cinta itu sangat penting dalam kehidupan dan ia fitrah manusia…

namun, ramai yang kecundang dalam percintaan dan ia mengundang pelbagai penderitaan dan trauma perasaan,..

ada yang memegang konsep cinta itu buta,.. cinta itu segalanya..

apa yang sepatutnya ada pada percintaan?

rasanya, semua mahu bercinta, mencinta dan dicintai,.. adat orang bercinta mahu bersama, menyentuh dan memadu asmara.. semuanya mengharapkan agar cintanya berkekalan  hingga ke akhir hayat,..

bangun sahaja dari tidur, yang pertama diingati adalah kekasih hati,.. seharian berjaga yang bermain di mata dan fikiran hanyalah yang dicintai,.. sebelum memejamkan mata.. yang mnjadi rindu bayangan tetap yang bertakhta di hati…

lalu, mengapa bila diijabkabulkan ,.. tiba- tiba sidia yang selama ini menjadi pujaan hati,..angauan jiwa,.. eh..eh.. rupanya bukan pasangan yang dimahukan,..

hati tiba-tiba menjadi hambar,.. cinta terus sirna. layanan pun kasar,.. suara meninggi sahaja.. memandang wajahpun tidak mahu,..

semua ini adalah realiti,.. statistik perceraian semakin meningkat ,. tahun demi tahun.

sebenarnya,.. inilah risiko bercinta sebelum kahwin..