Dari Hawa Ke Hawa

Ogos 18, 2010

rahsia ramadhan al mubarak

Filed under: kehidupan — intanrohaida @ 9:12 am

ramadhan yang mulia datang lagi..

di dalamnya tersimpan pelbagai khazanah rahsia  ilmu Allah.

tersimpul barakah, rahmah dan pengampunan Allah serta pemakbulan doa yang berlipat kali ganda.

di dalamnya ada lailatul qadar, malam yang mulia.

tatkala rasulullah dikhabarkan bahawa umatnya hanya hidup  dalam lingkungan umur 60 tahun sahaja,.. maka baginda merasa sangat bersedih. bagaimana umatku mahu menandingi ibadat yang dilakukan oleh umat nabi lain yang hidup ada mencecah ribuan tahun umurnya.

lalu, kerana kasihnya ALLAH pada Muhamad saw, maka disampaikan berita gembira bahawa dihadiahkan kepada umat Muhamad ramadhan al mubarak yang didalmnya ada lailatul qadar,.. satu malam yang menyamai seribu bulan.

nabi masih bersedih kerana tidak semua umatnya mampu mendapat malam tersebut , lalu turun lagi jibrail menyatakan yang dosa umatnya akan terampun selagi nyawa tidak sampai ke halkum. masyaallah.

malam lailatul qadar,..malam 27 adalah malam yang penuh kebaikan.. dihiasi cahaya.

bulan dan bumi sebenarnya terikat menjadi pasangandan beredar juga berpasangan.

Allah swt menjadikan bulan tanpa udara dan tiada air dengan graviti yang terlalu lemah serta berbilion kawah di permukaan.

oleh itu, bulan tidak mampu merakam maklumat kerana ruang yang senyap tanpa bunyi.

tatkala kita berdoa ketika bulan penuh bercahaya wujud sifat pembalikan dan pantulan yang luar biasa gandaannya. permukaan yang penuh kawah seumpama piring atau mangkuk parabola yg sebenarnya berfungsi sebagai satelit yang menerima gelombang dan membalikkan semula gelombang dengan tepat pada pemancarnya.  berdoalah dan bermunajatlah dengan sepenuh hati.

mohonlah agar Allah bantu merungkai semua permasahan di dada hingga kita tidak merasa apa apa selain manisnya ujian Allah.

berselawatlah dengan sebanyak banyaknya pada junjungan tercinta.. sesungguhnya satu selawat pembalikannya adalah gandaan 9 .

puasa itu tinggi hikmahnya. besar rahsianya,.. sehingga Allah berfirman bahawa andai amalan dah ditetapkan pahalanya tetapi pahala berpuasa untuk hambaNYA adalah dari DIA sendiri.

ibadah berpuasa itu berlaku dalam ketepatan ukuran masa. waktu bersahur dan waktu berbuka semuanya perlu dipatuhi. waktu pengukur permulaan cahaya sebelum subuh dan tergelincir matahari.

menuegerakan berbuka walaupun dengan seteguk air sejuk tersembunyi hikmah yang unik.

kajian sains mendapati usus besar sangat aktif dan bergetar ketika waktu sempadan warna merah ke merah hati yang dikuasai pengaruh cahaya infra red pada warna alam dalam 8 minit pertama. amalan terus melakukan solat  dalam 8 minit pertama sebelum meneruskan  menikmati juadah sangat merawat tubuh terutama organ penghadaman usus besar.

pada waktu itu  , usus besar dipenuhi dengan kuman baik akan lebih aktif  menguasai kuman jahat untuk mengelakkabn cecair diurai menjadi gas beracun. sifat sifat kuman inilah yg mempengaruhi data minda, emosi dan spirit seseorang .

amalan solat dalam 8 minit pertama waktu maghrib terutama ketika tekanan tenaga tinggi dalam bulan ramadhan yang mulia ini dapat mengelakkan sifat trauma ketakutan yang berlebihan  dan hilangnya keyakinan diri serta merawat penyakit usus terutama kanser.

usu yang terawat sebenarnya turut merawat minda dan emosi. kekuatan minda dan daya fikir serta ingatan yg jelas.

ujian emosi dan nafsu menguji kesabaran tanpa keluhan. memupuk semangat tanpa rasa lesu.

itulah antara rahsia dimensi masa dalam bulan ramadhan yang mulia ini. dimensi masa 4 binaan terbentuk setiap saat dalam bulan penuh pengampunan Allah ini. perasaan dan emosi negatif,. rasa marah, benci, menipu, mengumpoat dan memfitnah dan segala sifat buruk yang lain akan meruntuhkan binaan dimensi masa yang dicari.

rahsia bermaafan, bersahur, bertarawih , zakat fitrah yang diawalkan , bersedeqah dan berbuat baik hanya tambahan pahala berlipat ganda yang tidak menokok tambah pembaikan binaan 4 dimensi itu.

jelas, andai setiap detik masa dalam bulan mulia ini membawa manfaat, apatah lagi lalilatul qadar itu..

lailatul qadar bukan sesuatu yang ditunggu dalam bentuk  anugerah sebaliknya ia 1 binaan yg perlu diusahakan secara bersepadu dan tertib dari awal lagi dengan izin Allah swt.

bersambung..

berilmu beramal,. ceria selalu.

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 228 other followers

%d bloggers like this: