Dari Hawa Ke Hawa

Disember 6, 2013

Ujian melalui manusia

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:48 am

Tiap daripada kita tak akan pernah sunyi diuji dengan ujian melibatkan manusia….

ada ujian berkait hubungan,

 

hubungan suami isteri, hubungan anak2, hubungan adik beradik, hubungan rakan sekerja

 

ada ujian berkait dengan akhlak manusia, ada ujian tentang penerimaan, ada ujian berkait dengan taqdir ,..

 

tetapi semuanya adalah dari Allah

semuanya adalah dalam perancanganNYa, dalam aturanNya, dalam pengetahuanNYa

 

dan Allah memberi kita ujian ini melalui orang2 di sekeliling kita, melalui pilihan2 yang mereka buat ,…

yang dengan kehebatan Allah kita nampak seolah2 keputusan itu berlaku tanpa ada campur tangan Allah..

Allahu akbar

 

sedang semua yang berlaku adalah dengan izinNya biar ia baik atau buruk di mata kita…

apa yang berlaku pada kita adalah dari Allah…

untuk Allah uji siapa antara kita yang lebih baik amalnya .

 

Allah maha pengasih dan maha penyayang..

mana mungkin zat yang maha besar, maha agung, membiarkan suatu perkara yang sia2 berlaku dalam hidup ciptaanNYa,..

cumanya, hanya ciptaan Allah itu, hambaNYa itu yang sentiasa merasa ada perkara  yang berlaku dalam hidupnya adalah satu ketentuan yang   ada antaranya sangat menyiksakan,..

seolah2 lupa bahawa apa yang berlaku, kita sebagai hamba, hanya itu, hamba,.. yang menjalankan ketentuan dan ketetapan tuannya,..

dan bukan sebarang tuan,.. tetapi tuan yang lebih besar dan hebat dari semua tuan,…

 

allahu akbar

 

November 24, 2013

Kekuatan istighfar

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:09 am

Rasulullah saw, junjungan mulia kita yang tercinta, beristighfar 100 kali sehari sedang baginda maksum dan adalah kekasih ALLAH swt,..

kita, bila diminta istighfar kekadang ada yang keluar dari mulut kata, saya tak tahu apa dosa saya, atau saya tak tahu dosa apa lagi yang saya buat,.. astaghfirullah

tahukah kita jika hati kita ada walau sedikitpun rasa tidak puas hati akan apa jua keadaan, baik tingkah laku anak, pasangan atau diri kita sendiri, itu adalah tanda kita tidak nampak kekuasaan Allah dan boleh membentuk syirik halus? yang sangat mengotorkan hati dan hati tidak akan mampu redho walau sekelumit pun, sedang lidah mengatakan ,..ohh aku redho… tetapi sebenarnya jika hati penuh keluh kesah, ada ketidakpuasan hati, sebenarnya perkataan redho itu hanya sebutan di bibir semata,  penyedap halwa telinga sahaja, tetapi tidak sampai ke hati apatah lagi untuk membentuk jati diri menjadi akhlak kita,…

allahu akbar,..

maka tatkala ada rasa dalam hati rasa geram pada seseorang, pada situasi, rasa menyampah, rasa benci, rasa marah, tidak puas hati,.. dan rasa ketidakpuasan hati ini sangat meluas, ada orang yang tidak puas hati pada pasangan, pada anak, pada situasi dna macam2 lagi, maka ini petanda hati kotor,.. hati tengah membentuk syirik pada Allah,..

kerana hati yang kotor sahaja akan wujud ketidakpuasan hati,.

hati begini adalah hati yang tidak kenal ALLAH,..

hati begini tidak akan bahagia sejati,..

hati begini tidak akan tenang,

tidak akan pernah mampu redho

hati begini tidak akan mejadikan pemiliknya memiliki sfat mulia

sebaliknya sifat yang ada dalam diri hanyalah sifat buruk

yanga kan menarik pemiliknya ke neraka ALLAH

nauzubillah..

 

hatilah penentu segalanya,..

Sabda junjungan mulia,

“ada seketul daging, yang jika baik daging itu, maka baiklah insan itu, itulah hati,..”…

 

hati raja yang mutlak,..

kerana itu proses membersihkan hati adlaah sunnah rasulullah,..

 

bersihkanlah hati dengan istighfar ,..

istighfar sebenar,.. taubat nasuha

yang mana tatkala mulut menyebut astaghfirullah al azim, hati berkata dengan menautkan dirinya dengan Rabbul izzati,.. kata hati, ya Allah, tterimalah taubatku, dan hati merasa,… 3 perkara

1. merasa yang Allah mendengar pengampunan dosa kita , dan sangat berharap allah menerima taubat  kita, sesungguhnya Allah itu maha mendengar,..

2. merasa kesal atas rasa ketidakpuasan hati, rasa marah dan semua rasa yang negatif dalam diri, rasa berdosa kerana tidak nampak yang semua itu adalah dengan izinNYa kerana manusia tiada kekuatan untuk berbuat sesuatu, Allah yang izinkan, jika Allah izin pasti ada hikmahnya,.. sangat yakin yang hikmah Allah adalah yang terbaik walaupun nampak buruk di mata kita,..

3. azam tidak akan buat lagi,…azam sungguh2, sangat berharap agar Allah beri kekuatan,.

 

setiap kali datang negatif dalam diri, datang rasa tidak puas hati, rasa marah, rasa sakit hati, rasa diri dianiaya, rasa tidak dihargai, rasa digunakan, rasa menyampah akan perbuatan dan perangai atau kata2 seseorang, maka cepat istighfar ,..

istighfar sebenar , taubat nasuha,..

duduk diam, tawajuh dalam hati, kenal pasti rasa dalam dada dan mulakan istighfar,..

Allah terus akan bantu,..

tatkala hilang sahaja rasa berdosa dan rasa tenang dan nampak yang Allah dah dan pasti ampunkan kita, terus tawajuh lagi, masukkan pula rasa syukur,..

syukur atas ujian rasa negatif tadi

syukur kerana Allah beri kekuatan istighfar

syukur kerana kita ada DIA yang Maha pengampun dan MAha mendengar serta maha mengetahui akan segala sesuatu

allahu akbar,..

kemudian terus tawajuh rasa kasih pada Allah,..

Allah,.. Dialah yang paling mengasihi kita, mencintai kita,..

bukan makhlukNYA,..

kasih dan cinta kita pada makhluk baik pasangan tercinta mahupun anak2 yang dikasihi , hanyalah manifestasi kasih dan syukur kita padaNYA,..

 

Allahu akbar,..

untuk yang tidak punya kekuatan berbuat begini, maka belajarlah ilmunya,..

satu ilmu yang inshaallah boleh membawa kita menujuNYA adalah Pancaran Tenaga Rohani melalui pemantauan Ustaz Suhaimi Nawi,..

kelas terdekat adalah pada 14 dan 15 dec. di masjid Al Falah , USJ 9.

details boleh hubungi saya,..

tulisan ini berbaur iklan?

ya , memang saya iklankan dan mahu sangat mewar2kan ke seluruh pelosok alam , akan kekuatan sunnah rasulullah sahaja mampu mengubah dan merawat hati, kerana sunnah rasulullah adalah sunatullah,…

itulah yang ditekankan dalam ilmu PTR, Pancaran Tenaga Rohani.

ilmu yang mengajar kaedah merawat hati ,.. dan bagaimana mendapatkan doa maqbul…

kerana doa yang maqbul sahaja senjata kita,..

doa yang maqbul sahaja mampu mengubah taqdir,..

allahu akbar,…

boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. inshaallah.

 

November 20, 2013

Semenanjung Gaza dan kita

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 11:28 am

Berita terbaru yang diterima, semenanjung Gaza dibom lagi, pukul 2 pagi tadi 20hb Nov 2013.

dalam masa yang sama, agak banyak mesej yang saya terima tentang permasalahan kaum hawa, hati kotor, suami main perempuan, tak habis2 rasa derita kerana suami telah berkahwin lagi,… suami ada affair, suami berkira2 untuk tambah isteri, rumah tangga bergolak kerana suami tidak bertanggung jawab dan bagai,..

rasa sedih dan sayu, kerana di mana2 perjuangan manusia tetap ada,..

bezanya besar dan kecil sahaja..

Allahu akbar.

mungkin bila kita berada di kalangan penduduk Gaza yang dibom, ditembak dan nyawa manusia murah2 diratah oleh kecanggihan senjata kafir laknatullah, masalah hati kita ini tiada apa,..

tetapi kerana kita duduk di Malaysia yang aman permai maka syukur kita kurang, kita terlalu nampak masalah yang amat besar umpama gunung menghempap ,.. tidak mampu bersabar, mengkritik dan terus berkeluh kesah,..

allahu akbar, segalanya dari Allah..hanya Dia yang mampu mengubah diri kita.

Allahu akbar

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 11:22 am

Bila kita meletakkan kekuatan bahagia pada makhluk maka hati akan sentiasa berkeluh kesah,.. keluh kesah yang tiada kesudahan..

sunnatullah di sebalik kesedihan akan datang kebahagiaan tapi hati orang yang nampak kekuatan bahagia pada kekuatan kasih suami atau pasangannya, maka setiap kali datang ujian atau musibah kesedihan , maka setiap kali itulah dia tidak mampu bertenang dan merasa sangat derita…

bila diberi bahagia pula setelah derita itu, dia akan teringat2 saat dikecewakan dan dilukakan dan masih terus menderita..

sedangkan ini sangat2 tidak betul..

hidup kita ini sentiasa di selang seli antara kebahagiaan dan kesusahan,.. ini sunnatullah..

Allah tidak akan terus menerus memberi ujian tanpa memberi kebahagiaan dan ketenangan dan tidak juga akan terus menerus memberi kebahagiaan tanpa memberi ujian,..

ini sunnahNYA.

tapi masalahnya adalah pada hambaNYA,.. yang tidak mampu nampak semua yang berlaku pada kita adalah dalam aturan Allah…

 

November 19, 2013

Kehebatan Allah swt

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:44 am

Hebatnya Allah sehingga kita merasakan kehidupan kita di dunia ini diatur oleh kekuatan diri kita sendiri..

Hebatnya Allah sehingga kita rasa pilihan yang kita lakukan dalam kehidupan kita seharian , kekuatannya datang dari diri kita sendiri..

Allahu akbar..

kita merasa kecil hati, marah membara, apabila ada perbuatan atau kata2 seseorang yang melukakan hati kita..

kita nampak ini semua berpunca dari orang itu,

engkaulah puncanya, kalau engkau tak buat begini takkan jadi begitu..

Allahu akbar,…   hebatnya Allah,..

walhal untuk menyuap nasi ke mulut pun kalau Allah tak beri kekuatan, tak akan mampu seseorang itu lakukannya,..

 

lalu, kita tertipu,.. tertipu dengan sangkaan kita bahawa kita punya kekuatan, manusia punya kekuatan,..

 

Allahu akbar. Ampunkan lah dosa2 kami.

kenal ALLAH, carilah ilmu mengenaliNYA. jiwa kan tenang,.. kita akan nampak segalanya adalah dengan kekuasaanNYA.. tiada lagi keluh kesah dan merasa derita dengan qada dan qadarNYA,..

Oktober 18, 2013

La Tahzan, jangan bersedih…

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 3:53 pm

Allah swt sangat bersifat pengasih dan penyayang.

sifat hambaNYa jika dalam bahagia , tenang dan damai hatinya , tiada ketakutan, kesedihan dan bagai maka sukar sekali untuk kenal dan nampak Allah,..

jika berterusan begitu, maka hati hamba NYA akan gelap dan terus tenggelam dalam cinta dunia.

maka untuk nampakkan diriNYA, untuk perkenalkan diriNYA, kehebatanNYA, kekuasaanNYA, kesucianNYA, maka dia hantar ujian dan musibah.

agar hambaNYA sedar bahawa dunia ini tiada apa, dunia ini hanya sementara, agar hambaNYA nampak yang ALlah jadikan semuanya bukan dengan sia2 tapi semuanya dalam aturanNYA…

Allah sangat luas rahmatNya,

Dia sangat tahu dan kenal hambaNYA, diberi ujian untuk hambaNYA kenal sabar, diberi kesusahan agar hambaNYA kenal diriNYA sebagai tempat mengadu, sebagai tempat  meminta, sebagai tempat merayu2, tempat untuk bercerita dan meluahkan perasaan, dan diberiNYA kebahagiaan, ketenangan , kemenangan dan kesenangan sesudah diujinYA dengan kesusahan dan keperitan agar hambaNYA meletakkan rasa syukur dalam jiwa, berterima kasih kepadaNYA dan diulangnya proses ini berulang2 selagi hayat dikandung badan hambaNYA agar si hamba nampak kehebatanNYA dalam mencipta rasa dan yang penting untuk menapis hambaNYA yang mana tahu bersyukur dan bersabar dan yang mana tidak,…

untuk diasingkan nantinya dalam dunia yang abadi,…

jalan mengenali Allah swt adalah melalui ujian NYA.

Oktober 13, 2013

budaya dan syarak

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:06 am
Tags:

Kita orang melayu terlalu diasuh dengan adab dan sopan budaya melayu,.. yang kekadang banyak sekali antaranya yang bercampur dengan budaya2 yang didapati daripada agama nenek moyang yang dari zaman sebelum Islam,..

kita pernah dijajah dengan anisme dan jajahan paling kuat dalam hindu

dalam agama hindu, suami dilayan seperti dewa

apabila Islam bersemi, cahaya menggantikan kegelapan dalam masyarakat Melayu di Tanah Melayu,… sepatutnya adat yang ada berteraskan Islam namun dek kerana biasa, banyak yang mencampurkannya dan menjadikannya sebagai adat baru

kerana itu kita terpengaruh dengan mas kahwin, hantaran , bersanding, batal air sembahyang dan bagai

sedang sebenarnya jika ikut syarak , apa yang sepatutnya kita buat untuk mendirikan rumah tangga?

Allah dah hantar Junjungan mulia yang tercinta dan dah bagitahu dalam kalamNya bahawa Rasulullah adalah suri teladan, rahmat sekelian alam , sebagai contoh teladan untuk kita ikuti,..

Bagaimana persandingan Fatimah, anak kesayangan Rasulullah?

sangat mudah dan tidak membebankan kosnya

tiada hantaran

tiada persandingan

tiada batal air sembahyang

tiada door gift berbagai

mas kahwin ikut kemampuan

jamuan juga ikut kemampuan

tetapi keduanya adalah ketua pemuda dan pemudi syurga

zaman kita, nak berkahwin ada yang bergolok bergadai, berhutang dengan along

penuh nyanyian

makanan bermewah2, door gift yang kekadang dapat pada tetamu tak dihargai pun, dibuang atau takpun disimpan baik,..

batal air sembahyang yang rasa malu nak tengok

dan perkahwinannya tidaklah bahagia kerana banyak timbul rasa tak puas hati pada pasangan selepas dah berkahwin,..

allahu akbar,..

adat pula yang dah biasa menyanjung tinggi anak lelaki dan menantu lelaki membuatkan suami tidak kenal erti tanggung jawab

Rasulullah mengajar kita untuk melayan isteri dengan sebaik2nya kerana isteri amanah seorang suami,..

tetapi isteri melayu ada yang disepak ,ditendang dan dilayan seperti hamba,..

segala perbelanjaan berkongsi, isteri perlu membantu dalam urusan nafkah tetapi suami ada yang berat tulang membantu dalam urusan rumah tangga,..

walhal berkasih sayang, hidup mawaddah dan rahmah adalah unjuran Islam, amalan para rasul dan sahabat,..

isteri bukan manusia sempurna yang tidak boleh buat salah, malah dia makhluk penuh emosi yang allah ciptakan untuk menemani kaum adam, kenapa apabila dia melakukan kesilapan, dimarah , diherdik dan dihina sedang suami itu memerah tenaganya, hartanya dan perasaan kasihnya?

Rasulullah dan para isterinya pernah berkrisis tetapi baginda banyak berdiam diri, banyak tersenyum dan berlemah lembut

bukannya tidak pernah Siti Aisyah cemburu sehingga menterbalikkan dulang makanan madunya yang dihantar kepada Rasulullah ketika nabi di rumah Aisyah tapi tidak pula Rasulullah marahkan Aisyah, malah baginda hanya diam dan senyum memandang Aisyah sehingga Aisyah merasa bersalah dan bertanya kepada Rasulullah bagaimana untuk dia membetulkan keadaan,

jawab nabi, buatkan sedulang makanan sebagaimana yang diterbalikkannya itu tadi dan hantar kembali kepada madunya dengan ucapan maaf.

Umar, singa Allah, dimarahi isterinya , sedang dia ketika itu menjadi khalifah,..

dia hanya tenang dan tidak menjawab isterinya, mendengar dan diamkan diri,..

apabila ditanya, dia berkata kenapa harus marah sedangkan isterinya itu melakukan segala kerja untuk memudahkan hidupnya, malah mengandung dan melahirkan serta mendidik anak2nya, apalah sangat kemarahan isteri itu,..

itu orang2 hebat yang dijanjikan syurga Allah,..

kenapa kita yang tidak hebat dan belum tentu syurga nerakanya ini sukar untuk berikhtiar bersabar, berlemah lembut dengan pasangan dan membantu dengan penuh kasih, hidup dengan mawaddah dan rahmah?

hebat sangat kah kita sehingga tidak menginginkan syurgaNYa

kebal sangatkah kita sehingga tidak takut akan nerakaNYa?

allahu akbar,..

subhanallah

suami adalah pemegang amanah isterinya, isteri memegang amanah suaminya, dan mereka berdua memegang amanah anak2 mereka,.. setiap pemegang amanah akan disoal akan amanahnya nanti di hari yang tiada siapa dapat membantu orang lain,..

maka muga kita semua diberikan kekuatan menunaikan amanah kita kerana Allah,..

kerana hanya dengan sesuatu amalan yang kita buat semata kerana Allah sahaja datang keikhlasan,..

taatkan suami bukan kerana suami itu tetapi kerana taatkan Allah dan Rasul,..

jika arahan suami atau kehendak suami bertentangan dengan Allah dan Rasul, maka ‘good bye’ suami

jika suami mendera hati dan perasaan isteri, apatah lagi sehingga ke tahap mendera fizikal, maka ‘sayonara’ suami

dengan izinNya,..

allahu akbar

bahagia seorang isteri bukan kerana atau terletak pada suami,..

bukan terletak pada kasih sayang suami

bukan terletak pada redho suami

bukan berada di bawah telapak kaki suami

tetapi pada redho Allah dan Rasul

mencari redho suami bukan hingga meletakkan pengharapan pada suami itu…

hati hanya mengharap pada Allah semata,..

mencari syurga di bawah telapak kaki suami  bukan secara membabi buta tetapi dengan berdasarkan syarak, bukan tertakluk pada budaya ‘syurga itu terletak di bawah tapak kaki suami’ ,…

mesti melakukan sesuatu itu dengan hati yang harapanNya hanya pada Allah semata2,..

orang yang hatinya mengharap seratus peratus pada Allah, tidak akan kecewa dengan makhluk,..

tidak akan ada istilah tidak puas hati dengan tindak tanduk dan keputusan makhluk

orang yang nampak segalanya dengan kekuatan allah

yang memahami maksud sebenar kalimah nafi ‘la ilaha illallah’ adalah kalimah yang menafikan kekuatan makhluk dan apa jua , yang ada kekuatan hanya Allah,

walau nampak makhluk yang melukakan , yang mencederakan tetapi kita tahu hakikat sebenar itu berlaku dengan kekuatan Allah, dengan izinNya kerana ada hikmah dan asbab yang hanya Tuhan yang Maha Pengatur sahaja maha mengetahuinya , maka kita nampak apa yang perlu dilakukan dengan panduan syarak,.. dan kita redho setelah ikhtiar kita itu,..

kita meletakkan diri kita dalam genggamanNYa semata,..

allahu akbar

hasbi allah

Oktober 7, 2013

Rasa tak berdaya dan ‘Fed-up’?

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 10:39 am
Tags: ,

hati kecewa, terluka, sedih , tak berupaya,.. mencari2 penawar, apa ubat hati yang begini?

sebab dah tak mampu dah nak teruskan hidup , dah tak tertanggung rasa pedih,

dah tak larat nak hidup nak hidup berterusan begini,..

mencari2 apa penawarnya,..

apa ubatnya

agar mampu keluar dari semua permasalahan

memang kalau boleh hati mahu nampak Allah

mahu tenang

mahu tarik seramai mana orang menuju Allah

tapi tiada daya..

bukan tak nak

tapi tak kuasa

rasa tak larat nak dengar bila orang cakap kena bersabar

nampak allah,

kena redho

dan bagai,..

ehhh.. aku nak lah semua tu

bukan aku tak nak

tapi tak dapat

dah bermacam cara buat

dah banyak buku khatam

dah banyak kursus hadhiri

dah bertong minum air penawar

solat hajat dah buat

ngaji dah

sedeqah dah

buat baik sentiasa

tapi kenapa masih gagal kawal hati?

kenapa masih bermasalah?

 

kita umat akhir zaman

kita bukan sahabat

yang iman mereka hebat , masalah hanya berlaku bila iman turun,

tapi kebanyakan nya iman sentiasa mantap

solat penuh khusyuk, cabut panah dari luka di badan masa solat pun tak terasa…

kita?

usah nak cabut duri, (takyah lah nak buat umpama   panah), nyamuk nging nging di telinga pun dah baran,..

jadi usah kan iman turun, iman kita sekejap ada, sekejap tak ada, hilang terus,  tercabut terus dari hati,..

jadi,

memang akan cepat baran, tak sabar , mudah fed up, rasa lelah nak terusan sabar, rasa penat nak buat baik, rasa kedekut nak sedeqah dan bagai,..

itu lumrah

jangan kecewa

tapi kita kena sedar akan kelemahan kita tu

dan kita istighfar

sebab

apa yang kita  rasa tu adalah dosa,..

dan sebaik2 pendosa adalah yang memohon keampunan dari Tuhannya,..

 

dan terus menerus berdoa

jatuh, kita bangun balik

rasa jemu?

kita doa

rasa penat?

kita doa

dan kita ikhtiar utk keluar dari semua rasa tu

ada rasa bahagia sikit, walau sebesar huma,

kita panjatkan syukur

buat terus

ya allah

syukur padaMu atas rasa bahagia ini

dan senyum,..

bila iman keluar,

rasa sedih ,

nangis

tapi lepas tu

tarik nafas dalam

istighfar atas rasa sedih tu

dan syukur sebab Allah beri rasa yang pelbagai dalam hati

dan tenang,..

inshallah

namun sebaik2 penawar duka dan sebaik2 ubat hati

adalah,…

bercakap tentang kehebatan allah

dan mengakui kelemahan dan kekerdilan kita

kita akan terus tenang dan redho,..

 

memang kita lemah

dan pada allah lah kita bergantung harap

dan harapan itu adalah melalui doa,.

jadi banyakkan doa

insyaallah

hilang fed up

rasa tak berdaya,?

fokuskan pada  rasa yang  berupaya adalah allah semata2 dan kita panjatkan doa agar allah beri kita keupayaan,…

allahu akbar

 

 

Jajahan Hati

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 8:52 am
Tags: , ,

kalau bercakap tentang penjajah, sebenarnya tiadalah yang paling besar bahayanya melainkan penjajah yang berada di hati sanubari kita sendiri,…

kalau kita kasihan atau merasa belas atau bimbangkan negara kita pula yang akan melalui proses penjajahan oleh negara berkuasa besar dan  tamakkan

kuasa seperti yang sedang atau cuba dilakukan pada negara2 Islam sekeliling kita, maka kita perlu lebih merasa takut, bimbang dan khuatir akan penjajahan yang sedang dan telah berlaku dalam hati nurani kita..

 

kerana hatilah tempat jatuh pandangan ALLAH swt,..

bukan paras rupa, bukan darjat keturunan, bukan pangkat dan kekayaan,..

 

Allah yang maha hebat dan memiliki seluruhnya tidak memerlukan kekayaan, pangkat dan keturunan hambaNYA,..

malah semua itu diberiNya kepada sebahagian hambaNYA sebagai anugerah atau ujian dalam kehidupan yang sementara ini, tidak lebih dari itu,…

 

maka kita perlu meneliti siapa atau apa yang menjajah hati kita,..

seketul daging yang jika baik daging itu, maka baiklah seluruh diri insan itu,..

 

jika kita masih merasa geram, sakit hati, kecewa , dendam kesumat, sedih , pilu dan bagai atas sesuatu perkara yang berlaku   terhadap diri kita, baik kerana sesuatu situasi atau kerana orang tertentu di sekeliling kita , maka sebenarnya hati kita masih terjajah,..

dijajah oleh bisikan nafsu dan bisikan syaitan, malah yang lebih teruk bisikan haiwan,…

maka, diri tidak akan tenang, merasa sengsara dan sentiasa hidup dalam kesedihan atau kemarahan,… kecewa dan tidak akan kenal erti bahagia hakiki,..

 

tahap yang perlu dimiliki oleh hati adalah tahap kamilah, gabungan antara mulhamah, mutmainnah, sakinah dan mardhiah,..

bagaimana tahap ini,?…………

selagi yang berlaku itu hanya melibatkan urusan  dirinya dan dunia, komen , keji atau puji tiada bawa kesan di hatinya,….

 

yang hanya bawa kesan adalah saat mana dan tika hak Allah dan RasulNYa dikhianati,…

hanya itu,..

 

tiada yang membuat dia gundah gulana dan merasa sengsara dengan taqdir yang Allah telah aturkan untuknya,..

malah dalam rutin harian, pergaulan dengan teman , sahabat handai , keluarga, anak dan pasangan , segala umpat, keji, caci, hinaan , dan bagai hatta pujian melambung,…

semuanya tidak terkesan di hatinya,…

 

andai terasa hanya sebentar sahaja, hatinya akan cepat memproses dan beristighfar atau berkata ,.. ini bisikan syaitan dan nafsu,…

lalu dia kembali nampak segalanya dari Allah dan bersyukur ,..

atau dia kembali berjuang meletakkan keadaan dirinya jauh lebih baik dari semalam,..

 

jika  suami jatuh dalam nafsu ammarah atau lawwamah, sehingga terkeluar pelbagai reaksi atau kata2 yang melukakan  atau perbuatan yang mengecewakan,.. isteri mampu  nampak semua ini ada asbab dan hikmah dari Allah,..

agar mereka suami isteri berusaha membawa diri menujuNYa,…

isteri yang mampu membawa dan mentadbir jajahan hatinya hanya dengan jajahan iman , taqwa dan yaqin dengan Allah serta penyerahan total kepadaNYA, mampu membuatkan jiwa suaminya tenang dan keluar dari nafsu buruk ,.. inshallah… lantas membentuk keluarga bahagia

pergantungan hati kita mesti hanya kepada ALLAH,..

tidak boleh terdetik di hati kenapa kena aku yang kena sabar? kena aku yang perlu tenang? kena aku yang perlu membawa diri keluar dari kemelut hawa nafsu sedang suami yang sepatutnya khalifah dalam rumah tangga boleh berbuat sesuka hatinya?

jika terjatuh ke dalam fikiran itu,.. cepat istighfar dan mohon sungguh2 dari ALLAH swt petunjuk ke jalan Nya yang benar, iaitu jalan orang2 yang diredhoiNya, bukan jalan orang2 yang dimurkai dan bukan jalan orang2 yang sesat,….

sentiasa berusaha untuk nampak sesuatu yang  berlaku kepada kita adalah dari ALLAH dan kita berserah diri kepadaNYA

urusan suami adalah urusan ALLAH

dan ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA

dalam kesusahan akan ada kesenangan

itu janji ALLAH

dan kesenangan terbesar adalah redhoNYa dan syurgaNya

hanya untuk hati2 yang jajahan takluknya adalah ALLAH semata2

hasbiallah,…

 

 

Oktober 1, 2013

Penerimaan hati

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:38 am
Tags: ,

Jika hati tersentak sedih, tak dapat menerima, terluka, kecewa , rasa marah yang mendalam dan tinggi tapi tiada apa yang mampu dilakukan sebenarnya masalah ini adalah masalah berkait rohani kita sendiri,..

Penerimaan hati kita bergantung kepada kekuatan rohani kita , tahap nafsu dan maqam ruh,…

JIka kekuatan rohani , tahap nafsu dan maqam ruh jatuh maka kita akan lemah dan tak mampu menerima taqdir Allah dan tak mampu nak nampak Allah dalam setiap perkara,..

hati cepat merasa terluka, marah dan kecewa serta lambat nak pulih dan kembali redho

maka banyakkan istighfar dan doa merawat rohani kita,…

inshaallah kita akan kuat

dan mudah rasa kehebatan Allah dalam mengatur semua perkara

lalu inshaallah walau hati kita terasa marah, sedih, kecewa dan bagai tapi ia akan cepat pulih sebab kita tahu semuanya dariNya dan hanya kepadaNya kita berserah diri.

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 229 other followers