Dari Hawa Ke Hawa

Mac 12, 2009

seorang isteri bercinta dengan suami orang

Filed under: Uncategorized — intanrohaida @ 11:02 am

bolehkah seorang wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya?
Kalau tidak boleh, apakah dia berdosa, sebab umumnya seseorang tidak mudah menguasai hatinya, sehingga RASULULLAH SAW setelah melakukan pembagian giliran dan lain2 terhadap isteri2nya beliau berucap: “Ya Allah, inilah pembagianku yang kuasa kulakukan, maka janganlah Engkau hukum aku mengenai sesuatu yang Engkau kuasa atasnya tetapi aku tidak berkuasa (yakni urusan hati)”?

Jawapan:
Dari seorang ulama moden berkata: pada suatu hari ia ditanya: apakah cinta itu halal atau haram ? Lalu ia memberikan jawapan yang tepat: “Cinta yang halal itu adalah halal, dan cinta yang haram itu adalah haram”

Jawapan ini tersebut bukan basa basi dan bukan pula mainan, tetapi merupakan penjelasan terhadap pernyataan (hadith) yang sangat popular, iaitu “yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas”, meskipun di antaranya terdapat perkara-perkara
yang mushyatabihath (samar) yang banyak orang tidak mengetahuinya

Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya, atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya

Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya, dan kadang2 menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Kalaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan
dalam khidupannya, menyibukkan pikirannya, dan mengganggu perasaan dan hatinya, serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. Perosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya. Sabda beliau: “Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya”

Misalnya lagi, wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu. Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina. Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf, dan mengeruhkan kehidupan suami isteri. Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana
mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yg disembah di muka bumi.

Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yg telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin

Berbalik kepada masalah yang diajukan mengenai isteri yang mencintai lelaki lain.

Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yg dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam
kemampuan seseorang untuk mlakukan atau mninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta

Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya. Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:

Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli

Apabila orang yg dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sndiri. Orang yg mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan “wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”. Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri

Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan
sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan

Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan
bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta.

Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia
menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan

Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana
perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah. dalam hal ini Nabi SAW bersabda:

“Mujahir (orang yg berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH dan mujahid (pejuang) ialah orang yang memerangi hawa nafsunya”

This post was submitted by NotyCat.

About these ads

64 Komen »

  1. tapi khan lebih menantang lho,kalau pacaran sama suami orang………….

    Komen oleh zemmy — Julai 17, 2009 @ 6:56 am | Balas

  2. Puan, saya berada di dalam dilema. saya dah maafkan suami kerana mempunyai hubunagn dengan isteri org yang dah pun mempunyai anak. Tapi hati saya sakit dan pedih setiap kali teringatkan sms2 intim antara mereka. Suami katakan hanya berseronok dan tiada niat mencurangi saya. Dia katakan mereka hanya berhubung di alam maya sahaja. Kebetulan, saya dah lihat gambar perempuan tu dalam fb. Perempuan tu juga bertudung dengan aksi muka dan mata yang menggoda. Suami meminta ampun dari sayadan berjanji tidak akan mengulangi. Saya tidak boleh mempercayai dan sentiasa meragui ini membuatkan saya stress

    Komen oleh sedih — Mac 28, 2011 @ 11:57 pm | Balas

    • hubungi saya untuk rawatan, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — April 1, 2011 @ 7:03 pm | Balas

      • Puan, bagaimana saya hendak memujuk hati supaya bersangka baik dengan suami? Supaya saya redha dengan ujian Allah ini?

        Komen oleh Sedih — April 2, 2011 @ 6:05 pm

      • Banyakkan doa dan mengadu dgn allah . Bykn sedeqah. Istighfar. Mintak allah berikn ilmu yg mengeluarkan diri kita dari kezulmatan kepada cahaya. Insyaallah

        Komen oleh intanrohaida — April 3, 2011 @ 6:20 pm

  3. salam saya mengalami pengalaman suami mencintai isteri orang (seoarang ustazah)dan bekas kekasih lama…bermain2 kata2 cinta, bersms dan pernah berjumpa…saya menasihati suami bahawa semua ini berdosa dan amat bersalah…suami memohon maaf dan berkata insaf…saya bercakap dgn wanita tersebut dia memohon maaf tapi masih mengaku mempunyai perasaan sayang dan berjanji akan hanya menganggap sebagai sahabat…tapi saya kurang mempercayai…suami tak pernah berbohong hingga wujud wanita ini…saya bertanya apa salah saya tapi dia saya tak pernah bersalah dan saya adalah yg terbaik dalam hidup dia….saya tak pasti bagaimana hendak selesaikan masalah ini….saya suruh wanita itu insaf dan saya tak pernah mendendami dirinya….saya hanya ingin suami saya kembali tanpa gangguannya…wanita itu pandai dia menggunakan anak2nya mendekati suami saya…pls give some advised….

    Komen oleh Ani — April 27, 2011 @ 4:37 pm | Balas

    • insyaallah saya boleh bantu. tapi hubungi saya di talian 013 6215110.

      Komen oleh intanrohaida — April 30, 2011 @ 9:51 am | Balas

    • saya pun sama,,penah mengalami situasi begini sedih lah

      Komen oleh normala — Disember 13, 2013 @ 9:39 pm | Balas

  4. salam..

    sy jga mengalami msalah suami bercinta dengan isteri orang, lagi2 perempuan itu isteri bos dia dan sudah lewat usia. tapi suami sy cakap, dia hanya suka2..tapi setahu sy, perkara itu dosa besar..perempuan itu pula satu ofis dengan sy dan macam2 cerita xsedap dia sebarkan mengenai suami sy, knonnya suami sy dah kawin lain dan mcm2 lagi. perempuan tu plak bergelar hajah.selama ni perempuan tu berlakon baik depan sy, anggap sy mcam anak dia la..tp bila sy cek hp suami sy..dorang masih bhubung walaupun byak kali sudah sy nasihat suami sy..perempuan tu, sy xpernah bersemuka lagi, dan kemungkinan dia ingat sy xtau mengenai hubungan dorang..mcner sy nak buat puan, suami saya sudah sy tegur, apa lagi yang perlu sy buat?perlukah sy bersemuka dengan perempuan itu atau beritahu suami perempuan itu mengenai hubungan terlarang ini?

    Komen oleh eiyzas — Jun 21, 2011 @ 1:52 pm | Balas

    • cinta adalah berbeza dengan nafsu. cinta itu suci dan anugerah ALLAH ke dalam hati orang yang beriman manakala nafsu buruk hanya membawa kita ke lembah yang hina dan membuat sesorang yang lemah kekuatan dalamannya membuat sesuatu tanpa berfikir. situasi eiyzas melibatkan empat pihak, namun sebenarnya pokok masalah adalah suami eiyzas. dia perlu meningkatkan kekuatan dalamannya, agar hidayah dan taufik ALLAH mampu membimbingnya. namun kekuatan dalaman eiyza juga bermasalah. masalah kasih antara kamu berdua juga perlu dipertingkatkan. kedua kamu juga ada gangguan makhluk. saka. namun, untuk details atau rawatan, boleh hubungi saya, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 21, 2011 @ 2:44 pm | Balas

  5. salam

    saya ade masalah dgn suami… saya dah berkahwin dgn suami dah 3 tahun, lepas je kawen adik ipar perempuan dah duduk dgn kami.. masalahnya mula2 lagi sya dah mmg tak suka.. tp tak brani bersuara.. just redha jer, tapi skank ni dah tak tahan sangat dgn perangai adik ipar yg pemalas dan masuk campor hal rumah tangga saya… sehingga suami sya jadi berkira dgn sya.. penah satu masa ni, sya nak beli barang! mintak la duit dgn husband.. dia menyampuk! “ai kak.. akak kan ade gaji,,, beli la sendiri…” ya allah… kalu nak ikotkan, tak salah nak mintak ngn husband sendiri nafkah kan? dia jugak penah suggestkan tuk buat collection rm100 sebulan tiap orang, tuk beli barang makan! ape guna sya kawen kalu barang makan pon sya sendiri yg keluarkan duit?? hmm.. dan yg paling sakit ati lagi.. sepanjang saya mengandung.. dia tak pernah pon tulun sya menyapu or mengemas umah,,, abang dia plak tak penah tegor dgn sikap adik dia.. sebab tu sya sgt terasa…baru2x ni saya ade britau husband tentang adik dia.. cara elok la… cakap mintak suruh keluar dari rumah tu… (bukan halau) lagipon dia nak dpt keja baru di kl… tapi kami bergaduh, husband tak paham sebenarnya ape kehendak saya.. saya hanya nak merasa idop bersama dgn keluarga sendiri, memandangkan anak dah berusia 8 bln.. mmg tgjwb dia untuk jaga adik dia.. tapi adik dia dah besar, dah 27 tahun, engineeer lagi.. gaji xxxx.. salah ke saya mintak hak sya?
    skank husband dah tak tego sya… dah dekat seminggu lebey.. dia tito kat bilik belakang.. sanggup dia buat sya mcm ni.. hmm… baru ni sya dah pegi pejabat agama.. mintak kaunseling… sya takot kalu2x sya yg salah… sya ni jahil bab agama… sebab tu sya rujuk…

    Komen oleh amoi — Jun 23, 2011 @ 8:43 am | Balas

    • ws amoi, dalam menjalani kehidupan berumah tangga ni, memang bayak tribulasi yang kena kita tempuhi, itulah ujian ALLAH yang akan hadhir dalam pelbagai rupa dan bentuk, ada orang melalui ibu mertua, melalui suami sendiri, melalui poligami, melalui madu, melalui anak dan amoi melalui adik ipar. tujuan ALLAH hanya satu, menguji keimanan kita , sejauh mana kita redho dengan ujianNYA dan bagaimana tindakan kita dalam menjalani ujian itu. kata saidina ali, kalau kita sabar, kita beroleh pahala dan ujian itu tetap berlangsung, dan kalau kita tidak sabar, kita beroleh dosa dan ujian itu tetap berlangsung juga dalam kehidupan kita tetapi dengan consequences yang berbeda. kalau kita redho dan sabar, sudahlah beroleh pahala tetapi kita akan melalui ujian itu dengan hati yang gembira dan bahagia, tetapi jika sebaliknya, kita terpaksa melalui juga ujian tersebut , namun malangnya, kita melaluinya dengan penuh derita dan air mata. walhal air mata yang tumpah kerana menyesali nasib atau sedih dengan ujian akan menjadi racun kepada tubuh kita.

      apa yang amoi buat, dengan meminta kaunseling daripada jabatan agama adalah salah satu jalan, tetapi yang penting pada saya, adalah rawat akar permasalahan itu, iaitu diri kita sendiri.

      ada seorang pesakit yang bermasalah dengan suaminya, tetapi bila dia merawat jiwanya sehingga dia nampak ALLAH dalam hidupnya, suaminya di’betul’kan oleh ALLAH dan menjadi sebaik-baik dan seromantik suami ever… dalam apa jua madsalah kita , rawatlah diri kita dan huibungan kita dengan ALLAH, insyaallah , akan memudahkan kehidupan dunia kita. dalam merawat diri, amoi boleh mulakan dengan langkah besar yang pertama iaitu membuang gangguan dalam diri, iaitu saka, insyaallah, muga jiwa mudah tenang apabila kekuatan gangguan tiada dan kita kembali menjadi hamba ALLAH sejati, insyaallah. boleh hubungi saya untuk rawatan.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 27, 2011 @ 1:59 pm | Balas

      • tima kasih kak atas nasihat tu.. sekarang sya dah berbaik dgn suami.. alhamdullilah… sya bukan semulia khadijah…. pastu jahil plak bab2x agama ni… cuma sya nak tanya, saka sya tu dtg dr maner ek? dah teruk sgt ker? masa ktaorg bertunang dulu pon pernah hampir putus.., then ade sorang pakcik yg tego suruh ktaorg berubat.. katanya sya kena sihir, husband plak kena tempias.. tu yg asyik gado…..

        Komen oleh amoi — Jun 29, 2011 @ 8:55 am

      • boleh hubungi saya, insyaallah

        Komen oleh intanrohaida — Julai 3, 2011 @ 8:25 am

  6. saya berpaling kepada kekasih lama(juga suami orang)kerana sikap suami saya sendiri yg selalu mgabaikan saya dan anak

    Komen oleh sreena — Jun 24, 2011 @ 9:36 am | Balas

    • dalam diri manusia ada 7 bisikan yang mempengaruhi pilihan tindakannya, maka sesungguhnya pilihan yang membawa kita kepada jalan yang jelas membawa ke lembah mengingkari hukum ALLAH adalah bisikan syaitaniah, haiwaniah dan nafsaniah. kesemua bisikan ini membawa kita makin jauh dari ALLAH dan jalan yang sebegini, bukanlah jalan syurgaNYA. wallahu alam. dan di akhirat kelak tatkala kita disoal atas semua tindak tanduk kita, semua alsan hati dan mulut akan dinilai. semua dosa akan dibalas sebagaimana semua kebaikan juga di balas walau apapun alasan yang diberikan.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 27, 2011 @ 1:04 pm | Balas

    • dalam membuat tindakan kita, kita akan terpengaruh dengan bisikan yang ada dalam diri.. sekiranya kita memilih untuk mendengar bisikan syaitaniah, bisikan haiwaniah dan bisikan nafsiah, maka terjerumuslah kita menjadi pengikut bisikan yang kita pilih itu dan sebenarnya tiada siapa yang dapat kita salahkan dalam kita menerima pembalasan ALLAH di akhirat nanti, walau bagaimanapun, rahmat dan kasih ALLAH sangat tinggi, taubat dan munajat kita yang sungguh-sungguh , memungkinkan kita kembali menjadi hambaNYA yang hidup dengan rasa bertuhan .

      Komen oleh intanrohaida — Jun 27, 2011 @ 1:10 pm | Balas

  7. assalamualaikum,
    saya mencintai suami org yg merupakan seorg yg pernah saya cintai dulu .. saya sudah berkahwin tetapi bertemu kembali dgn si dia dan menimbulkan rasa cinta kembali .. kami menyedari masing2 sudah mempunyai pasangan masing2 dan bersetuju utk hanya bersahabat sahaja walaupun tahu di hati masing2 masih ada perasaan cinta.. setiap hari kami menghubungi antara satu sama lain samada sms atau berbual melalui telefon..perbualan adalah berkisar biasa2 shj tanpa melibatkan soal hati dan perasaan.. pasangan masing2 tidak mengetahui perkara ini kerana kami berdua tidak mahu ada perasaan curiga di hati mereka yg akan meretakkan persahabatan kami.. saya ingin tahu adakah berdosa saya berkelakuan demikian iaitu melakukan sesuatu di luar pengetahuan suami saya

    Komen oleh sya — Julai 5, 2011 @ 11:44 am | Balas

    • ya sangat berdosa. sekarang ni bisikan syaitan yang ada dalam diri awak sangat tinggi. 100%. bisikan haiwan 90%, bisikan nafsu 100%. janganlah diteruskan . zulmat di hati awak 100%. syaitan berjaya memainkan tipudayanya. janganlah begitu. kembalilah ke jalan ALLAH. hidup ini hanya sementara. suami adalah alat untuk kita ke syurgaNYA. tanpa redho suami, ALLAH juga tidak redho kepada kita, lalu kemana kita mahu pergi . ini adalah dunia ciptaanNYA. akhirat jualah yang abadi. apa dikejar dunia yang sementara ini? tiada apa pada kita, kita akan meninggalkan dunia ini, kembali menjadi tanah dan akan kembali pula dihidupkan , menerima kembali perbuatan kita, baik yang kita sembunyikan mahupun yang kita nayatakan. boleh hubungi sy untuk rawatan. insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Julai 15, 2011 @ 10:54 am | Balas

  8. sila hbgi ayh saya jika berminat berubat.isyaALLAH mudahan akn sembuh dgn izn ALLAH TAALA.di bndr baru bangi..0193981461.

    Komen oleh rohayu — Julai 13, 2011 @ 12:45 am | Balas

  9. Bolehkah saya kutip ini dan taruh di note facebook saya, terimakasih

    Komen oleh retno — Julai 24, 2011 @ 9:27 am | Balas

    • ya

      Komen oleh intanrohaida — Julai 25, 2011 @ 7:05 pm | Balas

  10. Assalamualaikum….Puan saya juga tidak lari dari masalah bercinta dgn suami orang. Saya juga isteri orang. Kenapa kami mempunyai perasaan yg mendalam antara satu sama lain, sehinggakan tidak boleh dipisahkan. Walupun kami tidak pernah bertemu, namun melalui Yahoo Masengger dan Web Cam melepaskan rindu sesama sendiri. Telefon menjadi tempat melepaskan nafsu..dgn rengekan suara yg manja. Bagi saya dia lelaki yg amat manja begitu juga dengan saya. Kami tahu hubungan ini hanya bersifat sementara..tapi kami bukan minta seperti ini. Perasaan itu datang dengan sendiri tanpa ada sebarang paksaan. Kami cuma mahukan hati kami terisi bukan utk merampas sesiapa. Saya harap puan dapat membantu masalah saya..yg semakin parah dilamun asmara bersama suami org. Harap puan dapat mejawab terus ke email saya. Jasabaik puan amat saya hargai, agar saya masih waras dlm ketiadaaan iman yg semakin nipis ini.

    Komen oleh minah — September 23, 2011 @ 3:43 pm | Balas

    • saya dah reply to your email add, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — September 27, 2011 @ 11:14 am | Balas

    • puan minah….boleh bagi email add?

      Komen oleh fiza — April 24, 2013 @ 4:57 pm | Balas

  11. Ketauhilah wahai si isteri dan si suami jgn sampai perasaan itu mendorong kejahilan.. Si isteri hanya mencintai suami dan si suami hanya mencintai isteri. Bila perasaan ni hilang bererti itu bukan cinta, itu hanya nafsu semata mata. . Fikir2 lah.

    Komen oleh Bisa Sembilu — Januari 30, 2012 @ 11:45 am | Balas

  12. salam. apakah pandangan tuan tentang isteri yang bermain sms dengan lelaki lain/ pada mulanya hanya 1 atau 2 berbalas sms. tetapi sekarang ia menjadi rutin harian. dan kadang2 call juga. pernah pada mulanya di tangkap di rumah jam malam bersms tapi kemudian meminta maaf. dilakukan sekali lagi dengan lelaki lain dengan sms berbaur rindu sayang cinta sbgnya. masa itu kemrahan tidak dapat di bendung lagi lalu memukulnya, tetapi tidak keterlaluan. dia berjanji tidak akan berbuat lagi. malangnya selang 2 bulan ia masih ber sms dengan lelaki pertama dulu. buntu di buatnya. katanya ia tiadalah kesalahan dari segi agama kerna tidak berbuat apa2 yang salah. cuba menasihatinya tapi kecil ini seolah tidak percaya lagi dengan kata2 nya. apa yang harus dibuat. nyatakan pandangan dan hukum tentang perkara ini dengan jelas supaya boleh dilihat sendiri akan jawapan dari seorang yang arif tentang agama. sekian . terima kasih.

    Komen oleh fizar — Februari 2, 2012 @ 7:42 am | Balas

    • besar sangat pendangan arif tentang agama, pada saya, tak padan. saya menulis berdasarkan ilmu yang sangat cetek. masalah fizar adalah melibatkan sifat semulajadi dan ketidakseimbangan elemen terutama pada orang yang nipis iman di dada. saya tak dapat nak terangkan lebih lanjut di sini tapi semua masalah ada jalan penyelesaiannya kecuali maut dan tua. insyaallah. punca permasalahan dari isteri sendiri sangat tinggi , 90%. tetapi untuk menghentikan masalah ini dari berlarutan , awak tidak punya kekuatan. pada saya, ikhtiar merawat permasalahan boleh dibuat. muga allah mudahkan. untuk buat rawatan dengan saya, kena col dulu , insyallah , saya bantu diagnos lebih lanjut.

