zuriat


15783993_5980ad7165_osuami mampu romantik andai cinta sentiasa membara di hati. cinta membuatkan sifat lelaki penuh kelembutan lelaki. cinta  menyemarakkan rasa rindu dan belas kasihan . dari cinta datangnya simpati dan dengan cinta lahirnya peribadi terpuji.

ramai sekali yang ingin mencontohi sunnah nabi dalam perkahwinan terutama perkahwinan poligami, contohilah sekali cinta dan romantik nya nabi. jangan diambil sebahagian-sebahagian dan tinggalkan yang sebahagian kemudian bila berbicara seolah-olah dia pengikut sejati sunnah nabi. elakkan hipokrit nescaya lebih bahagia.

kehendak isteri selain diberi perlindungan dan kasih sayang adalah belaian dan romantika suami. tidak perlu jadi ‘nyah’ untuk romantik. hanya masukkan keikhlasan dan tanamkan kasih sejati pasti romantik lahir sendiri.

romantic-couple

pelukan dan ciuman jadikan sebagai amalan seharian. bukan sahaja hormon seimbang malah melatonin ( hormon tenang)  dikeluarkan dengan banyak. lalu terbentuk mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga.

a-keluarga-bahagia

kesannya bukan sedikit, rumah jadi aman. anak-anak sahsiahnya terpelihara dan terbina dengan mantap.

1_585216780l

kesihatan tubuh turut terpelihara.  hanya dari romantiknya suami dan isteri.

romantic-elderly-couple

lalu, hiduplah dengan romantik. ada banyak tips untuk romantik. pelajari dan amalkanlah seikhlasnya.

hidup berilmu, ceria selalu.

anaklah salah satu antara 3 harta yang berkekalan yang kita dapat jadikan bekal buat persiapan di akhirat sana. alangkah malangnya andai anak-anak kita baik ramai bilangannya mahupun sedikit tidak dapat kita gunakan sebagai harta yang paling bernilai kerana kesilapan kita dalam mendidik mereka.

kata saidina Ali, anak-anak dididik dalam 3 peringkat.

1.peringkat pertama

dari lahir hinggalah berumur 7 tahun, jadilah sebagaimana mereka. kita bermain dan bergurau dengan mereka sebagaimana seorang kanak-kanak. jadi seekor lembu untuk mereka tunggangi atau jadi platform untuk mereka terbang. bergurau dengan mereka, ketawa dan layanlah pertanyaan-pertanyaan yang banyak dalam diri mereka yang baru mahu mengenali dunia dengan lemah lembut dan sabar. jelaskan kepada mereka dengan gaya kanak-kanak dan gunakan bahasa mereka agar mereka mudah faham.

elakkan mengata jangan atau tidak boleh terutama tanpa menerangkan mengapa mereka tidak boleh berbuat sesuatu. kajian oleh pakar psikologi, salah satu sebab mengapa anak -anak kita tidak dapat menjadi orang yang cemerlang adalah kerana mereka menerima atau mendengar kata-kata jangan dari orang di sekeliling mereka sebnayak 180,000 kali sejak lahir hingga mereka berumur 18 tahun .

rasulullah sangat disukai oleh kanak-kanak kerana baginda amat menyukai mereka dan sentiasa berlemah lembut dengan mereka. pernah baginda tidak bangkit dari sujudnya dalam jangka waktu yang lama semata-mata untuk membiarkan hassan dan hussin, cucu baginda, bermain di tengkok baginda yang mulia. malah ketika seorang sahabat baginda melihat baginda mencium kedua cucunya itu, sahabat itu berkata, aku ada 10 anak tapi tak pernah seorang pun yang kupeluk dan kucium. sabda baginda , orang yang tidak pengasih pada orang lain, yang berada di langit juga tidak bersifat pengasih kepadanya.

2. peringkat kedua

peringkat kedua ialah peringkat umur lebih 7 tahun hingga umur 15 tahun. peringkat ini adalah peringkat penting kerana ketika inilah kita perlu bertegas dalam mendidik mereka, peringkat penerapan akhlak dan sahsiah islamiah. ketika peringkat kedua inilah penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan, solat , puasa dan sebagainya. malah perlu dirotan andai mereka engkar.

maka, disinilah timbulnya konflik andai kita tidak memainkan peranan dan tidak menunjukkan contoh teladan sebagaimana yang kita mahu terapkan dalamjiwa anak-anak. suruh mereka solat tetapi kita tidak, minta mereka berpuasa tetapi kita tidak pula mengamalkannya. anak-anak akan keliru dan akhirnya tidak menghormati kita.

kepada ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke asrama, hantarlah selepas umur peringkat kedua, iaitu tatkala anak berusia 16 tahun. tingkatan 4. bimbang kita terlepas tahap penting dalam pendidikan mereka.

sebaik-baik harta yang boleh dianugerahkan seorang bapa kepada anaknya adalah akhlak yang mulia.

3. peringkat ketiga.

ini adalah peringkat tatkala mana kita menjadi rakan dan berkongsi pendapat dengan anak-anak. peringkat umur lebih 15tahun dan ke atas adalah tahap anak sedang remaja dan menuju ke dewasa. malah pada zaman rasulullah, umur ini mereka sudahpun memikul tanggung jawab sebagai ibu atau bapa orang pula. saiditina aisyah sendiri berkahwin ketika baginda berumur 9 tahun.

jadilah sahabat terbaik untuk anak-anak agar mereka tidak beralih kepada rakan sebaya yang belum tentu sahsiah mereka.

muga dengan mengikuti panduan saidina ali dan rasulullah ini, kita mampu melahirkan generasi Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

hidup berilmu, ceria selalu.

hal yang sangat saya takuti walau apa jua yang saya cuba sampaikan adalah saya bercakap sesuatu yang tidak saya lakukan. alangkah malangnya kerana mata pertama yang melihat tulisan saya adalah diri saya sendiri.

kepada Nya saya munajatkan keampunan. moga dilorongkan jalan, dimudahkan urusan, dianugerahkan ilmu, diberikan kekuatan agar saya mampu mempraktikkan ilmu yang saya ketahui dan menjadi insan yang jauh lebih baik daripada semalam. lalu, dapat saya sebarkan semua ilmu itu dengan jauh lebih berkesan.

kepada sesiapa yang sudi memberi pendapat, saya alukan sama ada melalui email atau ruangan komen.

dan kini saya ingin berkata sesuatu tentang zuriat kita. moga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

kekadang apabila melihat remaja sekarang yang berfesyen ala-ala nampak tak nampak tutup auratnya, hati kita berkata, mudah-mudahan anak aku tak begitu.

nampak remaja lelaki yang berpeleseran sambil menghembus asap rokok, terdetik di hati, ibu bapa mereka tak tahu ke pasal anak2 ni? dan pelbagai senario lagi yang pelbagai ragam dan menyayat hati.

namun, apabila kita nampak anak orang dan hati2 berkata2, apakah tidak terlintas di hati kita tentang anak kita?

cukupkah ajaran dan didikan yang kita beri agar mereka tidak terjebak dalam kancah maksiat. mampukah didikan kita selama ini menjadikan orang yang berguna untuk agama , bangsa dan negara? bolehkah mereka hidup bahagia? pelbagai persoalan yang muncul di kepala saya apabila bercakap tentang anak-anak.

apakah kita ibu yang berkerjaya? dan tidak mampu menyediakan airtangan sendiri untuk proses pembesaran mereka? air tangan ibu sangat membantu dalam membuatkan anak mendengar kata. dan andai kita dapat menyuap anak kita makan dengan jejari kita sendiri alangkah baiknya…

sebenarnya, kita tidak mampu membekalkan ilmu yang mencukupi untuk anak-anak. kita tidak mungkin dapat memastikan anak2 kita sentiasa selamat. kita hanya manusia biasa. lalu bagaimana?

bergantung haraplah dengan Allah. saya selalu bercerita tentang kisah ini sewaktu memberi ceramah, terdapat seorang ibu yang sangat menggantungkan nasib dirinya dan anak2nya kepada Allah. apa yang dilakukannya?

dia bangun setiap malam untuk solat hajat khusus untuk setiap orang anaknya pada malam yang berlainan. untuk along satu malam, untuk angah malam yang lain dan begitulah seterusnya,

hasilnya, dengan anugerah Allah, anak2nya amat mendengar kata . yang tua akan mengajar mengaji pada yang kecil dan mereka tidak bergaduh langsung. sejuk sungguh mata yang memandang.

menjadi ibu bukanlah semudah yang disangka, apatah lagi dalam zaman sains dan teknologi ini, lalu kita yang tidak dapat menumpukan sepenuh masa pada anak2, hanya Allah lah tempat kita berharap agar sentiasa melindungi zuriat kita.

panjatkanlah sentiasa doa untuk mereka dan ajarlah mereka berdoa. Umar al-khattab sangat suka apabila kanak-kanak mendoakannya kerana doa orang yang tidak berdosa dimakbulkan Allah.

hidup berilmu . ceria selalu.