
      semuanya dari Allah.

      kekuatan jodoh suami dengan isteri pertamanya juga tinggi. 90% dengan citra 70%.

      banyakkanlah istighfar. tidak berlaku sesuatu qada dan qadar allah melainkan sebagai ujian allah untuk menguji keimanan kita . kekuatan redho kita yang utama. manakala perbuatan baik itu yang mendekatkan diri kita bukan sahaja dengan allah tetapi juga dengan hambaNYa.
      poligami tidak salah, yang banyak perlu dibetulkan adalah mereka yang mengamalkannya. semuga kita semua sentiasa berada dalam redho ilahi, insyallah

      1. betol..kekuatan untuk suami saya berpologami memeng tinggi..dia akan mencari seribu alasan agar saya percaya yang madu saya sememangnya bermasalah..disebabkan itu, saya rasa tertipu dan saya rasa sakit hati teramat sangat pada suami saya.

        kerana rasa tertipu itu, saya nak tinggalkan suami saya agar saya tak menyakiti madu saya krn sekiranya saya terus bersama suami saya, suami saya akan terus mengikuti keinginan saya dan dalam masa lain, hati madu saya mesti sakit..Tp, suami saya katam andai saya tinggalkan dia, dia tetap akan berkahwin dengan perempuan lain, kerana dia memang tak boleh hidup dengan isteri pertama..

        akak, berdosakah degan sebab2 ini saya minta suami saya lepaskan saya?
        akak, berdosakah suami saya sekiranya dia melepaskan isteri pertama dia daripada dia terus berdosa?

        akak, apakah penyebab seseorang suami itu boleh menceraikan isteri-isterinya?
        akak, apakah hak-hak isteri dan apakah hak-hak suami sebenarnya?

        memang saya tahu, suami saya boleh berlaku adil sekiranya saya membenarkannya. Tetapi apa yang saya tidak suka, setiap kali pulang dari rumah isteri pertama, mulutnya sering mengomel ketidakpuasan hatinya terhadap isteri pertama dari segi kebersihan, jagaan anak2 dan pembaziran. So, kalu tak suka tak payah balik..juz balik hantar duit dari setiap kali balik ada shj yang tidak kena. dan saya tak faham. akak, boleh saya bertanya, adakah salah dalam islam sekiranya seorang suami menceraikan isteri yang menyusahkan hidup mereka?

        sebenarnya, saya tak berapa pasti, adakah salah isteri pertama atau suami saya sendiri. kalau diikutkan saya krana sy perempuan, memanglah saya lihat suami saya yg silap,bukan isteri pertama dia.
        tp, bila sya bertanyakan dengan keluarga suami saya, mereka kata silap isteri pertama tetapi mereka tak benarkan suami saya lepaskan isteri pertama kerana anak..logikkah itu?

      2. saya cuba jawab sedikit dalam pos terbaru, apa yang kita tarik dalam kehidupan kita. yang jelas ialah sekarang ni sifat buruk citra lebih tinggi dari suami dan madu. banyakkanlah istighfar. boleh buat rawatan . insyaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s