Dari Hawa Ke Hawa

Januari 1, 2012

Kekuatan penyerahan diri secara total kepada ALLAH

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 6:40 pm

sebenarnya kita, sebagai khalif, dijadikan di muka bumi sebagai makhluk yang mentadbir bumi dengan izinNYA.. kitalah sebaik-baik kejadian. dan tidak kita dijadikan melainkan untuk menyembah ALLAH.

andai diturunkan al quran kepada gunung ganang , maka berkecailah ia,..tetapi al quran diturunkan kepada kita , umat Muhamad melalui , nabi kita, junjungan mulia, kekasih ALLAH swt.

dan banyak sekali ayat al quran yang meminta kita melakukan penyerahan , ubudiah secara total terhadap ALLAH swt. tiada sekutu bagiNYA dan tidak sekali-kali kita boleh menduakanNYA.

kekuatan penyerahan diri secara total kepada ALLAH ini adalah tingkatan tertinggi dalam sifat baik selain, sabar, kasih pada manusia , terima kasih, memaafkan dan tawakal kepada ALLAH.

hanya melalui praktikal dalam kehidupan kita sahaja kita mampu mempunyai kekuatan ini. boleh menerapkannya dalam jiwa dan memilikinya dalam hati dan praktikal itu jarang berlaku dalam nikmat selalunya ia lebih’ mudah’ dirasai dan dimiliki sekiranya kita dalam musibah,  terutamanya bila kita adalah mangsa.

pilihlah apa keadaan sekalipun, andai kita mampu nampak ALLAH di sebalik nya atau puncanya, maka kita telah mula memasukkan kekuatan penyerahan diri kepadaNYA.

secara total bermaksud tidak berbelah bahagi. seratus peratus. kita tidak nampak kekuatan kita, tiada inaniyah di dalam semua hal.. tiada..  ohh.aku yang pandai,,aku yang buat, aku yang berjaya dalam tender, kerana aku syarikat aku beroleh keuntungan, kerana kepandaianku beri ceramah , orang suka  pada produk itu, kerana aku bantu suami aku maka dia senang dan berjaya sekarang.. tiada..tiada itu semua.. tiada ‘AKU” yang ada hanyalah ALLAH..

tiada juga orang… dialah yang rampas suami aku..dia yang  gatal, dia yang macam tiada lelaki lain selain suamiku yang nak dikahwininya,.. dia yang buat fitnah pasalku, dia yang bomohkan aku..dia yang sihirkan aku..tiada..orang..makhluk tiada kekuatan… semuanya diizinkan berlaku oleh ALLAH..betul pilihan oleh manusia tetapi manusia tiada kudrat memasukkan musibah kepada orang lain..semuanya ALLAH.  DIA yang mengizinkan..semuanya datang dari dia..dengan 2 tujuan…sama ada sebagai ujian menaikkan martabat hambaNYA atau  sebagai  kafarah dosa kita…

kita kena nampak…

ohh..kekuatan ALLAH , maka diizinkan musibah itu berlaku.. ohh… ALLAH yang beri ini padaku..DIA yang mengizinkan jodoh ku tiada,..DIA yang mengambil orang tersayangku ..DIA yang memberi kekuatan pada suami untuk melakukan aku begini dan begitu… DIA yang beri kekuatan pada anak untuk degil dan bersikap biadap.. kita nampak ALLAH.. kita terima izinNYA itu.. kita redho..seratus peratus.. itulah penyerahan diri sepenuhnya..

kepada yang dicurangi suami atau isteri,.. dia nampak kekuasan ALLAH.. dia redho ALLAH mengizinkan itu berlaku..dan dia tahu ALLAH MAHA MENGHITUNG setiap perlakuan kita,.. maka dia berserah diri.. hukuman adalah pada ALLAH bukan dari kita. lalu selagi suami itu , masih suami kita, kita tetap layan dia baik kerana kita sedar jodoh pertemuan bukan milik kita, tak perlu minta cerai bagai kerana kalau ALLAH menghendaki perceraian pasti berlaku tanpa kita pohon.. sekiranya tidak berlaku perceraian itu walau diri kita dicurangi, mengapa mahu sengsara dan derita? nampak ALLAH, ohh.. pasti ada hikmahnya ALLAH masih mengikat aku pada suamiku.. lalu kita redho… memaafkan dan melupakan. kerana ALLAH itu ada… hari pembalasan itu pasti,. hari kiamat itu benar.. jangan ada dendam..jangan ada simpan dalam hati..ohh..satu hari engkau akan rasa apa yang aku rasa.. sekadar panjatkan doa agar ALLAH beri kita kekuatan untuk memiliki kekuatan penyerahan diri secara total kepada ALLAH..

kamu tidak diberi hak sebagai isteri kerana suami terlalu tumpukan isteri yang satu lagi kesan perkahwinan poligami rahsia? nampak ALLAH..ohh..pasti ada hikmah di sebalik semua ini.. lalu kamu redho dan berserah diri….seratus peratus kepada NYA.. tiada duka ,..tiada sengsara.. hanya bahagia dalam hati  kerana orang yang di sayang bahagia ..

kamu rasa tidak diberi keadilan? ..nampak ALLAH..ya ALLAH.. Engkau tidak pernah menzalimi hambaMU..pasti ada hikmah semua ini…lalu kamu redho..dan kamu bahagia..

apa sahaja musibah..nampak ALLAh..ohh..pasti ada hikmah di sebalik semua ini..ALLAH tidak zalim.. Dia tempat kita bergantung harap..lalu kita redho..total..bulat..seratus peratus..penuh..

insyaallah…jika ini amalan kita setiap kali musibah datang, maka  kekuatan penyerahan diri secara total kepada ALLAH milik kita seratus peratus..dan bila mana kekuatan itu telah kita miliki,… kitalah khalifah itu..kitalah sebaik-baik kejadian itu.. kitalah kelak yang akan dipanggil….dengan..

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam surgaKu” (QS Al-Fajr :27-30)

ALLAH!

About these ads

7 Komen »

  1. Subhanaallah…

    Komen oleh Linda — Januari 1, 2012 @ 6:48 pm | Balas

  2. saya selalu baca blog akak ni, kadang-kadang tertunggu juga kalau ada nukilan terbaru..tergerak hati untuk buka blog ni lagi, saya tengok ada banyak yang boleh saya baca sebagai santapan rohani :).Terima kasih..teruskan menulis ya!

    Komen oleh nani — Januari 4, 2012 @ 2:03 pm | Balas

  3. assalamualaikum….puan intan

    satu santapan rohani yang bermakna di awal tahun 2012…

    Komen oleh mama muni — Januari 5, 2012 @ 9:36 am | Balas

  4. Merasai dan melaluinya..betapa perit..pasraha. Doa..tawakal..moga kesabaran ini..ada ganjaranya..

    Komen oleh ain — Mac 12, 2012 @ 10:29 pm | Balas

    • insyallah. namun kita buat sesuatu bukan kerana ganjaran tetapi ikhlas keranaNYA. insyaallah itu lebih memberi kekuatan.

      Komen oleh intanrohaida — Mac 13, 2012 @ 9:41 am | Balas

  5. saya sedang mengharunginya sekarang..pedih dan peritnya penderitaan ini hanya Allah swt yang tahu..setiap malam saya solat tahajud dan megadu kepada Allah swt. Berdoa supaya Allah kuatkan jiwa ini dan hindarkan perasaan benci pada suami..semoga saya bisa bertahan, insyaAllah!

    Komen oleh MamaYgTawakkal — Mei 21, 2012 @ 6:30 pm | Balas

  6. bagilah kekuatan pada diri ku demi menjaga anak2

    Komen oleh pn sofea — Januari 28, 2013 @ 6:40 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 224 other followers

%d bloggers like this: