Dari Hawa Ke Hawa

Jun 13, 2012

kasih haram, percintaan isteri orang dengan suami orang.

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:07 am
Tags: ,

kasih dan cinta ini memang benar anugerah ALLAH tetapi tetap menjadi pilihan kita untuk meletakkannya di mana.

andai kita telah punya suami, telah punya isteri tetapi kita tidak kasih kepada suami kita, kepada isteri kita sebaliknya kasih kita kita beri kepada suami orang atau kepada isteri orang, maka itu adalah kasih yang haram statusnya.

jika berkasih dengan suami orang yang sudah jelas akan mengambil kita sebagai isteri seterusnya dia , mungkin dibolehkan tetapi  itu, andai jika kita itu bujangan tetapi bagaimana jika kita sebenarnya adalah seorang isteri, apatah lagi jika telah punya anak? bukankah hukumnya haram dan murka ALLAH sahaja yang kita akan dapat , bukannya cinta dan kebahagiaan sejati..

saya kata begini, kerana ada banyak kes yang datang pada saya, masalahnya adalah isteri orang bercinta dengan lelaki lain, selalunya suami orang, atas alasan suaminya sekarang bukan cinta sejati, tidak pandai membelai, kasar dan melayannya seperti hamba abdi.

lalu, atas alasan penderitaan , batin dan zahir, maka dia telah jatuh cinta dengan suami orang lain yang lebih pandai melayannya, lebih romantik, prihatin, mengambil berat dan bagai,..

bila telah bercinta haram ini, maka ketahuilah , syaitan lah sebenarnya core penguat kasih, yang memasukkan rasa asyik masyhuk , rasa indah , rasa tidak mampu melupakan , rasa tidak senang duduk andai tidak berjumpa atau mendengar suara, dan bagai,..

mereka dibuai dengan keindahan alam percintaan yang pada mereka inilah kebahagiaan hidup , walau hati tahu ia salah, tapi diri tiada kekuatan untuk memutuskan hubungan.

maka, teruslah dalam kemungkaran ALLAH,.

 

kita lupa sabda rasulullah tercinta,

‘andai kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa’…

kita lupa bahawa hidup ini hanya sementara.

kita lupa bahawa kita hanya mencari perbekalan di dunia yang fana ini buat hidup di dunia yang kekal abadi nanti,

kita lupa bahawa kita hanya hamba.

kita lupa bahawa setiap apa yang ada dalam hati kita akan dihisab ALLAH  nantinya,

kita lupa walau sebesar zarahpun perbuatan kita , tetap akan ada pencatitnya,

kita lupa setiap zarahpun amalan kita, akan diberi balasan setimpal,

kita lupa akan azab seksa neraka,

kita lupa akan kepanasan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,

kita lupa bahawa penghuni neraka itu 2/3     nya adalah wanita,.. masyaallah,

kita ingat yang kita akan hidup lebih lama lagi,

kita ingat yang kita akan sempat bertaubat nantinya,

kita ingat yang dunia inilah segalanya.

kita ingat suami kita akan maafkan kita dengan mudah,

kita ingat ALLAH akan mengampunkan kita kerana sifat PengampunNYA itu besar,..

lalu kita teruslah dalam keadaan kita.

nak bertaubat?

mahu, tapi hati tak mampu melupakan kasih haram.

jadi bagaimana penyelesaiannya?

tetap kena berubah dan berhenti.

masih tak mampu?

kena minta bantuan orang yang boleh bantu.

begitu juga dengan orang sekeliling,… orang yang sedar perlu melakukan sesuatu.

tidak boleh orang yang tahu tetapi bersubahat mendiamkan sahaja.

dosa bersubahat tetap milik nya.

beritahu pada suaminya, beritahu pada orang yang mampu menasihatkannya,..

apatah lagi jika suaminya sendiri sedar akan kecurangan isteri, jika tidak melakukan sesuatu, bimbang masuk dalam golongan suami yang dayus, .. masyaallah,.. kerana suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga pun apatah lagi untuk memasukinya,..

bantulah  merawat dirinya, minta bantuan rawatan dari orang yang boleh merawat, agar dia kembali ke jalan ALLAH.

ketahuilah betapa besarnya pahala orang yang membawa orang lain ke jalan ALLAH dengan ikhtiarnya.

namun, untuk ikhtiar mendapat kekuatan tidaklah boleh dilakukan sesuatu itu kerana mahukan balasan baik dari ALLAH, sebaliknya ikhtiar yang kita usahakan itu, kita lakukan hanya kerana keikhlasan kita kerana ALLAH swt semata-mata jua. insyaallah.

‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari azab neraka ALLAH’…

 

About these ads

15 Komen »

  1. Masalah ini dah jadi macam trend… ramai isteri yg lupa akan t/jawapnya… Si suami ditikam drp blkg tanpa diketahui…

    Komen oleh azam — Julai 11, 2012 @ 1:52 am | Balas

    • mungkin suami juga perlu muhasabah diri, kerana dia yang akan dipersoal akan tanggung jawabnya nanti dalam mendidik isteri di hadapan ALLAH dan suami juga yang boleh dihumban masuk ke dalam neraka kerana kegagalan mendidik isteri, anak dan dirinya sendiri menuju ALLAH. anak dan isteri sebenarnya adalah cerminan peribadi suami itu sendiri,.. kekadang suami lupa sikap berlemah lembut dan romantik penuh kasih sayang itu mampu merubah isteri yang keras hatinya sekalipun untuk berubah menjadi isteri yang solehah. banyaklah berdoa dan beristighfar dari memikirkan bahawa dirinya adalah mangsa kerana mungkin suami itulah titik punca isterinya curang.

      Komen oleh intanrohaida — Julai 17, 2012 @ 2:25 pm | Balas

      • Ya Allah sempena bulan ramadhan bulan yang penuh berkat ini aku ingin bertaubat nasuha…ya Allah bantulah aku…aku tak mampu untuk melawan nafsu dari terus menyintai dia….aku isteri orang yang bercinta dengan suami orang… Ya Allah jahilnya aku….

        Komen oleh anisa — Julai 23, 2012 @ 11:11 am

  2. Salam Anisa… Saya doakan awak akan dapat kembali ke pangkuan suami awak… Cuma mungkin awk boleh kongsi bersama mengapakah perasaan ini boleh terjadi??? Adakah salah di pihak suami atau pun bagaimana?

    Komen oleh azam — Ogos 16, 2012 @ 1:14 am | Balas

  3. salam…
    sy juga seperti anisa….ingin meninggalkan cinta haram….persahabatan sbgai kwn biasa…kerana kerja kami jd rapat.. mula mcm adik bradik…saling sama membantu….tanpa ade perasaan apa pun…..selama 8thn…thn ke 9 tertulis kami membongkar rahsia rmhtgga msg2 yg sebelum itu kami msg2 sembunyikan seolah2 rmtgga xde masalah ape pun.

    tiada salah suami sy, tiada salah isteri dia….tiada manusia yg sempurna…kami mahupun psgn masing2 takkan mampu utk sempurna…tp kerna kerja dan kerjaya kami…kami saling melengkapkan ape yg psgn sah kami tak miliki,,,,kami berimpian bersama utk ade perniagaan bersma yg akan saling mengukuhkan ekonomi rmhtgga masing2….kami sdg melaksanakan impian tu…..aq yakin Allah akan balas ape yg tak baik..namun Allah Maha Pengasih….Dia juga tidak akan lepas pandang dgn kebaikan yg dia mahupun aq prnh lakukan…..ape pun pengorbanan…aq hy menghrp balasan Allah…

    kami telah saling mengaku yg kami mmg suka dan jatuh hati …kini menjangkau 3thn kami declare kamilah kasih, kami biz patner, sahabat, teman rapat susah dan senang….tp kami msh tau batas…dan tak mau ade sesiapa antara berempat yg terluka. hubungan sy suami isteri dan dia suami isteri mmg baik…kami boleh berkumpul bersma dua keluarga….namun hanya sy dan dia yg tau TENTANG RASA ……dan hy Allah yg akan tau ape penghujungnya>>>>>>>>>wallahualam

    Komen oleh tiqa — September 4, 2012 @ 12:53 pm | Balas

    • sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui dan hisab ALLAh di akhirat nanti termasuk semuanya, apa yang di dalam hati dan apa yang kita lakukan,.. takutlah padanya tentang sesuatu yang tidak kita ketahui

      Komen oleh intanrohaida — September 4, 2012 @ 5:59 pm | Balas

    • Apa pkmbgn tiqa ngn sahabat tu?

      Komen oleh abon — November 2, 2012 @ 6:16 pm | Balas

    • suami ku tidak dapat memberi nafkah berlanja hidup selama hamir 5 tahun. rakan lama ku datang semula dalam hidupku, kami berhubung dan aku telah mencurah masaalh hidup ku kini. Rakan ku ini begitu simpati pada ku, bersedia simpati dan menerima ku jika apahal yang akan berlaku. inilah yang membuatkan aku bingung terus seperti bercinta dengan suami orang.

      Komen oleh Rahimah binti abu hanifah — Julai 5, 2013 @ 1:11 pm | Balas

      • suami memang tidak mampu untuk beri nafkah atas kesulitan kewangan. lalu Allah beri laluan pada awak untuk berbakti , pahala ada dengan syarat ikhlas kerana Allah, bila timbul ketidakikhlasan kena bagitahu suami. namun , walau apapun bercinta dengan lelaki lain walaupun bujang adalah haram.

        Komen oleh intanrohaida — Julai 8, 2013 @ 7:02 pm

  4. Tiada alasan utk bermaksiat dan curang…minta cerai atau fasakh dr suami yg tk bertanggungjwb dan brkahwin lg tanpa perlu berdosa besar utk mencari alasan ke neraka…jika anda benar sebenarnya. Iblis juga memberikan alasan utk ingkar perintah Allah, si jahat pandai beralasan, bila kena btg hidung sendiri macamana?

    Komen oleh saraly — Disember 14, 2012 @ 11:01 am | Balas

  5. kadang kala isteri terlalu lama memendam rasa dengan sikap suami…tak semua isteri sengaja curang..bila hati terlalu terluka,kecewa sikap suami.maybe…kita tak tahu masaalah peribadi rumah tangga org lain..memang hati wanita lembut…sebab itu wanita boleh bertahan,…. sabar.tak salah jika seorang isteri berubah hati kalau hatinya sering di sakiti…so…para suami yang ingin rumah tangga bahagia perbetulkanlah sikap anda pada isteri…kerana pengorbanaan seorang isteri besar..sangup bertarung nyawa melahirkan zuriat dari mu…oleh itu hargailah isteri mu….isteri tak akan curang tanpa sebab.

    Komen oleh misah ella — Jun 16, 2014 @ 5:34 pm | Balas

    • tidak salah jika tidak melanggar syariat. jika berada dalam maksiat, baik diri mahupun hati, maka murka ALLAH jauh lebih dahsyat dari rasa tidak puas hati isteri, astaghfirullah al azim. Allahu akbar.