      Komen oleh intanrohaida — Februari 2, 2012 @ 9:03 am | Balas

  13. asalam pn intan, saya rasa suami saya ada hubungan dgn isteri org tp bagaimana saya nk pastikan .sbb skarang saya rasa sifatnya yg panas baran dan cepat melenting lagi2 kalau dikaitkan dgn perempuan itu.dia menafi sekerasnya dan sering mengungut sy. dulu dia seorang yg dikira penyayang.dia jg pernah mengasari saya.saya pernah berubat dgn seorg ustaz dan mmg sy mempunyai ganguan.ustaz itu telah membuang ganguan dari tubuh saya dan kali kedua sy pergi hanya tinggal sikit dimata.dia jg cuba scan suami dan katanya tiada ganguan tp ada ruang kosong.sebenarnya suami sy agak keberatan hendak pegi berubat katanya yg sakit hanya sy,itu pun atas usaha sy untuk mencari tempat berubat yg tidak bertentangan.sebenarnya dia takut kalau kiranya perawat itu kata yg dia mmg ada org ketiga.sy x dpt nk bertanya byk pd ustaz itu kerana tempatnya open dan boleh dilihat oleh pesakit lain.ustaz kata saya diberi ujian dalam rumahtangga.saya muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri buat solat taubat,tahjjud,hajat.pekara ni dh perlanjutan lebih 6 bulan,kadang2 sy rasa mcm penat nk melayan kerenah nya.bila sy susah hati sy x boleh tidur mlm,hilang tumpuan dan bila nk solat pun ada masa jd berdebar2 dan x tentu arah.saya cuba melawan perasaan cemburu saya, oh ini semua adalah kejaan syaitan yg hendak meruntuhkn umat islam.bagaimanakah caranya saya nak memperbaiki diri terhadap Allah dan membuang fikiran yg negatif,syak wasangka,cemburu dr kotak pemikiran sy dan menjalani hidup yg ceria dan gembira.untuk pengetahuan sy skrng x suka brtemu jiran sangat kerana malu setiap kali bertekad dia mengunakan suara yg tinggi,yg sy kira boleh didengari jiran.kalu dulu sy melawan tp skrg sy dengar je dan cuba bertanya dgn baik.dalam pada itu nanti suami akan memujuk sy kembali. susah bila kita ada jawatan tinggi sikit kita lupa kesusahan yg kita tempuh dulu.nk kata kaya tidak kerana kewangan selalupun cukup makan dan ada kala sesak.rezeki x mencukupi.byk lg yg saya hendak bertanya dan arap dapat hubungi pn intan suatu ari nanti.wasallam

    Komen oleh mila8005 — Februari 11, 2012 @ 11:32 am | Balas

    • apa yang berlaku antara suami isteri menjadi memori dalam kotak ingatan masing2 yang kekadang walau kita cuba berubah tetapi memori yang ada kekal.. sebenarnya boleh dibuang memori buruk itu, insyaallah. sabda rasul , tiada masalah tanpa penyelesaian, tiada sakit tanpa ubat,.. insyaallah. boleh datang berjumpa saya atau col , insyaallah.. saya cuba bantu.

      Komen oleh intanrohaida — Februari 11, 2012 @ 6:22 pm | Balas

  14. Salam puan, boleh saya hubungi puan..saya perlukan dorongan dan nasihat..saya harap puan dapat membantu saya..saya juga mempunyai masalah bercinta dan terlalu sayang dengan suami org..saya kenal dia semasa saya bujang..sekarang saya berkahwin tapi saya langsung tak dapat melupakannya..saya harap puan dapat menolong saya..tolonglah puan balas di email saya waktu bila yang sesuai untuk saya hubungi puan

    Komen oleh sya — Jun 23, 2012 @ 11:29 pm | Balas

    • boleh col saya atau sms dulu, bila saya free saya akan bagitahu untuk col, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Jun 25, 2012 @ 10:49 am | Balas

  15. ass pn intan,. saya telah menikah dan telah menjadi istri orang, tetapi pernikahan saya bkan berdasarkan keingnan sya tetapi keingnan orng tua yang memaksa sya, sebelumnya saya punya pacar dan telah lama berpacarn sampai 4 thn, dbandingkn dngan suami saya yg bru saya knal 3 bulan, saya sngt mncintai pacar saya dan sampai skrng belum dapat melupakanny.. stelah menikah hidup sya masih tidak tnang dan masih terbyang akan masa2 dngan pacar sya yang sya tinggalkn menikah,. mohon bimbnganny puan bagaimana saya dapat melupakan orng yg sangat sya cintai dlu dan apakah pernikahan saya telah sah jika menikahi orng yang tidak sya cintai.. terimakasih wass

    Komen oleh siti — Julai 26, 2012 @ 6:04 am | Balas

    • pun masalah begini boleh dirawat, insyaallah. boleh col saya

      Komen oleh intanrohaida — Julai 26, 2012 @ 7:00 pm | Balas

  16. salam…saya seorg isteri yg mpunyai masalah suami bercinta dengan isteri org..saya xtahu dimana silap saya..Dia menafikan sekeras-kerasnya…sehinggalah saya jumpa gambar mereka seperti sepasang kekasih..namun tetap menafikan… hati saya sakit sangat..apa yang perlu saya buat????saya sebebarnya x tau mcm na nak meluahkannya..sy seorg yg mudah memaafkan suami…dia mengambil kesempatan atas kebaikan saya…saya tension..dia akan sentiasa ulang perangai yg sama…bantu lah saya..tq

    Komen oleh noor azlina — Julai 31, 2012 @ 7:15 pm | Balas

    • ada 12 sebab dalam diri suami kenapa dia tergamak berbuat begitu,. dan punca dari diri awak pula ada 14. insyaallah boleh dirawat

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 1, 2012 @ 8:27 am | Balas

  17. Salam Pn Intan
    Saya mempunyai permasalahan yg lebih kurang sama. Pd mulanya sy tk pasti tp kini perkara ini makin jelas pd sya. Sy bukanlah seorg yg bersusuk menarik dan berwajah sederhana shj cuma mungkin pd sesetengah lelaki, mereka menyatakan pandangan yg berbeza, iaitu saya bertubuh seksi dan wajah yg agak menarik. Tp sy hairan knp lelaki terutama suami org sering terpikat sedangkan mereka tau sy adalah isteri org.
    Br2 ini sy rapat dgn seorg lelaki yg juga suami org, yg pd mulanya sy agak rimas dgn kehadirannya. Tp lama kelamaan kami semakin intim krn dia bijak mengambil hati.
    Tak lama slps itu hadir lelaki kedua yg juga suami org menyatakan mempunyai perasaan yg sama pd sy. Sy kira mereka ini jenis yg berani menyatakan rasa hati mereka, yg sy tau ramai lg lelaki lain yg punyai perasaan yg sama cuma mereka tidak berani meluahkan.
    Pada masa yg sama saya sukakan perhatian yg diberikan oleh kebanyakkan lelaki kepada sy.
    Sy tidak mempunyai masalah yg terlalu besar dgn suami, cuma permasalahan biasa dlm rumah tangga. Saya juga mencintai suami sy cuma mungkin suami kurang meluangkan masa dengan kami sekeluarga. Mungkin sbb itu yg membuatkan sy mudah jatuh hati atau dibuai perasaan jika ada lelaki lain yg memberikan lebih perhatian.
    Sy memohon pandangan dr Pn Intan.

    Komen oleh Hot Mama — Ogos 20, 2012 @ 10:18 pm | Balas

    • baiknya hubungi saya, masalah unsur air awak tinggi, ..

      Komen oleh intanrohaida — September 2, 2012 @ 6:24 am | Balas

  18. salam…..saya juga mempunyai masalah yg tak jauh berbeza…bagaimana saya boleh hubungi puan?

    Komen oleh sahara — Oktober 26, 2012 @ 2:44 pm | Balas

    • boleh hubungi saya di hand phone saya 013 6215110. tapi col ye, jangan sms. kalau saya busy saya akan mesej masa saya free hari tu, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Oktober 30, 2012 @ 8:32 am | Balas

  19. salam.
    saya seorang anak yg masih belajar. saya tahu, masalah parents saya bukanlah masalah saya. Tapi hanya saya dan kakak sahaja yang mengetahui rahsia ibu. saya tak sanggup untuk memberitahu bapa, saya tidak mahukan penceraian antara keduanya, malah saya tidak mahu, bapa memarahi ibu. Saya hanya mahu ibu menyedari kesilapannya. Ibu bercinta dengan suami orang iaitu kawan lamanya tanpa pengetahuan bapa. Saya terbaca mesej2 ibu dan gambar yg dihantar. mengucap panjang saya ketika itu. Saya sedih dengan apa yg berlaku, tapi apakah daya seorang anak. jikalau saya menegur ibu, saya takut digelar anak derhaka.
    bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini.

    Komen oleh miss izzy — November 15, 2012 @ 3:02 pm | Balas

  20. assalamualaikum pn intan sungguh menakutkan kisah2 yg saya baca. keadn ini telah saya lalu skrg ini. 2 thn suami menjalinnkan hubugan dgn kekasih lama dn skrg saya dpt megesan melalui sms, email dan berjumpa pahit dan pedih sekali. suami telh bertaubat dn hari2 kami bersolat jemaah dan meminta maaf. tetapi saya susah menerimanya. hampir 3 bln kisah ini berlalu tapi saya tetap mcm ini apa perlu saya lakukan. tiada kekuatan dlm diri ini lagi. suami bersungguh bertaubat dan x mahu mengulangi perkara itu dan serik dan takut saya akan meninggalkanya bersama anak2. saya bagaikan tiada kekuatan sedangkan sblm ini saya kuat dan dekat pada allah bersolat dan melakukan tanggungjawab utk kerluraga menolog suami sampi sanggup berhabis utk suami n anak2. kecewa dan hancur hati pn. tolong saya dtgkan semangat dan saya dapt kuat mcm seblum ini. terima kasih.

    Komen oleh lina — November 21, 2012 @ 9:21 am | Balas

    • boleh col saya di hp

      Komen oleh intanrohaida — Disember 1, 2012 @ 10:56 am | Balas

  21. Salam.
    Kisah saya juga seperti komen rakan-rakan di atas. Saya tidak menaruh syak suami menjalin semula hubungan dengan teman wanita ketika mereka form 6. Suami melakukan solat tahajud pada setiap malam( Ketika itu saya masih belum terbuka untuk melakukan solat tersebut) Suatu hari selepas solat saya membuka buku doa solat sunat yang digunakan oleh suami dan ada tanda lipatan pada halaman solat istiharah. saya masih tidak syak apa2. Allah Maha Berkuasa pada satu pagi ketika suami di tandas, alarm handset berbunyi. saya pun mematikan alarm tersebut dan pada ketika itu saya terbaca sms suami saya dgn kawannya. Ketika itu kawannya sedang berada di Mekah untuk melakukan ibadat haji. Sms yang sya baca panjang2 tidak seperti suami isteri yg biasanya bila sms hanya yg pendek2 dan penting sahaja. Saya layan suami seperti biasa dan menghantarnya ke kereta sebelum ia ke tempat kerja tanpa saya menyebut mengenai sms tersebut. Akhirnya saya hantar sms kepada suami bertanya siapa wanita yang bersms dgn nya . Suami menyatakan rakan lamanya dan pada malam tersebut selepas hampir 23 tahun perkahwinan kami saya menangis di pangkuan suami sambil kami meluahkan isi hati kami selama ini.(termasuk hubungan saya dengan aruah mak mertua saya) Apabila wanita tersebut kembali dari Mekah dia ada mengirimkan hadiah buat suami termasuk saya dan anak perempuan saya. Suatu hari perempuan tersebut telah membuat kenduri kesyukuran di kgnya. Suami dan saya pergi dgn harapan suami tiada lagi berhubung dgn wanita tersebut selepas bertemu suami wanita itu. Saya cuba tidak berprasangka buruk terhadap suami dan mula belajar melakukan solat-solat sunat utk mendekatkan diri dgn Allah SWT.Saya tidak pernah mencuri membaca sms suami.Pada minggu ini suami out station dan saya membuka bonet kereta saya terjumpa beg plastik yang mengandungi sepasang baju melayu berwarna kelabu. Suami aya tidak pandai untuk membeli bajunya kecuali dengan saya. Adakah patut saya bertanya suami siapa punya baju tersebut kerana biasanya apabila ada perbincangan mengenai wanita itu saya dan suami saya akhirnya akan bergaduh. Saya tidak tahu knp wanita tersebut masih mencari suami saya sedangkan suaminya seorang yg berpangkat berbanding suami saya, anak-anaknya juga lebih berjaya dari anak saya dan wanita tersebut juga memakai tudung labuh berbanding saya. Apabila suami meminta saya memakai jubah dan tudung labuh saya menyatakan saya masih tidak cukup kuat iman dan tudung yang saya pakai juga menutupi dada saya. Apkah yg perlu saya lakukan.

    Komen oleh anna — November 21, 2012 @ 3:19 pm | Balas

    • kena contact saya. yang terbaik col saya , insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Disember 1, 2012 @ 10:55 am | Balas

    • Puan anna, bole saya hubungi puan melalui email. Saya mempunyai masalah yg lebih kurang sama dgn puan. Apakah sudah selesai masalah puan, bagaimana penyelesaiannya.Tetapi saya bukan di tempat puan. Saya sayangkan bekas kekasih yg juga suami org. Kami masing2 mempunyai 3 org anak2 yg comel. Nak dibandingkan hidup saya dan bekas kekasih skrg, hidup saya lebih senang dan memiliki suami yg sgt penyayang. Saya sgt bersyukur dgn pemberian Allah dan takkan menukarkan suami sy dgn bekas kekasih ini. Kami berpisah dulu kerana sy menyatakan yg saya tidak nmpk masa depan saya bersamanya ketika itu. Sudah 11 thn berlalu dan saya sudah pun melupakannya. Knp tiba2, sebulan lepas berhubung kembali dgn bekas kekasih, dia sms hanya bertujuan utk bertanya khabar, sy seperti tidak bole melupakan dia walau sehari. Masih berhubung melalui fb whatsapp hingga ke hari ini. Saya tiada niat utk merosakkan rumahtangga dia atau rumahtangga saya sendiri. Terlalu sayang sehingga berdoa semoga ada jodoh antara kami. Bukan dgn perceraian rumahtangga yg sudah ada dan x kn menjadi isteri keduanya. Berdoa mungkin slps psgan masing2 sudah meninggal dunia, kalo mereka lh yg pergi dulu. Dan kami bole bersama kembali secara halal, mcm cerita brady bunch; 2 big families united. Sudah meminta pendapat teman2, dan mereka menasihati utk berhenti berhubung terus dgn bekas kekasih itu. Tetapi hati ini x thn utk menghubungi nya lagi. Saya tulus sayangkan suami lebih dr segalanya. Setiap mlm sebelum tidur akn meminta maaf drpd suami tanpa menyatakan sbb knp. Adakan berdosa sy berdoa begitu. Tolong sy. Kalo tolong jwb di page ini pun bole. Terima kasih.

      Komen oleh Jamilah — Jun 24, 2013 @ 6:27 pm | Balas

  22. tolonk kasih saya saran saya dah ad istri dan dia juga da suami ,tpi dia dan sya adalah mantan pacar ,dan skarang cinta itu hadir kmbali dan saya suka kirim dia surat,tapi kadang sya sadar bhwa saya kurank adil pada istri sya,dan sepengetahuan saya selingkuhan saya tuh seorang santri dan setiap hal yang dilakukannya sesalu sebut nama saya,apa yang sebenarnya harus saya lakukan,saya sangat teramat bingung tentang ini semua

    Komen oleh riki — Disember 6, 2012 @ 10:10 pm | Balas

  23. as-salam
    kisah saya sama sahaja seperti yg lain.. dimana isteri saya ada hubungan sulit dgn lelaki lain iaitu suami orang dan mereka kerap berjumpa kerana bekerja di tempat yg sama.. saya telah tahu hubungan tersebut dimana sy terjumpa sms lucah isteri dgn lelaki tersebut.. sy bertanya dan memarahi isteri sy sehingga dia mengaku telah terlanjur dgn lelaki tersebut.. isteri sy telah mengaku kesalahanya dan ingin bertaubat.. masalahnya apa yg perlu sy lakukan kerana
    1-isteri sy masih dingin dgn saya dan dia akan menangis atau tidak gembira bila saya ajak ‘bersama’
    2-isteri sy juga masih sygkan lelaki tersebut dan tidak dpt melupakanya
    3-lelaki tersebut masih menghubungi isteri sy.. kalau ikutkan hati sy ingin memukul lelaki tersebut tetapi isteri sy menhalang kerana dia ckp biar dia selesaikn sendiri masalah itu.. adakah sy perlu berbuat demikian atau sebaliknya
    4-masalah yg paling besar terdapat keraguan tentang status kelahiran anak ke3 saya yg berusia hampir setahun.. kerana sy merasakan itu bukan anak saya.. sbb setiap kali sy ‘bersama’ isteri sy akan suruh sy buang diluar
    apa yang perlu saya lakukan sy sygkan anak2 sy dan saya masih sygkan isteri saya..

    Komen oleh faisal — Disember 20, 2012 @ 2:51 pm | Balas

    • baik dirawat isteri awak ni.

      dia disihir lelaki tu sedang tiada kasih sejati pun dalam hatinya pada lelaki tu, cuma kasih kerana sihir yang tinggi, manakala kasihnya pada awak 80%. masalahnya bila dengan awak adalah kerana hatinya gusar kerana sihir tu tinggi, status anak tak boleh nak scan, kena buat DNA test ,

      isteri kena taubat nasuha untuk rawat keluarkan sihir dia, rawatan akan saya buat utk hancurkan sihir dan keluarkan kasih kerana sihir pada lelaki tu, dan kasih lelaki tu pada isteri awak.

      insyaallah, boleh rawat tapi untuk ada kekuatan dalam rawatan kena buat syarat rawatan,

      untuk tahu syarat rawatan, kena col saya. 013 6215110

      Komen oleh intanrohaida — Disember 20, 2012 @ 9:22 pm | Balas

  24. saya juga mau konsul,bisa e mail kemana?

    Komen oleh teracorner — April 29, 2013 @ 2:23 pm | Balas

  25. Akum, puan… Bgt Kerdil sy tatkala mbaca pmasalahan ini.. Sy juga mengalaminya.. Suami sy krg bri phatian pd sy.. Juga hubungan intim juga jarang krn dia pnt bekerja. Suami sy krg bcakap, pns brn & sering menengking & memukul ank2 yg masih kecil. Sy sgt berasa hati Krn lps melahirkn ank ke2, dia brubah.. Sy Cuba tegur kekurangan dia dlm masa Memohon maaf d ats kekurangan sy.. Ia hny bsifat sementara & berulang byk kali. Skg, bila sy tegur..pasti dimarahnya semula.. Ini mbuatkn hati sy dh tawar pd dia… Sy tsilap krn lalai dibuai cinta dgn suami org yg baru bkahwin.. Tp hati sy mberontak Krn Tlalu cintakn kekasih gelap sy.. Kekasih glp sy jugea bgt… Is3 dia jauh & kekosongan hati kami terisi bila kami mulâ bcinta… S’y syg suami, Namun sikapnya mbuatkn prasaan cnt s’y smakin hilang..s’y x bniat utk bpisah Krn kami bersatu ats dsr cinta & sy pk perasaan ank bila papa mereka x tinggal sebumbung.. S’y Cuba Utk lupakan kekasih glp, tapi hidup s’y kosong spt tiada Seri lg…. Bantulah s’y….s’y buntu… S’y x pasti siapa ada dlm hati sy selain ank2…..

