Dari Hawa Ke Hawa

Mei 5, 2012

Apa itu sabar?

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 5:16 pm
Tags:

bukan mahu membahaskan takrif bahasa.

tapi cuma mahu bercakap tentang sabar.

tentang betapa kita banyak tersilap mentafsir sabar.

perihal betapa perlunya sifat sabar itu dalam kehidupan,..

kekadang kita melihat orang atau kita sendiri , cakap ,.. ” sabarlah” tetapi dalam nada menjerit pada si anak yang berulang kali minta susu atau kita sekuat hati menjerit ‘sabar !!!”  pada orang kerana terlalu geram dan marah.

ironi sekali,..

bukankah sabar itu , sabar lah..

kenapa kita sendiri tak boleh nak sabar tapi minta anak kecil untuk sabar.. dan kita minta dia sabar tu dalam keadaan kita menjerit kerana marah,..

huh?

anak pun confuse,..

hakikat sabar ini besar dan dalam.

tapi sukar sekali untuk menguasai dan mempunyai sifat ini.

dalam al quran, sebanyak 74 kali ditekankan agar kita punya sifat sabar,..

tinggi sekali kepentingannya,

tapi kita?..

ada ikut? patuh?

tak,..

kita banyak ikut nafsu,..

sebab ikut nafsu itu mudah ,..

nak sabar tu kena tekan nafsu,.

nak tekan nafsu tu yang payah,.,

bukan payah sikit , tapi bergunung tinggi punya payah.

Firman ALLAH swt dalam surah Al baqarah ayat 45: “dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya itu amat sukar , kecuali pada orang yang khusyuk”…

untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang bertaqwa, kita kena tinggi sifat sabar.

nak menjadikan anak sebagai aset kita di alam kubur dan akhirat nanti, kena didik dia dengan penuh sabar dan banyak doa.

kita sedar, meninggal sahaja anak adam, maka tiada bergunalah lagi kepadanya duit simpanan berkepuk, harta menggunung dan bagai kecuali 3 perkara

1. sedeqah

2.amalan bermanfaat

3.doa dari anak yang soleh,..

lalu, kita dah ada anak. tak kisah lah bilangannya, lagi ramai lagilah besar sifat sabar yang perlu dimiliki,..

seorang anak pun kekadang susah nak sabar,..

masalahnya pada ibu yang mudah mendapat anak ni, datang sikap take things for granted,..

susah nak sabar sebab mudah dapat anak,.. cuba kalau susah nak dapat anak, 12 tahun baru dapat sorang, rasanya mudah sikit nak sabar dengan karenah anak, malah kekadang bila keadaannya begini hilanglah pula sifat tegas,.. ikut ajer,..

sabar ni adalah sifat mulia.

sifat yang dituntut.

tak boleh pegang pada konsep,.. sabar itu ada had, ..

sabar adalah sifat sepanjang hayat, selagi ada nyawa dalam jasad, ..

selagi bernafas, selagi itulah sifat sabar kena ada dalam diri.

cuba nak bagitahu suami pasal sesuatu yang kita tak suka akan perangai buruknya,..

cakap sekali tak berubah, dua kali tak berubah,.

apa nak buat?

mengamuk?

marah?

baran?

tunjuk perasaan?

kalau buat begitu, ada penyelesaian tak?

hati jer puas kan,…

tapi padahnya tinggi,..

suami jadi hilang kasih, anak hilang hormat dan sifat buruk kita naik tinggi,..

tengok suami sibuk bersms dengan kekasih baru, kita naik rasa marah,.. rasa kecewa, rasa putus asa,..

dapat tak selesaikan masalah?

habis kena buat apa?

kena sabar,…

sabar itu sebahagian dari  iman,..

hanya orang yang punya iman mampu nampak ALLAH.

ada penyelesaian tak?

mungkin tak, masalah tetap serupa, dapat suami yang playboy, perempuan sana sini, dia tetap begitu,..

kita jer kena sabar,..?

yer,..

sebab bila kita sabar, kita dah ada iman.

orang yang beriman, dia mudah nampak ALLAH.

lalu dia nampak , dan berserah sepenuhnya pada kehendak aturan ALLAH,..

maka  dia akan  tenang dan redho.

kesannya,..

dia tak menderita.

orang yang tenang ini mudah bahagia,…

pilihlah untuk bahagia.

yang kita mampu menjaga adalah hati dan diri kita,

yang lain, serahkan sepenuhnya kepada ALLAH swt.

tak perlu usaha?

selagi hidup di dunia kenalah berusaha, ..

dunia ini adalah darul asbab.

jadi usaha itu perlu,..

namun, jangan sesekali yakin pada usaha kita..

kerana kekuatan sesuatu bukan pada kita.

” tiada kekuatan melainkan dengan izinNYA”…

hasbiallah.

About these ads

1 Komen »

  1. really helpfull… thanx

    Komen oleh t — Mei 14, 2012 @ 10:31 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 224 other followers

%d bloggers like this: