ramai wanita kini berkerjaya dan berpangkat besar, malah statistik pelajar IPTA 8/10 adalah wanita. tidak kurang juga yang bersuamikan lelaki yang berpendapatan lebih rendah dan banyak kos hidup berumah tangga datang dari isteri.
malah, kekadang dalam rumah tangga , walaupun yang suaminya bergaji besar, jauh lebih besar dari isteri, tetapi tetap tidak aman dan gagal mengecapi mawaddah dan rahmah.
sebenarnya ramai isteri tidak menyedari bahawa kita memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada kegagalan hidup penuh cinta dalam perkahwinan, .. kita menyangka sikap buruk suami dan sikap tidak bertanggung jawab, atau kebudak-budakan atau perangainya barannya yang menjadi punca permasalahan, tetapi sangkaan kita silap.
tahukah kita bahawa sikap buruk atau sifat baik orang lain boleh dipupuk melalui sikap dan layanan kita sendiri? sikap kita yang tidak pernah berputus asa, memberitahunya dengan lemah lembut apa yang kita suka dan apa yang kita benci, memilih masa yang sesuai untuk menerangkan kepadanya keadaan rumah tangga dan anak-anak, melupakan silap faham , memaafkan barannya , mempamerkan wajah yang sentiasa lembut , tunduk dan berdiam diri tatkala dia marah,.. itu semua sifat mulia yang membuatkan akhirnya batu yang keras pun menjadi lekuk dek titisan layanan air sesejuk salju.
nampak kita kalah kan kerana asyik mengalah tetapi sebenarnya itulah sikap yang menunjukkan kita matang dan itulah sifat yang menuju jalan keilahian dan redho dengan semua ujian ALLAH.
walaupun ujian itu datang dalam bentuk amarah suami yang berapi-api, kata-kata yang mengungkit, menceritakan sikap buruk kita depan familinya, atau bagai.. tetapi bila kita nampak itu sebagai teguran dari ALLAH , kita mampu terima amarah itu, mampu redho dengan ungkitan itu, mampu menerima kata-kata yuang memalukan kita depan ahli keluarganya dan kita serapkan dalam jiwa kita, ini dari ALLAH melalui suamiku, muga dengannya YA ALLAH, KAU ampunkan dosaku dan dosa suamiku dan kau bentukkanlah ikatan hati antara ku dan suami yang jauh lebih hebat dari ikatan simpulan mati, masukkan lah rasa kasih antara kami sebagaimana rasa kasihnya AISYAH dan RASULMU yang tercinta. lalu kita menerima dan diam, bila mungkin marahnya telah reda, bila mungkin dia menegur kita dengan lembut semula, kita hulurkan tangan dan memohon ampun atas apa yang menimbulkan kemarahannya, mohonlah redhonya kembali kerana ALLAH, muga dnegan redhonya suami kita, maka redho ALLAH menjadi milik kita. kerana kita sedar bahawa syurga kita di bawah telapak kaki suami.
muga pangkat kita yang lebih tinggi, pendapatan kita yang lebih banyak dan pengorbanan kita yang lebih besar dalam menampung hidup berumah tangga tidak pula menjadikan sifat buruk kita juga menjadi lebih besar, lebih tinggi dan lebih banyak kerana angkuhnya kita dan sombongnya kita serta menjadikan kita berpenyakit rohani yang bagai ..
kerana biar besar manapun pengorbanan, biar banyak manapun pendapatan, biar tinggi manapun pangkat , kita hanya seorang isteri yang memiliki suami yang ALLAH , Tuhan seru sekelian alam menjadikannya lebih tinggi darjatnya dari kita. yang kita wajib taat dan patuh selama mana arahannya tidak melanggar syarak dan menerima serta bersabar dengannya selama mana dia tidak mencederakan dan membahayakan nyawa kita.
lalu , apakah menerima dan diam itu rugi? adakah menerima dan diam itu bererti kita kalah? fikirkanlah..



saya selalu mendiamkan diri, walau tidak berpuas hati tapi saya tetap mendiamkan diri. tapi akhirnya saya juga yang di persalahkan. semua yang saya lakukan tak di hargai, saya begitu tidak bernilai padanya. bagaimana lagi?
Komen oleh aeni salwani — Januari 24, 2012 @ 2:43 pm |
sifat buruk suami tinggi. boleh rawat insyaallah. hubungi saya.
Komen oleh intanrohaida — Januari 25, 2012 @ 8:14 am |
kami dah bercerai….dia berkahwin dengan wanita dari indonesia.apa yang terjadi dia salahkan saya.saya dah penat di persalahkan.anak anak jadi mangsa.
Komen oleh aeni salwani — Januari 25, 2012 @ 5:45 pm
kekuatan jodoh dari allah, tidak kena mengena dengan makhluk,.. ada hikmah dalam setiap kejadian yang diatur allah, jika mahu berubah dan nampak allah, boleh hubungi saya untuk kursus ustaz suhaimi nawi, insyaallah, merawat diri dan hati serta kekuatan rohani.
Komen oleh intanrohaida — Januari 25, 2012 @ 6:31 pm
Sikap diam saya menyebabkan suami berpaling arah pada seseorang…suami merasa saya tidak endah apa2 pun dgn masalah yg dihadapinya…mungkin dia jemu dgn sikap pendiam saya….bertambah pedih bila dia sering menyalahtafsirkan sikap diam saya ini….
Komen oleh mia hana — Januari 25, 2012 @ 12:34 pm |
diam yang terbaik ialah diam redho, bila suami sedang marah, tiada perubahan pada wajah kita, tetap lembut dan menenangkan, nampak allah, ya benar yang marah suami tetapi kita anggap allah yang menegur melalui teguran suami, bila suami telah reda marahnya, dan menegur seperti biasa, kita sambut dengan syukur, dan melayannya dengan baik tanpa ada dendam,..aura yang kita beri adalah aura kasih, insyaallah , aura kasih juga yang akan jadi milik kita,..namun, jodoh pertemuan di tangan allah, bila telah habis jodoh maka berpisahlah kita, tiada kaitan dengan orang lain,.. insyaallah allah akan temukan kita dengan jodoh lain yang jauh lebih baik..
Komen oleh intanrohaida — Januari 25, 2012 @ 6:29 pm |
Semua yg terjadi pasti ada hikmahnya. Allah x kan berikan semuanya yang terbaik utk kita, pasti ada kekurangan & problem yg kita kena terima, itu semua ujian utk kita lbih besyukur dgn nikmat hidup utk menuju ke akhirat… Allah jua lah tempat mula & akhirnya.
Diam itu bukan bermakna kita berdendam atau serah aje pd takdir, tp yg penting kita kena tenang & tangani masalah dgn berhikmah.
Allahu’ Alam…
Komen oleh ~hunnyza~ — Januari 27, 2012 @ 4:59 pm |
sebenarnya apa yang allah beri untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita, be it musibah or nikmat, insyaallah.
Komen oleh intanrohaida — Januari 27, 2012 @ 10:44 pm |