Dari Hawa Ke Hawa

April 12, 2008

iridology- masalah semangat

Filed under: iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 1:13 am

iris. anak mata kita tidak pernah berbohong tentang tahap diri kita. andai ada tanda pada kelenjar pineal, orang ini selalunya ada masalah dengan semangat diri. tiada mood. mudah bosan. andai ada kelemahan pada kelenjar pineal juga, orang itu selalu lesu dan letih. telah tidur malam dan bangun tidur, tetapi dia masih rasa lesu lagi.

orangnya akan jadi hilang semangat, keyakinan diri rendah dan selalu murung. mudah depressed dan apabila kelenjar pineal semakin lemah , kemudian ada tanda pada  bahagian medulla oblongata, serta diiringi pula dengan saraf stress pada anak mata, sah, penghidapnya dah tertekan. ini pula akan menambahkan lagi masalah karektornya dengan baran dan cepat rasa nak marah. dia mudah termenung dan kalau tidak berhati-hati iaitu andai amalan atau ibadahnya tidak dijaga, dia akan mudah didekati oleh syaitan dan jin yang mahu menumpang tubuhnya.

orang yang dirasuk atau mengalami halusinasi pastinya kerana kelenjar pinealnya lemah. pergerakannya juga akan jadi lemah dan fikirannya lembab. dia tidak dapat memberi tumpuan dan lama-lama jadi pemalas.

orang ini perlu belajar bertenang dan bersabar.

hidup berilmu.ceria selalu

Mac 21, 2008

iridologi-pendarahan dalam mata

Filed under: iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 4:58 am

buat saudari liza,
memang saraf mata dapat memberitahu banyak benda tentang kesihatan dalaman kita, apa yang berlaku pada saudari liza
adalah tubuh kita memberitahu bahawa terdapat ketidakseimbangan tenaga berlaku dalam tubuh kita. seperti iceberg,
nampak di atas kecil sahaja rupanya, akar di bawah sebesar benua australia.
begitulah tubuh kita, sekiranya tanda ada ditunjukkan maka melalui anak mata atau mata putih kita dapat mengetahui bahawa tubuh kita bermasalah.
Masalah pendarahan dalam mata adalah disebabkan oleh suhu panas atau kelemahan pada pusat yang mengawal suhu tubuh kita..
terdapat permasalahan di kawasan yang meliputi bahagian berikut;
1. serebelum – otak belakang, tekanan darah tidak stabil, keguguran rambut
2. saraf mata – saraf dan aliran darah, kering atau ketat / senak (kecuali berkaitan rabun, pandangan atau silau)
3. telinga- selalu gatal atau berdengung
4. rahang
5. lidah- bersegi di tepinya
6. gusi – sakit gusi (kecuali yang melibatkan kelenjar air liur)
7. bibir – merekah atau pecah
Jika mana-mana salah satu atau bebarapa tempat ini lemah, ia menunjukkan kawasan itu bermasalah. Semakin byk kawasan serebelum yg terlibat ia menunjukkan tahap kelemahan yang dialami.
Serebelum lemah disebabkan oleh kelemahan di mana-mana bahagian penghadaman. serebelum juga sebenarnya sgt berkait rapat dan juga merupakan otak yang mengawal aktiviti bahagian penghadaman.
Berikut ialah bahagian penghadaman
– hati, perut, limpa, diagfram
– buah pinggang
– hempedu
– pankreas
Makanan yang tinggi kalori seperti kari, cili dan rempah akan menyebabkan suhu badan tinggi. Mereka yang kuat makan atau tidak menjaga amalan pemakanan yang sihat akan menyebabkan kandungan asid tinggi dan melemahkan pankreas dan juga serebelum.
Org yg tinggi asid ini mudah demam, tekanan darah tidak stabil dan mengalami keguguran rambut terutama jika tension.
Keraplah minum air sejuk dan mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari agar dapat membantu menyeimbangkan suhu. Mereka yang kuat serebelumnya, boleh menghadapi perubahan suhu mendadak di kawasan persekitaran malah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran, insya Allah.
liza juga perlu menjaga pemakanan kerana tanda pendarahan itu kemungkinan berlaku kerana gastrik.
harap dapat membantu.

Februari 29, 2008

iridologi-tahap oksigen dalam tubuh

Filed under: iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 9:17 am

pernahkah anda tercari-cari spec mata anda. puas mencari, anda mula bising meminta anak-anak turut sama mencarinya. mereka memandang anda dengan wajah hairan, rupa-rupanya spec itu anda pakai .

hmmm… nampaknya, anda semakin menjadi pelupa. dalam iridology, keadaan ini boleh diketahui puncanya. lihat iris anda. mungkin anda penderita arcus senilis.

tahap oksigen dalam tubuh dikenali sebagai arcus senilis. satu keadaan di mana anak mata kita menunjukkan tahap oksigen tubuh yang kurang. tanda ini dikenali dengan bulatan iris yang terpotong di bahagian atas anak mata. lagi besar bahagian terpotong, lagi kurang tahap oksigen dalam tubuh. maka makin bertambah lesu seseorang. kesan lain adalah penderita arcus senilis akan menjadi pelupa dan rabun.

bagaimana ya mahu merawatnya?

cara paling berkesan adalah sujud dengan lama. bukankah waktu sujud sahaja satu-satunya waktu, oksigen turun ke kepala. ini adalah kerana orang yang arcus senilis, oksigen tidak sampai ke kepalanya. jika dibiarkan keadaan akan semakin teruk dan tidak mustahil kita akan menjadi nyanyuk.

rawatan lain ialah dengan membuat reflexology, boleh juga dengan merendam kaki dalam air panas dan di selang seli dengan air sejuk. caranya; sediakan 2 besen. satu air panas dan satu air sejuk. rendamkan kedua-dua kaki berselang seli dalam kedua-dua besen itu. selain itu, pesakit boleh berjalan atas batu reflexology atau memakai kasut reflexology.

alangkah bagusnya , orang yang berilmu. boleh menggunakan ilmu untuk kebaikan diri sendiri atau orang yang dikasihi.

hidup berilmu. kesihatan unggul.

Februari 28, 2008

iridology-tanda tekanan dalam anak mata

Filed under: iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 5:39 pm

tahukah anda bahawa sekiranya anda tertekan, maka mata anda akan menunjukkan tanda. malangnya, apabila telah ada tanda itu, ini bermakna tahap/ kondisi tubuh anda telah merosot. kesihatan anda mula melemah. badan selalu lesu dan mudah diserang penyakit.

dalam mata yang tertekan, akan ada gelungan – gelungan yang menunjukkan tahap tekanan seseorang.

lagi banyak gelungan, bermakna lagi tertekan seseorang. indikator ini sangat baik untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang. kerana apabila kita mengetahui tahap kesihatan kita, maka lebih mudah untuk kita melakukan rawatan pemulihan atau pencegahan.

kita tidak boleh membiarkan tahap kesihatan kita begitu sahaja, kerana ia akan terus merudum. sehingga satu saat , kita tiba-tiba diserang sesuatu penyakit yang telah sukar untuk dirawati. contohnya stroke.

bukankah mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat?

saya amat berminat dalam bidang kemahiran ini , malah saya telah mendiagnosis ratusan mata baik peserta kursus mahupun individu yang berminat. atas dasar mahu berkongsi maklumat itulah maka saya menulis buku iridologi-satu analisis kesihatan. pembaca akan didedahkan dengan ilmu mendiagnosis diri sendiri dan memang boleh digunakan pada ahli keluarga.

bagi peserta kursus , saya akan memberi ilmu komplementari iaitu mendiagnos kesihatan melalui tapak tangan. sangat mudah dan tidak menyakitkan serta tidak perlu melalui ujian makmal.

orang yang mementingkan prestasi hidup cemerlang, memang tidak teragak-agak menghadiri kursus atau membeli bahan rujukan bagi menguasai kemahiran istimewa ini.

saya kini dalam proses menulis iridologi lanjutan.

harap perkongsian ilmu saya itu dapat mem beri manfaat dan boleh digunakan dalam menjana hidup yang bahagia.

justeru bukankah kesihatan yang cemerlang pintu kepada kebahagiaan hidup?

hidup berilmu.ceria selalu.

Februari 26, 2008

iridology-ebook

Filed under: ebook,iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 2:38 am

Penting! Maklumat yang bakal anda baca ini mampu menjadikan anda seorang yang berkemahiran hebat dan dapat memastikan diri sentiasa dalam keadaan kesihatan yang unggul.

Adakah Anda Mempunyai Satu Sistem mengenal pasti tahap kesihatan yang berkesan? Atau…

Anda, pasangan anda, keluarga anda Masih Tercari-cari Satu Formula, Sistem Rahsia Mencegah Penyakit yang mudah dan tepat . Anda dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh sebegitu mudah tanpa melalui ujian makmal.

Anda Bertuah Hari Ini!
Kerana anda akan didedahkan dengan ilmu mendiagnosis kesihatan yang sudah lama popular di Negara-negara maju.


Terlalu banyak masa dan duit telah kita habiskan untuk menjadikan kita sihat. Malangnya, masih ramai antara kita yang sakit.

Orang tua dulu-dulu selalu berkata bahawa ‘penyakit tu datang macam ribut tapi perginya macam semut’.. Namun, pendapat itu sebenarnya salah. Penyakit kita juga datangnya seperti semut, perlahan-lahan. Tetapi kita tidak menyedarinya. Bila telah teruk dan terbaring menderita (sudah terantuk baru tengadah) barulah kita terfikir, alangkah bagusnya andai kita dari dulu lagi tahu tahap kesihatan tubuh kita lalu kita mampu mencegah.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Lalu untuk merealisasikan kenyataan itu kita perlu ‘alat’. Itulah yang akan dimiliki oleh saudara sekalian melalui ebook ini.

Semua orang tahu akan pentingnya kesihatan pada kita.

Kerananya, kita akan…

  • sanggup memandu berpuluh-puluh batu untuk pergi berubat.
  • menghabiskan ratusan ringgit untuk mencuba pelbagai jenis ubatan di pasaran.
  • menghabiskan masa berjam-jam menunggu untuk dirawat oleh doktor.
  • membeli segala buku berkaitan kesihatan dan penyakit yang dideritai.
  • dan bermacam-macam lagi perkara yang remeh-temeh dan jerit-perit yang sanggup kita lakukan.

Hasilnya, penyakit tetap tidak pulih.

Duit kian susut.

Ianya amat memenatkan dan mengecewakan.

Nampaknya, nasib mereka sudah ditentukan. Mereka akan mati dengan pelbagai penyakit.

Alangkah tidak beertinya wang ringgit yang dikumpul selama ini.

Adakah Itu Anda?

Adakah apa yang saya gambarkan di atas adalah anda?

Jika jawapannya ialah “YA”, tiada apa yang hendak dimalukan.

Kebarangkalian besar… anda masih dapat diselamatkan lagi.

Anda, pasangan anda dan keluarga perlu menguasai kemahiran berharga ini. Ini bukan sahaja membuat kita sedar tahap kesihatan kita tetapi kita turut berupaya mengetahui sama ada rawatan pemulihan yang kita kuasai sekarang adalah berkesan atau sebaliknya. Bukankah ini akan menjimatkan masa dan wang kita? Kita boleh bertukar kepada rawatan lain yang menjanjikan pemulihan.

Sistem Melihat tahap kesihatan dan mendiagnosis kini boleh dimiliki!

Penyelesaiannya!

Gunakan teknik mendiagnosis kesihatan melalui iris. Satu sistem yang langsung tidak menyakitkan. Malah sebegitu mudah tanpa perlu membeli dan membayar bayaran perkhidmatan. Lakukan sendiri. Kuasai ilmu ini . Dapatkan ebook ini dengan harga yang amat berpatutan. Lebih menarik lagi…

Sebelum ini, maklumat berharga ini hanya dapat difahami sekiranya anda boleh berbahasa Inggeris.

Sekarang, tidak lagi.

Saya telah mengumpul maklumat – maklumat penting dalam iris diagnosis dan menulisnya kembali ke dalam bahasa Malayu.

Saya namakan buku ini “IRIDOLOGI- satu analisis kesihatan

Mengumpulkan bahan-bahan dan mencari maklumat yang bernilai ini bukanlah mudah.

Ianya menelan belanja besar.

Suntingannya pula amat memeritkan.

Tetapi, saya harap usaha saya ini berbaloi dan dapat menolong lebih ramai lagi insan-insan yang perihatin dengan kesihatan mereka.

Saya harap ilmu di dalam buku ini mampu memberikan nafas baru di dalam menjana kehidupan yang unggul.


Bukan Buku Sembarangan!

Jika anda masih ragu-ragu sekiranya buku “Iridologi-apa yang dibongkar oleh iris” benar-benar dapat membantu anda, usah bimbang lagi.

Ilmu yang terkandung di dalam buku ini bukanlah berdasarkan teori semata-mata.

Ianya hasil daripada kajian beratus-ratus tahun.

Mengapa anda harus menguasai ilmu dalam buku ini?

Percayalah. Ia berbaloi.

Anda akan melalui kehidupan yang jauh lebih bahagia dan tenang sekiranya kesihatan anda terjamin. Dan untuk memastikan kesihatan anda terjamin, anda perlu tahu tahap tubuh anda. Untuk mengetahui tahap tubuh anda pula, anda kena ada kemahiran. Itulah yang diberitahu melalui buku ini. Menguasai kemahiran mendiagnosis kesihatan.

Sekarang anda tahu yang “Iridologi- apa yang dibongkar oleh iris” ini bukanlah sembarangan buku. Sebaliknya. Ia adalah rahsia untuk anda hidup cemerlang,gemilang dan terbilang.


Apa Yang Akan Saya Dapat?

Baiklah, anda mungkin tertanya-tanya apakah isi kandungan “Iridologi-apa yang dibongkar oleh iris”.

Lebih tepat lagi, apakah manfaat dan faedah yang anda akan dapat daripada buku ini?

Tanpa membuang masa, lihatlah apa yang terkandung di dalam buku ini.

  • Apa itu iridologi.
  • Sejarah Iridologi.
  • Keistimewaan iridologi.
  • Tanda-tanda utama iris.
  • Resam tubuh melalui iridology.
  • dan banyak lagi…

Bahasanya mudah difahami.

Carta-carta di dalamnya amat bermanfaat.

Saya pasti!

“e-book ini amat berguna untuk membantu anda mencapai tahap kesihatan gemilang…”

Saya amat tertarik dengan ilmu yang diajar oleh Pn.Intan. selama ini saya tidak mengetahui bahawa ada cara untuk kita mengetahui keadaan kesihatan tubuh kita. Alangkah baiknya jika ilmu ini saya dapat ketika saya masih muda.

Namun, saya bersyukur kerana saya dapat mempraktikkan ilmu ini kepada anak-anak saya dan seterusnya membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan.

Syabas buat beliau!

— Ariff
guru .

Melaka

Semasa saya mula berniaga MLM dulu, amat sukar bagi saya untuk melariskan jualan pemakanan kesihatan saya, tetapi setelah saya mempelajari ilmu iridology ini, saya dengan mudah dapat membuat jualan mencecah angka ribuan ringgit. Atau paling tidakpun, walau pelanggan tidak membeli tetapi saya berpuas hati kerana dapat mendedahkan kepada mereka tahap kesihatan masing-masing.

Malah saya juga dapat membuka booth perkhidmatan iridology dan memberi pulangan lumayan.

Hajat saya selepas ini saya akan mempelajari ilmu diagnosis tapak tangan dengan Pn.Intan.

- Pn. Arsilah Ariffin

- Zhulian Nilai


Bagaimana Cara Mendapatkannya?

Mudah!

Buku “Iridologi-satu analisis kesihatan. apa yang dibongkar oleh iris” ini boleh dibeli hanya dari laman web ini sahaja.

Ianya tidak terdapat di mana-mana tempat lain – walaupun anda mencarinya di kedai-kedai buku MPH ataupun Popular.

Tetapi, sebelum saya dedahkan harganya, biarlah saya tekankan sekali lagi.

  1. Bukannya mudah mengumpulkan bahan dan menulis buku ini.
  2. Ianya menelan belanja yang besar untuk mempelajari ilmu ini dan semua rujukan adalah dalam bahasa inggeris.
  3. Kandungan buku ini adalah berdasarkan fakta dan ilmu yang sangat bermanfaat.

Oleh itu, pesanlah dengan yakin yang buku ini akan memberi manfaat yang berguna untuk kehidupan unggul anda.

Jadikan buku panduan ini sebagai rujukan anda sepanjang masa.

Janjilah kepada diri anda sendiri.

Saya tidak akan meletakkan harga buku ini walaupun 5% daripada kos perbelanjaan sebenar saya menerbitkan buku “Iridologi-apa yang dibongkar oleh iris” ini, tetapi saya amat berharap semua yang ingin menguasai kehidupan dalam kesihatan yang unggul akan memilikinya.

Jadi saya formatkan buku ini kepada versi elektronik – kepada ebook supaya saya boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan.

Pesan sekarang dengan harga RM147.00 (seratus empat puluh tujuh sahaja)sahaja sebelum saya mengubah fikiran saya.

Anda mungkin tidak akan dapat ebook yang penuh dengan maklumat berharga ini dengan harga seperti ini lagi – di mana-mana tempat sekali pun.

Mungkin juga saya akan menaikkan harga ebook ini nanti sekiranya saya rasakan patut.

Mungkin esok.

Mungkin lusa.

RM147.00 pula bukanlah pelaburan yang terlalu membebankan.

Bayangkan yang anda sedang membayar harga ubatan anda sekiranya anda tidak tahu tahap kesihatan anda. Bayangkan juga berapa jumlah yang akan anda bayar pada rawatan yang sebenarnya tidak memberi kesan pada anda sedangkan melalui ilmu iridology ini anda akan dapat mengesan keberkesanan sesuatu rawatan pemulihan yang anda lalui. Dengan menggunakan ilmu yang diajar ini anda akan menjimatkan ribuan ringgit kos perubatan anda.

Ingatlah sentiasa; Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat. Pasti pelaburan ini nampak terlalu sedikit, bukan?

Sebaliknya, jika anda tidak membuat pelaburan ini sekarang, tahap kesihatan anda masih menjadi misteri kepada anda.

Boleh tak anda bayangkannya?

Jadi, sekiranya anda ingin hidup cemerlang, anda MESTI mendapatkan ebook ini hari ini juga!

Lekas! Harga terendah ini mungkin akan ditarik balik

Pembelian bolehlah dibuat dngan Bank-in ke akaun MayBank atau CIMB saya.


 


 

Assalamualaikum..

Dengan ini saya ingin memaklumkan harga buku elektronik atau e-book “iridologi-satu analisis kesihatan” adalah RM147.00 (seratus empat puluh tujuh sahaja)

Harga promosi ini adalah sebagai menghargai sokongan & kesetiaan anda semua mengunjungi blog ini..

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook “iridologi-satu analisis kesihatan” anda boleh membuat pembayaran sebanyak RM 147.00 sahaja kepada pengurusan wanira edu enterprise..

Butiran Pembayaran :-

Maybank : 512 745 207 104 (Wanira Edu Enterprise) RM 147.00

CIMB Bank : 121 800 499 255 29- RM 147.00

**Setelah pembayaran dibuat, emelkan maklumat pembayaran anda kepada intanrohaida@yahoo.com dengan maklumat berikut:

1-Nama Penuh
2-No hp
3-Nama bank & bukti pembayaran
4-Tarikh & Masa pembayaran dibuat

Untuk maklumbalas segera, SMS ke 013-6215110

;)

Harap Maklum..

Februari 25, 2008

iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata

Filed under: iridology-mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata — intanrohaida @ 2:44 pm

apa yang dapat diberitahu melalui anak mata?

semuanya. kata orang tua-tua, daripada mata turun ke hati.

mata. sebenarnya memberitahu kita lebih daripada itu.

eye is the window of the soul and the body.- anak mata itu pintu kepada jiwa raga kita dan juga tubuh kita.

daripada anak mata, kita dapat mengetahui apa yang berlaku dalam tubuh kita.

itulah ilmu iridologi. satu ilmu yang menyingkap rahsia tubuh. tahap kesihatannya tanpa perlu melalui ujian makmal. malah bagi pengamal iridology, ilmu itu sangat bermanfaat dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan sebagai alat untuk mengukur keadaan diri seseorang. contohnya, sama ada seseorang itu stress atau tidak. atau juga dalam menentukan rawatan yang diambil oleh seseorang itu menunjukkan pemulihan atau sebaliknya. jika tidak sesuai, maka kita boleh berpindah ke rawatan selanjutnya.

ilmu iridologi sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa juga. uniknya, ia sangat membantu kita mengenali diri kita sendiri.

hidup berilmu. ceria selalu.

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 221 other followers