Dari Hawa Ke Hawa

Mac 7, 2013

indahnya poligami

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 8:07 am
Tags: ,

poligami ini indah.

mengapa pula ia buruk, perit dan penuh derita?

sedang yang menjadikan poligami,

yang menghukumkan halalnya poligami itu

satu zat yang sangat indah dan sangat cintakan keindahan…

mana mungkin satu zat yang sangat – sangat sukakan dan cintakan keindahan, mencipta sesuatu yang buruk, perit dan derita?

tidak akan pernah mungkin berlaku akan hal sedemikian.

 

lalu,

jangan diamati perilaku poligami itu,

secara tersuratnya,

rasa nikmat poligami itu dalam tersiratnya,..

maka yang tersirat ini akhirnya akan tersurat ,..

jelas dan terang.

 

jangan dipandang poligami itu pada pengamalnya,

kerana pengamal poligami tertakluk pada nafsu dan bisikan buruk ,

kecuali iman dan kekuatan ilahiah menguasai dirinya,..

 

pandang poligami ini pada hakikat hukum penciptaNYA,..

dalami poligami ini dengan pandangan basheeroh,

pandangan mata hati,..

 

maka baik yang mengamalkan poligami, yang terpaksa dipoligamikan, atau yang melihat orang berpoligami,

semua ini,

akan terpesona dengan indahnya poligami itu,..

dan hatinya berkata,..

oh, patutlah ALLAH yang Maha Mengetahui menghalalkan poligami,..

 

masyaallah.

subhanallah.

Maha Suci ALLAH daripada sesuatu yang tidak sempurna.

About these ads

12 Komen »

  1. Masih tak nampak keindahannya…camana tu

    Komen oleh anaz — Mac 11, 2013 @ 5:48 am | Balas

    • lihat dengan mata hati,.. tiada hukum ALLAH yang buruk,.. dalam setiap musibah terselit hikmah dan tarbiah ALLAH, ada kasih dan rahmatNYA yang maha luas,..

      Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 10:15 pm | Balas

  2. Keindahan poligami tertutup & terlindung bila jalan yang dipilih sebelum berpoligami itu penuh dengan penipuan & ketidakjujuran….apatah lagi dengan hukum hakam halal haram yang dah dilanggar…

    Andai jalan yg dilalui sebelum hendak berpoligami itu elok dan mengikut syariat, sudah tentulah poligami itu indah…walaupun pahit pada permulaan…

    Untuk wanita yang menjadi orang kedua itu perlu fikir & faham betul2…bercinta dengan suami orang tak sama bercinta dengan bujangan…dari segi hukum pun, hukuman berzina bg org yang dah berkahwin & sebaliknya adalah ber beza.. Demi memenuhi kehendak hati naluri cinta kononnya, perlukah berpakat menipu isteri kekasih ?…Sudah tahu kekasih tu suami orang, perlukah bercuti berdua-duaan?berdating bagai…bila berbuat dosa perlukah gunakan alasan qada’& qadar?…

    Semua tu perlu diambil kira kerana ia memberi kesan pada keindahan poligami…

    Komen oleh Mia Hana — Mac 14, 2013 @ 12:46 pm | Balas

    • apa yang dilakukan oleh suami dan kekasihnya akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH nantinya di hari yang semua amalan walau sebesar zarahpun di beri balasan,.. begitu juga apa yang ada dalam hati setiap makhluk, sama ada bersangka baik atau buruk, menaruh dendam atau redho, segalanya akan dinilai dan akan diberi balasan di hari yang pasti berlaku nanti,.. maka tenanglah dan serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui ,..

      Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 10:07 pm | Balas

      • Ya, bila dugaan sebegini yang saya hadapi, tiada lain yang boleh menenangkan hati selain rasa redha. Marah & dendam tak membawa ketenangan dalam diri.Dan saya sedar, saya tiada hak membalas segala kejahatan manusia pada saya.Hanya Allah yang berkuasa menentukan segala-galanya….Dia maha mengetahui isi hati hambaNya…apa yang berlaku tetap saya anggap yang terbaik buat saya..saya anggap ia amaran dariNya untuk saya perbaiki apa yang tak betul dalam hidup saya…

        Komen oleh Mia Hana — Mac 26, 2013 @ 3:56 pm

      • naam, walhamdulillah

        Komen oleh intanrohaida — Mac 26, 2013 @ 4:08 pm

  3. memang betul ,kehidupan dalam rumahtanga sebelum berpoligami tidak mengikut sunah rasulullah tetapi bila nak berpoligami mula lah berecakap tentang sunnah rasul. walaupun syarat berpoligami tidak ada pada suami dan sebab musabab atas isteri yang membolehkan suami berkahwin lagi pun tak ada tapi kahwin juga kerana ego, pandangan masyarakat yang suami kahwin 2 adalah hebat, dan nafsu yang tidak pernah sedar diri yang sebelah kaki dah berada di dalam kubur dan sebelah lagi atas dunia. dan bila dah rumah tangga yg telah sekian lama aman bergolak maka keluarlah kata kata isteri derhaka kerana marah pada suami tidak lagi melayan suami dengan baik dan isteri berdosa kerana menolak hukum Allah, sedangkan suami yang mengamalkan poligami itusendiri tidak megikut jalan yang betul, nafkah untuk anak dan isteri yang sebelum ini pun tak pernah cukup hidup dalamkepayahan dan bila dah tambah cawangan lagi duit terpaksa dikongsi lagi, adil ke begini. Isteri pertama yang telah lama berkorban untuk suami dilupakan dan isteri baru dilayan melangit. Sudahlah hati isteri pertama hancor dan berkecai, isteri kedua tambah lagi beban keatas isteri pertama dengan sihir supaya isteri pertama sakit. Betulkah tindakan isteri ke2 yang begini tidak ingat dosa. Tindakan suami yang begini dan isteri kedua yang beginilah menyebabkan ramai yang tidak dapat menerima hidup berpoligami.

    Komen oleh lieyah — Mac 19, 2013 @ 11:55 pm | Balas

    • nampaknya begitu, tetapi tidak berlaku sesuatu musibah terhadap kita melainkan kerana diri kita sendiri,..

      “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahan kamu” [As Syura:30]

      maka, banyaklah kita beristighfar ,.. mudahan Allah menerima dan mengampunkan dosa2 kita .. dan memasukkan kita dalam golongan orang2 yang diredhoi dan golongan orang2 yang bertaqwa…

      Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 9:46 pm | Balas

  4. Tak nampak indahnyer poligami, andai di atur dari mula dgn penuh penipuan n pembohongan…bila bom yg x di jangka meletup…isteri pertama di kata terpaksa menerima qada n qadar…sedangkan pengaturan nyer dr mula penuh dgn rahsia n sembunyi2….

    Komen oleh Hamba allah — Mac 22, 2013 @ 12:38 am | Balas

    • tak ada masalah dengan poligami, orang yang mengamalkannya yang bermasalah, tetapi berlakunya poligami adalah dengan izin Allah dan jika itu maka itulah qada dan qadar yang diatur oleh ALLAH swt, bukan sahaja untuk suami, tetapi juga untuk isteri dan jika poligami itu berlangsung dengan penuh tipu daya dan bagai , itu adalah petanda yang semua yang terlibat kena memuhasabah diri , mungkin ini petunjuk ALLAH bahawa hubungan dengan NYA ada yang tidak beres,.. maka selesaikan hubungan dengan ALLAH dulu , insyaallah hubungan manusiawi kita juga akan beres,.. muga ALLAH mengampunkan dosa kita yang berdosa ini,..

      Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 9:34 pm | Balas

  5. Salam, sya dulu x pnah niat nak poligami, bila jpa seorg ni, hati sya tbuka utk poligami. Walaupun masih dlm pertmbgan, sya sedang belajar, membaca & cari ilmu poligami ni. Dah bmcm2 blog, forum, komen dll ttg poligami ni, byk yg menentg kerana tidak faham. Sya x salahkn mereka kerna bukti lelaki yg gagal jlnkan tgungjwb poligami byk didpn mata. Wlbgmnpun sya stiassa bdoa & bniat, andai jodoh sya dan dia masih ada sya akn jdkan poligami kami x spmna yg didpn mata. Ptma sya telah sen kan baik buruk poligami ni kpd sya. 2. sya telah buatkan jadual harian/giliran, 3. sedang membuat kira2 kewangan bg kedua2 kga. 4. Akan meminta isteri ptma meminagkan bg pihak sya & dia mesti ada sewaktu kmi nikah nanti. 5. Satu kan mereka dgn agama. Mohon kalian doakan sya.

    Komen oleh misguy — April 28, 2013 @ 7:59 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 226 other followers

%d bloggers like this: