Dari Hawa Ke Hawa

Disember 28, 2011

keperibadian Rasulullah

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 5:02 pm

Rasulullah , junjungan tercinta adalah seorang insan mulia yang sentiasa suka memudahkan orang lain. seandainya ada kritikan ke atas baginda, baginda menerimanya dengan sabar dan lebih banyak berdiam diri.

walau perlakuan yang kasar sekalipun dilakukan ke atas baginda, baginda tetap tidak membalasnya malah kerana terlalu biadabnya perlakuan orang terhadap baginda  para sahabat pula yang tidak mampu bersabar melihat baginda diperlakukan begitu.

pernah seorang badwi memanggil baginda dengan menyentap kain gamis baginda sehingga menelas leher nabi, saidina umar segera mencekak baju si badwi tetapi rasulullah meminta umar melepaskannya dan memaafkannya begitu sahaja.

begitu juga kisah perempuan yahudi yang kerjanya menabur duri di jalan laluan nabi dan menaruk bangkai serta segala jenis sampah sarap setiap hari di hadapan rumah baginda, apabila satu hari tiada bangkai dan halangan di jalanan baginda, maka baginda pun bertanya akan hal keadaan perempuan yahudi itu maka diberitahu bahawa dia sedang sakit, lalu rasulullah pergi menziarahinya sehingga perempuan yahudi itu merasa sungguh terharu dan akhirnya memeluk islam kerana terlalu tersentuh dengan layanan rasulullah yang sungguh lemah lembut dan penuh santun.

begitu juga akan halnya dengan seorang yahudi tua yang  buta yang selalu duduk di hujung pasar. kerja yahudi tua lagi buta itu adalah menahan orang di pasar dan memberitahu mereka  akan perihal nabi yang dikatanya gila, tidak siuman, ahli sihir dan bagai. dia berpesan pada orang ramai agar jangan mendekati nabi bimbang akan dipengaruhi oleh ajaran sesatnya. bermacam macam fitnah dan kata kata keji yang dilemparkannya mengenai rasulullah pada setiap orang yang lalu lalang.

rasulullah yang mengetahui hal ini tak pernah merasa marah dan menghalangnya daripada menyebarkan fitnah itu. dibiarkannya sahaja yahudi buta itu terusan dengan perangainya. oleh kerana yahudi itu sudah tua dan buta ia tidak kuat lalu baginda rasulullah lah yang menyuapinya sarapan setiap pagi . baginda mendekati yahudi itu setiap hari dengan membawa makanan dan dengan tangannya yang mulia menyuapkan makanan kepada yahudi yang mulutnya tidak berhenti memfitnah nabi dan berpesan kepada nabi agar jangan mendengar ajaran Muhamad. matanya yang buta bukan sebab untuk dia tidak berbuat jahat memfitnah nabi ,,malangnya kerana matanya buta jugalah dia tidak tahu yang penuh setia menyuapi makanan ke mulutnya setiap hari adalah rasulullah  , orang yang dihina nya saban hari, keadaan ini berlarutan sehingga baginda rasulullah wafat.

Abu bakar yang dilantik menjadi pengganti sebagai khalifah umat Islam pada suatu hari selepas kewatan nabi pergi ke rumah anaknya , siti aisyah yang menjadi isteri kesayangan rasullullah lalu bertanya ada atau tidak perkara yang selalu dilakukan baginda nabi saat hidupnya yang belum dilaksanakan oleh abu bakar..lalu jawab aisyah.. ada wahai ayah dan diceritakanlah bahawa rasululullah selalu membawa makanan setiap pagi untuk diberi kepada yahudi buta di hujung pasar.

abu bakarpun membawa makanan untuk menyambung amalan rasulullah itu..tatkala ditemuinya yahudi itu dan dia mula memberi yahudi itu makanan, yahudi itu tiba-tiba naik marah lalu  apabila ditanya  kenapa dia marah..yahudi itu bertanya balik kepada abu bakar… siapakah engkau? jawab abu bakar..aku orang yang biasa, kata yahudi itu , bukan ,..engkau bukan orang yang biasa..kalau orang yang biasa tidak susah tangan ini menyuapi makanan dan tidak susah mulut ini mengunyah makanan itu..kerana dia akan menyuapkan aku makanan itu ke mulutku dan makanan itu pula sudah dihalusinya..

mendengar ini, menangislah abu bakar kerana rindunya akan rasulullah ..lalu katanya.. memang, aku bukan orang yang biasa kerana orang yang mulia itu sudah tiada. dialah muhamad pesuruh allah.

alangkah terkejutnya yahudi itu kerana dia selalu menyumpah seranah dan memaki hamun rasulullah dan sentiasa memberitahu orang yang sedang menyuapinya makanan itu akan keburukan baginda.. rupanya dialah muhamad.. menitislah airmatanya dan menangislah dia dalam kesayuan sedang kata maafpun tidak boleh lagi diucap lagi.. lalu ketika itu juga di hadapan abu bakar dia mengucapkan syahadat.

mulianya akhlak rasulullah.

wajarlah kita merasa kasih dan merindui baginda.. sedang pokokpun mencintai dan merindui baginda rasul.

Hadis daripada Anaz bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan minbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.”

Hadis riwayat Bukhari – sahih

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:

“Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 224 other followers

%d bloggers like this: