susah sangat ke hati kita untuk redho dengan apa juga yang diberi oleh ALLAH ? kita kata kita tahu kita hanya hambaNYA, tapi kita tak mampu nampak yang tersirat, kita hanya membaca apa yang ada di atas sahaja, kita nampak pilihan manusia, layanan makhluk, tetapi kita tidak dapat menuju ALLAH….
andai kita punya kekasih hati, kita pula semakin bertambah usia, telah bersedia untuk berumah tangga, tetapi malangnya pilihan hati kita tidak dipersetujui oleh orang tua kita,.. sehingga menyumpah seranah siap tidak menghalalkan susu yang diberi kepada kita tatkala masih merah… apa yang hati kita rasa?
apakah kita mampu nampak yang hal itu, datang dari ALLAH? apakah kita mampu nampak bahawa jodoh dan pertemuan itu miliknya? atau kita persalahkan orang tua kita kerana tidak memahami kita.. yang terlalu memilih dan bagai…
memang manusia ALLAH ilhamkan bisikan ketaqwaan dan bisikan kefasikan, bisikan malaikiah , ilahiah , insaniah dan bisikan syaitaniah, haiwaniah dan nafsaniah,.. kita akan mengikut mana-mana bisikan itu bergantung kepada kekuatan keimanan dan ketaqwaan kita…
namun, tidak lari dari kenyataan bahawa semuanya dari allah…
kerana itu doa menjadi senjata kita,..
andai suami kita memilih untuk berpoligami,.. mengapa kita kata hati kita kecewa sehingga umpama seperti kaca terhempas ke batu? apa perasaan kita jika suami tidak berpoligami tetapi berzina (nauzubillah) , tetapi andainya? apa rasa hati kita? kecewa juga tapi tak ke tahap seperti kaca terhempas ke batu? atau lebih teruk?
saidatina aisyah berada di dalam rumahnya bersama suaminya rasulullah tatkala pintu rumahnya diketuk Juwairiyah (Barrah) bt Harith dan perbincangan antara Juwairiah dan rasulullah berakhir dengan peminangan rasulullah pada Juwairiah di situ juga tatkala aisyah ada bersamanya.. apa perasaan aisyah? tetap tenang dan penuh kasih pada rasulullah tercinta..
sedang aisyah ketika itu sangat muda usianya..
yang membezakan hati seseorang adalah kekuatan iman dan taqwanya kepada ALLAH, hati orang yang beriman dan bertaqwa sahaja mampu nampak ALLAH..
muga kita termasuk dalam golongan yang memiliki hati yang penuh taqwa dan iman kerana hatilah tempat jatuh pandangan ALLAH bukan rupa paras kita..


