magnetik diri


ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian.

Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak kepada rumah tangga.

Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu.

Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan memilih jalan ‘cerai’.Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir?

Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan dan persengketaan memang lumrah.

Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali.

Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang agak panjang mungkin belasan atau puluhan tahun.

“Cuma perkara yang perlu difahami ialah bagaimana hendak menguruskan emosi kerana hadis nabi ada menyebut, `jangan marah, jangan marah, jangan marah’, yang diulang sehingga tiga kali, supaya masing-masing mengawal emosi,” katanya.

Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan ini semakin meningkat.

Bagi tahun lalu, daripada 129,545 perkahwinan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, kes perceraian juga agak tinggi iaitu 20,131 kes.

Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam menangani masalah.

Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada sesebuah rumah tangga.

“Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian.

“Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan terakhir itu,” katanya.

Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.”

Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.

Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan.

“Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang baik.” (an-Nisa’:19)

Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar.

“Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan,” katanya.

Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai.

“Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas).

“Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup bersama,” katanya.

Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban.

“Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar.

“Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri,” katanya.

aura secara ringkasnya adalah cahaya. mengelilingi tubuh seseorang dalam 3 lapisan;-

1. lapisan sihat atau fizikal ( IQ )

untuk membuatkan seseorang mantap dan tebal auranya di lapisan fizikal ini maka lakukan perkara-perkara yang positif. banyakkan senaman, kerana senaman membuatkan tubuh sihat dan mental cerdas, manakala tubuh yang sihat membuatkan umur biologi jauh lebih muda dari umur kronologi, murahkan senyuman, kerana senyuman membuatkan diri dan orang lain berbahagia. bila diri dan orang berbahagia, magnetik diri terbuka luas, wajah jadi sejuk mata memandang, rezeki jadi murah. banyakkan bersalaman dan bermaafan, aura jadi tinggi dan tebal.

2. lapisan mental ( EQ)

lapisan kedua luar tubuh ini dapat ditebalkan dengan banyakkan syukur keranan syukur menambahkan nikmat dlm kehidupan. hamba Allah yang banyak bersyukur membuatkan orang di langit senang dan ini memudahkan urusannya. banyakkan istighfar kerana istighfar membuang negatif dalam diri dengan mencuci hati. tompokan hitam hasilan dosa akan dibasuh bersih dengan air mata keinsafan dan digantikan dengan tompokan putih. orang yang hatinya bersih membuatkan aura dirinya menyerlah dan menjadi magnetik dirinya. tanpa mengira apa yang dilakukan orang pada dirinya , namun dia tetap sentiasa menjadi pohon rendang yang menggugurkan buah yang lazat dan enak untuk dimakan walau kepada orang yang membaling batu. berfikiran positif, berkata positif; aura  kian bergemerlapan.

3. aura spiritual (SQ)

melibatkan keimanan seseorang. peliharalah solatnya, banyakkan puasa dan mentilawah kitab suci Allah, banyakkan sedeqah, sedeqah senyuman, sedeqah harta benda, sedeqah wang ringgit, sedeqah qudrat, sedeqah kata- kata yang baik, sedeqah wajah yang manis, sedeqah sangkaan baik, sedeqah nasihat, sedeqahlah hatta dengan berdiam tatkala berbual dengan seseorang  untuk lebih memberi tumpuan pada apa yang dikatanya. makin tinggi keimanan seseorang , makin tebal auranya, makin terserlah magnetik dirinya.

aura dimiliki semua orang. bezanya sama ada aura seseorang itu menjadi magnetik kepada dirinya atau membuatkan rezeki semakin jauh.  berilmu dan beramallah untuk menjadikan aura diri tebal. elakkan perkara negatif yang dapat menyerap aura seperti berhutang, bergaduh, berdendam, bersangka buruk, tidak menjaga sunnah nabi; banyak makan, banyak mengumpat dan sebagainya.

hidup berilmuj, ceria selalu

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

apa yang dikatakan di hati, lambat laun akhirnya akan dikata juga oleh mulut. kerana itu apa yang difikir di hati sangat memainkan peranan tambahan pula ia membawa serampang lain.

niat dan kata-kata di hati adalah doa berbentuk harapan atau kepercayaan kita yang sekiranya disertakan dengan emosi amat mudah dimakbulkan yang Maha Memakbulkan hajat dan harapan manusia.

kalau orang tua dulu-dulu selalu berkata, masin mulut, betul jadinya nanti. itulah sebenarnya. magnetik atau kepercayaan yang menarik peristiwa atau kejadian yang akan datang kepada kita. kepercayaan kuat yang terkesumat dalam diri tentang diri kita, maka itulah kita. kita akan menjadi sepertimana apa yang kita percaya. bagaimana mahu menjadi berlawanan, takkan mungkin kita percaya bahawa kita ni tak ada yang istimewanya, tak cantik, tak pandai, selalu susah, akhirnya akan jadi istimewa, cantik dan senang; kerana fikir aje kita tak istimewa, aura diri dah jadi negatif. hati jadi kecil, semangat jadi rendah, keyakinan hilang, lantas bagaimana akan menarik yang bertentangan. fikiran kita tak istimewa tak akan mungkin dapat menarik kenyataan kita jadi istimewa kerana range frekuensinya sudah bagai langit dengan bumi.

masalah dengan kata-kata di hati pula perlu berakar umbi dengan kepercayaan. bagaimana pula mahu menarik apa yang kita kata di hati sedang jauh di sudut hati kita percaya yang sebaliknya. kita kata di hati kita, aku istimewa, kita ucap dengan mulut kita , aku istimewa, tapi kita tak percaya. kita tak yakin, hanya sekadar kita kata di hati dan kita luahkan di mulut. juga tak akan membuahkan kejayaan kerana walau benar kita perlu fikir positif dan berlagak positif tapi hasil yang mujarab atau fantastik hanya akan kita dapat kalau kita yakin dengan apa yang kita kata di hati dan mulut itu seratus peratus.

mohonlah bantuanNya kerana kita tak mampu berseorangan untuk berubah. pintalah setulus hati agar dimudahkan usaha kita untuk berubah. banyakkan istighfar dan munajat. muga kepercayaan kita selari dengan apa yang dimulut dan di hati.

hidup berilmu, ceria selalu.

memang perit apabila diri kita tidak dihargai. apa yang dibuat semuanya di’take for granted’. malah apabila kita bercakap sesuatu dikata kita mengungkit segala kebaikan kita dan akan dibayar semuanya kembali. mengapa ya Ila begitu?

pernahkah Ila terfikir bahawa sebenarnya itu semua juga termasuk dalam ujian dan cabaran hidup kita. memang hidup tak selalunya indah. ada masa dan ketika kita rasa seolah-olah hidup ini sulit dan untuk sabar dan redha juga amat susah.

yakinlah, apabila ada sahaja kata-kata buruk bermain di minda , ia datang dari syaitan. cepat-cepatlah beristghfar. sebutlah doa; ‘Ya Allah. denganMu aku berlindung dari bisikan syaitan, dan aku bermohon , ya Rabb, agar Kau jauhkan aku dari kedatangan mereka kepadaku”.

ingtalah bahawa apa yang ada di dunia ini hanya sementara. andai benar diri kita tidak dihargai, selidiklah diri, muhasabah lah hati. mana tahu, memang benar kita tidak ikhlas dalam berbakti, tidak redha dalam menerima. lalu banyakkan istighfar, agar ketidakpenghargaan insan di sekeliling kita sebenarnya makin menjadikan diri kita lebih berkualiti. lebih bernilai tambah. lebih istimewa.

bersihkan hati sentiasa. niat agar apa yang dilakukan adalah keranaNya, lalu walau apa penerimaan orang, hati tidak akan terguris, sementelah yang dipohon keredhaannya adalah Dia Yang Maha Kuasa.

banyakkan doa agar dibersihkan hati kita, dikurniakan kebajikan dalam diri dan hidup kita. yang penting kita menjaga diri kita agar tidak terjerumus dalam perangkap syaitan yang memang sentiasa mahu kita menjadi kufur nikmat dan derhaka seperti dirinya.

tabahkan hati, ingatlah, manusia tidak akan pernah puas hati. kita juga begitu. ada sahaja ketidakpuasan hati dalam diri kita, dah banyak yang kita buat, tapi orang tak pandang. dah banyak jasa yang kita tabur, tapi tak diendahkan orang. dah banyak pengorbanan yang kita lakukan tapi orang masih tidak berpuas hati. perasaan -perasaan bahawa orang tidak menghargai kita juga sebenarnya adalah ketidakpuasan hati kita yang kita sama ada pendam dalam hati atau kita luahkan baik melalui kata-kata atau kita tunjukkan melalui protes; bermasam muka, tidak bercakap dan sebagainya.

lalu, bertepuk tanganlah si syaitan durjana kerana berjaya memainkan perasaan kita, tipu daya mereka sangat tinggi, muslihat mereka sangat kreatif. dimainkan perasaan kita sehingga kita rasa yang kita teraniaya kerana tidak prihatinnya insan di sekeliling kita terhadap kita, walhal, apa sahaja yang kita lakukan , kita tidak perlu pujian atau penghargaan, kerana yang membalas dan pembalasan yang kita nanti bukan daripada makhluk yang lemah seperti kita, tapi kita mahu penghargaan sebenar dari ‘the almighty’.

andai kita banyak berkorban untuk keluarga, wang kita banyak keluar untuk membantu suami, tenaga kita diperah siang dan malam untuk memastikan rumah tangga terurus, ohh, sebenarnya itulah sedeqah yang amat tinggi, itulah semaian kita untuk tuaian di akhirat nanti.

pastinya benih yang kita semai, kita mahu dari benih yang terbaik, tanpa ada cacat dan celanya , kita tentunya mahu hasil tuaian dari benih itu hidup subur dan membuahkan hasil yang paling manis dan lazat untuk kita rasai . kita pastinya tidak peduli apa pun kritikan orang dalam usaha kita menyemai benih itu, tapi kritikan itu tetap kita selidiki , mana tahu benar dan dapat kita jadikan tips untuk menyuburkan lagi hasil tuaian kita.

jadikan hujan itu sebagai satu yang indah, kerana tanpa hujan pastinya semaian tak subur. jadikan taufan dan puting beliung hidup juga satu yang indah kerana dengan adanya dia kita tahu tahap perlindungan diri kita mantap atau tidak.

sama juga dengan kehidupan, ujian dan cabaran, tribulasi dan mehnah, semuanya indah. kerana dengan semua itu kita menjadi bertambah matang dan kita kenal siapa diri kita, bila kita kenal siapa diri kita , kita mudah kenal Pencipta kita.

hidup ceria , beramal , berilmu.

banyak sekali kebaikan yang kita dapati andai kita ikhlas.

ikhlas malangnya amat sukar dilakukan dan hanya Dia yang Memiliki hati- hati hambaNya sahaja tahu akan ikhlas atau tidaknya seseorang . justeru itu, wajar sekali andai kita sentiasa beringat bahawa ikhlas itu perlu diusahakan kehadirannya dalam hati kita. mulut pula mesti turut berwaspada agar tidak menceritakan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan agar ikhlas itu sememangnya benar-benar ikhlas.

kebaikan ikhlas.

1. jiwa tenang; hati tidak akan merasa sakit andai kita tidak dihargai. walau banyak budi yang telah kita semai, namun andai kita ikhlas, kita redha dan senang hati walaupun kita tidak dihargai. walau budi yang ditabur dipandang endah tak endah, namun ikhlas penawar hati kita. bersyukur atau tidaknya seseorang atas jasa baik kita pada orang tersebut bukanlah penentu yang kita ikhlas. andai keluarga atau adik beradik tidak mengenang jasa kita, tidak mencacatkan ikhlas kita, andai suami tidak menghargai penat lelah kita menguruskan rumahtangga, anak-anak dan dirinya, itu juga langsung tidak mencacatkan ikhlas kita. andai rakan taulan tidak memandang kebaikan kita kepada mereka, itu juga tidak menjadi kudis pada ikhlkas kita. ikhlaslah dalam melakukan apa sahaja, maka kita akan kebal kritikan dan ampuh pujian. dipuji atau dikeji langsung tidak memainkan peranan terhadap kita. kerana hati kita ikhlas. ikhlas kerana Allah.. pahala yang banyak menanti orang yang ikhlas. namun , pahala itu juga tidak mengancam ikhlas kita, kerana ikhlas kita semata-mata keranaNya, bukan kerana pahala atau pujian orang atau penghargaan sesama makhluk.

2. keberkatan rezeki. bila hati ikhlas, kita mudah redha. bila kita redha , kita sentias bersyukur. walau apa yang menimpa kita, kita syukuri, walau kita tidak sesenang mana , tapi hati kita sentiasa rasa hidup ini indah, kita tidak berkeluh kesah. bila kita bahagia, dan banyak bersyukur, maka janji Allah, Dia akan menambah nikmat orang yang sentiasa bersyukur. orang yang bersyukur hasil dari keikhlasan hati, rezekinya sangat berkat. laluan hidupnya mudah dan walau dihimpit kesusahan tetapi dia tetap redha.

3. ramai sahabat. keikhlasan seseorang menarik ramai sahabat di sekelilingnya, dan sahabat2nya itu turut menerima aura ikhlasnya dan membentuk diri mereka menjadi ikhlas juga. sabda junjungan yang membawa maksud, seseorang itu dinilai melalui siapa yang menjadi sahabatnya. bersahabat lah dengan orang yang baik akhlak dan bersih hatinya. kita turut mendapat aura itu.

hidup berilmu, ceria selalu.

kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.

Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.

Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.

Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.

Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.

Begitulah seharusnya cinta………..

Petikan Artikel motivasi oleh dari. HM Tuah Iskandar Al-Haj

ramai yang sangat berminat dengan ilmu astronumerologi ini. sementelah mengetahui bahawa ilmu ini dapat digunakan dalam memberi petunjuk untuk mengenali diri kita. alangkah bagusnya kita dapat tahu tentang diri kita; kekuatan kita untuk dikembangkan dan kelemahan kita untuk dibaiki.

sebenarnya saya boleh membantu mentafsirkan nombor saudari-saudari. andai anda benar-benar ingin mengetahui, kirimkan kepada saya tarikh lahir anda dan waktu lahir, namun saya terpaksa mengambil sedikit upah untuk menafsirkannya. apatah lagi ia mengambil masa. walau bagaimanapun upahnya tidaklah mahal, cukup untuk memotivasikan saya, ramai konsultan yang mengambil upah per jam atau paling tidakpun RM 50.00 untuk satu nama dan RM10.00 untuk graf. tetapi cukup saudari memberi upah penat saya dengan hanya RM35.00 untuk satu nama dan RM5.00 untuk graf. (graf dan segitiga angka akan diposkan). berminat? emailkan:

1. nama penuh mengikut surat beranak

2. tarikh lahir

3. masa lahir

kepada intanrohaida@yahoo.com

muga pengetahuan untuk ilmu mengenal perilaku manusia ini dapat membantu mengetahui tentang diri kita dan mengapa banyak peristiwa berlaku dalam hidup kita ketika ini , waktu itu. insyaallah.

hidup berilmu, ceria selalu.

kekadang apa yang kita rasa adalah semuanya hanya bayangan , perasaan , imaginasi atau prasangka kita sahaja. kita penat rasa marah pada seseorang seperti suami kerana dia terlupa col , kitapun bertanggapan yang dia tidak lagi sayangkan kita, based on tanggapan kita tu, kita pun buat tak layan pada dia bila dia balik, seingat kita, dia selalu begitu, kalau dengan orang lain, wah! bukan main mesra lagi tapi dengan kita payahnya nak senyum; eh..eh.. rupa-rupanya kita yang mengundang semua itu.

1. kita berprasangka, hati mempercayai, mulalah kita nak moody; tak mau melayan, muka masam dsbnya. sebenarnya apabila hati berprasangka sahaja, kita telah meletak atau memasang satu perisai negatif di sekeliling diri kita, dan perisai ini akan menarik benda – benda yang negatif juga, kerana medan magnetnya sama, lalu apabila kita bermuka masam, orang yang kita sakit hati itu pun akan bermasam muka juga. kita moody , diapun moody juga, kenapa pula dia dapat melayan orang dengan baik, sebab orang itu ikhlas, tiada prasangka dengannya; justeru itu, berhati-hatilah dengan mind power; kuasai minda kita.

2.kita sentiasa berfikiran negatif, buat kak min , kalau kita selalu berfikiran negatif seperti akak yang sentiasa berfikir tentang perceraian, maka suatu hari nanti, memang perceraian yang kita dapat, kerana subconscious mind kita bergerak ke arah itu, kerana itu akak selalu bermasalah dengan suami; jauh di sudut hati, walau akak tidak selalu meminta,(kecuali ketika bergaduh- tapi pergaduhan berlaku kerap kan?) lalu kita sebenarnya telah memohon kepadaNya dalam bentuk harapan, apa lagi ketika kita rasa mahu bercerai itu kita melakukannya dengan penuh emosi, lagilah makbul harapan kita itu. lalu, kita dapati suami melayan kita hendak tak hendak, cepat marah, sentiasa mengkritik kita dsbnya, bukankah semua perlakuan itu menjurus kepada perceraian? memanglah sebab itu yang kita letak dalam pemikiran kita. jadi perkara-perkara ke arah perceraian lah yang kita akan tarik. maka, makin meranalah hati kita, mulalah kita nampak pelangi itu hanya berada di atas kepala orang lain, rumput di laman orang lain jauh lebih hijau dari kita.

kuasa minda sangat hebat, Allah menjadikan kita berakal untuk kita gunakan dalam merenung penciptaan Nya supaya kita insaf dan sedar , lalu kembali kepadaNya. jangan sekali-kali kita gunakan minda kita untuk menjadikan diri kita menderita dan merasa tidak bahagia,

hidup berilmu, ceria selalu.

banyak sebab kita marah, kerjaya, anak-anak, suami atau orang sekeliling. ada benda yang kita cuba untuk tidak marah tetapi gagal. sedang marah adalah laluan syaitan dalam diri, marah membuka pembuluh darah menjadi besar untuk dimasuki oleh bala tentera syaitan. kerana itu marah menyebabkan seseorang berpenyakit selain menerima kesan buruk yang lain. baik secara fizikal mahupun hubungan interpersonal. sebenarnya, walau bagaimana marah sekalipun anda, jangan sekali-kali hilang sabar. selain anda akan menyesal, anda juga membuatkan keadaan anda makin teruk dan akan membuatkan kemarahan anda melarut-larut.

kemarahan walau bagaimanapun, perlu dilepaskan. jangan sekali-kali menyimpan marah. cumanya, cara anda melepaskan marah itu bagaimana?

1. bernafas dalam dan panjang.

2.Try a type of yogic breathing called ‘the cooling breath’. Inhale slowly through your mouth, with your tongue stuck slightly out and folded into a tube. Close your mouth and hold the breath for as long as you comfortably can. Exhale slowly through your nose. Repeat three times.

3. bawa bertenang. jangan tergesa-gesa bercakap atau bertindak yang anda akan kesali.

4. pergi ke satu bilik yang kedap udara, jerit sekuat hati; tapi lebih baik pergi ambil wudhu’ dan mandi.

5. Give vent to your feelings by punching a cushion or other soft furniture, itupun kalau terpaksa, rasa marah sangat.

6. Do something physical like scrubbing the floor or cleaning the car. bagi keluar peluh. rasa marah akan reda kerana kita channelkan ke lain.

7. Take some exercise such as running, walking, cycling or swimming, but don’t do any fiercely competitive sport because this can increase feelings of aggression.

Bagaimana kalau rasa marah yang amat sangat?

Tackle deeper feelings of anger

  • talk to someone about the way you feel
  • ask your friend atau sesiapa yang kita percaya for help in tackling your feelings
  • if it’s yourself you’re angry with, think about whether you’re blaming yourself unfairly, jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri, ini akan membuatkan rasa marah meningkat
  • think about your anger and whom you’re really angry with, kat anak-anak ke , kat suami ke,
  • express your feelings in writing or painting
  • practise techniques to make yourself more relaxed and stress-free
  • do a sport or some exercise that you enjoy

Reduce the tension in your life

  • talk about your problems
  • ‘escape’ into books, movies or games, sekarangpun banyak yang amat buku-buku motivasi yang baik
  • give in occasionally – it’s easier on your system, ingatlah mengalah bukan bermakna anda kalah
  • ease up on criticism – don’t expect too much of others or yourself, pokok pangkalnya, jangan terlalu suka mengkritik
  • do things you enjoy and have some fun
  • tackle one thing at a time
  • take a rest from being competitive, tidak perlu bersaing, baik dalam kerjaya atau pasangan terutama yang berpoligami, jangan sekali-kali buat sesuatu kerana mahu bersaing dengan madu, walau rasa dia lebih dikasihi oleh suamipun, biarkanlah, hiduplah seadanya, anda akan jauh lebih bahagia, hati damai dan tiada rasa marah atau sakit hati lagi

ingatlah seperkara, kalau kita rasa marah atau sakit hati kerana orang, atau pada orang lain, ingatlah bahawa orang yang kita sakit hati itu ada dua kesudahan;

1. masuk syurga, lalu mengapa mahu sakit hati? kita ni belum tentu nasibnya

2. masuk neraka, lalu mengapa mahu sakit hati, bukankah neraka itu sebiruk-buruk balasan?

hidup berilmu, ceria selalu

    yakinkah kita bahawa kita tidak berdosa dalam kehidupan kita? pastikah kita bahawa kita tidak melakukan kesalahan dalam hidup kita seharian.?

    sedang dosa itu Allah nilai yang di dalam hati juga.

    maka kerana itulah , kita perlu banyakkan istighfar. sewaktu sibuk, berisghtifar sahaja sesuai kesempatan. andai ada masa, fokuskan fikiran, muhasabah diri dan kenang kembali dosa-dosa kita, lalu beristghfar dengan merasakan kesedaran yang jauh meresap datng dari lubuk hati. mohon kemaafan pada Yang Maha Memberi Keampunan dan Maha Suka Mengampunkan.

    otomatik jiwa tenang dan hati pasrah dengan ketentuanNya.

    malah itulah punca rezeki melimpah ruah. bila jiwa damai, penyakit juga tidak bertandang dan rezeki yang ada lebih berkat.

    hidup berilmu, ceria selalu.

    Laman Berikutnya »