kes perceraian semakin menjadi-jadi kini.

yusufhahahahahahadikatakan setiap jam 3 pasangan bercerai.

mengapa ya?

ada yang bercinta bertahun lamanya tetapi perkahwinan hanya mampu bertahan 3-4 bulan atau sekadar setahun dua. ramai sekali bercerai tatklala perkahwinan baru berusia setahun jagung.

ketika bercinta, tidak diketahui belang pasangan. setelah berkongsi rumah, tidur sebantal barulah terserlah pekung di dada masing-masing. lalu ramai yang tersentak dan menaruh ketidak percayaan dalam diri tentang pasangan masing- masing.

ohh, ini orang yang aku kahwini!

lalu kalau dulu minda separa sedar menghantar mesej;

engkau lelaki yang kucintai. kini mesejnya berbunyi; engkau lelaki yang kubenci.

dulu; engkau lelaki yang ingin kukahwini, kini; engkau lelaki yang ingin kujauhi.

dulu; alangkah indah bila bersamamu, kini; menderitanya aku bila engkau di sisi.

dulu, aku mahu bersamamu, kini, aku mahu bersendirian kembali.

lantas, sekiranya mesej2 sebegini yang dihantar saban waktu siang dan malam , hari demi hari , dan difikir dengan penuh fokus, maka minda separa sedar akan menarik kemungkinan negatif yang tanpa sedar kita hantar.

justeru, kita sendiri yang mengundang perceraian itu.

cuba amalkan prinsip 9/10.  sekiranya berlaku sesuatu, 9 adalah reaksi kita, hanya satu yang datang dari luar.

andai; suami malas, tidak romantik itu satu ; faktor luaran, yang tidak mampu kita kawal. 9 lagi dari kita; yang di bawah kawalan kita. bagaimana mahu menjadikan reaksi  yang 9 itu membawa keuntungan kepada kita?

apa contoh situasi suami tidak romantik? lupa tarikh annivesary?

bagaimana mahu tidak emosi?

ceria sahaja. belikan hadiah. bercerita yang suami kawan kita lupa anniversary mereka dan isterinya kecil hati sampai mogok taknak masak.

kalau dia masih tidak endah.. kita sambut dan bermesra dengannya, beritahu apa yang kita mahu.

dia masih tidak faham? emmh.. anak yang bijakpun perlu diingatkan 250 kali. kalau suami yang spesies kura-kura ni mungkin kena diingatkan 1000 kali.

pokoknya, jangan sekali ambil sesuatu peristiwa secara negatif, percayalah ia akan berakar umbi.

andai situasinya jadi begini.

suami lupa tarikh anniversary, kita kecil hati, muncung panjang sekaki. dia tegur kita tidak endah. masak tak mau, ajak bermesra tak layan. dalam hati kita tanam. dia tak ingatpun tarikh penting dalam perkahwinan , sah dia tak cintakan aku, soheh cintanya telah mula pudar dan pelbagai lintasan negatif lagi yang kita fikirkan, maka sekiranya ingatan – ingatan seperti ini kita fikir dengan emosi dan penuh fokus, maka minda separa sedar kita ingat itu mesej yang perlu ditariknya.

lalu, suami kita makin tidak romantik dan kurang kasih kepada kita. apa lagi yang diharapkan kerana memang itu yang kita ‘doakan’.

natijahnya, sekiranya peristiwa ini berlaku saban waktu , bukankah ia memberi impak besar ke arah perpisahan. kita yang menariknya.

suami baran? itu satu faktor yang kita tidak mampu kawal, ada 9 faktor yang di bawah kawalan kita.

berdiam diri,..makin dia baran? tetap berdiam . dalam hati baca doa pelembut hati, sedeqahkan al – fatihah ikhlas dengan penuh kasih padanya, minta  dengan Allah agar dilembutkan hatinya dan hembus perlahan ke arahnya. jangan pandang wajahnya, tunduk dan diam. zikrullah tak lepas, doa juga tak lepas, biarkan dia marah, jangan disampuk atau ingin membela diri, tiada gunanya.

sekiranya telah sejuk, dia tidak marah-marah lagi, berikan waktu, air yang mendidih walau telah ditutup apinya tetapi tetap panas… lalu, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian barulah kita layan seperti biasa, kalau dia yang mula dulu, cepat sambut jangan kita pula yang jual mahal dan fikir inilah masa untuk ‘balas dendam’,

sangat salah sekiranya seorang isteri berpendirian begitu, itu bukanlah ciri isteri solehah. apa yang perlu diingat untuk mengheningkan diri kita adalah apa yang kita lakukan , iaitu melayan suami adalah untuk mendapat redha Allah. ikhlas lakukannya, maka kita tidak akan tertekan walau apa balasan atau reaksi yang diberikan suami.

sentiasa hantarkan mesej cinta, yang penuh keikhlasan dengan penuh emosi positif, maka kita akan dapati kita menarik cinta juga.

setiap hari fikirkan , aku sayang suamiku seratus peratus dengan sepenuh hatiku dan seikhlas hati . percayalah cinta adalah terapi terbaik. rumahtangga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, akan melahirkan anak-anak yang baik sahsiahnya dan mudah dibentuk peribadinya,

maka tariklah ikatan cinta.2heart

untuk menarik ikatan cinta, kita perlu tukar mesej yang dihantar kepada mesej cinta juga. mulakan saat ini.

tarik nafas dalam, hembus perlahan dengan ucapan ‘bismillah…’ sedeqahkan al-fatihah dengan penuh kasih sayang kepada suami.

mulakan malam ini sembahyang hajat untuk 3 malam berturut-turut khusus untuk menarik cinta dan romantik dalam rumahtangga sebagaimana romantiknya rasulullah terhadap isterinya. minta dengan Allah agar cinta dan kasih sayang suami terhadap kita begitu mendalam dan istimewa sebagaimana cinta Rasulullah terhadap isterinya Siti Khadijah dan Siti Aisyah.

mudah2an minda separa sedar kita berhenti menolak cinta sebaliknya menarik cinta yang mendalam, membuak-buak dan sentiasa mekar harum mewangi. hasilnya , keluarga bahagia anak-anak sejahtera.

Lovely_illustration_of_Happy_family_on_sofa_wallcoo.com