Jun 2009


nombornya mungkin keluar dalam pola nombor statik, atau jika tidak dalam pola nombor statik , ia boleh muncul dalam pola nombor pendua atau gabungan suami dan isteri mahupun dalam pola nombor pernikahan,

mengetahui pola nombor ini sebenarnya, membantu memahami sekiranya seseorang itu dimadukan atau sebagai persiapan kepada yang tidak agar diri mereka tidak melaluinya.

namun, ramai juga yang tidak tidur malam apabila mengetahui yang mereka miliki pola ini. sesungguhnya doa dapat merubah taqdir.

begitu juga yang ingin mengetahui keupayaan mereka sama ada boleh berniaga atau sebaliknya, dan jenis perniagaan yang boleh diceburi. bakat terpendam dan arah kejayaan serta apa yang boleh dibuat serta ingin mengetahui pola nombor kitaran tahunan, boleh dilihat melalui tarikh lahir.

ilmu mengenali diri dikembangkan dengan iridologi dan palmistry diagnosis. ilmu-ilmu yang sangat menarik untuk menambahbaikkan diri. hubungi pn.intan 013-6215110 untuk pendaftaran.

kursus nombor poligami- 13Julai 2009

tempat : adamson hotel, kuala lumpur

masa : 9.30pg- 4.30ptg

yuran : RM250.00

kursus iridology, palmistry dan numerology – 4,5 dan 6 ogos.

bayaran RM2,400.00 beserta semua software berharga RM6,000.00

tempat: Adamson hotel

andai kita masih tidak mampu mengawal diri, rasa hidup kelam, asyik berfikiran negatif, tidak bahagia, rasa sedih dan murung berpanjangan ,.. mungkin itu kerana hati terhijab. dosa yang banyak dan hati yang gelap.

bayangkan hati yang kelam dan hitam pekat kerana dosa, mana mungkin kebahagiaan bertapak di hati sedemikian. tidak akan berfikiran positif jiwa yang dikuasai oleh syaitan dan tidak beroleh ketenangan hati nurani yang bergelumang dengan maksiat.

kita tidak mampu memberi jika tidak dapat merasa. orang yang tidak merasakan kebahagiaan mana mungkin akan memberi kebahagiaan.

kebahagiaan hanya bertapak pada jiwa yang tenang, hati yang bersih dan diri yang positif.

banyakkan sedeqah. sedeqah ada banyak cara;

1.senyuman

2.nasihat

3.amal baik

4.kebajikan

5.wang

6.ilmu

7.niat baik juga adalah sedeqah.

moga dengan sedeqah yang banyak, akan mensucikan jiwa, membersihkan hati dan  mententeramkan diri.

dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.

tatkala menjawab salam dari

pada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali.

kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa boleh diperah susu daripada kambing betina tua itu..

wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit tetapi mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.

namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhamad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah.

wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih  kepada para tetamunya yang meneruskan kembali perjalanan mereka.

apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.

itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. sebenarnya , sesuatu yang sunnah itu banyak sekali manfaatnya, kerana itu rasul jadi contoh.

moga terus dapat manfaat.

fathi yakan

Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di
hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan
besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah
fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah
dipinjamkan akan menemui Tuhannya. Tidak ada seorang pun yang akan
terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang
hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba,
tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah, “Tiap-tiap
umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka
tida! k dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula)
mem ajukannya.”
(Al-A’raf:34)

Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di
sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh
ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi
Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap
jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah
islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan
sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur
iaitu “maza ya’ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuh an Islam.

Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi
melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah! -tengah masyarakat
dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid
dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata
masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain,
beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan
beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan
memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan,
malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.

Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan
risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia.
Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau.
Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya
kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang
kepadamu (cub! aan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum
kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan
Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(al-Baqarah: 214)

“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku?, terpenjaraku adalah khalwat dengan Allah.
Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah
rekreasi.” Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk
ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya
dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan
Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan
tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan
ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan
khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa
para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Isl! am yang harus dikejutkan
dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.

Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini.
Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk
membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah
mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya
manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini
hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”

Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah
agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan
Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian
Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal
13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir
mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan
orang-orang yang beriman dan men! dapat syurga Firdaus.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulul lah, bahawa Allah tidak akan sesekali
menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi
mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku
mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak
mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan
alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu
pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Hadis direkodkan Imam Muslim)

anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat tanggung jawabnya.

adalah menjadi harapan kita untuk melahir, membesar dan memiliki anak-anak yang taat, sholeh dan mendengar kata. sebenarnya ketaatan datang dari kasih sayang. ada sayang, anak mudah taat.

organ yang menjaga kasih sayang adalah thalamus yang terletak  di bahagian kepala kita. thalamus pula mengawal darah dalam tubuh. orang yang sihat thalamusnya, akan mudah rasa dicintai dan mencintai orang lain. darahnya bersih dan apabila darah bersih sistem tubuh juga bersih.

anak-anak yang diberi susu lembu berpotensi untuk mendapat masalah darah berasid kerana sifat susu lembu adalah berasid. ini akan melemahkan thalamus, apabila organ thalamus lemah, mereka mudah murung dan memberontak. merasa diri tidak dicintai dan degil.

sebaik susu untuk mengganti susu ibu adalah susu kambing. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa  apatah bagi bayi yang mempunyai masalah penghadaman.


jadi, mahukah mengenepikan prejudis dalam diri dan mengamalkan satu bentuk pemakanan yang menjadi amalan rasul junjungan agar bukan sahaja kita sihat tubuh badan tetapi juga sahsiah dan peribadi? amalkanlah memakan daging kambing dan meminum susu kambing .


“Berdasarkan kesimpulan dari beberapa referensi, bahwa susu kambing memiliki kandungan mineral yang sempurna dan sangat bermanfaat untuk memperbaiki system jaringan tubuh manusia diantaranya :

a. Mengandung Zincum (Zn) pembentuk system kekebalan tubuh

b. Mineral Alkaline baik untuk penderita Maag Kronis.

c. Zat Flourin serta betakasein baik bagi penderita Bronchitis, Asma, TBC, Pneumonia.

d. Kandungan A2-betakasein dan Asam Amino Esensial pembentuk Insulin berguna bagi penderita diabetes

e. Cynokobalamin pembentu zat Hb bagi penderita Demam berdarah, Anemia, Thalasemia

f. Kalium (K) berguna bagi penderita Arteriosclerosis, Tekanan Darah Tinggi maupun Darah Rendah

g. Enzim Xanthine Oxydase dan niasin (Vit B3) berfungsi mengatasi sel Kanker/Tumor dan mengurangi efek toksis kemoterapi

h. Kandungan Kalsium membantu pertumbuhan tulang dan mencegah Osteoporosis

i. Kandungan MCTnya (Medium Chain Trygliseride) berguna bagi program Dietary dan penyembuhan akibat stroke

j. Kaya dengan lactoglobulin penahan protein penyebab alergi

k. Tingkat kealkalian yang menyerupai kulit dapat melembabkan dan mempercantik kulit

l. Mengandung mineral, belerang metionin, riboflavin (Vit B2) dan B3 yang menumbuhkembangkan sel otak serta system saraf bagi kecerdasan anak.

m. Riboflavin (Vit B2) bermanfaat menurunkan frekuensi serangan migrain

n. Lactoferrin (LF), lactoperoxidase, lysozyme dan peptide dapat meningkatkan aktivitas CD4 dan sel T sebagai pembentuk system kekebalan tubuh bagi penderita infeksi virus HIV

Dikutip dari dr. Zen Djaja MD, Praktisi pengobatan herbal dan dr. Imelda Margaretha, Healt Consultan PT Diamond Interest International”.


senyum-kambingcuba lihat kambing. sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?

senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing. daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu. ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab dna lembu tidak terurai. jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. masyaallah . nauzubillah.

nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.

sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol  itu dengan kolesterol kambing.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah  berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal  serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.

Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.

2. Berpendirian.

3. Matang.

4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.

5. Memahami arahan.

6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.

7. Tinggi EQ (emotional quotient).

8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.

9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.

Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.

Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.

minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.

sebenarnya mengenali Allah jauh lebih baik daripada mengenal manusia. mengenali Allah membuatkan jiwa tenang dan damai. mengenali manusia pula adalah antara cara mengenali Allah. Mengenali diri sendiri untuk mengenali dan merapatkan diri dengan Allah adalah antara jalan yang menjadikan seorang hamba bertaqwa.

namun, mengenali diri perlu betul jalannya. jangan tersalah langkah. bimbang melibatkan aqidah. carilah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal diri kita dan kita kenal Pencipta kita tetapi ilmu perlu dimanfaatkan dan dilandaskan dengan syariah.

SELEPAS mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah mencipta baginya 200 sayap yang setiap satunya antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).

Selepas Jibrail memandang dirinya sendiri, dia berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau mencipta makhluk yang lebih baik daripadaku?”

Lalu Allah berfirman yang maksudnya: “Tidak”. Kemudian Jibrail berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Selepas selesai bersolat, maka Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibrail, kamu menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yang sentiasa berdosa. Jika mereka mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar itu dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar, maka Kami demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian, Jibrail berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal”. Kemudian, Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’wa.

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  • Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
  • Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadan.
  • Allah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (lima waktu).
  • Allah menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat di dalam semua hari.
  • HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu.”

    Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

    Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

    Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.

    Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.

    Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.

    Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya.

    Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

    dari Mohd Zawawi Yusoh

    HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

    Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan…

    1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

    Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

    Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

    Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

    Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

    2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

    Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

    Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

    Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

    3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

    Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

    Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

    Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

    Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

    Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

    Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

    “Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.” Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

    4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

    Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

    Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

    Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

    Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

    5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

    Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

    Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

    Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

    Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

    Ingatlah selalu janji-Nya: “Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya.” (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

    Laman Berikutnya »