Uncategorized


Ahlan wa sahlan ya ramadhan.

Selamat datang wahai ramadhan ya mubarak, bulan penuh barakoh, tepu pengampunan , padat dengan pahala. bulan turunnya lalilatul qadar. bulan untuk kita , umat Muhammad , umat yang pendek umurnya, kecil tubuhnya dan sedikit ibadahnya.

ramadhan, bulan yang dinanti dan dirindui.

tidak berlalunya sebuah ramadhan kecuali orang itu berubah dan tidak berubah seseorang itu dalam ramadhan melainkan dia termasuk dalam orang-orang yang rugi.

sahutlah seruan ramadhan dan gunakanlah bulan ini sebaik mungkin, dengan tekanan yang tinggi pada bulan ramadhan ini, maka seseungguhnya berusaha untuk merawat penyakit pada bulan ini, penyembuhan adalah total. dengan terawatnya organ , maka sebenarnya kita turut merawat karektor. ingat, terdapat kaitan yang sangat besar antara karektor dan organ, organ yang sihat akan melahirkan karektor dan personaliti yang unggul.

1) Ramadhan: artinya panas terik

2) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru ramadhana)

3) Terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Didalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.

6) Dipilih untuk ibadat puasa.

7) Dipilih untuk ibadat-ibadah lain (tadarus Al Quran)

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)

2) Bulan penuh keberatan

3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

Memberi buka puasa banyak pahala

9) Bulan ampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menyiapkan pakaian untuk Ramadhan[untuk solat] 3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan[dikawatirkan ada hari yang terlewat tanpa niat]

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur – untuk mengelakkan pada siang tdk terlalu payah, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangi tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu luang (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pancaindera

19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang

20) Hadiri majlis ilmu

21) Berbuat baik pada ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pada suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama orang tua

26) Undang tamu berbuka

27) Kurangi berat badan

28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki saja)

29) Perbaiki hubungan suami isteri

30) Perbaiki hubungan dengan tetangga

31) Isteri jauhi dari keluar memakai makeup dan perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Membangunkan anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

37) Elakkan menonton TV yang mengandung nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dengan nada lembut dan khusu’

40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri siang hari

41) Mendoakan ibu bapa baik yang hidup atau yang meninggal dunia

42) Melazimkan solat tepat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka berjalan jalan yang menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah

CARA BERAMAL DI MALAM LAILATUL QADAR (Malam 21-30):

1) Kepada Orang Tua Lemah

Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah

- Baca ayat Kursi

- Baca surah Yaasin

- Baca surah Al Zalazah

- Baca surah Al Qafirun

- Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yang kuat dan cergas

- Bangunkan isteri dan anak

- Mandi

- Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ):

- Tanggal turunnya Al Quran

- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yang baik

CARA MENYAMBUT HARI RAYA

- Jangan sekali-kali di sambut dengan hiburan, mercon, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan

- Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal menangis karena peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dianjurkan keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah Dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

- Ibnu Abbas r. a pernah mengatakan bahwa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan dari anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka

- Oleh karena itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.

TAKBIR DI MALAM HARI RAYA

Takbir sebenarnya mempunyai cerita. Menurut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan terjadi di musim dingin, kemudian Salman Al Farisi menganjurkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian direkamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya, Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan2 untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh karena itu bersiap sedialah dari awal supaya benar2 mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

Do’a untuk menghilangkan panas badan/masuk angin,  . Rujuk pada Surah Al-Anbiyak ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, istri, suami dll). Insyaallah, coba amalkan.


Faedah membaca al-Quran:

1: Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk.

2: Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT.

3: Memperoleh pahala yang banyak

4: Membahagiakan rakan seperjuangan.

5: Menghapuskan kesalahan dan dosa.

6: Menjadikan wajah(pembaca al-Quran)berseri-seri

7: Melapangkan hati dan fikiran,menjernihkan sanubari.

8: Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah.

9: Memelihara,membentengi umur manusia.

10:Merangsang seorang hamba untuk terus melakukaan kekuaan dalam hidup yang
sementara.

11: Mencegah pelbagai kesalahan dan keburukan seperti terlibat dalam mengumpat,

mengadu domba

12: Mengembali,menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti
Hubungan dengan-Nya.

13: Menambahkan usaha untuk terus melakukan amal-amal salih seperti sedekah
Membantu golongan yang memerlukan,berbaik pada jiran tetangga,kepada ibu-
bapa,adik-beradik,golongan yang lebih tua,menyayangi isteri/suami dan anak-
anak,menghadiri kelas-kelas,ceramah,forum agama yang boleh menginsafkan
diri dan lain-lain.
14: Malaikat membawa laporan baik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT tanpa
Sedikit dikurang atau ditambah.
15: Allah sentiasa mengingati orang-orang yang nengingati-Nya ketika membaca,
Berdiskusi kalam sucin-Nya iaitu al-Quran.
16: Golongan yang sentiasa hatinya bersama al-Quran,akan berada dalam
Perlindungan Allah SWT dan pemerliharaan khusus daripada-Nya.
17: Orang-orang yang sentiasa bersama al-Quran,sukar diewaskan oleh godaan
Syaitan,gangguan dan pujuk rayunya serta bisikan daripada suara-suara
Sumbag yang mendorong untuk melakukan kejahatan.
18 Membaca al-Quran mampu menghilangkan kegelisahan,kesedihan.kekeruhan
Dalam hidup dan perjuangan.
19: Membaca al-Quran mampu menjadikan seseorang Muslim,Muslimah itu meraih
Umur yang panjang lagi diberkati Allah SWT.
20: Muslim,Muslimah yang membaca dan mendiskusikan al-Quran sentiasa berada
Dalam keadaan yang penuh kesabaran dan tidak menunjukkan sikap.sifat bengis
Kerana mereka dianugerahkan Allah dad yang sejuk dengan al-Quran.
21: al-Quran yang dibaca oleh Muslim,Muslimah pada bulan Ramadan
Khususnya,sebenarnya mampu meningkatkan kualiti pelbagai bentuk ibadat
Bukan sahaja ibadat khusus,malah ibada-ibadat yang lain.
22: Pembaca al-Quran juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara
Individu jemaah seperti yang dituntun oleh al-Quranitu sendiri.
23: Hati yang karat lagi keras (dengan dosa-dosa yang dilakukan) haya dapat
Digilap,dibersihkan melalui pembacaan al-Quran.
24: Melalui pembacaan al-Quran dan diskusi ayat-ayat al-Quran,akan menambahkan
maklumat mengenai persoalan syurga,pahala,dosa,ayat-ayat perintah dan
Larangan Allah,ayat-ayat tentang nikmat hidup didunia dan azab Allah di
Akhirat,golongan ahli syurga dan neraka,syafaat Rasulullah s.a.w yang mampu
Membangkitkan kesungguhan untuk terus beribadat kepada Allah.
25: Paling penting faedah membaca al-Quran dan berdiskusi ayat-ayat al-Quran,dapat
Menjauhkan seseorang Muslim,Muslimah daripada memiliki sifat nifaq
(munafik) dalam diri,kerana golongan ini amat sedikit aktiviti hidup mereka ingat
Kepada Allah.

”maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (An-Nisa:3)

poligami dihalalkan oleh Allah swt.

poligami termaktub dalam hukumNYA, tiada yang dapat mengubahnya, mempertikaikannya , apatah lagi mengharamkannya.

walau apapun yang dipropagandakan oleh golongan – golongan tertentu tentang poligami, ia tetap halal di sisi ALLAH. lalu, sesuatu yang memang diatur oleh Yang Maha Mengatur, maka sebenarnya ketempangan sistem dan aturan itu tidak berlaku kecuali pada yang menjalankan sistem itu sendiri.

tempangnya pengamal poligami adalah kerana ketidaksempurnaan iman di dada, tidak sempurnanya iman di dada pula adalah ekoran daripada ceteknya ilmu. ceteknya ilmu di dada pula kemungkinan datang dari tingginya ego.

Islam itu indah, mana mungkin sesuatu yang indah melahirkan sesuatu yang jelek. tidak akan mungkin perkara itu berlaku kerana Islam bukan agama hasilan manusia, ia agama samawi, agama  dari Allah. Wahyu suci dari Maha Pencipta. Ayatullah yang sekiranya berulang kali baca membuatkan jiwa dan hati tenang .

sesungguhnya gagalnya poligami adalah kerana pengamalnya yang berasaskan nafsu dan emosi, sedang undang-undang yang telah disediakan Allah amat cantik sekali. soallah hati, muhasabahlah diri, banyakkan istighfar dan carilah ilmu, moga diri tidak terjerat dalam perangkap emosi hasutan nafsu dan syaitan yang direjam.

bacalah dengan menghayati lagu ini, kutujukan khas untuk semua saudara seislamku.

sunset_2007
lantana

dunia ini indah. hiduplah dengan penuh keindahan.  sekiranya masih ada hati- hati yang tetap memendam sengsara, merasa derita, penuh luka, sendu dan pilu, ingatlah; masa berlalu dengan pantas, semua nya akan berlalu pergi tanpa kita sedari, amat malang sekiranya kehidupan kita yang singkat ini kita layari dalam keadaan penuh derita.

bangunlah pagi dalam keadaan telah berniat malam sebelumnya, untuk bangun dengan keadaan penuh ceria dan bahagia, azam sebelum tidur agar esok hari dilalui dengan keadaan tiada dendam, tiada luka, tiada sengsara, tiada pilu dan sendu, cuma rahsianya jangan sekali-kali berazam begitu;

dalam azam dan doa tidak boleh langsung disebut keadaan yang negatif sebagai niat walaupun diletakkan perkataan TIDAK dihadapannya kerana aura negatif yang disebut itu tetap ditarik oleh minda separa sedar kita.

niatlah dengan yang positif, aku bangun esok dengan penuh kebahagiaan,. riang, ceria, positif thinking dan senyum senantiasa. lalu, bangkitlah, mandi sejam sebelum subuh, angkatlah takbir dan bersujudlah kehadratNYA, munajatlah dengan penuh kekhusyukan.

kemudian ambillah kitab suci al-quran dan bacakanlah ayat-ayat Allah itu dengan memahami maksudnya sekali sehingga dengar azan subuh.

bersolatlah dengan ahli keluarga atau anak-anak secara berjemaah, anak lelaki yang besar boleh diasuh menggantikan bapanya menjadi imam sekiranya bapa tiada.

insyaallah, sekiranya hari kita senantiasa dimulakan dengan azam sebelum tidur dan bangun pula dengan niat, pasti hidup kita indah senantiasa.

ingatlah; syurga di akhirat itu hanya untuk orang yang merasa indahnya syurga dunia.

apa yang berlaku sebenarnya, apabila kita merasa hampa , kecewa, dan merasa kosong jiwa kerana kerenah suami? kekadang rasa tidak percaya suami yang kita kenali , merasa susah dan senang bersama, bermula daripada bawah bersama – sama kita tetapi apabila kewangan telah semakin stabil, kerjaya semakin meningkat, dia mula beralih arah kasihnya. mula merasa yang dia perlukan perhatian baru, kasih sayang baru dan isteri baru.

masyarakat, rakan sekerja, orang sekeliling, kaum keluarga mula menuding jari kepada isteri, kerana selalunya sebagai isteri, merekalah yang sering dipersalahkan apabila suami membina rumahtangga baru.

kata-kata seperti tidak pandai menjaga suamilah yang selalunya akan si isteri dengar.

memuhasabah kembali kenapa suami  berkahwin lagi , satu yang menyakitkan, mungkin tidak perlu dilakukan sekiranya tidak membawa perubahan, tetapi sekiranya telah bersedia cubalah seusai solat, dengan keadaan tubuh yang segar, mandi dan berwudhuk, merenung kembali perjalanan hidup kita.

daripada kita bersendirian tanpa kekasih, kemudian saat berjumpa dengannya, di mana mulanya kasih dan cinta berputik, seterusnya duri dan ranjau percintaan, pertunangan sehinggalah menempoh alam perkahwinan. muhasabahlah dengan tenang, tanpa emosi dan prasangka.  di mana mulanya penyimpangan kasih itu berlaku.

andai benar datangnya dari isteri, maka si isteri perlu mengambil iktibar akan kesilapan dan kelemahan itu. berusahalah untuk mengubahnya. mohonlah kekuatan dari YAng MAha Berkuasa. agar kita mampu meneruskan kehidupan berumahtangga dengan nafas baru.

sekiranya kita dapati tiada silap diri kita, maka mohonlah petunjuk dari Yang Maha Memberi Petunjuk, agar diri kita sentiasa terbimbing di atas jalan yang lurus. itulah yang kita mahu. JALAN YANG LURUS. semoga kehidupan kita senantiasa dalam petunjukNYA. apa juga keputusan kita, apa jua tindakan kita kesan dari beralih arahnya kasih suami itu, kita perlu lakukan dengan petunjukNYA, agar kita tidak rugi dunia dan akhirat.

menyebut tentang kasih suami yang beralih arah, muhasabah juga , apa benar kasihnya beralih arah? cumanya muhasabah ini tidak boleh dilakukan dari sudut pandangan mata wanita.

kita tidak dijadikan sama. firasat kita, perasaan kita, keupayaan kita tidak akan mungkin sama dengan suami.

lalu, muhasabah itu perlu dilakukan dengan ilmu.

ilmu, pengalaman dan hakikat juga berbeza.

merasa kecewa yang amat apabila suami berkahwin lagi, percayalah semua wanita akan merasa begitu, baik yang hanya membayangkan apatah lagi yang benar-benar mengalaminya.

sesuatu hakikat pasti tidak akan dapat diubah, namun yang di hadapan masih dalam penggarapan, lalu garaplah kesudahan cerita yang bahagia. masa kini yang dalam genggaman, jadikanlah satu usaha berterusan agar matlamat kesampaian.

hapuslah air mata. bangunlah dengan semangat padu dan hati waja. apa yang kita mahu sekarang???

kita mahu bahagia? bahagia bersama suami walau di madu atau bahagia bersendirian? kedua-duanya mungkin.

namun, kedua-duanya memerlukan kita memaafkan dan melupakan. memaafkan dengan kemaafan yang benar-benar ikhlas dan melupakan dengan ikhlas juga. bukan sekadar memaafkan suami, maafkan dulu diri sendiri dan yang paling besar maafkan juga isteri lain suami.

selagi kita tidak mampu melakukan langkah pertama ini, selagi itu bahagia tidak akan bertandang.

orang yang bahagia itu apabila dia mampu menjalani kehidupan dengan penuh ceria dan penuh kasih dan sayang.

moga dicucuri rahmat ke atas semua orang-orang yang beriman.

Al-fatihah!

cuba pandang wajah suami, apa yang dirasa?

kekadang dengan memandang wajah pasangan mampu menilai tahap perkahwinan kita. petanda dan petunjuk datang dari banyak cara, salah satunya itulah; cuba memuhasabah perasaan kita apabila memandang wajah pasangan terutama tatkala beliau tidur.

andai yang hadir dalam hati adalah kasih dan sayang serta cinta yang mendalam, maka tahniah, tahap perkahwinan kita masih diselubungi semaraknya mawadah dan rahmah anugerah Ilahi.

namun, sekiranya tiada getaran cinta tatkala menatap wajah pasangan, muhasabah perlu dilakukan lebih jauh. kesan dalam hati apa kehendak kita dalam kehidupan, kerana perkahwinan adalah kehidupan sebenar kepada yang berkahwin.

mengapa perlu ada cinta? ehh.. cinta adalah nadi kehidupan. malah sabda Rasul Junjungan:

mereka yang tidak berkasih sayang sesama mereka di bumi, makhluk di langit turut tidak mengasihi mereka.

dan..

doa ibu itu lebih makbul kerana mereka makhluk yang penuh dengan kasih dan sayang.

pastikan pandangan kita pada pasangan diiringi dengan rasa cinta yang tulus dan ikhlas. perasaan cinta yang lahir dengan ehsan Ilahi dan kerana NYA semata.

hanya perasaan cinta yang ikhlas mampu mengatasi rasa benci, menyampah, sakit hati atau langsung tiada perasaan. ingatlah, bercinta itu keperluan, janganlah dibiarkan hati kosong tanpa cinta kerana banyak yang negatif akan bertandang.

yakinlah, hidup ini terlalu singkat untuk tidak merasa hadirnya cinta.

hapuskanlah kelukaan, buanglah kesakitan, lempar jauh kesengsaraan, sebaliknya cambahkanlah bibit cinta baru dalam hati kita untuk seorang insan bernama suami kerana sesungguhnya dialah yang dijodohkan oleh Yang Maha Adil Mengaturkan untuk menjadi jodoh kita buat sepanjang hayat.

insyaallah, jika cinta yang diberi, maka cintalah yang kita terima.

satu perkara yang perlu difahami dengan jelas adalah setiap perkara yang dizahirkan oleh tubuh kita baik melalui pemikiran, karektor atau sebagainya adalah kerana organ yang terlibat mula melemah.