      Komen oleh intanrohaida — Julai 1, 2014 @ 11:24 am | Balas

  6. assalamualaikum….
    sya juga pernah mengalami situasi begini… biar sya bercerita kisah saya dahulu bkn utk membuka aib sendiri malah utk peringatan sesama kita… sya sangat buntu sekarang dan sya x tau nak buat mcm mana…
    dulu sya mengenali suami sya dan berkawan x sampai setahun kami telah berani berzina sehingga sya di dapati hamil… suami sya dahulu nya mau sya menggugurkan kandungan tersebut bermacam2 cara dia memberi sya mkn dan minum utk menggugurkan kandungan itu sehingga dia sanggup memberi duit kpd sya utk pergi ke klinik utk abortion tp sya ambil jgak duit tu tp sya bawa duit tu utk belanja utk bby dlm perut ni… jauh d hati sya… sya x nak gugurkan kandungan walaupun suami sya x nak kahwin dgn sya… bagi sya, dah buat dosa berzina nak buat dosa lagi utk gugurkan kandungan ttp suami sya masa tu x nak tgalkan sya… 7 bulan sya mengandung family sya telah mengetahui nya… ayah sya sgt kesal dgn sya kerana sya adalah anak harapan dlm keluarga sya… bila sya selamat melahirkan anak perempuan yg sgt comel sya amat kesali kesilapan sya yg lampau… selepas sya beranak bby sya berumur 1 bulan sya d suruh family sya bertunang dgn suami sya walau suami sya x mau…. 3 tahun kami bertunang kerana suami sya masa tu x nak berkahwin dahulu. dalam tempoh pertunangan tu banyak benda yg meluluhkan hati kerana perangai suami sya tp sya tetap bersabar…. bby girl sya kakak sulung sya ambil utk d jadikan anak angkat. sya siang harinya belajar pada malam harinya bekerja kerna kakak sya slalu bgtau yg sya dah bertunang dan x payah nak minta duit dr ayah lagi sbb dah bertunang dan sptutnya suami sya masa tu tunang sya mesti membelanja sya semua keperluan sya masa blajar. sya sabar dan buat je apa yg semampu sya buat slagi tulang empat sya masih kuat… sampai satu masa pertunangan kami putus d tgh jalan kerana salah faham… suami sya kuat cemburu dan slalu mengesaki sya waktu sya bekerja ataupun belajar… dalam tempoh sya putus tunang tu sya dapati bekas tunang sya iaitu suami sya sekarang sudah ada perempuan lain…. sya sgt cemburu kerana hati sgt meyayangi dan mencintai suami sya… 2 minggu hati sya sgt sedih sampai demam 3 minggu demam x baik2…. kita masih bersms dan call itu pun bertanya pasal bby girl sahaja… minggu ke 4 dr tarikh putus tunang sya pergi ke rumah family suami dan mmbawa bby girl sya sekali utk membuka rahsia yg d simpan oleh keluarga kami selama ini x mau bby girl diketahui oleh family suami… bila ayah suami tau…. ayah dia suruh kami melangsungkan perkahwinan secepat mungkin…. 2 bulan slps tu kami pun berkahwin… waktu mlm sblum akad nikah suami sya call sya ckp x payah dtg ke majlis akad nikah kerna dia x akan hadir sbb dia x nak kahwin…. dia d paksa juga oleh keluarga nya kerana family nya mau menutup malu kpd kami kerana dah membesar cucu sulung nya itu.. bila kami dah berkahwin perempuan yg dia bercinta masa kita putus tunang asyik ganggu kami walaupun kami sudah berkahwin… perempuan tu sungguh menggugat iman sya kerna selalu call sya cakap yg sya bakal d ceraikan oleh suami sya… kerna suami sya berjanji akan kembali kpd nya…. permulaan perkahwinan kami mmg x seindah seperti pasangan yg lain… bermula dr situ hati sya mula dah patah hati tapi sya tetap tabah kerana syg dan cinta sya… 4 tahun dalam tempoh perkahwinan kami… mcm2 dugaan utk sya sebagai isteri… dugaan di kasari, di curang, dan mcm2 lah lagi….sya dgn suami ada 2 org anak dlm perkahwinan kami ni… seorg bby girl tp meninggal dan sorg lagi bby boy alhamdulillah sihat sampai skrg… masuk tahun ke 5 tu sya bekerja d sebuah compny dan bekerja dgn banyak staff lelaki, perempuan cuma 2 org shj.. ada seorg lelaki ni sya benci sgt kerana selalu bersaing utk terbaik dlm compny ni… pada satu tahap sya pergi dinner company jd pd mlm tu sya dgn staff lain duduk satu meja… waktu tu lah dia tiba2 blh bercakap elok dgn sya… d tempat kerja dia slalu bergaduh dan x pernah bercakap elok2… mlm tu kita berdua duduk bersebelahan dan berborak… ada satu babak ni kita berdua je d meja tu yg lain semua sibuk dgn member2 lain… dia bertanya kat sya knpa kalau kat office, sya selalu ke dapur iaitu ruang mkn company utk menanggis… sya pun jwb itu bkn masalah die… lepas beberapa hari tu dia mula berani msg sya… x tau pulak dr mana dpt no sya… pda mula nya sya x layan msg kerna takut d ketahui suami sya cakap kat die kalau ada story x payah msg2 cakap kat office je cukup….dia slalu mengiringi sya ke dapur dan tya adakah sya ada masalah… die slalu bgtau sya kalau rasa nak lepas kan apa yg terbuku dlm hati tu biar luah kat die… tp sya x pnah bgtau masalah rumahtgga sya… cuma sya slalu bertya kpd die bgmana die memberi kasih syg die thdp isteri die.. die bkn sorg muslim tp byk tahu pasal agama kita… sya kagum dgn die walaupun die x ada agama tp die blh mnjd suami terbaik pd isterinya dan mengambil contoh agama islam dl hdup nya bila d tya knp x nak masuk islam dia ckp isterinya blum dpt terima… sya pernah berjumpa dgn isteri nya sya sgt cemburu knp org lain dpt apa yg sepatunya sya pun dpt jugak… sampai pada satu tahap syg sya dah beralih arah sehingga menjalin hubungan yg terlarang dgn die.. kami slalu bantu membantu wlau apa2 masalah pun… kami telah menjalinkan hbgn ni samapai d ketahui oleh suami sya… suami sya slalu pukul sya kerna msg die… pernah satu hari suami sya bgtau seluruh kelurga sya kerna sya ada lelaki lain… sya d marahi oleh ibu sya dan abg sya.. abg sya pun call die utk berjumpa dgn keluarga sya dan cerita kesemuanya… die pun dgn berani nya dtg menghadap keluarga sya… selesai maasalah itu… die sgt kecewa kerna dia x dpt buat apa2 nak ambil sya kerna sya adalah isteri org.. slps kejadian tu sya slalu d jadikan bahan melepas amarah suami jika suami sya teringatkan pasal die… sehingga die membuat kptsan utk berhenti kerja dan bekerja jauh dr sya… tp kami x dpt berjauhan dan masih berhubung… sya ingin membuang semua kisah sya dan die kerna sya slalu fikir yg sya x mau hati perempuan lain sakit seperti sya dahulu… tp sya sangat sedih kenapa sya d beri ujian seperti ini… die slalu mencari sya tp sya x pernah jawab call dan msg dr die lagi… sya nak lupakan die tp x boleh… sya sgt buntu…. sya ingat juga pd tiang agama.. mana haram dan halal… tp manusia x dpt lari dari kesilapan…. mohon bantu sya….

    Komen oleh tasya — Ogos 18, 2014 @ 6:15 pm | Balas

    • rawatlah diri awak untuk kenal ALLAH. inshaallah. boleh telegram atau whatsapp saya utk rawat, 0136215110

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 19, 2014 @ 12:02 pm | Balas

      • salam…. terima kasih sgt2 kat puan intanrohaida…. sya sgt2 nak rawat diri sya…. nanti sya akan whatsapp puan….

        Komen oleh tasya — Ogos 19, 2014 @ 4:59 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 225 other followers

%d bloggers like this: