Dari Hawa Ke Hawa

Mac 25, 2013

masalah dalam poligami

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 5:39 pm
Tags: , , ,

 

Masalah Puan Lieyah ( muga menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama)

catatannya,………….

 

 

saya sendiri tercari-cari kekuatan jiwa dalam menangani masalah rumahtangga. suami bukanlah panas baran tapi hidup dia hanya untuk diri dia saja pagi keluar bekerja dan petangnya melakukan apa yang mendatangkan kesukaan kepada dia,

 

balik rumah tak tentu masa, anak2 tidak dihiraukan kerana dia tau saya yg uruskan semuanya, barang dapur, lauk paut,kebersihan atas rumah dan laman rumah, sampah sarap dan segalanya tidak ada dalam fikiranya.

 

semuanya saya yang uruskan kalau nampak tak teratur dia akan membebel dan hasil bebelan inilah yang akan menjadikan pergaduhan kerana kepenatan saya dalam bekerja dan menguruskan rumah tanpa pembantu rumah menyebabkan saya menjawab apa yang di komplenkanya, dia sendiri amat berat tangan dalam menolong. mujurnya kini anak-anak dah besar dan kepenatan sudah berkurang sedikit.

 

Saya kini memasuki usia emas dan masih sihat lagi, kalau saya demam pun kadang-kadang hilang dengan begitu saja kerana walaupun demam saya terpaksa juga menguruskan segala apa yang perlu saya buat dalam rutin seharian dan menjadikan saya tidak sedar demam dah baik. Tapi malangnya pengorbanan saya sebagai seorang isteri tidak pernah ada dalam hati dan jiwa dia. Bila anak-anak dah dewasa, berkahwin dan punyai cucu, dia mengila dengan janda tua yang kaya.

 

 

Rayuan, nasihat dari saya dan anak-anak tidak di endahkan akhirnya dia berkahwin juga untuk kali kedua dengan janda kaya yang juga memasuki usia emas. Apa yang dilakukanya telah menghancurkan kehidupan dan perasaan saya sebagai seorang isteri yang melakukan segala galanya untuk suami,anak demi keharmonian rumah tangga ,juga untuk mendapat pahala dari Allah dan takutkan dosa-dosa dalam menlayani suami, melakukan sesempurna boleh.

 

Tapi suami hanya gunakan itu sudah ditakdirkan untuk dia berkahwin lagi walaupun saya ni telah melakukan yang terbaik untuk dia dan Tuhan ingin menaikan darjat saya seorang isteri sebab itu saya diuji begini. Itu kata-kata seorang suami yang mahu saya sebagai isteri menerima kenyataanya berkahwin lagi.

 

Bagi pendapat saya sebagai seorang isteri, Allah telah mengurniakan akal untuk kita berfikir kerana dalam bab nafsu dia tidak mengunakan akal untuk berfikir sebaliknya mengunakan takdir. Dipenghujung usia yang hanya tinggal sedikit lagi ini kenapa tidak dapat fikirkan apa padangan masyarakat kepada saya sebagai seorang isteri bukankah ini mengaibkan saya, begitu juga rumahtangga yang selama ini aman dah hampir runtuh, sentiasa dipenuhi dengan perbalahan demi perbalahan dan perdebatan demi perdebatan dengan isteri dan juga anak-anak.

 

Inikah nikmat hidup yang dicari oleh suami dipenghujung usia yang menunggu mati yang orang kata rumah kata pergi dan kubur kata mari. Bagi saya satu satu takdir itu kita perlu berusaha dan berfikir kemana dan apa akan jadi kalau kita kahwin lagi dan apa akan jadi kalau kita tidak kahwin lagi terus memupuk kasih yang sedia ada.

 

kenapa pula dalam soal lain seperti anak tidak mahu belajar kita berusaha untuk dia menjadi pandai, rezeki yang tidak pernah banyak kita berusaha untuk mendapatkanya dengan lebih banyak, kenapa tidak dibiarkan saja anak tu begitu,

 

kerana takdir telah ditentukan untuk dia berjaya atau tidak dalam hidupnya begitu juga rezeki takdir dah tentukan sebanyak mana kenapa kita masih lagi berusaha untuk mendaptkanya. Inilah yang selalu menghantui fikiran saya dan kadang-kadang saya amat bimbang apakah yang bersarang dalam kepala saya ini akan menjadikan saya seorang manusia yang berdosa disisi Allah.

 

Kini kekecewaan saya dalamkehidupan ini bersama suami menjadikan saya dicop isteri derhaka, kerana apa yang dilakukan itu menyebabkan saya menderita dan berada dalam  airmata kesedihan.

 

dan kekecewaan itu juga menyebabkan saya pohon agar saya dilepaskan kerana tidak sanggup diperlakukan begini apalagi isteri barunya juga bersikap kurang ajar selalu menghina dan memandang rendah kepada saya yang dianggap kerana kekurangan yang ada pada sayalah yang menyebabkan suami saya berkahwin denganya yang mempunyai banyak kelebihan berbanding saya.

 

Kini saya tidak tau apa lagi yang perlu dilakukan saya telah berdoa dan sembahyang hajat pohon yang terbaik untuk saya tapi hingga hari ini saya masih tidak dapat menerima hidup berkongsi dan suami juga tidak mahu melepaskan saya.

 

Suami tidak mahu lepaskan saya apakah kerana ada rasa sayang lagi atau kerana takut untuk menghadapi masa mendatang kalau janda kaya itu satu masa nanti sudah tidak perlukan dia lagi.

 

Saya betul-betul buntu kini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 

jawapan saya,…

sedih hati saya baca catatan puan, …

untuk merawat hati yang luka kekadang kita perlu sedar dan jaga,..

untuk itu kita kekadang ,…. kita perlu disedarkan secara keras,….. agar tidur kita yang lena tetiba dek kerana dengan kerasnya kejutan dari tidur tadi, membuatkan mata kita segar untuk sekian lamanya,… cukup sampai kita tidak perlu lagi kejutan yang kedua,…

puan, apa yang puan lakukan demi suami, anak2 sejak dari mula berkahwin lagi, adalah suatu ibadah , yang nantinya akan dinilai oleh Allah di hari yang kita sangat dambakan mana2 ibadah yang pernah kita lakukan di dunia ini,..

yang kita bimbangi adalah kita telah separuh umur menghabiskan usia kita dengan melakukan apa yang perlu kita lakukan tetiba apa yang kita lakukan itu di hari yang kita tidak mampu lagi menambah apa juga amalan melainkan apa sahaja amalan yang telahpun kita lakukan, tetiba kita dapati amalan yang telahpun seumur hidup kita itu kita lakukan, malangnya ia amalan yang tidak dipandang oleh Allah malah Allah mencampakkannya ke tepi kerana amalan itu , tatkala di penghujung usia kita, kita kesali, kita ungkit2, kita jadi tidak redho kepada orang yang telah kita beramal, kita jadi tidak ikhlas,datang rasa dalam hati kita, yang penat aje aku membantu dia , begini dan begitu sedang dia sedikit pun tidak menghargai aku,..

alangkahg malangnya jika itu yang berlaku kepada kita,…
lalu, kekadang untuk mendatangkan rasa syukur , kita perlu mengabaikan apa yang dilakukan oleh orang terhadap kita yang kita rasa apa yang dilakukannya itu sangat menghiris hati kita, tetapi sebaliknya kit aserapkan rasa syukur atas apa sahaja kebaikan yangtelah dilakukan nya kepada kita ,…

hatta hanya sebagai bapa kepada anak2 kita,…

apatah lagi untuk menghilangkan rasa terluka yang sentiasa membuatkan kita berendam air mata, kita perlu pertamanya, untuk menghilangkan rasa terluka itu, kita harus redho dengan perkara yang kita terluka itu,..

lebih baiknya, kita masukkan rasa bersyukur atas perkara yang membuatkan kita kecewa itu ,…

sebenarnya , saat mana hati kita rasa syukur sahaja dan tika mana hati kita rasa redho sahaja, Allah akan mengangkat kesedihan itu, malah kesedihan itu akan menjadi asbab terhapusnya dosa2 kita, yang mana kita akan amat mengharapkan pengampunan akan dosa2 kita di dunia ini kelak pada hari yang tiada lagi pertolongan dan pengampunan melainkan ia milik YAng Maha Pengampun , …

perihal suami, ya benar, semuanya atas pilihannya tetapi bila kita yakin akan sesuatu berjaya terlaksana hanya semata2 atas pilihan seseorang maka kita secara tidak sedar telah menduakan kekuasan dan kekuatan Allah,.. secara kasar yang saya nyatakan di atas tadi (perlu dikejutkan agar lena kita jaga) mensyirikkan ALLAH swt yang mana sesungguhnya tiadfa kekuatan melainkan hanya kekuatan NYA sahaja,…

pilihan kita berlaku kerana izin ALLAH,…

begitu juga suami puan,..

betapa ramai yang berjumpa saya mahu berkahwin lagi dan berapa ramai yang mahu suaminya tidak berkahwin lagi , tidak mmapu melakukannya kerana walau mahu berkahwin lagi itu menjadi pilihannya, menjadi igauan dambaan dirinya tetapi tidka berlaku kerana Allah tidak memberi kekuatan, Allah tidak mengizinkan pilihan dan impian itu,…
maka jika suami berjaya berpoligami itu sebenarnya kekuatan yang ALLAH beri, izin yang ALLAH kasi kerana atas hikmah tertentu, atas asbab tertentu yang kita sebagai hambaNYA tidak mampu merungkai dengan kekuatan iman yang kita ada sekarang,..

namun, yakinlah tidak ada sesuatu perkarapun di atas muka bumi ini ALLAH izinkan berlaku tanpa asbab dan tujuan tertentu,..

yang penting kita nampak semuanya dari ALLAH bukanlah atas pilihan makhluk semata2,…
perihal madu pula, kita jangan merasa payah atas sifat buruk seseorang tetapi kita perlu perhatikan hati kita sendiri, mampu atau tidak kita menerima semua perlakuan orang dan kita nampak bahawa dia sebenarnya juga sedang diuji oleh ALLAH , maka kita redho dan berserah diri kepadaNYA,…

ingatlah seeroh Rasulullah tercinta, betapa dirinya lebih teruk diuji dan dilukai oleh bangsa dan kaum kerabatnya sendiri,..

hidup di dunia ini adalah medan ujian oleh ALLAH, ada orang yang diuji dengan suaminya, ada orang diuji dengan anaknya, ada orang diuji dengan jirannya dan bagai, tetapi tidak ada orang di dunia ini yang tidak diuji,.. kerana ALLAH akan mengasingkan hambaNYA kelak di hari akan berlaku nya pengasingan hamba2 ALLAH yang tidak dapat tidak akan terasing juga kita nanti berdasarkan penerimaan ujian terhadap diri kita di atas dunia ini, segalanya ALLAH akan nilai kelak betapa kita sebagai hambaNYA menerima dan redho dengan ujian yang diberiNYA, betapa kita sama ada bertambah iman terhadapNYA atau kita semakin jauh dengan ujian NYA itu,..

maka cepatlah kita beristighfar dan berdoa ke hadratNYA agar kita termasuk dalam golongan orang yang menerima segala macam ujian dari ALLAH dengan hati yang sangat redho,…
insyaallah. jika tidak mampu melakukannya sendiri, maka buatlah rawatan hati,..

insyaallah.

( saya akan post masalah puan dan jawapan saya ini , muga menjadi asbab kebaikan kepada orang lain, insyaallah),…

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 226 other followers

%d bloggers like this: