hati rasa tawar? tak tahu kenapa, hati dah tak larat menanggung perasaan. cinta makin kurang, diri makin rasa keseorangan, ada suami tapi langsung tak dapat berkongsi kasih, matlamat rumah tangga telah lama lari. bukankah kita berkahwin untuk merasakan mawaddah dan rahmah yang diberi oleh Allah. tapi semua itu tidak kesampaian. sepatutnya rumahku syurgaku, tetapi rumah tangga kita penuh linangan air mata dan lemparan kata-kata yang bisa dan memedihkan, saling menyakitkan hati dan menunggu masa sahaja untuk meletup, memandang wajah suami yang sepatutnya membuatkan bertambah kasih sayang tapi hanya pandangan benci yang dapat dilemparkan setelah banyak tahun kita memendam rasa atas perbuatan dan kata-kata pedasnya, kemarahan diri telah sampai ke puncak, makin ditahan makin merana jiwa, dalam hati telah tiada lagi rasa kasih, yang ada hanya perasaan hambar dan semua perlakuan kita hanya kerana melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri,
bagaimana ya, perkahwinan yang dulunya didasarkan atas rasa saling mencintai boleh jadi begini? bukankah dulu sebelum kita berkahwin kita bercinta sakan? rasanya telah habis mengenali hati dan budi, rupanya panas yang diharapkan sampai ke petang, tidak menjadi, sebaliknya hujan pula bertandang di tengahari, ada kes pasangan , waktu pagipun hujan dah turun, lebat dan beserta ribut taufan.
rasanya, sebelum kita tahu apa yang patut dibuat, mungkin kita boleh memuhasabah diri, mengapa semua ini berlaku?
1. niat
apa niat kita untuk berkahwin? banyak perkahwinan tidak bahagia kerana niat untuk berkahwin tidak betul. segala yang kita lakukan adalah kerana Allah. kita berkahwin juga sepatutnya kerana Allah. perjalanan menuju perkahwinan juga perlu berlandaskan syariat dan menjaga segala hukum hakamNya.
2. kita bercinta sebelum berkahwin.
sepatutnya perkahwinan kita dipelihara daripada perkara-perkara haram, baik sebelum berkahwin, mahupun ketika perkahwinan berlangsung. bukankah dia lelaki yang kita mahu menjadi pembimbing kita dalam mengharungi hidup di dunia yang sangat mencabar ini? bagaimana kualiti seorang suami yang kita harapkan dapat memberi kebahagiaan kepada kita? bukankah lelaki yang takut pada Allah dan berpegang kuat pada setiap larangan dan suruhanNya. lalu, andai kita bercinta sakan tatkala belum sah perhubungan bukankah itu mengundang marah Allah. berpegang tangan pun sudah haram apatah lagi andai kita berbuat lebih daripada itu, ;
3. restu ibu bapa
bukankah restu ibu bapa itu sangat penting? kerana redha ibu bapa adalah redha Allah. bagaimana dengan kita dan pasangan kita? adakah kita mendapat restu dan redha mereka? redha kedua-dua ibu bapa pasangan adalah juga penentu kebahagiaan kita.
4. hari perkahwinan
tatkala berlangsung pula hari perkahwinan banyak perkara pula yang kita aturkan yang diluar syariat. bagi kita perkahwinan hanya sekali, tak mengapa untuk merancang pelbagai acara, dengan bersanding di hadapan bukan muhram, dengan joget lambaknya dan pelbagai lagi yang makin menjauhkan rahmah Allah dari kita. hatta, cara makan tetamu kita juga kekadang murka Allah, namun, andai telah banyak yang kita lakukan untuk mengelakkan syubhah, berlaku juga, itu bukanlah dalam kuasa kita.
5. hubungan kita dengan Allah
untuk kita mendapat layanan baik daripada hamba-hambaNya, kita juga perlu menjaga layanan kita padaNya, bagaimana kita dalam berhubungan dengan pencipta kita . dari perlakuan (wudhu’ solat, puasa dan lainnya) hinggalah hubungan hati; zikr, prasangka hati dsbnya. sekiranya solat kita pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga bagimana kita mahu diri kita dilayan baik oleh hamba-hambaNya. kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi, kebanyakan rumahtangga yang bermasalah adalah rumahtangga yang mengambil mudah tentang solat.
6. hati dan diri kita
apakah benar hati kita menarik suka orang atau pasangan pada kita. atau kita menghantar mesej benci, tak endah dan yang negatif lainnya tanpa kita sedari. sebenarnya, jika ada rasa tak puas hati dalam diri kita, ada grutch pada pasangan, rasa nak marah yang terpendam, rasa sakit hati yang tak lepas, rasa benci yang bertapak, maka subsconscious mind kita akan bergerak menarik benda- benda itu dalam diri kita, walaupun kita sentiasa bercakap positif dan berfikiran positif tetapi rupanya jauh di sudut hati, jiwa kita tidak positif. maka tetap diri kita akan menarik benda-benda yang negatif.
7. fikiran kita
kita fikir suami kita tidak bertanggungjawab, walaupun kita berfikiran positif untuk menanganinya, tak apalah, biarlah dia, nanti dia akan jawab depan Allah, tapi dalam hati kita, kita tak redha dengan sikapnya, jiwa kita terluka, rasa sakit dilayan begitu, maka suami kita tetap tidak akan berubah. sifat tanggung jawab itulah yang akan kita terima darinya sehingga kita benar-benar redha dengan ujian Allah. sehingga tiada lagi keluh kesah, sehingga hati tidak lagi sakit, sehingga jiwa tidak lagi merana, sehingga walau apa yang kita terima, kita redha dan berserah, perbuatan dan kelakuan orang kita tidak dapat merubahnya, bukan dalam bidang kuasa kita.
rasa takut mendengarnya? itulah ubat nafsu. kita kena benar-benar memujahadah. bukan calang-calang jihad, tapi jihad terbesar ; melawan hawa nafsu. lalu pengorbanan kita juga bukan calang-calang, amat besar. tapi hasilnya,jika kita berjaya? kebahagiaan sejati, kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
sesunggunhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. sabar dalam mengharungi kehidupan yang telah ditetapkan NYa.
bagaimana ya mahu megembalikan rahmah dan mawaddah yang semakin sirna ?
1. jaga solat
soaltlah ibadah yang paling utama yang akan disoal oleh Allah. usahalah untuk lakukan yang terbaik. pelajari ilmu bagaimana mahu khusyu’, pergi kursus, atau membaca dan lainnya.
2. istighfar
mungkin dulu kita bercinta sakan dan percintaan kita banyak melanggar larangan Allah dan mengabaikan suruhanNya., bertaubatlah . banyakkan istighfar dan solat taubat.
3. niat
perbetulkan niat kita. masih belum terlambat. selagi nyawa belum sampai ke halkum, segalanya belum terlambat. jangan sesekali memasang niat untuk bahagia di penghujung usia. ingatlah hanya orang yang bahagia akan bahagia di akhirat sana.
4, hubungan dengan kedua ibu bapa di kedua belah pihak.
peliharalah hubungan silaturrahim dengan ibu bapa kita dan suami. begitu juga hubungan dengan adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga serta rakan taulan. ingatlah mereka yang memelihara silaturrahim dan menyambung yang putus, kasih sayang Allah pada mereka.
5. doa
doa adalah senjata orang mukmin, berdoalah agar dimasukkan kembali kasih sayang dalam hati kita pada suami, doa sungguh-sungguh. seikhlas mungkin. doa juga agar allah jadikan kita begitu istimewa di hati suami dan agar kasih sayang suami pada kita melimpah ruah. doalah agar kita menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami kita dan suami kita menjadi yang terbaik untuk kita, doalah agar dia berlemah lembut dengan kita sebagaimana lemah lembutnya junjungan kita terhadap isteri-isterinya. doalah setiap masa dan ketika . mudah-mudahan dimakbulkan.
6. hati-hati dengan apa yang kita ucap dan apa yang kita fikir.
muga setiap impian kita jadi kenyataan. muga apa yang kita lalui dijadikan sempadan dan pengalaman bermakna.
hidup berilmu, ceria sellau.