andai kita masih tidak mampu mengawal diri, rasa hidup kelam, asyik berfikiran negatif, tidak bahagia, rasa sedih dan murung berpanjangan ,.. mungkin itu kerana hati terhijab. dosa yang banyak dan hati yang gelap.
bayangkan hati yang kelam dan hitam pekat kerana dosa, mana mungkin kebahagiaan bertapak di hati sedemikian. tidak akan berfikiran positif jiwa yang dikuasai oleh syaitan dan tidak beroleh ketenangan hati nurani yang bergelumang dengan maksiat.
kita tidak mampu memberi jika tidak dapat merasa. orang yang tidak merasakan kebahagiaan mana mungkin akan memberi kebahagiaan.
kebahagiaan hanya bertapak pada jiwa yang tenang, hati yang bersih dan diri yang positif.
banyakkan sedeqah. sedeqah ada banyak cara;
1.senyuman
2.nasihat
3.amal baik
4.kebajikan
5.wang
6.ilmu
7.niat baik juga adalah sedeqah.
moga dengan sedeqah yang banyak, akan mensucikan jiwa, membersihkan hati danĀ mententeramkan diri.