    Komen oleh Isteri sepi — Julai 26, 2013 @ 4:55 pm | Balas

    • boleh col saya utk rawat diri awak, inshaallah

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 19, 2013 @ 10:14 am | Balas

      • Salam….. bla mmbaca komen2 mereka yg berkenaan sya jga trpanggil… bkn utk mmbuka pekung di dada… Skdr memohon nsht n tnjuk ajar mereka yg arif.. sya jga insan yg trhanyut dgn perasaan sndiri… betul kata bijak pndai jgn skali brkongsi mslh rmhtangga dgn jantina berlainan melainkan ianya mmbuka pintu kecurangan… Begitulah sya, suami sya seorg yg baik cume adakala dia trlalu melebihi rakan baiknya sehingga tnpa sedar mngabaikan sya.. prnah kita saat sya sakit n kwn dia hubungi dia, dia lbh tegar meninggalkan sya drumah n prgi menemui kwn baiknya. sehingga sya rsa trabai. Reunion brsama rakan sekolah lama telah merapatkan hbgn sya dgn rakan2 lama. Ada antaranya yg prihatin n mngambil berat. Dri brtukar pndgan mnjadi berkongsi mslh…. tnpa sedar dia telah meninggalkan kesan dhati sya. Maka mulalah bibit percintaan trlarang dan yg mnjadi lebih parah apabila sya brgaduh dgn suami n tnpa sedar suami telah naik tgn pd sya. Hri tue bermulalah sesuatu yg x spttnya.. dlm keadaan yg trluka n kesakitan sya pergi merehatkan diri n brcuti dhotel. Rupanya tndakan sya mngundang musibah yg lebih besar bila si dia dgn rasa prihatin dtg menemui sya. Dri berkongsi cerita n kasih… sya terlanjur… sememangnya sya rsa mnyesal n bersalah….
        Namun sya trlalu lemah…. prkara ini berulang dan smkn byk pertemuan yg diatur. Sya Ingin kmbali spt asal… x Ingin truskan kegilaan ini. tapi semakin sya brusaha smkn sya rapat dgn dia n smkn suami mnjauh dri sya… tolonglah sya… sya perlukan bimbingan… sya Ingin kmbali ke kehidupan yg lbh aman

        Komen oleh iela — November 23, 2013 @ 6:39 pm

      • hanya Allah yang mengatur segalanya, ada ujian makin mendekatkan hambaNYA kepadaNYA ada yang semakin menjauhkanNYA, kuncinya adalah istighfar, walau menggunung dosa, namun jika taubat nasuha, Allah akan membuka jalan kebenaran kepada kita, tiada yang punya kekuatan itu melainkan DIA sahaja,..

        kembalilah kejalanNYA,.. inshaallah saya boleh bimbing jika mahu. boleh contact saya. 0136215110

        Komen oleh intanrohaida — November 24, 2013 @ 8:38 am

  26. Assalamualaikum..saya nak tanya..suami saya setiap bulan beri duit kepada mak dia,saya tahu itu memang kewajipan dia sbg anak..tapi dia xpernah beri duit pada saya setiap bulan..adakah wajib suami beri nafkah isteri setiap bulan?

    Komen oleh Aminah — Oktober 23, 2013 @ 3:23 pm | Balas

  27. Di sini terasa ingin berkongsi pengalaman menyintai isteri orang. Anihnya cinta saya mungkin suatu yang bodoh dan gila. Secara tetiba saya menyintai pensyarah saya sendiri. Ia sebenarnya wujud dalam mimpi saya sebelum saya jumpa di alam nyata lagi dan apabila berjumpa rupanya dia seorang pengsyarah saya sendiri. Ia sentiasa wujud dalam diri saya sendiri; dalam tidur, jaga, mimpi bahkan ketika bersama isteri saya sendiri. Saya tahu betapa hancurnya hati isteri saya, tetapi apa daya saya. Saya tidak mampu menghindarinya. Kalau dia itu belum berpunya nescaya saya luahkan perasaan. Apa yang menjadi benteng kepada saya ialah iman dan taqwa; iaitu takut pembalasan dari Allah. Setiap mimpi saya akan ada dia hadir.

    Oleh kerana saya sentiasa berbincang dalam apa jua masalah dengan isteri saya, maka hal ini juga saya cerita dan bincangkan dengannya. Saya akui pengsyarah saya saya tersebut memang memberi layanan yang agak istimewa kepada saya selama saya belajar di pusat pengajian tersebut dan hati saya memang kuat mengatakan dia juga seperti saya. Namun masing-masing pendamkan perasaan itu. Hal ini berlanjutan selama hampir 4 tahun.

    Dalam masa tempoh itu sejadah adalah teman saya paling rapat. Siang malam tangan saya menadah ke langit memohon agar Allah membuka jalan yang selamat dari api neraka agar saya dapat melaluinya. Mungkin pembaca hairan kebodohan ini. Tapi ingatlah bahawa Allah itu adalah مقلب القلوب (Tuhan yang membalik-balikkan hati). Kalau anda terkena ujian ini tidak ada ruang bagi anda untuk terlepas. Kalau anda teruskan anda akan terpaksa menelan api neraka, dan kalau anda mengelaknya anda akan binasa. Bagaimana bisa…….. Namun hakikatnya masih ada jalan iaitu kembali berserah diri kepada Allah. Menyerahkan diri akan ketentuan takdir.

    Saya memohon kepada Allah agar melupan dia dan menggantikan yang lain yang sekira-kira tidak menjadi dosa kepada saya. Akhirnya Allah melupakan saya kepadanya dan menggantikan yang lain. Isteri saya telah meminang seorang madu untuk saya. Namun hakikatnya, takdir Allah itu amat sukar untuk difahami. Pada period ini sekali lagi saya diuji, iaitu ujian sihir dan santau, ujian yang lebih berat dari merindui isteri orang.

    Terus terang saya katakan, ini adalah jihad untuk saya dan saya ‘berterima kasih’ kepada penyihir dan penyantau tersebut kerana memberi ruang kepada saya untuk memerangi mereka, sekali gus menyelamatkan orang lain yang dizalimi. Alhamdulillah, sekarang sihir dan santau sudah diperingkat penghujung setelah 5 tahun bergelut. Ingatlah Allah sentiasa bersama mereka yang berserah diri kepadaNya, bersabar dengan segala ujian dan sentiasa menolong mereka yang dizalimi. Kalau ada kawan atau saudara atau anak-anak atau sesiapa saja yang menyintai isteri orang, (bukan suami orang, kerana suami orang diharuskan dengan syarat masih ada kosong) ingatlah itu adalah satu ujian Allah dan pimpin ia dengan lemah lembut. Jangan dimarahi dan dicerca mereka kerana semua itu adalah ujian. Ingatlah juga andai kita mengambil Allah sebagai ‘penasihat’ , syaitan tidak mampu untuk merosakkan kita; samada syaitan jin atau syaitan manusia.

    Komen oleh Laith Abdullah — November 18, 2013 @ 5:37 pm | Balas

    • Allahu akbar. setiap satu2 perkara yang berlaku adalah cara Allah untuk memperkenalkan diriNYa, kehebatan dan kekuasaanNYA kepada kita. beruntunglah jiwa yang mensucikan diriNYA dan merugilah orang2 yang mengingkariNYA.

      Komen oleh intanrohaida — November 19, 2013 @ 9:24 am | Balas

  28. Assalam puan, saya ada masalah yg mn lbh krg dgn yg lain2. Saya dh bersuami tpi hbgn saya dgn suami sentiasa bermasalh.org kata gaduh tu dh jadi mcm santapan harian,kdg2bila gaduh sampai semggu saya saya x contact suami. Untuk pengetahuan puan saya berjauhan dgn suami.saya kje kt luar negar dan suami tggl dgn ank2 kt kampung. Suami saya ni terlampau cemburu..cemburu nya tu bkn setakat dgn org lelali lain tetapi dgn kwn perempuan saya,ank2,adik beradik dan juga dgn ibu bapa saya. Klu kami gaduh pun kdg2 bila d fikir hanya sbb perkara kecil je tpi lama2 jd gaduh besar. Pernah beberapa kali saya minta cerai dgn suami sbb x tahan dgn sikap dan perangai nye yg selalu tuduh saya mcm2. Sdg kn saya yg jauh ni kerja bagai nk mati org kata tanpa kira masa dan penat. Sedih hati saya bila balik kje penat2 dia blh tuduh saya mcm2. Sekarang ni pun kami tgh bermasalah lgi dan saya sekali lgi minta dia ceraikan saya tapi dia seperti tidak mahu lepas kn saya. Ank2 saya 4 org dan mereka semua tau keadaan saya dan bagaimana saya bekerja utk menyara kehidupan kami dan Alhamdulillah mereka ank2 yg baik . Tapi mereka juga sdh tdk sggup lgi melihat keadaan saya yg terseksa dgn suami dan mereka kdg2 meminta saya untuk berpisah dgn suami…ape yg patut saya buat sekarang ni puan. Peluang dh entah beratus kali saya bg kt suami tpi sekejap je dia berubah lps tu jadi lgi. Sebelum ni ada jgk kwn saya pernh minta suami dia tilik saya sbb katanye suami nye blh tau ape yg ada dlm diri kita mgkin saka ke ape lh ..saya pun x pasti. Dan suami kwn bgtau mmg ada 2 makhluk bersama saya dan dia x nk bgtau selanjut nye cuma dia srt saya byk2 buat solat taubat , hajat dan tahajjud minta di jauh kn ape2 hal buruk.. Saya harap puan blh bantu saya sbb saya rasa rasa sayang saya untuk suami pun dh x de lgsung cuma yg ada dalam diri saya hanya rasa kesian je…saya ingin hidup bahagia jika tidak bersama suami biarlh dgn ank2. Tapi hbgan saya dgn ank2 tiada masalh. Terima kasih puan

    Komen oleh Wan mastura wan mustapha — Mac 29, 2014 @ 10:36 pm | Balas

    • +masalah cemburu dan panas baran ini berkait terus dengan sifat buruk dalaman seseorang. jika ada gangguan makhluk dalam dirinya, maka sifat ini akan menjadi2 sehingga ke tahap kronik. kekuatan jodoh awak masih tinggi, dalam 70%, payah nak minta pisah dengan suami. maksudnya ini masih taqdir awak. awak ada 3 pilihan
      1. rawat awak supaya mampu naikkan rohani sehingga keji dan puji nampak semuanya hanya dari Allah’
      2. rawat suami supaya hancur sifat buruk dan puncanya jadi begitu
      3. rawat awak dan suami seklaigus
      inshaallah.

      Komen oleh intanrohaida — April 1, 2014 @ 8:18 am | Balas

  29. sy seorg isteri nmun skrg sy mencintai suami org lain..suami sy seorg yg baik hati dn bertanggungjwb..namun perasaan yg tak terjangka ini hadir juga..setiap kali bersama suami sy akn terbayangkn kekasih sy…kami masih menjaga batas hubungan..kami belum melakukan hubungan badan namun kami cenderung utk bercerita ttg itu..tetapi bila sedar kami akn hentikannya..sy telah cuba melupakan kekasih namun sukarnya…sy akan menangis teruk kerana terlalu rindu akn dia..sbnrnya rasa cinta itu muncul setelah sy mengaguminya di dlm bidang ilmu hakikat…kesimpulannya sy teramat susah utk melupakannya…skrg kami masih berhubung..namun dia selalu menyatakan kami hanya akn berckp perihal ilmu..dia jg menyatakan yg jiwanya sakit mengenangkan hubungan kami..sy kasihankan isterinya dan suami sy..amat kasihan..sy akan cuba melupakan dia namun masih berharap dia tidak hilang terus dari hidup sy..kerana jika itu berlaku amat sukar bg sy..

    Komen oleh mawar — Julai 5, 2014 @ 8:20 pm | Balas

  30. Salam. Saya ada masalah dengan ibu saya tetapI saya malu untuk berbicara disini. Boleh tak kalau saya hubungi puan?

    Komen oleh Anna — Julai 16, 2014 @ 1:20 pm | Balas

  31. Assalamualaikum…
    Saya ada sedikit masalah …Mcm mn nk contact puan…

    Komen oleh fadhilah — Ogos 19, 2014 @ 10:09 am | Balas

    • WAALAIKUM SALAM. col hp saya 0136215110. inshaallah

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 19, 2014 @ 12:00 pm | Balas

  32. Salam cik..bisa bantu i via email,please add me..thx

    Komen oleh tisna — Oktober 1, 2014 @ 1:38 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 228 other followers

%d bloggers like this: