hati kita milik allah,..namun yang menentukan reaksi hati bila berlaku sesuatu kejadian, peristiwa,..apa yang kita lakukan saat itu- tindakan semerta kita adalah berdasarkan pada keimanan kita…
tanpa mengira apa peristiwa itu,.. (ujian terlalu banyak),.. mungkin anak tunggal kita meninggal . tatkala kita mahu mendapatkannya,.. susah sekali,..bertahun menanti, pelbagai rawatan dilalui , akhirnya setelah bertahun , barulah dianugerahi allah permata hati kita itu,.. namun, baru 7 tahun mengenalinya, menatangnya bagai minyak yang penuh,.. tiba-tiba allah memanggilnya kembali ke pangkuanNYA..
apa reaksi semerta kita.. meraung? menangis.. mampukah kita redho?
kita bercinta sakan dengan suami,..mula-mula berkahwin dengannya hidup susah,..perabot apapun tiada,..kenderaan awam tulah kenderaan rasmi kita,..rumah sewapun yang paling murah di kawasan itu,..namun, apabila kerjaya mula berkembang,..kewangan mula stabil,..harta telah mula dimiliki,.. anak-anak mula membesar,..tiba-tiba suami berkahwin lagi..
apa reaksi semerta kita? apa tindakan kita? mengamuk sakan? baling pinggan mangkuk,..buang semua kain dan baju? mampukah kita redho?
inilah ketentuan keimanan di dada..
tiada alasan,.. terperanjat,..tak sangka..atau apapun..yang pasti..tindakan semerta kita itulah gambaran keimanan kita..
apatah lagi andai walau dah lama suami berpoligami,..kita masih bagai orang gila,..cemburu,..marah memburu,..dendam kesumat dan emosi negatif lainnya…
lalu, hati kita,..itulah yang perlu dipelihara..
andai belum , harapnya tidak,..namun hatilah yang perlu dipelihara… hati tempat jatuh pandangan allah… apatah lagi orang yang memang taqdirnya dimadukan…
andai kita melatah sakan dan mengamuk menggila,..itulah gambaran hati yang kotor,..andai tidak dapat redho,..membenci madu,..marahkan dan dendam baik pada suami mahupun madu,.. itulah gambaran hati yang busuk..
hati kita,.. pelajarilah bagaimana mahu membersihkannya.. ingatlah firman allah
dalam surah Asyura ayat 88 dan 89 yang bermaksud: Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.
lalu,..jangan sesekali kecundang hanya kerana insan yang lemah seperti kita juga,..sementelah suami dan anak bukan milik kita.. mereka hnaya angugerah pinjaman allah buat kita.. mungkin diberi kita pinjaman dalam tempoh yang lama,..mungkin hanya sebentar cuma,.. mungkin kita peminjam solo,..mungkin kita terpaksa berkongsi,..apapun aturan syarat pinjaman itu,..yang mencipta Nya sahajalah yang berhak tentukan,..
alangkah biadapnya kita sekiranya sudah lah tidak bersyukur atas pinjaman yang diberikan walau hanya untuk tempoh tertentu,..malah kita memberontak pula atas ketentuanNya sesudah itu..
lalu,..yang penting hati kita,.. peliharalah ia dan sucikannya sebelum kita terjerumus dalam golongan yang menderhaka kepada penciptaNya hanya kerana kita tidak mampu redho..
wallahu alam.. hidup berilmu, beramal,..ceria selalu
Oktober 16, 2009 at 1:54 am
salam alaik…
indahnya hidup andai semua wanita dapat mendalami hikmah ini…saya lahir dalam keluarga yang berpoligami..Alhamdulillah..mak dan 3 sgt baik…sekarang mak skit..anak2 semua jauh di perantauan..madu mak yang jaga dan bawa mak pergi berubat…
ape yang penting ..ikhlaskan hati kita dalam lakukan sebarang perkara…
Oktober 29, 2009 at 11:04 am
alhamdullilah!