masalah saudara berdua sebenarnya sama, maaf untuk berterus terang tetapi organ dalam tubuh banyak yang lemah. untuk saudara berdua sehingga sampai ke tahap terlalu berdebar dan darah gemuruh hingga ketar tangan, lutut dan bibir sebenarnya telah melibatkan beberapa organ. antaranya adalah jantung,  buah pinggang, medulla oblongata dan pankreas.

ini terjadi kerana banyak sebab antaranya pemakanan, seperti banyak mengambil pemakanan yang membekalkan asid urik tinggi seperti nescafe, fast food seperti kfc, pizza hut, macdonald dan sebagainya

mungkin juga gemar mengambil minyak urut. minyak urut semakin melemahkan saraf. untuk urut, ambilah minyak lain selain minyak yang bermentol atau berangin.

cubalah rawat diri  menggunakan minyak zaitun yang telah ditenagakan dan dibacakan ayatul syifa serta melakukan solat hajat. mudah-mudahan dapat membantu

hati kita mahu supaya masa diputar kembali, mahu segala-galanya kembali seperti di awal perkahwinan. suami yang mesra dan memanjakan, suasana baru yang penuh syahdu, rajuk dan sendu. pujuk dan rayu.

kita mahu kalau boleh segala yang berlaku kini di ‘undo’, atau  di ‘delete’. andai mungkin, kita mahu jalani semula kehidupan berbulan madu itu sebaik mungkin.

namun, realiti kehidupan tidak sebegitu indah. tidak akan mungkin segala yang kita tempohi akan mampu diubah lagi. andai kita kini seorang isteri yang bermadu atau dimadukan suami, itulah realitinya. sekiranya kita seorang isteri yang memilih untuk bersendirian daripada dimadukan, maka itulah realitinya juga. jika kita menepuk dada dan bertanyakan nafsu lalu terjerumus ke dalam kancah cinta terlarang, maka realitinya kita isteri yang curang, apatah lagi sampai  terjerut leher sehingga berzina,.. maka realiti – realiti ini akan terus segar dalam lipatan sejarah kita.

menangis keluar air mata darah sekalipun , realiti tetap realiti, tak kan mampu diundur lagi, segala perbuatan telah termaktub, tak akan mungkin ditarik kembali.

itulah hakikat kehidupan. kerana itu orang arab , masa itu diibaratkan seperti pedang, jika kita tidak memotong, ia akan memotong kita.

namun, kelukaan – kelukaan dan bad memories kehidupan kita itu boleh kita tukar kepada sesuatu yang positif. di sinilah terletaknya perbezaan antara individu dengan individu lainnya,.. kemampuan menukar kelukaan kepada pengharapan hidup baru.

ada antara kita yang terusan tenggelam dalam kelukaan tersebut sehingga tidak mampu lagi melihat warna warni kehidupan, merosakkan diri, fizikal dan mental dalam arus lautan yang sentiasa bergelora.

bersyukurlah mereka yang hebat dan mampu menukar realiti kelukaan kepada hikmah kehidupan yang penuh kemanisan tidak bertepi. mampu hidup dalam hakikat bermadu tetapi penuh ceria dan bahagia. boleh mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal dengan tangan dan hati terbuka. mampu meletakkan dosa silam sebagai sempadan dan menjadikan taubat nasuha sebagai teman. orang-orang begini telah dirahmati kehidupannya dalam cahaya dan sinar baru, moga berterusan dalam jalan yang lurus.

suami, insan mulia yang banyak berkorban untuk isteri dan anak-anaknya. tidak diberikan kepada wanita seorang suami, melainkan Allah memberkati kehidupannya. mensyukuri nikmat hadirnya seorang suami adalah syukur yang besar.

besar jasanya terhadap kita, melindungi, menafkahi zahir dan batin, menaungi dan memberi kasih dan sayang. lalu, apa balasan kita terhadap insan yang mengambil alih tugas besar itu ?

PERINGATAN UNTUK WANITA

1.Urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai

solat dan mengenai urusan suaminya ( apakah ia menjalankan kewajiban-nya atau tidak ).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya ( meminta ampun ).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal dirumah , tidak keluar kecuali atas

urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. Perempuan itu aurat , maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat

wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rosulullah s.a.w. bersama

isteri-isterinya ( Ummu Salamah r.a. dan Maimunah r.a. ) , datang saorang sahabat yang buta mataya ( Ibnu Maktum ) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk kedalam. Bertanya Ummu Salamah , ” Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami , Ya Rasulullah ? “ Rasulullah s.a.w. menjawab , ” Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias ( bukan untuk suami dan mahromnya ) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur bagi-nya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya , maka wanita itu dimurkai Allah s.w.t sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada

dirumah serta tidak diizinkan suami dan tidak boleh membenarkan lelaki lain masuk kerumahnya tanpa izin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha ) dengan suaminya yang telah

dijodohkan oleh Allah , samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa

kerana sesuatu urusan yang mustahak dan ia juga tidak berhak melalui jalan yang sibuk melainkan ditepi-tepinya sahaja.

12. Apabila memanggil suami akan isterinya ketempat tidur tetapi

ditolaknya hingga marahlah suaminya , akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga kepagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati

suaminya , ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah , laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14.Sabda rasullulah “ Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan , maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat

nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. ” Aku lihat api neraka , tidak pernah aku lihat seperti hari ini , kerana ada pemandangan yang dahsyat didalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. ” Rasulullah s.a.w. ditanya lagi ,” Mengapa demikian Ya Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepada-nya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita. ” Maka

menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka , ”mengapa terjadi demikian , adakah kerana mereka berzina atau

membunuh anak atau kafir ? ” Jawab Nabi s.a.w. ” Tidak , mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya , sesungguhnya setiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki didalam neraka dan 2 kali

ganda seorang lelaki didalam syurga.

19. ” Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya , ” Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? “ Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi

kesusahan , kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak , mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji ( bersyukur ) diatas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suamiya. ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan ( ingkar ) terhadap nikmat Allah.

Contoh-nya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. ( Contoh-nya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki , rakan- rakan , alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda , “Tiga golongan dari umat ku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus

b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

c. Orang yang alim tapi jahil

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Khorizah Fazari r.a. diriwayatkan telah berkata kepada

puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu , ” Wahai anak ku , kini

engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan

berpindah kesebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah

suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu ( taat perintahnya ) dan

ia akan menjadi langit bagi mu ( tempat bernaung ). Jadilah engkau sebagai

lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan

berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekati mu , dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya,

pendengarannya , matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar

melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja

pada diri mu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya , ” Sepanjang hidup ku , aku hanya

memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu : -

a. Apabila engkau sedang sholat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di-rumah orang lain , maka jagailah pandangan mu.

c. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidah

mu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suami nya

seperti tersebut didalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk

jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada dirumah

atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah ( berhijrah ) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu , tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika

suami ingin masuk.

f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke-dalam rumah sedangkan ia tidak

disukai oleh suami-nya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan ( menundukkan ) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah , syurga dan neraka bagi saorang wanita itu bergantung

pada redha atau tidaknya suami pada-nya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan didalam kehidupan

seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal didalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah ( pertolongan ) dari Allah s.w.t akan datang. Rumahtangga dirahmati

Allah s.w.t, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat diawal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahrom bersolat

ditempat dimana azan dilaungkan iaitu dimasjid atau disurau.

2. Istiqomah membaca AlQuran dan berzikir. Hak AlQuran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan setiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi ( lepas subuh ) dan petang hari ( lepas Asar ) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih , tahmid , tahlil dan takbir

ialah ” Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar “ jika mampu boleh disambung “ Wa la hawlawala quwatailla billahi ‘aliyil ‘azim” 100X. Selawat keatas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu

amalkanlah doa-doa masnun doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ialah masa hendak makan , tidur , masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Istiqomah menghidupkan Takliim dan Taklum ( belajar dan mengajar ilmu

agama ). Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ialah menutup aurat , berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama Majlis

berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua -Majlis berkenaan masalah-masalah agama ( hukum-hakam dalam ibadat ). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahrom yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah ( mengembangkan agama ). Secara Baironi : diluar kampung halaman kita dan Maqomi : Di-dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha keatas kita. Berzikir , berdoa , beristighfar , membaca AlQuran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi

hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

Ibadah menghidupkan jiwa insan, menggetarkan hati beku oleh maksiat

Menunggu_ajalmenjemput
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.

Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.

Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud:

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.

Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.

Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.

Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.

Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”

Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.

Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.

- Penulis ialah Mufti Perlis

Laman Berikutnya »