Dari Hawa Ke Hawa

Jun 25, 2012

kurang tenaga , lemah badan dan leukimia

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 11:02 am
Tags: , , , , ,

masalah lemah tenaga atau badan , selalu mengantuk dan letih , malah ada yang teruk sehingga tiada tenaga untuk bangun dan melakukan kegiatan harian, ini sebenarnya banyak berkait rapat dengan masalah sisitem imun dan kekuatan tenaga darah.

 

lebih membimbangkan jika masalah sebenar adalah leukimia.

kena cek dan pastikan kenapa tubuh kita tidak bertenaga. insyaallah.

 

Leukemia adalah sejenis penyakit kanser darah di mana, sum-sum tulang tidak dapat berfungsi sbg pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah). Ini menyebabkan sel-sel darah putih yg tidak normal n tidak matang terhasil di dlm tubuh. Apabila sel darah putih terlalu banyak di dlm badan mengakibatkan ssorg itu menjadi pucat (anemia), xbermaya n daya tahan melawan penyakit jg menjadi lemah.

Leukemia jg dikenali sbg sekumpulan penyakit yg bersifat malignan (merebak), apabila kenaikan bil.leukosit (sel darah putih) tertentu yg xmatang @pun abnormal berlaku. Ini mengakibatkan kenaikan kecenderungan terhadap penyakit spti anemia dan pendarahan. Gejala2 ln termasuk pembengkakan limpa, hepar dan nodus2 limfa.

PEREDARAN DARAH
Darah dipam oleh jantung ke seluruh tubuh sejauh lebih 150,000 km setiap hari. Antara fungsi darah ialah membekal oksigen, hormon2 dan tenaga ke seluruh sel tubuh. Darah jg membantu mengalir keluar bahan2 sisa dan membantu di dlm melawan jangkitan. Darah terdiri drpd cecair yg jernih dikenali sbg plasma & tiga jenis sel:
1. Sel darah merah, yg berfungsi menghantar oksigen dan tenaga ke seluruh sel.
2. Sel darah putih, yg berfungsi sebagai sistem pertahanan.
3. Platelet, yg berfungsi membantu membekukan darah bila terluka.

Jika tubuh badan kita kekurangan sel darah merah, maka kita akan mengalami anemia. Jika ini berlaku, maka kita akan kelihatan pucat, pening kepala, tidak bermaya dan sentiasa letih.

Sel darah putih pula diperlukan bagi mempertahankan tubuh drpd jangkitan dan serangan virus jahat. Pengurangan sel darah putih meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman jahat.

Manakala platelet pula diperlukan untuk membantu darah kita membeku ketika mendapat luka. Penurunan jumlah platelet mungkin menyebabkan pendarahan yg lama atau tubuh kita mudah lebam.

JENIS LEUKEMIA
Leukemia merupakan kanser sel-sel yg membentuk darah. Leukemia menyebabkan sel darah putih yg belum matang terhasil. Sel darah putih yg belum matang ini dikenali sbg blas leukemia. Ia tidak boleh menjalankan fungsi2 sel darah putih yg normal spti biasa. Sel-sel ini akan terkumpul di dlm sum-sum tulang dan melimpah ke dlm darah serta akhirnya merebak ke dlm organ2 ln spti hati, limpa, paru2 dan buah pinggang. Sehingga jk tidak dirawat dr awal ia akan merebak masuk ke dlm cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang (central nerve system). Apabila sel-sel darah putih yg belum matang ini terkumpul di dalam sum-sum tulang, menyebabkan sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah, sel-sel darah putih yg matang dan platelet yg mencukupi.

Leukemia boleh terjadi dlm bbrp bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dgn cepat di dlm masa bbrp hari shja. Ini dikenali sbg leukemia akut. Manakala sesetengahnya berkembang dgn kadar yg agak perlahan dlm bbrp bulan dan tahun. Ini merupakan leukemia kronik. Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis2 darah putih yg terlibat. Leukemia myeloid ialah leukemia yg melibatkan granulosit-granulosit manakala leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.

Antara jenis leukemia ialah:
1. ACUTE LYMPHOID LEUKEMIA (ALL)Leukemia limfoid akut bisaanya terjadi kpda kanak2 dan merupakan peratusan yg kecil di kalangan orang dewasa.

2. CHRONIC LYMPHOID LEUKEMIA (CLL)Leukemia ini jg menjejaskan limfosit2, ttpi berkembang dgn lebih perlahan drpd leukemia limfoid akut.

3. ACUTE MYELOID LEUKEMIA (AML)Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak2 dan remaja.

4. CHRONIC MYELOID LEUKEMIA (CML)Leukemia myeloid kronik boleh terjadi pd semua peringkat umur, tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.

dari blog nukilan kasih putera dan puteri permata hati mama dan papa.
S1 : Apakah penyakit leukemia?
Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yg tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yg tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yg menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dgn normal disebabkan oleh bilangan sel putih yg terlampau banyak ini.

S2 : Berapa ramaikah pesakit leukemia ditemui tiap2 tahun?
Di Hospital Universiti, Kuala Lumpur seramai 147 pesakit barah ditemui pada tahun 1993. 74/147 (50%) terdiri daripada pesakit akut limfosifik leukemia (ALL), 13/147 (9%) leukemia mieloid akut (AML) dan 2/147 (1%) leukemia mieloid kronik (CML).

S3 : Apakah etiologi penyakit leukemia?
Penyakit leukemia berlaku dgn proliferasi klonal tak terkawal dr satu sel progenitor yg tidak normal. Terdapat bbrpa faktor yg dikatakan terlibat dlm menyebabkan keadaan tersebut :
1.Keturunan
2.Dedahan kepada bahan kimia (seperti benzen, ubat sitotoksik)
3.Dedahan kepada pancaran radiasi
4.Infeksi Virus (seperti HTLV – 1)

S3 : Apakah jenis2 leukemia?
Pada amnya ada berbagai jenis leukemia. Jenis yg paling kerap ialah akut lymphosifik leukemia.Salah satu leukemia yg jenis akut ialah leukemia mieloid akut. Klasifikasi kedua dua jenis leukemia terpulang kpda morphologi sel-sel leukemia yg dilihat oleh pakar haematologi.

S4 : Apakah gejala dan tanda2 leukemia?
Pesakit yg mengidapi penyakit leukemia biasanya berjumpa dgn doktor bg masalah2 tersebut :
1.Akibat kegagalan sum-sum tulang
(a)Pucat, kelemahan, cepat penat & sesak nafas disbbkan kekurangan sel darah merah (anemia)
(b)Demam, jangkitan bakteria paru2, kulit, mulut dsbnya termasuk sepsis disebabkan kekurangan daya tahanan badan.
(c)Pendarahan yg mudah dan berlebihan disebabkan kekurangan sel darah platelet (trombositopenia)

2.Akibat infiltrasi organ oleh sel-sel leukemia
(a)Sakit-sakit sendi dan tulang
(b)Pembesaran kelenjar-kelenjar limfa (lymphadenopathy)
(c)Pembesaran hepar dan limpa (hepatosplenomegaly)
(d)Pembesaran buah zakar dalam pesakit lelaki

S5 : Apakah caranya untuk menentukan diagnosis leukemia?
Terdapat bbrpa ujian yg perlu bg pesakit2 yg disyaki mengidap penyakit leukemia.
1.Pemeriksaan kuanitatif darah (full blood count)
2.Pemeriksaan kuantitatif darah melalui pemeriksaan filem darah (peripheral blood film)
3.X-ray dada
4.Pemeriksaan sum-sum tulang – ini merupakan ujian paling penting dlm diagnosis pesakit leukemia.
5.Pemeriksaan cecair serebrospina – ini adalah untuk menentukan samada sel-sel leukemia telah menyerang sistem saraf dan otak.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit leukemia?
Rawatan leukemia mengambil jangkamasa lebih kurang 2 tahun dan ini terdiri drpd:
1.Ubat kemoterapi
2.Radioterapi kepada otak (bagi pesakit-pesakit lebih daripada umur 2 tahun)
3.Ubat kemoterapi ke dalam bendalir serebrospina (suntikan intratekal)

Rawatan leukemia adalah dgn ubat sitotoksik yg agak kuat yg menyebabkan berbagai kesan2 sampingan spti rasa mual, muntah, memburukkan lg kegagalan sum-sum tulang, keguguran rambut, kegagalan jantung dsnya. Ubat kemoterapi yg diberi scra infusi jika bocor ke dalam kulit boleh menyebabkan luka yg agak teruk dan susah sembuh.

S7 : Apakah peranan jururawat dalam rawatan kemoterapi?
Jururawat memainkan peranan penting dlm rawatan kemoterapi dari segi
1.Menentukan yg infusi ubat kemoterapi yg diberikan kpda pesakit adalah betul dari aspek dos dan jenis ubat. Jururawat yg bertanggungjawab bg menentukan yg infusi intravena ubat sitotoksik tidak bocor ke dalam kulit subkutis.
2.Melakukan pemerhatian suhu, kadar nadi dan tekanan darah pesakit dan melapor kpda doktor jika terdapat apa2 pemerhatian yg tidak normal dan membimbangkan.
3.Melaporkan kpda doktor dgn serta merta jk terdapat keadaan pesakit yg mmbimbangkan spti pendarahan gusi @ kulit, demam kuat, air kencing yg semakin kurang dsnya.
4.Menentukan yg pesakit menjalani rawatan kemoterapi mendapat ujian darah satu hingga dua kali seminggu bg menentukan samada ubat kemoterapi boleh terus diberikan atau samada pesakit memerlukan transfusi darah. Sebagai contoh ubat sitotoksik tidak diberi jikalau jumlah sel darah putih kurang drpd 2000/ml, dan pesakit dgn hemoglobin kurang drpd 8 g% memerlukan tranfusi darah merah.

Ibubapa pesakit pediatrik leukemia biasanya akan mengadu dan bertanya kpda jururawat bila terdapat apa2 yg tidak kena dgn anak mereka. Oleh itu jururawat tersebut mesti berkebolehan mengetahui aduan2 yg dianggap penting (urgent) dan melapor terus kepada doktor.

S8 : Apakah nasihat dan penjelasan yg boleh diberikan kepada ibubapa pesakit?
Ibubapa pesakit leukemia patut diberi penjelasan mengenai rawatan leukemia dan kesan2 sampingan spti keguguran rambut, rasa mual, kurang selera makan. Ibubapa pesakit jg patut diingatkan supaya datang terus ke hospital jikalau terdapatnya demam kuat, pendarahan dan muntah2 yg teruk.

Ibubapa juga dinasihatkan bahawa tidak terdapat pantang larang dari segi pemakanan tetapi digalakkan pemakanan yg seimbang dari segi nutrien dan vitamin. Pesakit2 leukemia dilarang berdekatan dgn kanak2 ln yg mengidap penyakit tertentu terutamanya penyakit campak dan cacar air.
Dr. Patrick Chan

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 226 other followers