Dari Hawa Ke Hawa

April 6, 2015

Kenal Allah

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 7:00 pm

Ada seorang budak lelaki, dalam lingkungan umur 17 tahun, tetapi dek kerana kemiskinan yang menghimpit, membuatkan dirinya kelihatan seperti 13, kurus keding dan under nourished.

mungkin kerana dia hanya pendatang di bumi emas kita ini, lalu kerja yang paling mudah mungkin pada pemikirannya, mengutip  sampah buangan orang untuk di recycle.

hari2 dia melalui sebuah rumah,. setiap kali terserempak dengan ahlu rumah itu, dia akan berhenti dan bertanya,.. ada barang tak?

tuan rumah rasa jengkel, haishhh, kenapa lah budak kotor ni, selalu berhenti depan rumah aku,..

tapi budak comot itu tanpa jemu, malah tidak akan berlalu pergi, tanpa bertanya kepada si tuan rumah,..

 

takde malu budak ni, orang cakap tak ada, tanya lagi,.. hisshhh…

 

satu hari, hujan renyai-renyai, baru berhenti dari hujan yang selebat-lebatnya sebentar tadinya, siap dengan ribut petir sekali,..

tuan rumah menoleh ke luar rumah, dia terpandang si budak comot sedang pantas berjalan laju sambil menolak kereta kayu buatannya yang sarat barangan terbuang.

tiba2 hatinya tersentap…

kaishan budak itu,..

sudahlah basah kuyup, tolak barang berat lagi,.

 

terasa di  hatinya akan susah payah dan tekunnya budak itu tanpa kenal jemu ,..

untuk apa?

merubah dirinya,..

 

begitulah kita dengan allah,..

untuk kenal allah, mungkin kali pertama kita tegur, Allah tidak pandang kerana kotornya hati kita, kerana banyaknya dosa kita,..

mungkin allah tidak perkenankan pun doa kita kerana hati kita tidka ikhlas, doa kita bukan lahir dari hati nurani,..

tetapi jika hati manusia pun boleh tersentuh dengan gigihnya  usaha insan lain,..

apatah lagi allah swt,..

 

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang,..

 

pasti akan jauh lebih lembut dan lebih pengasih serta lebih terkesan akan usaha hambaNYA yang tidak pernah kenal jemu, merayu dan bermunajat denganNYA,..

lalu teruslah berkenalan dengan Allah, bercinta denganNYA, bercumbu denganNYA,..

pasti akhirnya Allah akan menerima kita disisiNYA sebagai salah seorang kekasihNYA,..

 

allahu akbar

April 4, 2015

Ingin keluar dari masalah?

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 4:25 pm

terus kepada pokok persoalan..

masukkan rasa syukur.

ye benar..

untuk keluar dari mana- mana masalah, dari apa- apa musibah, masukkan dulu rasa syukur, hingga syukur ni jadi sifat kita, selain kena banyak istighfar dan doa.

 

kekuatan syukur yang sedia ada dalam hati, cepat membuatkan kita nampak ujian, musibah adalah dari Allah dan akan terbit dalam hati rasa syukur kepada ALLAH swt kerana masih memandang kita..

orang yang diuji , orang yang dipandang Allah?

ye.. kerana itu sahabat jika Allah tidak menguji mereka, hati tertanya-tanya adakah Allah lupa akan aku hari ini?

 

allahu akbar.

kuatnya iman sahabat.

 

rasa syukur akan nikmat akan memadamkan kesedihan hati  atas ujianNya

kita akan nampak, betapa nikmat Allah beri jauh lebih besar dengan ujian NYA.

sedang memang semua manusia akan Allah uji untuk melihat respon mereka..

siapa yang kita nampak? siapa yang kita minta tolong? pada siapa kita berserah?

 

kalau kita mnerayu-rayu dengan Allah, mohon pertolonganNYa , lagi Allah suka. lagi Allah bangga.

malah allah akan menyebut-nyebut kita di kalangan para malaikatNYA.

lihatlah hambaKu, dia hanya memohon kepadaKu, berilah apa yang dipohonNYA.

malah, jika Allah tidak memakbulkan doa kita di dunia ini, Allah simpan di akhirat esok.

 

seorang hamba yang berdoa kepada Tuhannya dengan sungguh-sungguh, dari hati nuraninya, dan doa itu allah simpan di akhirat esok, tatkala dia melihat doanya itu, maka dia akan terperanjat kerana manfaat doa yg tidak termakbul ini sangat besar di akhirat nanti, malah dia akan berkata, wahai Allah, alangkah bagusnya andai Engkau tidak memakbulkan semua doa-doaku.

 

Allahu akbar.

 

maka belajarlah memasukkan rasa syukur di dalam hati.

Disember 30, 2014

penawar hati dengan halaqah iman

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 12:00 pm

secara jujurnya, jika hingga saat dan tika ini, tatkala membaca bait2 yang kutulis ini pun, kamu masih ada mengharap  pada makhluk, yang kufokusklan pada suami, kerana kaum hawa lazimnya terlalu bergantung harap pada suaminya, maka ketahuilah sesungguhnya kamu dalam SYIRIK.

ALLAHU AKBAR.

baik pengharapan itu kau letakkan pada mengharapkan kasihnya, mengharapkan layanan baiknya, mengharapkan pada layanan lembutnya , mengharapkan pada tutur manisnya, mengharapkan pada sifat tanggungjawabnya pada keluarga mahupun pengharapan yang kau letak pada kekuatan nafkah zahir dan batin darinya sekalipun, kau tetap menempah murka Allah dengan wujudnya syirik dalam hatimu.

ALLAHU AKBAR.

pengharapan kita hanya satu, pada ALLAH swt. tiada yang mampu memberi kita apa2 kecuali ALLAH. suami hanya makhluk yang lemah sebagaimana kita.

taatnya seorang isteri kepada suaminya adalah hanya semata2 kerana ALLAH. kasihnya seorang isteri kepada suaminya juga hanya kerana ALLAH.bukan diri suami itu sendiri,  jika bertembung hukum hati, maka gugur suami, tetapi ALLAH yang perlu didahulukan.

antara kasih pada suami, dan kasih pada ALLAH, kasih pada ALLAH yang perlu didahulukan. antara taat pada suami dan taat pada ALLAH, ketaatan pada ALLAH yang perlu diutamakan.

kerana itu sekiranya suami tidak mampu mendidik hati dan jiwa kita menuju ALLAH swt, maka kita perlu ‘mencari’ ALLAH sendiri. Doalah sungguh2 dengan ALLAH swt agar dibukakan jalan dan caranya.

doa syirik sangat besar ,  kerana syirik, diri kita dipenuhi kezulmatan. kita tidak mampu nampak cahaya ALLAH. hati tidak nampak nizam ghaib, hanya tertakluk dengan nizam zahir. maka kita tidak mampu nampak ALLAH, hati terlalu bergantung dengan asbab duniawi.

hati tahu ALLAH ada, hati tahu ALLAH hebat, tetapi tidak mampu rasa malah akan menidakkan kekuatan dan kehebatan ALLAH swt,

bila orang kata, makanan kalau takde , tak mati, kalau kita tak minum air, inshaallah takde apa2. hati akan menidakkan. macamana pulak boleh tak makan tak apa2, tak minum, okay je… kalau jasad tak dapat minum 3 hari, kita akan mati , kata doktor, kalau tak makan seminggu, boleh bawak maut, fakta saintifik. betul ke? betullah sebab ada bukti, ada statistik, dan pernah berlaku, orang tak jumpa air seminggu , mati kekeringan air dalam jasad. orang tak makan seminggu, mati kerana badan terlalu lemah.

ALLAHU AKBAR.

jika bgitu yang kita rasa, dimana kekuatan dan kehebatan ALLAH yang kita kata, kita tahu?

bukankah ALLAH maha berkuasa ? boleh aje ALLAH menghidupkan orang tanpa makanan dan minuman. lihat apa yang berlaku pada ashabul kahfi. tanpa makanan dna minuman selama 309 tahun, tapi bila ALLAH bangunkan mereka, okay aje.

ALLAHU AKBAR.

bukan makanan dan minuman yang memberi kehidupan, tetapi ALLAH.

tahu dan yakin tidak sama,

hati yang tahu tetapi tidak yakin, bukanlah hati yang beriman.

sedangkan hati itu raja, jika baik hati, maka baiklah kerajaannya.

hati jugalah tempat jatuh pandangan ALLAH. bukan pengetahuan kita, bukan fikiran kita.

ALLAHU AKBAR

untuk dapat tuju ALLAH , kita sentiasa kena buat halaqah iman. memperbaharui iman kita.

kita tiada kekuatan, yang ada kekuatan itu ALLAH.

kekuatan , semua jenis kekuatan adalah milik mutlak ALLAH. hak yang hakiki. untuk dapat kekuatan, kena doa dengan ALLAH agar diberi kekuatanNYA.

kekuatan untuk tabah, kekuatan untuk memaafkan, kekuatan untuk sabar, kekuatan untuk nampak ALLAH dalam segala hal, kekuatan untuk redho, kekuatan untuk tujuNYA, kekuatan untuk bergantung hanya kepadaNYA.

semua jenis kekuatan.

kita tidak punya,

semua itu hak ALLAH,

untuk kita ada kekuatan, kena minta dengan ALLAH swt.

untuk minta, kena ada kekuatan  doa.

hanya dengan taufik dan hidayat ALLAH swt sahaja kita mampu dapat kekuatan doa yang makbul.

ramai mana antara kita yang ragu dengan doa kita sendiri,,,,?

ramai mana antara kita yang tidak yaqin dengan doa kita sendiri…?

malah , ramai mana antara kita yang putus asa dengan doanya sendiri…?

 

ALLAHU AKBAR.

sedang doa itu senjata mukmin.

untuk berdoa itu sendiri kita perlu kekuatan dan taufik dan hidayat ALLAH, taqdir ALLAH.

ALLAHU AKBAR.

kekuatan semua itu, untuk bebas dari cengkaman derita dunia, kita perlu ada kekuatan. kekuatan tidak boleh kita pungut, tidak dapat kita kumpul…

kekuatan hanya dapat kita miliki dengan izinNYA.

kekuatan hanya dapat kita miliki jika kita MOHON.

mohon dariNYA.,

yang MAHA memiliki KEKUATAN.

segala KEKUATAN.

 

ALLAHU AKBAR.

 

kejarlah cinta ALLAH, pasti hati akan tenang, tenang setenangnya.. jika kita masih mengejar cinta makhluk, masih mengharap cinta makhluk, kita hanya akan dilingkungi derita.

untuk dapat cinta ALLAH, kena bersih hati. untuk sentiasa bersih hati kena banyak cuci hati. kena banyak istighfar. kena banyak munajat , MOHON hati yang suci bersih.

banyak lah buat halaqah iman.

sentiasa bercakap dengan hati. cerita dengan hati akan kehebatan ALLAH, keagungan ALLAH swt. kebesaran ALLAH. ALLAH yang cipta langit. ALLAH yang cipta siang dan malam, malam tidka mungkin melintasi siang, siang tidak mungkin mendahului malam. allah yang cipta semua makhluk. allah yang tidak pernah lelah , letih dan mengantuk dalam mengurus makhlukNYA. mAHA suci allah,

 

inshallah., sebutlah akan kelemahan diri dan pohonlah kekuatanNYA.

 

 

 

Disember 24, 2014

Bagaimana menjadikan sesuatu itu bermakna di sisi ALLAH swt

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 6:39 pm

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Sesuatu itu hanya dipandang bernilai dan bermakna oleh Allah swt apabila kita melalkukan sesuatu dengan niat hanya keranaNYA, tiada niat sampingan lain.

Ramai je yang berkata, memang buat kerana ALLAH tapi aku nak rezeki luas masa membaca syrah alwaqiah… atau amalan lainnya.

kita tidak buat hanya semata2 kerana ALLAH tetapi buat kerana ALLAH  DAN… maksudnya kekadangg amalan kita ada dua atau lebih niat selain diniaykan kerana ALLAH.

inilah amalan2 yang jelas tidak diterima ALLAH kerana terang2an tidak ikhlas.

amalan yang ikhlas adalah hanya satu niat sahaja, iaitu dibuat hanya semata2 kerana ALLAH swt.

kita beramal untuk kita sembahkan kepada ALLAH, untuk kita hadiahkan kepada ALLAH semata2.

kita masak, niat kerana ALLAH. kita makan niat kerana ALLAh. kita solat niat kerana ALLAH. kita baring untuk berehat niat kerana ALLAH, kita mengaji al quran, niat kerana ALLAH,.. bukan sekadar niat tetapi niat semata2 kerana ALLAH swt.

tiada niat lain, tiada niat sampingan.

amalan inilah baru ikhlas.

amalan inilah baru bermakna dan bernilai di sisi ALLAH swt.

baru datang ketenangan sejati apabila kita menagji alquran.

kjerana ketenangan hanya datang dengan izin ALLAH dan ALLAH hanya mengizinkan sesuatu amalan itu jika kita buat ikhlas keranaNYA.

bukan mengaji untuk tenang, bukan berzikir untuk tenang.

apabila kita berzikir , apabila kita mengaji untuk dapat ketenangan kerana hati kita kata, janji Allah jika berzikir hati akan tenang, maka tatkala kita resah kita pun berzikir , namun, zikir kita usahkan membawa ketenangan , tetapi hati tetap terusan gundah gulana.

ini kerana yang memberikan ketenangan bukan zikir kita, tetapi ALLAh swt. dan hati yang tenang apabila berzikir adalah hati yang apabila dia berzikir, dia berzikir kerana ALLAH bukan untuk mendapat manfaat atas amalannya.

jaga dan peliharalah niat kita, niat mesti dari hati bukan sekadar perkataan.

Janji Nabi Yusuf

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 5:32 pm

Tatkala Malaikat Jibril mahu menyambut Nabi Yusuf a,s dari jatuh ke dalam telaga apabila dicampak oleh abang2nya yang cemburu, terdapat perjanjian dengan izin Allah swt antara mereka.

Nabi Yusuf a.s tidak boleh buat 3 perkara, jika baginda setuju barulah malaikat Jibril a.s akan menyambutnya dan meletakkan baginda ke dasar telaga tanpa kecederaan.

3 syarat itu ialah, untuk  hidup di dunia Allah swt ini,:

1. jangat bersungut /; merungut

2. jangan mengungkit

3. jangan berdendam

apabila Nabi Yusuf setuju, maka disambutlah tubuh baginda oleh Jibril dan diletakkan ke dasar telaga.

maka begitulah didikan Allah swt untuk kita agar redho dan tidak berkeluh kesah.

sekiranya setiap ujian atau musibah yang menimpa kita, kita tidak merungut, tidak mengungkit dan tidak berdendam, maka Allah swt memandang kita dengan kasih kerana kita redho dengan keadaan diri kita, yang semuanya adalah dari ALLAH swt.

untuk berjaya melakukan ini, maka kita perlu belajar sifat sabar, memaafkan , merasa kasih sayang dan bersikap lemah lembut.

hanya orang yang sabar tidak akan merungut.

hanya orang yang memaafkan tidak mengungkit .

hanya orang yang redho tidak akan berdendam.

dan hanya orang yang bersikap lemah lembut akan membalas keburukan dengan kebaikan,

itulah sifat nabi saw.

selagi mana yang disakiti hanyalah melibatkan diri baginda berkisar duniawi, baginda tidak pernah membalas sebaliknya bersifat amat lembut.

namun, jangan sesekali melanggar styriat Allah, bagindalah orang pertama  yang akan  murka.

Allahu akbar.

melaksanakan janji Nabi Yusuf dalam diri kita, itulah jalan ke syurgaNYA.

Disember 18, 2014

Ilmu

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 7:44 am

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Firman Allah lagi,

Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Sabda Rasulullah saw

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Carilah ilmu dengan niat kerana ALlah, pasti Allah akan beri jalan untuk kita mendapat ilmu yang bermanfaat. inshaallah

Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

November 14, 2014

BAGAIMANA DAPATKAN KEKUATAN DOA

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:53 am

Allahuakbar
Doa adalah senjata bagi org islam .kita jangan risau kenapa org islam lemah dalam dari segi harta kekayaan pemeritahan di dunia ini. Semua nya di kuasai oleh org kafir musyrikin. Apabila org islam hari ini meguasai kekuatan doa maka akan mula kebangkintan islam seumpama sahabat nabi s.a.w .mereka berperang bukan dng kekuatan dan kelebihan senjata yg mereka miliki. Mereka berperang dng kekuatan doa dan bantuan Allah.
Kenapa doa memiliki satu kekuatan yg cukup hebat.
Kerana doa adalah satu permohonan yg terus menuju kepada Allah tidak ada sebarang peantara dng Allah
Sekira sasaorg tu berdoa melalui hati dan dng ada perasaan sedar apa yg kita minta rasa Allah sedang dengar doa yg kita doakan .dan tidak ada sebarang keraguan dengan kudrat dan kuasa Allah .unt menunaikan permohonan kita seolah olah kita sedang merayu rayu pada Allah dan terasa. sampai kehati kita inshaAllah doa yg berleadaan yg macam ini akan terus naik ruju pada Allah sekira nya tujuh pwrala langit halang akan hancur tujuh petala lagi doa keadaan macam ni akan naik tuju kepa Allah .
Sesunggoh nya kekuatan doa adalah kekuatan Allah

KEKUATAN HATI

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:52 am

Perkara yang pertama yang perlu di lakukan bagi hati yg ada keinginan unt tuju dan cari Allah. Bersihkan dari dari dosa dan juga bersih kan roh dari sifat2burok .unt maksud ini diperlukan istiqpa 1 ribu kali dan selawat 500 kali lepas tahajud. atau lepaa suboh. Danperlu guna kekuatan doa yg betul unt doa kepada Allah supaya Allah beri kekuatan hati terima Allah dan terima semua pekara belaku adalah dtg dari Allah tak akan belaku sesuatu pekara semuanya dalam pengentahuan Allah.
Kekuatan hati harus dibina.dng asbab doa yg betul kepada Allah.
Skrg masa ahkir zaman muluk boleh kat semua dari Allah .adakah hati kita boleh terima perkataan kita itu.apakah kita dapat rasakan hingga ke hati kita sememang nya semua pekara dtg dari Allah.dlm keadaan tertentu hati kita rasa ragu ragu .dng kekuatan doa dan lakukan perubahan pada persaan kita kepada menerima kudrat dan kuasa Allah dng hati dan perasaan kita .barulah tumboh sifat reda dng Allah kerana kita dapat rasakan setiap yg belaku dtg dari Allah .perlu nya doa unt bina kekuata roh dan kekuatan hati unt reda kepada Allah tahap yg tinggi dan sentias cek keluatan hati dan roh guna scan kerohanian dan sentiasa moniter .ini adalah kaedah tanam sifat reda dia akan tumboh sikit demi sedikit. Apabila mula tumboh ketenang yg maha tenang kita akan dapat rasakan rasa surga belum datang nya surga .inshaAllah

hati nan sekeping (2)

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:50 am

Hati adalah raja pada diri kita apa. sahaja keputusan dari hati itu lah keputusan kita. Sekira nya baik hati kita baiklah keputusan nya sekiranya buruk hati maka buruk lah keputusan nya
Hati kita sepama cermin suci berseh .
Apabila satu dosa kita lakukan maka satu titek hitam akan terlekat pada hati kita.apabila hati kita dipenuhi dengan dosa dosa .hati kita akan jadi hiitam keselurohan nya .seumpama cermin ug hitam keselirohan nya tak akan dapat memancar patulan sinar .
Begitu juga hati kita yg dipenohi dosa akan mejadi hitam .maka pancaran sinar marifat tak akan keluar dari hati ini. Sinar cahaya kehebatan Allah kekuasaan Allah akan terpadam maka apa yg kta nampak makluk zohiriah saja tak nampak disebalik setiap sesuatu kejadian itu ada perancagan Allah .tak akan belaku sesuatu pasti datang dari Allah kita makluk tiada kuasa .apabila hati kita lemah selemah nya tak ada bisikan ilahiyah sampai kepada hati .tak mampu sampai kerana terhijab kerana dosa
Maka timbulah bermacam masaalah .Allah jadi kan masaalah pada kita unt bawak hati dan diri kita kepada Allah .supaya hati kita terima Allah hanya Allah yang mampu menyelesaikan masaalah kita .
Sebarang masaalah dan ujian yang didatangkan oleh Allah supaya hati kita.dapat rasa.dan.terima ini dari Allah .maka ketenangan akan datang hilang sangka buruk
Kenapa nak sangka buruk kalau itu dari .hanya lah Allah yang mampu menyelesai masaalah kita .mulakan dan banyakan doa kepada Allah supaya Allah selesaikan masaalah kita .
Allah yang hantar ujian . Maka Allah tunggu kita minta pada Nya letak penharapan dan pegantungan kepada nya saja.
Sentiasa cek hati kita . Berseh kan hati dng istiqpa sebelum tidur 1 ribu kali dan selawat 500 kali dan lepas tahajud atau suboh.
Doa unt naikan kekuatan hati terima Allah 100 per.
Doa unt bina kekuatan pada hati supayahanya terkesan hanya pada Allah saja.
Apabila sasaorg buat maksiat benci amalan maksiat nya dan doa supaya Allah selamat dan ampun dosa nya

dari kitab al hikam, kemuliaan wanita

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:47 am

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat

6:18:38 PM
kukunya, Allah akan mem
beri minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia meng- gembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

6:23:09 PM
26: Menunda amal tanda kebodohan:
Menunda amal kebaikan karena menantikan kesempatan yang lebih baik Adalah tanda kebodohan.

Kitab AlHikam

Ibn ‘Ata Allah al-Iskandari

6:24:35 PM
8: Jalan memperolehi makrifat:
Apabila tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat, maka jangan Hiraukan tentang amalmu yang masih sedikit karena allah s.w.t tidak Membuka jalan tadi melainkan dia berkehendak memperkenalkan diri-nya Kepada kamu.

Kitab AlHikam

Ibn ‘Ata Allah al-Iskandari

Laman Berikutnya »

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 238 other followers