poligami


Sebenarnya, rata-rata wanita bukan menentang poligami hukum Tuhan, tapi yang ditentang adalah suaminya sendiri yang berpoligami. Dirinya yang tidak mahu dimadu. Andai orang lain yang dimadukan, walaupun bersimpati tetapi tahu hukum itu tidak salah dan sekadar memanjat doa agar dijauhkan qadar sebegitu daripada dirinya.

Persoalan yang perlu dijawab sebenarnya cukup luas dan mencakupi ruang lingkup kehidupan itu sendiri.

  • Mengapakah manusia dijadikan
  • Mengapa kaum hawa dicipta
  • Kemanakah arah tujuan hidup kita

Allah tidak mencipta manusia untuk hidup berduka lara.

“Tidak Aku ciptakan manusia itu melainkan untuk beribadat pada-Ku”

“Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang”

Pernah Iskandar Zulkarnain menghantar surat kepada ibunya untuk mengadakan kenduri dan hanya menjemput mereka yang bermasalah sahaja untuk menghadirinya, dan didapati semua jiran perlu dijemput kerana tiada yang tidak bermasalah.

Beza orang yang bermasalah ini adalah bagaimana mereka mengendalikan masalah mereka. Di sisi Allah, bukan harta kekayaan dan paras rupa yang jadi penentuan sama ada hamba-Nya itu dikasihi atau tidak tetapi sebaliknya hati yang redha, bersih dan melakukan sesuati dengan ikhlas kerana-Nya. Ada yang dengan ujian , dugaan dan bencana yang menimpa diri, mereka terbuka hati untuk berubah kearah yang jauh lebih baik.

Bagi mereka ranjau itu adalah pembasuh dosa agar kelak di akhirat mereka tidak lagi dibicarakan di mahkamah Allah atas dosa-dosa itu. Namun, memang terdapat manusia yang kecundang menafsir lalu menganggap bahawa perkara mendatang dan yang sedang dilalui itu sebagai satu ketidakadilan dari Tuhan, waliya’uzubillah. Mereka buruk sangka pada Allah dan berkeluh kesah. Timbul kemarahan dalam hati mereka dan mereka merasakan yang hidup ini sangat susah.

Dunia ini sempit dan dada mereka sesak. Setiap hari mereka hidup dengan berlinang air mata. Sangat menderita dan tidak bahagia. Mereka mahu nyawa mereka dicabut. Alangkah malangnya insan-insan begini. Muga kita dijauhkan darinya. Bangkitlah! Sedarkan diri! Lihatlah dunia ini dengan mata yang baru. Jangan terlalu lama berhenti di hadapan satu pintu derita sedangkan pintu nikmat yang seribu sedang melambai untuk kita masuki.

Rasulullah saw bersabda;” Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan kesakitan akibat terkena duri – Hadith

“Janganlah seseorang daripada kamu mengharapkan mati disebabkan kemudaratan (kesakitan) yang menimpanya, tetapi jika terpaksa hendaklah dia berdoa: “Ya Allah hidupkan lah aku jika hidup ini lebih baik untuk diriku dan matikan lah aku jika kematianku itu lebih baik untuk diriku”. [HR Al Bukhari dan Muslim] Riwayat Al Bukhari.

Kata Saidina Ali,

“Masalah sentiasa ada , ujian tetap akan datang, andai ada redha dan sabar, masalah tidak akan pergi tetapi Allah menyukai orang yang sabar dan kamu diberi pahala atas kesabaranmu itu. Namun, andai tidak sabar dan tidak redha , masalah juga tetap tidak akan pergi tetapi Allah membenci orang yang begitu dan kamu berdosa .”

Sebuah hadis Qudsi mengatakan,

“Andai kamu tidak redha dengan ketentuanKu maka carilah Tuhan selainKu.”

tips motivasi kontemporari, hidup kita akan lebih gembira walaupun dalam kesakitan. Umpamanya jika kita menggunakan teknik motivasi yang biasa dikenali sebagai teknik ‘rahsia 90/10’. Tidak ramai yang mengetahui rahsia ini, itulah sebabnya ribuan manusia hidup menderita, tertekan, penuh masalah, sakit kepala, sakit jiwa dan tidak bahagia. Kadang kadang terasa hidup ini membosankan penuh penderitaan, kejam dan tidak adil kepada kita. Tetapi janganlah berputus asa. Cuba kita fahami dan amalkan rahsia ‘90/10’ ini, InsyaALlah kehidupan kita akan berubah. Apakah rahsia 90/10?

10% dari kehidupan ini adalah terdiri daripada apa yang terjadi pada diri kita dan 90% dari kehidupan ini adalah ditentukan oleh bagaimana reaksi kita dalam menangani apa yang terjadi keatas kita. Jadi apakah maksudnya pernyataan ini?. Kita sebenarnya tidak boleh mengawal factor luara dan sebarang kejadian yang menimpa kita. Tetapi kita boleh mengawal apa yang ada dalam diri kita . Kita boleh bentuk hati kita, memujuk perasaan kita dan melentur persepsi kita.

Contohnya jadual penerbangan kapalterbang ditunda, habis program kita terbengkalai! Kita tidak boleh mnegawal jadual penerbangan tetapi boleh mengawal perasaan dan reaksi kita. Kita memujuk diri kita menerima kenyataan secara pasarah dan redha, memang kaplaterbang lambat dan program terbengkalai, tetapi jangan memburukkan keadaan (perasaan kekecewaan kita) dengan menyumpah seranah kejadian malanag atau menyalahkan diri sendiri atau orang lain.

Apa kata kita ambil bahan bacaan yang menarik dan terkini, Bagi yang membawa mushaf al quran (saiz poket) terjemahanm bacalah. Bertegur sapa dengan kawan yang sama sama terkandas sambil menjalinkan persahabatan baru, berkongsi pengalaman dan kegiatan yang menyeronokkan. Nescaya kekecewaan dan tekanan emosi akan berkurangan.
Demikian juga jika kita mengalami kesakitan.

Kawal emosi, bentuk persepsi positif dan jangan biarkan orang lain atau keadaan yang memperbodohkan kita. Kita yang rasa tertekan. Hubungi kawan kawan rapat melalui sms, minta mereka doakan kesejahteraan kita. Ambil peluang merapatkan hubungan dengan orang orang yang menziarahi kita. Gunakan peluang sebagai waktu rehat yang Allah kurniakan untuk hubungan lebih intim dengan ahli keluarga kita.

Lalu bagaimana harus bersabar dalam hal poligami sedangkan nafsu dan syaitan sentiasa berusaha menjerumuskan kita bersama mereka ke dalam neraka. Syaitan begitu bersungguh-sungguh menggunakan semua cara untuk tujuan itu.

“Dan kamu akan dapati kamu tidak dapat mempengaruhi hambaKu yang ikhlas”

Persoalannya bagaimana mahu ikhlas? Bagaimana mahu menjadikan setiap ranjau berduri dan setiap hirisan luka di hati menjadi satu pahala dalam melayari kehidupan. Bagaimana mahu membuatkan dugaan bermadu itu satu jalan membawa ke syurga? Apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan kesabaran sebagai pakaian, ketaqwaan sebagai selimut, kesyukuran satu hiasan diri, keredhaan penyeri wajah agar tidak mudah tewas dengan bisikan Laknatullah itu.

Mungkin langkah pertama yang perlu difahami ialah mendalami mengapa isteri-isteri benci dimadukan suami sendiri.

Kisah Satu

Mariam Hanna bagai tersentak daripada tidur yang lena, khabaran yang didengarnya petang tadi meluluhkan hati wanitanya. Liana, sahabatnya memberitahu, dia tidak sanggup lagi membohongi Mariam. Adam, suami Mariam sebenarnya, sudah 2 tahun berumahtangga lagi dan memiliki 2 cahaya mata. Liana yang selama ini tidak sampai hati untuk memberitahu sahabatnya itu akhirnya tidak mampu berdiam diri.

Mariam Hanna merasakan yang dunianya sudah berakhir. Fikirannya buntu, hatinya kosong, sekosong-kosongnya, pecah berkecai umpama jatuh ke batu, hilang segala kepercayaannya pada suami yang selama ini dirasakan tidak akan sampai hati menduakannya. Apabila mendengar orang lain dimadukan, dia bercerita dengan suami seolah-olah perkara itu tidak akan berlaku padanya. Baginya, hidupnya bahagia, sempurna, 4 anak yang mengikat kasih mereka berdua dirasakan cukup kuat menjadi penghalang suaminya dari berlaku curang pada cinta mereka.

Kini, segalanya berubah sekelip mata. Dia hidup berendam air mata, wajah suami ditatap penuh benci, nalurinya rasa kuat sekali untuk pergi ke dapur, mengambil pisau dan mencincang Adam sehingga lumat. Biar puas hatinya. Di matanya seakan-akan nampak bayangan Adam terbaring dalam sungai darah, sementara dia berdiri di sebelah dengan sebilah pisau dan sedang tersenyum penuh kepuasan. Dia berazam untuk membuktikan pada Adam, seandainya Adam boleh mencari perempuan lain, maka dia juga tidak akan ketinggalan mencari kekasih baru. Biar Adam merasakan apa yang dia rasa, biar Adam tahu bagaimana pedihnya hati yang terluka, bagaimana pahitnya air yang ditelan, bagaimana berdurinya makanan yang dimakan.

Dengan hati yang tercalar, dia akan mulakan hidup baru. Baginya tidak ada gunanya lagi dia mempertahankan perkahwinannya, andai suami yang dicintai sepenuh hati, yang merasa susah dengannya pada awal perkahwinan mereka, namun, bila telah mengecap kemewahan dengan mudah mahu memberi kesenangan kepada perempuan lain. Malah, masih segar dalam ingatannya akan janji manis suaminya bahawa hanya dia yang akan menjadi penyeri hidup, tidak akan mungkin cintanya beralih arah, cukuplah seorang Mariam Hanna di hati seorang lelaki bernama Adam. Hemmh, jantan pembohong. Begitu pandai menanam tebu di bibir mulut. Akan dibuktikan bahawa dia juga masih cantik dan mampu mencari lelaki lain. Bermulalah episod baru dalam dirinya, hidup penuh benci dan dendam .

Kisah Dua

Nur ‘Ain Nabila juga dimadukan suaminya. Namun, apa yang dikesalkannya, bukanlah hakikat bahawa wanita yang menambat hati suaminya itu adalah kerani di pejabat suaminya itu sendiri tetapi kenyataan bahawa Halim bercinta dengan isteri orang.

Halim seorang ketua pejabat telah memadu kasih dengan keraninya, Fatimah sehingga membuat rumah tangga Fatimah dengan Azlkan berkecai. Azlkan, suami Fatimah yang juga kakitangan di pejabat Halim menyaksikan sendiri adengan cumbuan isteri dan bosnya itu apabila secara tidak sengaja dia dengan ‘lurus bendulnya’ masuk ke bilik bosnya untuk membincangkan kertas kerja yang diarahkan siap dengan segera oleh Halim.

Dayus bagi Azlkan untuk terus memperisterikan Fatimah yang dengan lantang mahu Azlkan melepaskannya. Lupa Fatimah akan kebajikan 2 anaknya yang masih kecil hanya kerana menurut bisikan hati (syaitan?) bahawa Halim lebih mampu memberi kebahagiaan padanya berbanding Azlkan. Halim lebih lembut, Halim lebih romantis, Halim lebih pandai mengambil hatinya, Halim lebih memahami hati perempuannya (betina?), Halim yang sentiasa prihatin akan keadaan dirinya: kecantikan tubuhnya, wajahnya, pakaian yang dipakainya…Pokoknya Halimlah segala-galanya.

Maka bermadulah Nur ‘Ain Nabila dengan Fatimah. Apalah keadilan yang diharap dapat disempurnakan oleh seorang lelaki yang merampas isteri lelaki lain? Lalu perkahwinan Nur‘Ain Nabila – Halim – Fatimah menyaksikan ketidaksempurnaan dan ketidakadilan. Halim hanya menumpukan perhatian pada isteri barunya dan mengabaikan terus Nur ‘Ain dan 6 anak mereka.

Firman Allah, An-nisa’:3:

“Kemudian, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Kisah Tiga

Bagi Farah Nur Iman pula, dia hanya menyalahkan dirinya apabila Izham dengan tenang bertanya apa pendapat Farah kalau dia berkahwin lagi? Izham hanya mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Farah sama ada dia sudah ada calon. Calonnya? Seorang pendatang tanpa izin yang berusia 19 tahun.

Tatkala Izham memeluk Farah yang baring membelakangi suaminya, Izham meminta maaf kerana melukakan hati Farah. “Abang tak akan sia-siakan Farah macam orang lain, abang akan berlaku adil. Abang yakin abang mampu berlaku adil, abangpun tak tahu bagaimana abang boleh sayangkan orang lain sedangkan kasih abang pada Farah dan anak-anak tak luak sikitpun”. Farah hanya berdiam diri.

Izham memang suami yang baik dan penyayang walaupun mudah baran. Izham yang banyak mengalah bila mereka bergaduh dan mereka memang kerap bergaduh. Walaupun Farah yang bersalah namun Izham yang akan datang memeluk dan memujuk Farah, apabila keadaan hatinya telah redha, meminta maaf kerana melayan marah Farah sehingga mereka bergaduh besar.

Farah tahu bahawa dia yang menjadi punca suaminya terbuka hati untuk berkahwin lain. Sejak awal perkahwinan mereka lagi, dia tidak diterima sepenuh hati oleh ibu mertuanya. Izham, anak sulung kepada keluarga yang sederhana susah, amat diharapkan akan mengubah nasib keluarganya sebaik tamat pengajian. Sebaliknya Izham yang tidak dapat menahan gelora nafsu lelakinya mahu mencari isteri yang halal agar tidak terjerumus ke lembah zina.

Ibu bapanya walaupun amat berharap agar Izham membantu keluarga terlebih dahulu terpaksa akur dengan kedegilan Izham mahu memperisterikan Farah dengan segera. Kesannya, hati ibunya terluka dan walaupun Farah berusaha mengambil hati ibu itu namun kesilapan sedikit begitu cepat membekas dan akhirnya Farah dapat merasakan dengan jelas yang ibu Izham tidak menerimanya sepenuh hati walaupun sebenarnya ibu itu juga berusaha untuk menerima Farah demi Izham.

Mungkin benar kata Izham, apa yang berlaku sudah tercatat di lauhul mahfuz tetapi jauh di sudut hati, bagi Farah pilihan sentiasa di tangan manusia, dan kalau sudah memilih untuk bercinta lagi maka seandainya diizinkan Tuhan maka berlakulah qada’ dan qadar itu.

Kisah empat

Fauziah tidak tahu apa silapnya, apa yang masih kurang dalam perkahwinannya. Rashid memberitahunya bahawa tiada apa yang tidak cukup dalam rumah tangga mereka. semuanya sempurna. Fauziah seorang isteri yang baik, ibu yang pandai menjaga anak. Sangat penyayang dan lemah lembut.

Cakapnya berlapis dan sentiasa diatur agar tidak menyakitkan hati orang lain. Banyaknya dia hanya berdiam diri. Walaupun hati cukup tersentuh namun dia hanya berserah diri pada Yang Esa. Setelah berjumpa bakal madunya, dia berkata-kata sendiri dalam hatinya, patutlah suaminya sayangkan perempuan itu, sangat kontra dengan diri Fauziah.

Wardah cepat mesra, sangat peramah dan mudah ketawa. Ada saja topik yang dibualkannya. Tak kering gusi orang mendengar dan melihat keletahnya. Malah orang yang berada di sekelilingnya pasti terhibur dan merasa selesa kerana gurauannya yang bukan sahaja tidak kasar tapi banyak berhemah dan ucapannya ikhlas didengar.

Teringat Fauziah akan kata-kata Wardah tatkala mengetahui yang Fauziah sedang mengandung anak kelima. “Ehh, ya Allah , bila bersalinnya, mudah bersalin nanti tu, akak kan selalu senyum, orang yang ceria mudah bersalin tau. Banyak pahala orang mengandung ni kan, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara , para malaikat, semuanya memohon keampunan untuk akak”, tatkala Fauziah melihat wajahnya, dia hanya nampak keikhlasan di hati Wardah.

Lalu walau bermadu itu ujian paling getir untuk dirinya, dia faham kenapa Rasyid terbuka hati untuk membina sebuah lagi masjid. Harapannya dia mampu dan tabah meniti kehidupan ini.

Kisah kelima

“Engkau tahu mana dia pergi?” Tanya rosli .

“Tau”, balasnya.

“Habis kenapa engkau tak mau bagitau aku, tolonglah Ita, aku nak minta maaf dengan dia”.

“Untuk apa?, dia dah jadi sejarah silam untuk engkau, engkau tak perlu nak kenang lagi dia, bukankah engkau yang kata engkau nak beri kebahagiaan pada pembantu rumah Indon engkau tu, engkau dah kahwinpun dengan pembantu engkau tu, dah bahagia, buat apa kau nak cari Hani lagi? Engkau tau tak betapa aku menyampah nak dengar nama engkau apalagi nak tolong engkau?’

“Aku tak kisah benci engkau pada aku tapi aku perlu jumpa Hani, sekalipun jadilah, aku nak pohon ampun darinya kerana mensia-siakan dirinya, aku nak minta maaf kerana melukakan hatinya. Aku akui aku tersilap kahwin dengan pembantu rumah kami tu, masa tu aku fikir itu jalan terbaik, tapi tak sangka Hani tak boleh terima”.

“Eh, jantan, isteri mana yang tahan? Engkau kahwin dengan pembantu rumah engkau sendiri, sembunyi-sembunyi, malam-malam engkau curi-curi tidur dengan dia, engkau berani kahwin tapi engkau tak berani berterus terang dengan Hani, suami apa engkau ni? Hani tu, aku susah nak jumpa isteri sebaik dia tau, sapa yang tanggung kau bertahun-tahun masa engkau kena buang kerja dulu? Bukan bini engkau yang engkau buang kerana si Indon tu? Ha! sekarang kenapa nak menyesal? Bukan ke engkau sendiri yang cari bala, sekarang ulitlah bini muda engkau tu siang malam. Biarkan Hani, dia dan anak-anak engkau bahagia dengan suami orang putih dia tu. Aku tengok suami orang putih dia tu layan dia penuh hormat, penuh kasih, anak-anak engkau pun bahagia, mengalahkan lelaki yang lahir dalam Islam macam engkau, engkau tau tak , nabi Muhammad tu isterinya ramai juga, tapi setiap seorang dari isterinya itu dilayan sama rata, tak ada beza, tapi engkau baru kahwin satu lagi dah tak dapat adil, asyik dengan yang muda aje,..ha, kenapa engkau melopong ni?”

“Apa kata engkau, Hani dah kahwin? Aku nak merayu pada dia untuk rujuk dengan aku”.

“hah, jantan gila, sudahlah engkau, engkau ingat apa? Hani tu cantik tau walau dah tua menurut engkau, sudahlah, malas aku nak layan engkau”.

Kisah enam

“Apakah jalan yangku pilih ini ya Allah, akan membawa aku ke syurga-mu atau aku bakal menjadi bahan bakar api neraka-Mu? Bukan aku tidak berusaha untuk redha, Engkau yang Maha Mengetahui, betapa aku mahu sentiasa redha, sentiasa tenang walau apa yang menantiku di setiap saat yang mendatang, tapi aku sentiasa kecundang. Kini aku merasakan yang telah hilang keyakinanku pada diriku, tapi apakah dengan begitu, itu bermakna aku telah berputus harap pada-mu? Aku sangat meyakini bahawa Engkau tidak pernah menzalimi hamba-Mu, tetapi hamba-Mu inilah yang mengundang kedukaan hadir dalam diri, tidak cukup bersih hati ini, tidak pernah mujahadah jiwa ini, .. hatiku sakit apabila melihat suamiku bahagia dengan isteri mudanya, bukankah itu tanda hati yang tidak bersih? Bukankah itu bukti pada hati yang tidak redha, hati yang masih tamak, tamak akan cinta dunia, sedang pada masa yang sama hamba-Mu ini sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara, hamba-Mu ini meyakini akan adanya balasan di akhirat nanti pada setiap amal yang baik mahupun yang buruk, tetapi kenapa hati ini masih berkeluh-kesah, kenapa hati ini tidak redha sepenuhnya, mengapa hati ini masih cemburu akan kebahagiaan yang dikecapi suamiku? Ya Allah, bantulah aku, aku hamba-Mu yang jahil, aku hamba-Mu yang banyak sekali menzalimi diriku sendiri, dengan noda dan dosa, dengan ketidak-ikhlasan hati, dengan hasad dan dengki, mengapa begitu Ya Allah, mengapa aku sendiri menempah nerakaku? Bantulah aku ya Allah, bantulah aku menghadapi hidup bermadu ini, angkatlah kesedihan di hatiku dan buanglah kesedihan itu jauh-jauh. Hanya Engkau tempatku memohon, hanya Engkau tempat aku berserah diri. Aku ingin sekali hidup bahagia, aman dan damai,..aku mahu menjadi hamba yang bersyukur, sentiasa merasa cukup dengan apa yang Kau anugerahkan padaku, sentiasa redha dengan ketentuan-Mu. Jadikan hatiku ya Allah, sentiasa mengingati dan menyebut nama-Mu, agar dengan keagungan nama-Mu yang Maha Besar itu, hatiku bisa tenang dan damai. Aku sudah penat, Ya Allah, penat melayan perasaan negatif dalam diri, penat mahu bangun atas setiap kegagalanku mengawal perasaan, penat mahu membina semangat diri tetapi aku tahu Engkau Maha Pengatur segala-galanya, Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang hamba-Mu. Engkau Maha Cintakan Kebajikan, aku tahu bahawa hatiku merasa sakit atas nasib baik orang lain adalah kerana dangkalnya imanku, aku tidak bersyukur atas anugerah-Mu kerana hatiku masih hitam. Lalu wahai Yang Memiliki hati-hati hamba-Mu, aku bermohon agar Kau masukkan cahaya-Mu melalui setiap arah tubuhku, Ya Allah, kupohon agar Kau berikanku taufik dan hidayah-Mu. Agar dengan itu aku tidak terhijab dengan kedukacitaanku. Agar dengan itu aku mampu menjadi orang yang banyak memberi kebajikan pada orang lain. Bantulah aku.”

Sebenarnya sebab mengapa seorang suami itu berpoligami atau seorang isteri itu dimadukan atau seorang wanita itu bermadu boleh datang dari pelbagai bentuk serta lahir dari berbagai-bagai cerita namun penghujung ceritanya tetap sama, iaitu, seorang suami yang menerima amanah perkahwinan lebih dari seorang wanita dalam satu waktu yang sama. Tanggung jawab berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat nanti

4.Hakikat

Bermadu. Kata orang manis bagi kaum lelaki namun cukup hempedu buat si isteri. Lalu, persoalan yang timbul andai begitu pahit bagi kaum hawa, maka, mengapakah Allah Yang Maha Berkuasa menghalalkannya dan menjadikannya salah satu fitrah pilihan buat hamba-Nya. Tidak mungkin Tuhan Yang Maha Adil akan membuat suatu hukum yang menganiayai hamba-hamba-Nya. Lalu kita perlu memuhasabah diri kita sendiri andai kita terkemelut dalam fenomena ini.

Apa benar bermadu itu manis buat lelaki? Bukankah untuk mengahwini seorang perempuanpun, amanah yang dipegang adalah besar? Apatah lagi untuk menanggung amanah lebih dari satu perempuan. Andai mampu dari segi kewangan namun mampukah dari segi lain? Layanan yang perlu diberi? Masa yang perlu dibahagi? Perhatian yang perlu diagih? Itu belum masuk bab kasih sayang, walau benar kasih ukuran manusia itu milik Allah namun, andai condong hati pada yang lebih dikasihi maka bukankah itu mengundang ketidakadilan?.

(maksudnya) “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

-Surah al-Nisa’ ayat 129

Kalau badan sihat serta masih gagah maka bolehlah dikuatkan juga melayan isteri-isteri itu, tapi jika ada masa tidak sihat? Masa yang sepatutnya digunakan untuk berehat mengumpul kekuatan untuk sembuh sebaliknya masih perlu dipakai buat menggiliri isteri-isteri. Ramai yang kecundang untuk adil bila berlaku konflik kepentingan seperti ini.

Belum diambil kira tentang anak-anak yang mungkin semakin bertambah kerana punya banyak ‘ladang’. Setiap anak juga perlu disempurnakan hak-haknya. Mana yang besar maka perlu diuruskan pembelajarannya manakala yang kecil pula dengan keperluan tumbesarannya, sakit demam dan makan pakai mereka, kesemuanya di bawah tanggungan suami. Persoalan-persoalan inilah yang perlu diambil kira oleh para suami jika terdetik hati untuk berkahwin lagi.

Apa benar pula, bermadu itu hempedu buat wanita? Bukankah ujian itu sebagai tanda ingatan Allah pada hamba-Nya, agar kita sentiasa merenung diri dan mengakui bahawa segala milik kita itu adalah hak Allah yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu cuma? Agar kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara? Bukankah itu penanda didikan Allah buat hamba-Nya yang lemah lagi jahil? Agar si isteri yang selama ini pengharapannya jatuh pada si suami, sedar bahawa Allah jualah sebaik-baik tempat menaruh harap. Agar cinta isteri yang selama ini berdasarkan fitrah berubah menjadi cinta sejati yang hanya layak diberi pada Allah? Bukankah untuk mendapat syurga Allah itu dikelilingi oleh onak dan duri manakala neraka itu diulit kesenangan?

Mungkin hati boleh dipujuk andai mendekatkan diri dengan Yang Esa. Ingatlah sebaik-baik perkataan adalah ayat al-quran dan sebaik-baik perbuatan adalah solat. Dan firman Allah pula:

“Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya itu amat sukar kecuali pada orang-orang yang khusyuk”.

Al-baqarah.

Anggaplah ia telah ditakdirkan dan pasti ada hikmah yang besar jika tidak sekarang, dan di kemudian hari.

Mengubat hati yang dikecewakan dengan memperbanyakkan sabar dan mengerjakan solat adalah formula terbaik untuk mencari ketenangan hidup dan kesejahteraan hati.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Amat menghairankan seorang Muslim itu, apabila diberi nikmat dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar. Maka kedua-dua keadaan berkenaan memberi kebaikan kepadanya.”

Nasihat kepada diri dan kepada semua marilah kita memberi tumpuan kepada usaha mendandan hati kita supaya sentiasa cantik dan berseri. Hati yang bersih akan terserlah pada wajah.

Tanyakan pada orang yang berpengalaman, di manakah letaknya kecantikan, percayalah mereka akan mengatakan kecantikan itu datangnya dari hati yang sejahtera.

INTI PATI:

# Mengubat hati yang dikecewakan dengan memperbanyakkan sabar dan mengerjakan solat adalah formula terbaik untuk mencari ketenangan hidup dan kesejahteraan hati.

# Seorang Muslim apabila diberi nikmat dia syukur, apabila ditimpa musibah dia sabar. Maka kedua-dua keadaan itu memberi kebaikan kepadanya.

# Dari segi kasih sayang dan kecenderungan, tidak ada hukum syarak yang mewajibkan seorang suami cenderung sama rata terhadap isteri dari segi perasaan.

# Suami perlu ingat tidak wajar menceritakan hubungan intim dengan isteri meskipun terhadap isterinya yang lain.

# Usaha mendandan hati perlu dilakukan supaya sentiasa cantik dan berseri. Hati yang bersih akan menyerlah pada wajah.

# Harus melihat apa sebenarnya yang tersirat di sebalik kata-kata suami.

# Perlu membaca buku yang memberi panduan bagaimana menyemarakkan hubungan suami isteri.

Menghayati pantun lama :

Kusangka nanas di tengah padang

Rupanya pandan yang berduri

Kusangka panas hingga ke petang

Rupanya hujan di tengah hari

Seperti yang diketahui bahawa walaupun poligami atau bermadu adalah salah satu hukum Tuhan yang termaktub. Membawa maksud sepertimana Firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 3;

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Bahawa adalah tidak menjadi kesalahan kepada lelaki yang berkemampuan untuk memiliki isteri lebih dari satu dalam satu-satu masa.

Amalan poligami ini mulia dan murni andai diterajui oleh insan-insan yang penuh taqwa di hatinya, teguh amalan dan pegangan agamanya, yang menjadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan, berpoligami kerana Allah. Suami mampu memimpin keluarga besar agar menjadi insan yang bertaqwa. Manakala isteri-isteri pula menjadi pembantu rumah tangga yang dapat mendidik dan membentuk anak-anak yang soleh serta menjadi teladan insan lain. Berupaya membentuk keluarga sakinah yang beriman dan bertaqwa. Satu keluarga besar yang hidup aman dan damai ekoran daripada pimpinan suami yang soleh. Anak-anak terjamin masa depannya dan dapat membesar dalam suasana yang kondusif dan penuh kasih sayang.

Malang sungguh andai poligami yang ditempah suami hanya mengundang neraka dunia, rumah tangga sedia ada berantakan, anak-anak menjadi gelandangan, pelajaran merosot, hidup tertekan. Salah siapa andai ini semua terjadi? Lebih malang andai anak yang sepatutnya menjadi harta dunia-akhirat mendendami ayah mereka sendiri kerana ketidakadilan yang tercetus. Bolehkah si anak menjadi orang yang berguna sekiranya ibu bapa mereka asyik bertelagah dan saling bertengkar serta tuduh menuduh?

Perbezaan antara mulia atau hinanya poligami amalan seseorang itu terletak pada taqwa dan keimanan pengamalnya. Andai tandus taqwa dan gersang iman, maka hancurlah amalan poligami itu, sebaliknya sekiranya semua akad dan nikah dipelopori oleh iman dan taqwa, maka menjadi salah satu taman – taman syurgawilah rumah tangga itu.

Hamba-hamba yang diuji Allah dengan kasih terbahagi ini adalah insan-insan istimewa yang terletak dua bejana di tangannya, sama ada memilih bejana pahala yang melimpah ruah atau bejana sengsara yang berpanjangan; tepuk dada tanyalah iman.

Akhirnya, berusahalah untuk melakukan kebaikan dan amal salih, bukan sekadar untuk merebut hati suami, tetapi untuk memperoleh kasih-sayang Allah. Jika Allah mengasihi kita, maka kasih sayang manusia juga akan tumpah kepada kita. Mudah-mudahan kita memperoleh kebahagiaan yang dicari.

Poligami merupakan syariat Islam yang akan berlaku sepanjang zaman hingga hari akhir. Poligami diperbolehkan dengan syarat sang suami memiliki kemampuan untuk adil di antara para isteri, sebagaimana pada ayat 3 surah annisa’ yang artinya:


“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”


Berlaku adil dalam bermuamalah dengan isteri-isterinya, iaitu dengan memberikan kepada masing-masing isteri hak-haknya. Adil disini lawan dari zalim, iaitu memberikan kepada seseorang kekurangan hak yang dipunyainya dan mengambil dari yang lain kelebihan hak yang dimilikinya. Jadi adil dapat diartikan persamaan. Berdasarkan hal ini maka adil antara para isteri adalah menyamakan hak yang ada pada para isteri dalam perkara-perkara yang memungkinkan untuk disamakan di dalamnya.

Adil adalah memberikan sesuatu kepada seseorang sesuai dengan haknya.

Apa saja hak seorang isteri di dalam poligami?


Di antara hak setiap isteri dalam poligami adalah sebagai berikut:

A. Memiliki rumah sendiri


Setiap isteri memiliki hak untuk mempunyai rumah sendiri. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surat Al Ahzab ayat 33, yang artinya, “Menetaplah kalian (wahai isteri-isteri Nabi) di rumah-rumah kalian.” Dalam ayat ini Allah Azza wa Jalla menyebutkan rumah Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam bentuk jamak, sehingga dapat dipahami bahwa rumah beliau tidak hanya satu.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menceritakan bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sakit menjelang wafatnya, baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya, “Dimana aku besok? Di rumah siapa?’ Baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menginginkan di tempat Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, oleh karena itu isteri-isteri beliau mengizinkan beliau untuk dirawat di mana saja baginda menginginkannya, maka baginda dirawat di rumah Aisyah sampai baginda wafat di sisi Aisyah. Baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam wafat pada hari giliran Aisyah. Allah mencabut ruh baginda dalam keadaan kepala baginda bersandar di dada Aisyah Radhiyallahu ‘Anha.

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan dalam kitab Al Mughni bahwasanya tidak pantas seorang suami mengumpulkan dua orang isteri dalam satu rumah tanpa redha dari keduanya. Hal ini dikhuatiri dapat menjadikan penyebab kecemburuan dan permusuhan di antara keduanya.

Tidak boleh mengumpulkan para isteri dalam satu rumah kecuali dengan redha mereka juga merupakan pendapat dari Imam Qurthubi di dalam tafsirnya dan Imam Nawawi dalam Al Majmu Syarh Muhadzdzab.


B. Menyamakan para isteri dalam masalah giliran


Setiap isteri harus mendapat hak giliran yang sama. Imam Muslim meriwayatkan hadis yang artinya; Anas bin Malik menyatakan bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memiliki 9 isteri. Kebiasaan baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bila menggilir isteri-isterinya, baginda mengunjungi semua isterinya dan baru berhenti (berakhir) di rumah isteri yang mendapat giliran saat itu.

Ketika dalam berpergian, jika seorang suami akan mengajak salah seorang isterinya, maka dilakukan undian untuk menentukan siapa yang akan ikut serta dalam perjalanan. Imam Bukhari meriwayatkan bahwa Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menyatakan bahwa apabila Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam hendak bermusafir, baginda mengundi di antara para isterinya, siapa yang akan baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sertakan dalam musafirnya. Baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasa menggilir setiap isterinya pada hari dan malamnya, kecuali Saudah bintu Zam’ah karena hak gilirannya telah diberikan kepada Aisyah Radhiyallahu ‘Anha.

Imam Ibnul Qoyyim menjelaskan bahwa seorang suami diperbolehkan untuk masuk ke rumah semua isterinya pada hari giliran salah seorang dari mereka, namun suami tidak boleh menggauli isteri yang bukan waktu gilirannya.
Seorang isteri yang sedang sakit maupun haid tetap mendapat hak giliran sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, bahwa Aisyah Radhiyallahu ‘Anha menyatakan bahwa jika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ingin bermesraan dengan istrinya namun saat itu isteri Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sedang haid, beliau memerintahkan untuk menutupi bagian sekitar kemaluannya.

Syaikh Abdurrahman Nashir As Sa’dy rahimahullah, ulama besar dari Saudi Arabia, pernah ditanya apakah seorang isteri yang haid atau nifas berhak mendapat pembahagian giliran atau tidak. Beliau rahimahullah menyatakan bahwa pendapat yang benar adalah bagi isteri yang haid berhak mendapat giliran.


C. Tidak boleh keluar dari rumah isteri yang mendapat giliran menuju rumah yang lain .


Seorang suami tidak boleh keluar untuk menuju rumah isteri yang lain yang bukan gilirannya pada malam hari kecuali keadaan darurat. Larangan ini disimpulkan dari hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menceritakan bahwa ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di rumah Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, tidak lama setelah baginda berbaring, baginda bangkit dan keluar rumah menuju kuburan Baqi sebagaimana diperintahkan oleh Jibril alaihi wa sallam. Aisyah Radhiyallahu ‘Anha kemudian mengikuti baginda karena menduga bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam akan pergi ke rumah isteri yang lain. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pulang dan mendapatkan Aisyah Radhiyallahu ‘Anha dalam keadaan termengah-mengah, baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya kepada Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, “Apakah Engkau menyangka Allah dan Rasul-Nya akan berbuat tidak adil kepadamu?”

Imam Ibnu Qudamah Rahimahullah menyatakan tidak dibolehkannya masuk rumah istri yang lain di malam hari kecuali darurat, misalnya si isteri sedang sakit. Jika suami menginap di rumah isteri yang bukan gilirannya tersebut, maka dia harus mengganti hak isteri yang gilirannya diambil malam itu. Apabila tidak menginap, maka tidak perlu menggantinya.


D. Batasan Malam Pertama Setelah Pernikahan

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu ‘Anhu bahwa termasuk sunnah bila seseorang menikah dengan gadis, suami menginap selama tujuh hari, jika menikah dengan janda, ia menginap selama tiga hari. Setelah itu barulah ia menggilir isteri-isteri yang lain.
Dalam hadits riwayat Muslim disebutkan bahwa Ummu Salamah Radhiyallahu ‘Anha mengkhabarkan bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menikahinya, beliau menginap bersamanya selama tiga hari dan beliau bersabda kepada Ummu Salamah, “Hal ini aku lakukan bukan sebagai penghinaan kepada keluargamu. Bila memang engkau mau, aku akan menginap bersamamu selama tujuh hari, namun aku pun akan menggilir isteri-isteriku yang lain selama tujuh hari.”

E. Wajib menyamakan nafkah


Setiap isteri memiliki hak untuk mempunyai rumah sendiri-sendiri, hal ini berkonsekuensi bahwa mereka makan sendiri-sendiri, namun bila isteri-isteri tersebut ingin berkumpul untuk makan bersama dengan keredhaan mereka maka tidak apa-apa.

Ibnu Taimiyah menyatakan bahwa bersikap adil dalam nafkah dan pakaian menurut pendapat yang kuat, merupakan suatu kewajiban bagi seorang suami.
Imam Ahmad meriwayatkan bahwa Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu mengabarkan bahwa Ummu Sulaim mengutusnya menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan membawa kurma sebagai hadiah untuk baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Kemudian kurma tersebut untuk dibagi-bagikan kepada isteri-isteri baginda segenggam-segenggam.

Bahkan ada keterangan yang dibawakan oleh Jarir bahwa ada seseorang yang berpoligami menyamakan nafkah untuk isteri-isterinya sampai-sampai makanan atau gandum yang tidak bisa ditakar / ditimbang karena terlalu sedikit, beliau tetap membaginya tangan pertangan. Namun perlu diambil kira pembahagian nafkah mengikut keperluan tanggungan suami dalam rumahnya.

F. Undian ketika safar

Bila seorang suami hendak melakukan musafir dan tidak membawa semua istrinya, maka ia harus mengundi untuk menentukan siapa yang akan menyertainya dalam safar tersebut.

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan bahwa kebiasaan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bila hendak musafir, baginda mengundi di antara para isterinya, siapa yang akan diajak dalam musafir tersebut.
Imam Ibnu Qudamah menyatakan bahwa seorang yang bermusafir dan membawa semua istrinya atau menginggalkan semua isterinya, maka tidak memerlukan undian.
Jika suami membawa lebih dari satu isterinya, maka ia harus menyamakan giliran sebagaimana ia menyamakan di antara mereka ketika tidak dalam keadaan bermusafir.

G. Tidak wajib menyamakan cinta dan jima’ di antara para istri

Seorang suami tidak dibebankan kewajiban untuk menyamakan cinta dan jima’ di antara para isterinya. Yang wajib bagi dia memberikan giliran kepada isteri-isterinya secara adil.

Ayat “Dan kamu sekali-kali tiadak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin demikian” ditafsirkan oleh Ibnu Katsir rahimahullah bahwa manusia tidak akan sanggup bersikap adil di antara istri-istri dari seluruh segi. Sekalipun pembagian malam demi malam dapat terjadi, akan tetapi tetap saja ada perbedaan dalam rasa cinta, syahwat, dan jima’.
Ayat ini turun berkenaan Aisyah Radhiyallahu ‘Anha. Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sangat mencintainya melebihi isteri-isteri yang lain. Baginda Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ya Allah inilah pembagianku yang aku mampu, maka janganlah engkau cela aku pada apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki, yaitu hati.”

Muhammad bin Sirrin pernah menanyakan ayat tersebut kepada Ubaidah, dan dijawab bahwa maksud surat An Nisaa’ ayat 129 tersebut dalam masalah cinta dan bersetubuh. Abu Bakar bin Arabiy menyatakan bahwa adil dalam masalah cinta diluar kesanggupan seseorang. Cinta merupakan anugerah dari Allah dan berada dalam tangan-Nya, begitu juga dengan bersetubuh, terkadang berghairah dengan istri yang satu namun terkadang tidak. Hal ini diperbolehkan asal bukan disengaja, sebab berada diluar kemampuan seseorang.

Ibnul Qoyyim rahimahullah menyatakan bahwa tidak wajib bagi suami untuk menyamakan cinta di antara isteri-isterinya, karena cinta merupakan perkara yang tidak dapat dikuasai. Aisyah Radhiyallahu ‘Anha merupakan isteri yang paling dicintai Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Dari sini dapat diambil pemahaman bahwa suami tidak wajib menyamakan para isteri dalam masalah jima’ karena jima’ terjadi karena adanya cinta dan kecondongan. Dan perkara cinta berada di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala, Zat yang membolak-balikkan hati. Jika seorang suami meninggalkan jima’ karena tidak adanya pendorong ke arah sana, maka suami tersebut dimaafkan. Menurut Imam Ibnu Qudamah rahimahullah, bila dimungkinkan untuk menyamakan dalam masalah jima, maka hal tersebut lebih baik, utama, dan lebih mendekati sikap adil.
Penulis Fiqh Sunnah menyarankan; meskipun demikian, hendaknya seoarang suami memenuhi kebutuhan jima isterinya sesuai kadar kemampuannya.
Imam al Jashshaash rahimahullah dalam Ahkam Al Qur’an menyatakan bahwa, “Dijadikan sebagian hak isteri adalah menyembunyikan perasaan lebih mencintai salah satu isteri terhadap isteri yang lain.”


Saranan

Seorang suami yang hendak melakukan poligami hendaknya melihat kemampuan pada dirinya sendiri, jangan sampai pahala yang dinginkan ketika melakukan poligami malah berbalik dengan dosa dan kerugian. Dalam sebuah hadis disebutkan (yang artinya) “Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu ia lebih condong kepada salah satunya dibandingkan dengan yang lain, maka pada hari Kiamat dia akan datang dalam keadaan salah satu bahunya senget sebelah.”

selalunya orang yang berpoligami merasa sakit hati bukan sahaja pada suaminya tetapi juga merasa sakit hati, cemburu, hasad dengki yang besar pada madunya. tak kiralah dia isteri yang bermadu atau yang dimadukan.

punca sakit hati datang dari masalah spiritual yang lemah. apabila spritual kita lemah; keyakinan turut hilang, semangat tiada. sekiranya kita tidak banyak bertenang kerana orang yang bermasalah spiritual perlu banyak bertenang. andai tidak begitu, masalah spritual ini akan menganggu emosi.

apabila emosi terganggu pula, maka kita akan mudah sedih, tidak gembira, bakhil:- bakhil duit, bakhil tenaga, bakhil senyuman, bakhil semuanya.

masalahnya , orang begini kena banyak sabar, jika kita tidak sabar, dia akan dapat penyakit mental, karektornya buruk, baran, depressed, sedih melulu, cemburu membuta tuli, susah nak dengar nasihat dsbnya.

apabila semua sudah lemah, spritual, emosi, mental, maka dizahirkanlah melalui penyakit fizikal. mula rasa sakit jantung, masalah paru-paru, darah tinggi stress yang amat. maka hidupnya semakin tidak bahagia dan kelam sahaja.

sememangnya untuk bahagia kita kena sihat, sihat pula bukan setakat sihat fizikal tetapi juga sihat spritual, mental dan emosi . barulah dunia ini nampak berwarna-warni.

penyelesaiannya , untuk mudah sihat semuanya; kita harus redha, banyak kan sabar, bertenang dan belajar ikhlas. hanya orang yang redha dengan qada’ dan qadar Allah mampu bahagia. hanya orang yang ikhlas berbakti pada suami dan anak-anak, akan menikmati kebahagiaan hidup berumah tangga walau dia dimadukan, malah dia redha pada orang yang menjadi madunya.

pokok pangkalnya, kembalilah kepada ajaran sunnah dan berpegang teguhlah dengan kitabullah. insyaallah bahagia hidup dunia dan akhirat. rawatlah diri, selesaikan masalah penyakit, insyaallah karektor turut terawat.

andai dirawat sistem penghadaman dan dapat membaiki tidur yang delta, maka jiwa akan tenang dan damai, tiada lagi rasa nak marah dan sedih. andai dijaga pemakanan agar tidak makan makanan yang banyak urik asid maka cemburu membuta tuli akan hilang, rasa tidak puas hati lenyap.

ingatlah, makanan membentuk karektor, penyakit pula hasil daripada karektor. maka rawatlah dan berpantanglah. banyakkan puasa dan solat. carilah penawar kerana setiap penyakit itu diturunkan penawarnya.

hidup berilmu, ceria selalu.

simpati pada kaum sejenis yang sangat menderita dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membuatkan diri kembali ceria ekoran dari suami yang memilih untuk berpoligami sentiasa meruntun hati. doa saya panjatkan agar Allah menganugerahkan ketenangan kepada mereka. jangan sampai kesedihan membuatkan kita sengsara dunia dan akhirat.

biarkan kesedihan itu. cumanya jangan dilayan. minta petunjuk dengan allah, agar kita diberi ketabahan. tabah dalam melalui kehidupan. tabah membimbing diri agar tidak tergelincir.

sebenarnya, hidup ini amat indah. penuh keceriaan. penuh kedamaian. pergi ke pantai, rasakan desiran angin pantai yang menyejuk dan menyegarkan. lihatlah ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai. pandanglah beburung yang terbeng bebas di angkasa, dengarkan deburan ombak yang menggamit kesyahduan jiwa, perhatikan alam ciptaan Tuhan, katakan pada diri; Ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan ini sia-sia. rasakan kerdilnya diri kita. kita tiada apa-apa dibandingkan dengan keagunganNya. kita bukan siapa-siapa dibandingkan dengan anugerahNYa . lihat pada kapal yang teroleng-oleng di tengah lautan, tanpa kuasaNya , pasti kapal itu tenggelam.

perhatikan langit membiru yang terbentang luas, resapkan dalam hati akan hakikat bahawa satu hari nanti langit itu akan digulung, gunung-gunung akan berterbangan seperti debu, alam menjadi fatamorgana.

kita akan dibangkitkan, bagaimanakah akan keadaan kita? masih risaukan hal suami yang akan berkahwin lagi kah kita? masih merintih akan kasih suami yang terbahagikah kita? masih menderita kerana nasib kita malangkah kita?

tidak.tidak sesekali. kita tidak hiraukan lagi semua itu. semuanya nafsi-nafsi, tiada memperdulikan orang lain hatta anak yang kita kandungkan sendiri.

sebenarnya semua itu bakal berlaku dan ia tidak lama lagi. umur kita hari demi hari makin menghampiri tarikh kematian kita, satu hari yang pasti tiba dan tatkala itu tiada apa lagi yang dapat kita lakukan untuk menambah amalan kita, tiada lagi perjuangan menentang hawa nafsu, tiada lagi keluh kesah akan suami yang mahu mencari pengganti. yang ada hanya penyesalan . menyesali nasib diri yang tatkala masih diberi peluang beramal sebaik mungkin kita sia-siakan . menyesali mengapa dulu kita tidak banyak redha akan qadar dan qadar Ilahi. mengapa dulu kita banyak membuat kemungkaran, menaikkan suara pada suami, dia menjerit, ehh, kita lagi kuat menjerit , dia mengamuk, kita tak kalah mengamuk. meyesal mengapa kita begini dan begitu, malangnya sesalan hanya tinggal sesalan. tiada apa lagi yang dapat merubahnya.

alangkah bagusnya jika kita sedar sebelum terlambat. sedar bahawa hidup ini indah, walau apa dugaan hidup kita tapi sebenarnya itulah keindahan kehidupan.

muga kita hidup ceria dan bahagia dunia dan akhirat walau apa yang menanti kita disebalik selekoh itu.

hidup ceria berilmu.

sebenarnya memang pahit menerima hakikat bahawa kita telah dimadu. apatah lagi sekiranya kita amat mencintai suami kita dan kita rasa yang rumah tangga kita tiada masalah. rupa-rupanya, kita sahaja yang berpendapat begitu, suami sebaliknya merasakan yang kita bukan sahaja tidak membahagiakan malah banyak menyusahkannya.

dia mencari yang baru, dengan niat mahu membina hidup lain, mahu mencari sinar bahagia yang padanya tidak dapat diperolehi melalui kita.

bagaimana perasaan kita? tak tahan? minta dilepaskan? mahu menyerang madu? memaki hamun suami dan madu? sebelum berbuat apa-apa , cubalah renungkan .

persoalannya;

1. adakah suami kita tidak bertanggung jawab? adakah dengan berkahwin baru dia mengabaikan kita? tidak adil? melebihkan isteri barunya sehingga kita terabai? tidak memberi nafkah zahir dan batin yang mencukupi?

andai ya;- jatuh dua pilihan. (ingat kita sentiasa ada pilihan , cumanya dalam memilih pastikan kita memohon panduan dari-Nya ).

pilihan 1- meminta berpisah. atas alasan dia tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan cenderung berlebihan kepada isteri barunya sehingga kita terabai- rujuk bagaimana mahu berpisah dengan peguam syarie- contact jabatan agama dan cari maklumat.

pilihan kedua- sabar. kita jalani kehidupan sebagaimana biasa. jadi isteri walau isteri yang digantung tidak bertali; ingat pula bahawa kita tidak bertanggung jawab atas apa yang orang lakukan pada kita tetapi hanya bertanggung jawab atas tindakan kita sendiri.

2. apa perasaan kita? – adakah kita boleh terima?

jika kita boleh terima pula; beberapa persoalan juga yang berkaitan yang kita kena jawab. adakah penerimaan kita itu kerana kita redha atau terima secara paksa kerana kita tiada pilihan. muhasabah hati kita; cari jawapan dan cari penyelesaian.

andai kita terima suami kita kerana redha, pastikan pula keredhaan kita itu kerana mencari redha Ilahi melalui khidmat kita sebagai isteri; (ingat bahawa suami dan anak-anak itu adalah alat untuk kita mencari syurga- motivasikan diri dengan pahala-pahala yang diperolehi oleh isteri yang setia berkhidmat untuk suami);- alangkah bahagianya isteri yang begini.

andai kita terima kerana tiada pilihan, (sebenarnya ini pilihan yang sukar dan boleh menjerut leher sendiri), maka ada banyak benda yang kita kena buat kerana kita tidak mahu pilihan terpaksa -rela kita itu membawa kita terjerumus ke neraka yang kita tahu 2/3 ahlinya adalah wanita. kita kena menambah ilmu untuk menjadikan diri kita boleh berubah dari terima paksa -rela kepada redha sepenuhnya.

adakah kita tidak boleh terima;

andai tidak boleh terima pula, ada pula persoalannya yang kita kena jawab ;

adakah kita tidak boleh terima kerana nafsu kita tercedera dan kecederaan nafsu kita itu pula parah? kita tak mampu menahan amarah, sakit hati, dengki, bencikan suami, bencikan madu, rasa dia perampas suami kita , perampas kebahagiaan kita dan pelbagai perasaan yang membunuh ketenangan kita dan menaikkan emosi dan tekanan darah kita.

atau kita tidak boleh terima kerana kita tahu bahawa kita tidak mampu taat pada suami kita dan kita tidak akan dapat melayannya lagi; (juga sebenarnya kesan daripada nafsu yang tercedera – tapi lebih baik sedikit sebab ada rasa bimbang kita akan jadi isteri yang nusyuz).

lalu, sekarang apa yang kita mahu buat? apa tindakan selanjutnya?

baik, sekiranya kita mahu teruskan niat untuk berpisah, telah habis ikhtiar kita namun hati yang tercedera tidak mampu pulih lagi, lalu seperti yang saya katakan, berdoalah mohon Allah agar cukupkan kita, jiwa dan kehidupan. mohonlah keampunan pada_Nya kerana kita bimbang kita termasuk dalam golongan hambaNya yang tidak tahu bersyukur. kemudian teruskan kehidupan baru kita sebagai janda atau ibu tunggal yang terbaik. (ingat; kita tidak boleh untuk jadi yang tidak terbaik walau sebagai apapun kita; hidup kita terlalu singkat untuk itu).

apa yang ingin saya bincangkan kini adalah sekiranya kita memilih untuk terima, dan kita terima pula hanya kerana terpaksa – rela. ingatlah jika kita dalam keadaan begitu, kita tetap seorang isteri pada seorang suami. bagaimana peranan kita sebagai isteri yang dimadukan terhadap suami kita yang punyai isteri lain selain dari kita.

kita adalah isteri. walau isteri yang ke berapa sekalipun namun, hakikat seorang isteri, dia kena patuh pada suaminya selagi kepatuhan itu tidak bercanggah dengan syariat. suaminya tetap makhluk yang Allah angkat darjatnya lebih tinggi dari isteri. ingat hadis nabi (sohih); andai dibolehkan seorang hamba sujud kepada hamba yang lain, maka aku akan perintahkan agar seorang isteri sujud kepada suaminya.

adakah syarat untuk isteri patuh kepada suaminya? apa perlu suami itu mengikut kehendak isteri, baru isteri wajib patuh, apa perlu agar suami itu menjadi suami soleh yang menjiwai perwatakan junjungan mulia baru si isteri wajib tunduk, apa perlu untuk suami mempunyai ketampanan sosial dan fizikal untuk kita menjadi isteri yang taat ?

tiada; tiada langsung dalam mana-mana hadis atau ayat al-quran yang menyatakan sedemikian. cumanya, diajar dan dididik kita melalui sunnah rasul dan ajaran Tuhan agar kita masing-masing menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya.

lalu, walau siapa dan apapun akhlak suami kita, bila kita memilih untuk menjadi seorang isteri, akurlah kepada peranan seorang isteri . apa peranan isteri?

pernah datang seorang perempuan kepada Rasulullah bertanyakan apakah hak seorang isteri kepada suaminya ? jawab junjungan , (secara mudahnya )andai kaki suami itu bernanah sekalipun dan disapu oleh isterinya dengan wajahnya, masih belum tertunai besarnya hak suami atas isterinya. ( jangan sekali-kali berhujah di sini; asyik-asyik hak isteri sahaja yang dipertikaikan, hak suami bagaimana?- andai ini dilayan, kita akan sakit hati dan merasa ahhh, dia tak tahu jalankan tanggung jawab sebagai suami apa pula aku nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri; bagus, dua-dua ketuk pintu neraka).

maka, jalankan tanggung jawab kita sebaiknya, inilah amalan dan ibadat kita atau sedeqah jariah kita yang akan dihisab oleh Allah swt di padang mahsyar nanti. inilah penentu sama ada kita penghuni syurga atau neraka.

jangan sekali-kali dilayan bisikan atau perkataan negatif yang kita ucapkan dalam hati. apabila bercakap sahaja hati kita dengan cakapan yang berbau sakit hati, dendan kesumat, membanding-bandingkan layanan suami atau sebagainya, cepat-cepat istighfar, maka serta merta kita akan kembali positif.

ingatlah cakapan hati yang negatif datang dari syaitan, dia mengalir dalam diri kita mengikut aliran darah. makin kita marah, makin kembang aliran, makin kuat emosi negatif kita. kerana itu perasaan marah, contohnya, selain membuat kita penat dan menjadikan situasi makin teruk, ia juga mengundang penyakit .

oleh itu, jadilah isteri yang terbaik kepada suami yang apapun dia, penyangak? perompak? imam? atau lainnya. ingatlah asiyah isteri firaun, dia isteri kepada lelaki yang mengaku tuhan, tetapi dia tetap memberi khidmat yang terbaik, kerana itu dia dijanjikan syurga oleh Tuhannya. kita? adakah suami kita sejahat firaun? lalu apa yang mengekang kita daripada taat dan patuh kepada orang yang ditingkatkan darjatnya oleh Allah itu sendiri?

ada yang bertanyakan adakah boleh isteri yang dimadukan mengecapi kebahagiaan? saya ingin bertanya; pada apa atau siapa letaknya bahagia? kalau jawapanya pada suami. ya, memang poligami tidak boleh mendatangkan kebahagiaan. hatta kita yang tidak dimadukan suami inipun boleh tidak bahagia andai kita meletakkan bahagia pada makhluk ciptaan Allah atau pada benda. hakikat bahagia itu, ia datang dari kurniaan Ilahi.

hati kita bukanlah milik kita. hati adalah milik Allah. kerana itu doa junjungan mulia kita adalah, agar Allah mengampunkan baginda kerana dia tidak mampu berlaku adil pada yang bukan haknya. maksud baginda adalah hati. kerana cinta baginda milik Aisyah. itu adalah anugerah Allah. lalu, walau poligami atau monogami sekalipun perkahwinan kita;- ya! kita boleh bahagia. bahagia yang sesungguhnya.

ingatlah; bahagia itu datang dari hati, bertapak di hati dan berkembang dari hati. yang keduanya, segala yang bukan milik kita, maka mohonlah kepada yang empunya agar menganugerahkan kita apa yang kita mahu.

andai kebahagiaan yang kita mahu, mohonlah kedatangan bahagia itu bertamu dalam hidup kita. mohonlah bersungguh – sungguh dan yakinlah akan rahmat Allah. bersihkan hati.

kita mahu bahagia bertapak di hati sedang hati itu milik Allah. lalu adakah akan bertapak kebahagiaan sejati andai tempat itu kotor dan tidak bersih, jauh dari rasa syukur pada penciptanNYa? jadikanlah hati kita itu putih bersih. bebas dari sifat-sifat mazmumah. mampukah kita bahagia kalau itu keadaannya?

saya pernah ditanya, mengapa Allah menghalalkan poligami, sedangkan Dia Maha Mengetahui bahawa hambaNya dari kalangan hawa amat membenci poligami. mungkin jawapannya ada dalam post; poligami- apa yang perlu dikata pada diri.

Allah memang Maha Mengatahui, Dia tahu dengan poligami dia dapat mendidik hambaNYa . poligami dapat membuka pekung di dada baik lelaki mahupun wanita. hanya hambaNya yang beriman dan bertaqwa sahaja dapat menempuhi alam poligami dengan jayanya.

kalau dia lelaki, dia tidak sekali-kali akan menggunakan kemudahan berpoligami hanya untuk memuaskan hawa nafsunya, malah dia tahu, dengan berpoligami, dia sebenarnya menambah amanah yang terpikul di bahunya. dia tahu bahawa poligami bukan keistimewaan tetapi tanggung jawab, dia juga tidak akan mudah berpoligami kerana dia tahu bahawa tidak mudah mengendalikan dua keluarga, dan dia perlu menimbangkan keupayaannya dari segala segi.

kalau dia wanita pula, dia tahu bahawa Allah membolehkan poligami kerana hikmah-hikmahnya. suami itu bukan hak milik tetapi anugerah. bukankah di bawah tapak kaki suami itu terletaknya syurga isteri? sememangnya Allah menjadikan tingkatan lelaki itu lebih darjatnya dari wanita kerana mereka kaum pemimpin.

maka, kerana itu tidak ramai pasangan dapat merealisasikan hidup berpoligami . sedang membina masjid itu perlu niatnya adalah kerana Allah. kebanyakannya, berpoligami atas alasan peribadi. selagi perkahwinan itu tidak didasarkan kerana mencari redha Ilahi, selagi itulah rumah tangga itu sentiasa bergoncang dan tidak bahagia.

wajar perlaksanaan perkahwinan itu, baik poligami atau monogami didasarkan kerana mencari keredhaan – Nya. rumah tangga bukan sahaja tenteram damai malah banyak permasalahan ummah dapat diselesaikan.

muhasabah diri, hidup berilmu.

assalamualaikum wrt. muga semua berada dalam rahmah dan hidayah Allah.

kali ini saya mulakan dengan salam.

khusus untuk saudara-saudara hawa saya yang berada dalam kemelut diri terutama yang melibatkan suami berpoligami atau juga kepada saudara-saudara hawa saya yang mahu masuk ke alam rumahtangga saudara hawanya yang lain.

suami. satu figura besar dalam dunia wanita. suami segala-galanya kepada mereka. dari buka sahaja mata sehingga tutup mata kembali, segala yang dilakukan adalah untuk suami. memasak untuk suami, menjaga anak untuk suami (bonusnya kerana hati terikat dengan anak yang dijaga dengan ikatan kasih sayang yang suci dan sejati). mengemas rumah untuk suami. hatta bekerja juga untuk membantu suami.

cumanya, dalam melayari kehidupan berumah tangga, hati wanita yang sentiasa untuk suami itu tadi juga mengharapkan yang serupa untuk dirinya. mereka mahu suami juga berkorban dan mengasihi mereka sepenuhnya. mahukan pengorbanan mereka menguruskan segala-galanya untuk suami diiktiraf. dihargai dengan cara tidak berlaku curang kepada mereka. mahu penat lelah mereka seharian disambut suami dengan senyum tatkala bertemu di rumah. mahu ditegur dengan berhemah dan berhikmah oleh si suami, (kerana mereka adalah isteri, bukannya orang gaji).

namun, malangnya, keberantakan rumah tangga tetap berlaku. malah kekadang pasangan begitu mudah meleraikan ikatan yang dulunya dirai dengan meriah oleh sanak saudara kedua-dua pihak, hanya kerana ketidakpuasan hati dan alasan tiada lagi persefahaman. mengapa tiada persefahaman? apa yang dimaksudkan dengan persefahaman dalam rumah tangga?

satu fahaman- suami dan isteri mesti mempunyai satu fahaman, tidak boleh isteri memegang fahaman lain dan suami pula lain, andai wujud, maka perlu pula tolak ansur, dalam bertolak ansur pula, masing-masing perlu meletakkan diri dalam kedudukan masing-masing. tidak boleh yang satu pihak mengambil tempat yang satu lagi ; pincanglah rumahtangga. karamlah bahtera.

suami sebagai ketua, manakala isteri orang yang dipimpin. namun, pemimpin yang beriman, perlu mengamalkan konsep musyawarah sebelum mengambil keputusan. konsep musyawarah pula, setiap ahli korum perlu mencapai kata putus dalam keadaan yang berhemah dan berhikmah. setiap pendapat ahli korum perlu diteliti sebelum ditolak.

pemimpin yang mengamalkan kuasa veto atau otokrat bukanlah pemimpin yang adil. sedang pepatah melayu ada mengatakan; raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

lalu, pemimpin perlu akur pada aturan. aturan Islam. aturan Allah. orang yang dipimpin juga begitu. barulah rumah tangga berkat dan limpahi rahmah dan mawaddah.

STATISTIK PERCERAIAN SELURUH MALAYSIA

NEGERI/TAHUN 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005
PERLIS 234 216 209 288 221 188 186

226

253 164 228
KEDAH 2,099 1,765 1,729 1,914 1,660 1,168 1,549 1,133 1,085 1,474 1,737
P.PINANG 626 243 601 613 656 647 717 911 925 916 875
PERAK 719 849 601 1,024 1,134 1,234 1,103 1,975 1,363 1,508 1,475
SELANGOR 1,103 1,333 1,102 1,454 1,568 2,075 1,878 1,977 3,158 3,136 3,029
K.LUMPUR 237 553 897 894 711 499 721 798 885 1,296 1,250
N.SEMBILAN 425 446 416 572 528 625 564 629 684 638 807
MELAKA 143 514 528 521 343 394 384 530 588 553 601
JOHOR 1,315 1,199 1,442 1,083 1,551 1,942 963 1,627 1,612 1,690 1,521
PAHANG 689 763 1,069 1,221 1,118 1,016 1,042

894

917 616 1,048
TERENGGANU 759 637 632 903 958 1,005 1,046

813

897 1,172 1,285
KELANTAN 1,711 1,577 1,814 1,905 1,918 1,784 2,042 1,472 1,926 1,952 1,900
SARAWAK 201 358 358 514 342 486 602

634

652 826 820
SABAH 1,187 546 339 357 420 433 311 161 570 514 582
W.P LABUAN 26 54 40 54 27 40 79

61

28 54 54
MALAYSIA 11,474 11,053 11,777 13,317 13,155 13,536 13,187

13,841

15,543 16,509 13,465
 

persefahaman utama.

rumah tangga didirikan sebagai mengikut sunnah junjungan mulia kita, NAbi Muhammad saw. untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan dengan kalimah Allah dan lafaz akad. suami merupakan ketua dan isteri penolongnya. melayari bahtera kehidupan dengan niat mencari redha Allah. mentarbiah diri, dan orang yang dibawah tanggungan menuju jalan yang lurus. mengharungi suka duka perkahwinan bersama.

selagi kedua-dua pasangan berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah rasul , maka selagi itulah rumah tangga mereka dalam rahmah Allah. berbahagialah mereka di dunia dan akhirat. tidak mengira rumah tangga itu  monogami atau poligami.

hidup berilmu. ceria selalu.

Laman Berikutnya »