bismillahirrahmanirrahim,..

dari asal kejadian kita,..hinggalah kita dibentuk dan diberi roh oleh yang maha pencipta,..kita telah ditetapkan qada dan qadarnya,.. perjalanan hidup kita telah tertulis lama sebelum kita dilahirkan,..

Dia yang maha agung,.. Dia yang maha berkuasa,.. kita hanyalah hamba.. setiap perjalanan hidup kita ditentukan olehNya.. walau apa sekalipun corak cerita hidup kita itu, dia yang tentukan,..Dia yang izinkan, bukannya kita,.. kita langsung tidak tahu apa-apa hatta apa yang akan berlaku seminit mendatang,.. cuma yang menentukan bagaimana kita harus lalui hidup itu , barulah terletak pada tangan kita,..

adakah setiap ujian tuhan kita lalui dengan penuh keinsafan bahawa kita hanya hambaNya, menjalani hidup mengikut ketentuan raja kita,.. atau kita rasa yang kita ni besar,.. rasa kita dizalimi,.. rasa diri kita teraniaya,.. rasa diri kita menjadi mangsa,.. rasa diri kita menjadi korban,.. terpaksa melakukan banyak pengorbanan… itu semua adalah pada diri kita..

tuhan akan tetapkan satu kehidupan untuk kita,.. baik ia buruk atau ia baik,..baik ia sengsara atau derita, .. baik ia manis atau pahit,.. itu adalah ketentuanNya..

manakala kita yang jadikan kehidupan kita itu mengikut acuan kehendak hati kita,.. adakah ujian tuhan itu kita jadikan ia pahit,..maka pahitlah ia,.adakah kita jadikan ia sengsara , maka sengsaralah hidup kita,..adakah kita jadikan yang kita bernasib malang diuji begitu, maka malanglah nasib kita,..

semuanya terpulang pada kita,  pada hati kita,.. tahap bagaimana keadaan hati kita,..adakah kita menjadikan hati kita itu bersih sehingga walau apa jua rintangan dalam hidup kita, dengan hati yang bersih itu kita mampu jadikan semua rintangan walau dalam apa bentuk pun ,..sebagai indah,..manis.. dilalui dengan penuh redho,..ikhlas, sabar dan hening,..maka seluruh kehidupan kita itu , akan menjadi indah,..walau apa ujiannya,..walau setiap anak yang kita ada allah ambil kembali,..walau suami memadukan kita bukan sekali, malah berkali-kali,..walau kerjaya kita tiada,..walau apa pun ujiannya,.. namun,..kerana kita menjadikan hati kita bersih ,..maka kita akan hidup bahagia,..

begitu jug s ebaliknya,..apbila kita tidak mampu membentuk hati yang bersih, maka hati akan kelam dan kotor, busuk dan berulat,..walau diuji dengan ujian yang paling sedikitpun ,..kita akan berkeluh kesah, merasa diri teraniaya,..merasa diri menjadi korban,,.merasa yang kita ini adalah mangsa keadaan… kita tidak redho..kita tidak ikhlas,..kita tidak sabar.. melalui satu perjalanan hidup yang tuhan kita sendiri yang telah tentukan..

maka jadilah kita hamba yang tidak sedar diri dan tak tahu diuntung,..

kalau kita merasa yang kita telah banyak berkorban.. maka itu adalah gambaran hati hamba yang sombong.. kita sombong pada tuhan yang mencipta kita, yang memberi kehidupan dan menetapkan taqdir kita , yang menetukan perjalanan hidup kita…

kita merasa kita tidak layak diperlakukan sebegitu..sebagaimana taqdir kita.. lalu, adakah kita ini yang sepatutnya menetukan kehidupan kita begini dan begitu? tidak sekali..kali..

kadang apa yang kita mahu, apa yang kita rancang,..bukan sahaja tidak menjadi malah terpesong jauh dari impian,.. lalu apa tindakan kita? apa reaksi kita? kita merancang untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati kita secara gemilang,.. mahu hidup bahagia,.. dikurnuiakan anak yang sihat dan comel,. tapi allah telah merancang kehidupan yang lain dari yang kita impikan itu,..

peerkahwinan kita bermasalah,.. anak – anak degil,..kita bekerja membantu suami, menjaga anak-anak, mengemas , memasak dan rutin harian yang sibuk,..setelah bersusah payah dengan suami… apabila mula merasa senang,..suami pula terpaut hati pada wanita lain,, lalu ambil keputuan berkahwin..

itu adalah perjalanan hidup yang allah tulis,.. lalu, adakah kita akan terima dengan redho? atau kita merasa kita menjadi mangsa?  adakah kita merasa yang kita telah banyak berkorban, tetapi pengorbanan kita itu tidak dihargai? kerana susah dengan kita bila senang mahu kahwin lagi?

ketahuilah,.. itulah ujiannya..

kalau kita gagal menerima nya dengan hati yang redho..maka termasuklah kita dalam golongan sombong di atas..

sedang firman allah dalam hadis qudsi; sekirana hambaKu tidak redho atas ketentuan Ku , maka carilah tuhan selain Aku..

walau apa pun jua,..ketentuan perjalanan hidup kita,..jangan sesekali anggap ia dari orang..dari insan lain..

sekiranya kita beranggapan begitu,..maka sangat silap pegangan itu..

kita difitnah oleh rakan seofis sehingga bos kita bencikan kita , ..lalu kita terpaksa bertukar kerja,..kita rasa sengsara kerana itu,..maka kita tidak redho..kita berdendam..lalu termasuklah kita dalam golongan orang yang sombong…merasa diri kita teraniaya dan sebagainya,.. sedang bukan begitu yang tersirat,.. fitnah oleh rakan seofis itu dan segala peristiwa rentetan darinya  itu.. dibenci oleh bos.. terpaksa bertukar kerja ,..itu semua adalah ujian tuhan .. (yang diberikan kepada kita melalui pilihan hidup rakan seofis tadi.. dia memilih untuk melalui jalan berdosa,.. ingat ..fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh,.. dan dia akan dihisab di akhirat nanti atas semua yang dilakukannya melaui pemilihan perjalanan hidupnya pula..) kita yang diuji melalui pemilihan rakan seofis itu,.. (yang memilih untuk memfitnah kita),..kita pula tak dapat terima,.. tidak redho.. sakit hati,..berdendam.. maka sia-sia sahaja ujian tuhan itu ,.. tiada pahala sabar, ikhlas , hening dan redho atas kita untuk ujian itu,.. sebaliknya kita juga berdosa malah mungkin dibenci tuhan kerana kita tidak mampu redho atas ketentuanNya itu..kalau kita pula bertindak seperi berkeluh kesah dengan semua orang atas fitnah rakan tadi,..mengumpat pula dia,..mengata- ngata dia.. tak sedar diri,.ingat dia baik sangat dan pelbagai lagi,..maka makin besarlah pula dosa kita atas ujian fitnah itu sahaja,.. sudahlah tak redho kita pula mengumpat dan mengadu domba dia…itu baru atas ujian fitnah sedang kita setiap masa dan saat diuji…lalu.. apa kesudahan cerita kita?

masih tidak mahu insaf? masih merasa sengsara..dan sebagainya?

itu kita sendirilah yang tentukan.. sama ada kita untung atau kita rugi..